Rumours 2

Mencari Pencabar Mignolet

Salam dan selamat sejahtera. Tak dinafikan ramai yang anggap Mignolet tak cukup bagus untuk Liverpool. Dia nampak goyah waktu permulaan musim. Tapi lepas dia diganti dengan Brad Jones dan lepas tu Jones cedera, prestasi dia makinĀ  meningkat. Sikit je lagi dia nak dapat golden glove musim ni. Memandangkan Jones akan keluar, Liverpool hanya ada penjaga gol muda, Ward sebagai backup. Liverpool nak cari sorang untuk cabar Mignolet.

Berikut adalah nama-nama yang aku petik dari internet..

Adam Bogdan

Ingat lagi masa kita lawan Bolton?

Kalau ikut khabar angin, ni la yang paling kena dengan Liverpool dan katanya dah hampir pasti ke Liverpool. Sebab dia PERCUMA. Kalau ikutkan Bogdan ni takde la teruk sangat. Power gak masa lawan Liverpool untuk FA Cup. Persoalannya adakah dia boleh cabar Mignolet? Kebaikan amik dia, tak perlu bayar, dia ada pengalaman kat England dan takkan ada masalah komunikasi.

Iker Casillas

Aku rasa bila sebut nama ni mesti semua orang teruja. Legend kot. Walaupun umur dia dah 34 tahun, kena ingat yang penjaga gol tak sama macam pemain lain. Biasanya memang peak umur macamni. Dengan adanya Rafa kat Madrid, mungkin kita boleh deal..hehe. Kerisauan yang ada adalah gaji yang tinggi. Maklumla dari Real Madrid. Tapi memandangkan Milner pon dilaporkan dapat gaji tinggi, tak mustahil la kan?

Rui Patricio

Nama Patricio dikaitkan dengan perpindahan keluar kerana Sporting baru beli penjaga gol 23 tahun dari Slovenia dan letak klausa pelepasan setinggi 33 juta pound. Aku tak rasa Liverpool akan bayar mahal (lebih 10 juta) untuk penjaga gol memandangkan posisi ni tak sepenting penyerang dan pemain tengah.

So, adakah Liverpool akan dapatkan pencabar Mignolet kali ni? Adakah Liverpool akan cari pemain percuma lagi? Kita tunggu dan lihat.

YNWA.