“Pembelian” Keempat Brendan Rodgers


Salam dan selamat sejahtera. Ni kenapa lambat kemaskini ni? Apasal pulak dekat tajuk tu ada pembuka dan penutup kata? Sabar-sabar. Sebenarnya aku tengok ramai yang kemaskini pasal Sahin ni. Jadi malas la nak berlumba-lumba dengan orang lain. Bosan pulak nanti baca benda yang sama je. Lagipun nak tunggu gambar yang lawa sikit :-p Lepas tu kat tajuk tu saje la letak macam tu sebab Sahin ni secara teknikalnya pemain pinjaman. Walaupun ada bayaran tapi takkan nak cakap pembelian lak kan? Macam tak sesuai je. Patut tajuk tu peminjaman pertama BR tapi kelakar pulak bunyinya.

Arsenal -> Liverpool

Seperti yang kita dengar sebelum ni Arsenal macam dah dekat sangat nak dapat Sahin. Tapi tiba-tiba Liverpool umumkan dah setuju untuk pinjam Sahin. Macamana boleh dapat lak?

  • Jose Mourinho – Seperti yang aku pernah tulis dalam entri Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho?, JM dan BR kenal dari dulu lagi waktu kat Chelse. JM nasihatkan Sahin untuk ke BPL untuk tambah pengalaman dan ke Liverpool kerana ada BR yang disifatkannya sebagai seorang jurulatih dan individu yang baik. Sahin mengatakan yang dia amat perlu seseorang yang boleh berkomunikasi dengannya.
  • Xabi Alonso – Lagenda Liverpool ni masih lagi berbakti kepada kelab apabila dia sedikit sebanyak mempengaruhi Sahin untuk ke Anfield. Sahin kata Alonso masih sayangkan Liverpool. Kami pun masih sayang Alonso En. Sahin. Kenapa tak ajak dia datang sekali :-p Ayat yang dia dengar dari Alonso adalah Anfield merupakan stadium terbaik dunia dan penyokong di sini akan menyukai dan menjaga kamu🙂
  • Brendan Rodgers – Dia menjanjikan 3 perkara kepada pemain yang dia mahukan di Anfield : 1.Komunikasi – dia tak akan berbohong dan akan jujur dengan pemain (kalau dia nak sound memang dia sound macam Sterling kena) | 2. Perkembangan – Pemain akan menjadi lebih baik | 3. Cita-cita – dia ingin menjadi yang terbaik dan mencapainya melalui kerja keras dan kesungguhan.

Sumber : Dailymail

Berbaloikah dia?

Pertama sekali, apa yang aku baca di internet sangat membimbangkan. Terutamanya tentang tiada klausa untuk membeli pemain di akhir kontrak pinjaman. Satu lagi mengenai gaji mingguannya yang dalam lingkungan 80-90k pound!! Itu yang terakhir aku baca la. Kalau salah sila betulkan. Agak tinggi untuk seorang pemain pinjaman. Berbaloikah? BR sukakan seorang pemain yang mempunyai teknik yang baik. Sebab tu dia beli Allen. Dan kita dah saksikan sendiri bagaimana dia main. Jadi perkara sama kita boleh jangkakan dari Sahin. Mungkin lebih😉

Bagi aku pembelian Allen dan peminjaman Sahin sangat berbaloi. Sebab BR perlu pemain untuk menjadi contoh kepada pemain lain. Supaya dia ada tulang belakang kepada strateginya. Dan aku harap kehebatan teknikal pemain-pemain ini akan lekat pada pemain Liverpool yang sedia ada terutamanya yang muda-muda macam Sterling, Shelvey dan Hendo.

Sumber rasmi : –

Reds Agree Sahin Loan
LFC Complete Sahin Loan
Sahin : I Was at Istanbul
How to Follow Nuri on the Net
Nuri Sahin in Profile
New Boy Sahin in Pictures
Nuri Sahin Medical Pictures
Sahin’s First Day in Photo

5 thoughts on ““Pembelian” Keempat Brendan Rodgers

    • Tu la pasal…Lucas injured dah. Silap2 Gerrard jugak yang kena main DM ni karang. Midfield Gerrard-Allen-Sahin fuuhhhh! Mengancam siot! Backup – Shelvey/Hendo/Adam/Spearing

    • Sori. Baru baca komen. Akhir2 ni tak ada mood nak update bila baca komen2 orang lain setiap kali lepas game…skrg macam dah cooldown sikit..maybe akan ada update dalam masa terdekat….

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s