Liverpool 1-1 Hearts


Salam dan selamat sejahtera. Salam kemerdekaan! Apa yang korang buat untuk sambut merdeka? Jangan buat benda bukan-bukan lak ye. Kepada yang terlepas perlawanan Liverpool vs Hearts semalam keputusan perlawanan adalah 1-1. Tapi jangan risau, sebab Liverpool mara ke peringkat kumpulan Piala Europa kerana mempunyai bekalan 1 gol di tempat lawan haritu menjadikan aggregat 2-1 . Keputusan seri mesti bosan kan? Jauh sekali! Banyak jugak benda menarik yang berlaku dalam perlawanan ni. Apa dia? Meh aku cerita…

Downing sebagai pemain bek kiri

Mula-mula aku dengar berita Brendan Rodgers nak gunakan Downing sebagai pemain pertahanan, memang aku tak percaya. Mungkin dia saja cakap. Bagi Downing cuak sikit pastu baru dia nak main betul-betul. Rupanya betul dia letak mamat tu jadi bek. Dari apa yang aku tengok, dia nampak selesa. Dia bertahan dengan baik. mungkin sebab kelajuan dia. Mudah dia kejar semua pemain sayap yang cuba melepasinya. Bukan itu je, dia juga menyerang dengan baik. Banyak kali jugakla dia dapat lepas sebelah kiri tu. Cuma penyerang je yang tak berapa tajam dalam perlawanan ni. Sama la kes macam Roberto Carlos agaknya. Lagi selesa main dengan ruang yang banyak kat depan. main sayap tak berapa menjadi. Untung la Downing masih dapat main. Carroll dah selamat ke West Ham (pinjaman, ada pilihan untuk beli), Adam katanya tengah buat pemeriksaan kesihatan kat Stoke dan Spearing dah ke Bolton (pinjaman).

Adam Morgan

Adam Morgan merupakan seorang lagi pemain muda Liverpool yang diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama  selepas Raheem Sterling musim ini. Cuma dia tak main sampai 90 minit macam Sterling sebelum ni. Budak ni rajin tak ingat punya. Darah muda orang kata. Berlari macam kuyt dulu. Dia kejar semua pemain yang bawak bola macam angsa kejar orang lalu-lalang. Tapi mula-mula dia agak gugup. Siapa tak gugup kan? Gerrard dulu pun sama jugak. Tapi bila dia dapat tahan bola, bawak beberapa meter dan rembat ke arah gol, dia mula dapat keyakinan. Dia dinafikan gol pertamanya apabila pengadil meniup wisel sebab bola dah keluar sebelum sampai kat dia. Kegugupan dia jugak nampak apabila dia buat bentesan keras keatas seorang pemain Hearts. Sampai Gerrard datang backup dia. Memang terbaik la kapten. Kalau tak kompem kad kuning. Dia ada dapat beberapa peluang tapi dek kerana gugup dia buat pilihan yang kurang tepat dalam beberapa serangan. Secara kesuluruhannya dia main dengan baik. Rajin bertahan. Hantar bola dengan kemas. Sentiasa berwaspada ketika membawa bola. Harap dapat tengok lagi dia main lepas ni 😉

Reina keluar kotak!

Dalam ulasan aku untuk perlawanan Liverpool 2-2 Man City, aku ada sebut mengenai kedudukan Reina dalam sistem Brendan Rodgers. Dia sepatutnya lebih kerap keluar daripada kotak penalti untuk membantu pemain pertahanan sekiranya ditekan pihak lawan sepertimana yang aku ceritakan dalam entri Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho. Dan dalam perlawanan ni dia memang keluar dari kotak beberapa kali untuk membuat hantaran pendek untuk mengekalkan penguasaan bola. Reina yang menyambut hari lahirnya hari ni menarik nafas lega apabila Suarez jaringkan gol. kalau tak, mesti dia tak boleh lupa kejadian dia terlepas bola masuk dalam gol dalam perlawanan ni. Bola rembatan Templeton taklah laju mana, mungkin Reina hilang tumpuan sebab kurang sangat serangan yang dia kena selamatkan..heheh.

Corak permainan Liverpool

Ini apa yang aku perhatikan semalam. Liverpool main stail tarik-tarik macam ni. Dari bawah sampai atas. Tu yang buat lawa main tu. Lepas tu BR suka main serang ramai-ramai. Aku suka strategi macam tu. Biar pemain lawan cuak sampai menangis. Tapi masalahnya aku yang macam nak nangis bila Liverpool kena serang balas. Puas la semua berlari mengejar pemain lawan. Tapi biasalah kan, tinggi risiko tinggi la pulangannya 😉

1. Tarik-tarik
2. Serang beramai-ramai – lepas tu….
3. Bahaya bola panjang – Lari kebawah pun beramai-ramai jugak…

Carra sekuat badang?

Apa yang aku mengarut ni? Orang tua ni kuat? Serius. Minit hujung-hujung tu dia kena langgar. tergolek. Aku ingat pengsan dah ke. Lepas tu elok je dia bangun. Kalau aku mau ke hospital dah tu. Walaupun aku akui masa dia dah sampai, dia masih boleh main kalau pasukan lawan tak ada penyerang yang terlalu laju/ besar atau dalam kes Lukaku haritu, laju dan besar..huhu… Dia hebat baca perlawanan. Ada satu masa tu waktu kena serang semua pemain Liverpool mengundur. Aku risau rembat dari jauh atau bola lepas kedepan je. Carra nampak apa yang pemain lawan tu cuba nak buat dan BAM!!! bola dah terbang, pemain lawan tu dah terbaring, Carra dah balik posisi asal. Hahah…

Pengadil yang sukar

Pertama kali rasanya aku tengok pengadil yang hati kering macam ni. Setakat tolak-tolak sikit langsung tak dilayannya. Kekasaran yang selalunya kat BPL kena kad tak kena kad. yang selalu dapat sepakan percuma tak dapat sepakan percuma. Penalti pun tak bagi! Handball pon tak bagi. Adeh… Tapi hasilnya? Perlawanan jadi sedap tengok. Tak la macam BPL yang bunyi wisel setiap selang berapa saat tu. Tabik la ref! :-p

Shelvey dan Hendo

Walaupun penulis Liverpool memilih Allen sebagai pemain terbaik perlawanan, aku tetap nak sebut dua orang ni. Sebab diorang main sangat bagus. Baru nampak potensi sebenar diorang. Shelvey dan Hendo ni jenis pemain yang fleksibel. Main mana-mana boleh. Sebab tu tengok diorang bertukar-tukar posisi waktu main. Hantaran jauh dah bagus macam Steven Gerrard muda-muda dulu..heheh. Cuma tak reti nak terjah-terjah sangat je diorang ni. Tapi ada lagi yang bising-bising suruh jual Hendo. Dua orang ni bagus dari segi teknikal. Tambah ada gerrard dan Allen lak untuk bimbing. Memang cerah la masa depan diorang. Harap tak la keluar tinggalkan Liverpool bila dah jadi sehebat Xavi dan Iniesta nanti..heheh. Kalau korang tengok video highlight memang nampak terutamanya bola Shelvey untuk Sterling yang duduk nun jauh belah kanan. memang terbaik. 3 slot tengah untuk Gerrard/Allen/Sahin/Hendo/Shelvey/Lucas(aku tau dia injured). Menarik kan? Sekarang tunggu Liverpool beli penyerang atau pemain sayap pulak.

Video Gol Suarez + Video Reina tangkap ayam :-p

Aku rasa Suarez ni gayat la kalau banyak sangat ruang. Sebab tu dia suka gol celah-celah macam ni. Pastu padang besar dia lari jugak pergi dekat pemain pertahanan pastu wajib la ole! setiap sorang heheh….YNWA

Senarai kumpulan Piala Europa 2012-2013

Amacam, boleh pergi ke? Tinggalkan komen korang kat bawah 😉

3 thoughts on “Liverpool 1-1 Hearts

Tinggalkan Jawapan kepada ReddersCreepers Batal balasan