Featured image Liverpool 1-0 Bournemouth

Liverpool 1-0 Bournemouth : Apa Kata Netizen?


Salam dan selamat sejahtera. Sebelum musim bermula, Brendan Rodgers akui yang dia perlu memenangi semula hati penyokong Liverpool selepas musim yang agak mengecewakan. Tapi setakat ni, enam mata dari dua perlawanan nampaknya masih belum cukup untuk sesetengah penyokong.

Video sorotan perlawanan

Ya, gol Benteke tu offside kalau ikut peraturan offside baru yang diumumkan oleh FA. Bukan dia yang offside, tapi Coutinho. Kalau Liverpool kena macam ni kita pun bengang. Tapi biasalah, pengadil dan penjaga garisan memang tak lari dari buat silap.

Kali ni aku cuba kumpul beberapa komen yang aku jumpa kat Facebook beserta komen aku.

  • Satu penyerang. Ramai yang nak Liverpool main dua penyerang sebab ada ramai penyerang. Rugi katanya kalau tak pakai. Untuk lebih jelas, Liverpool ada 3 penyerang sahaja, tidak temasuk Sturridge yang masih dalam proses pemulihan dan ketiga-tiga penyerang adalah pemain baru. Aku sendiri nak tengok main 4-4-2 diamond balik, tapi mungkin bukan dalam masa terdekat.
  • Lallana tidak berkesan. Kalau diikutkan kedudukan purata Lallana adalah di bahagian tengah. Ibe dan Coutinho yang berada lebih dekat dengan Benteke. Lallana tak boleh main midfield macam Hendo dan Milner yang fleksibel. Lallana lebih berbahaya main dekat dengan gol. Boleh tengok balik gol dia waktu pra-musim dan gol dia sebelum-sebelum ni.
  • Ibe kurang kreatif, terlalu banyak gelecek dan hilang bola menjadikan perlawanan perlahan. Ibe masih mentah lagi. Dia mungkin ada semusim dua belakang Sterling kalau ikut perancangan asal. Tapi memandangkan Sterling tak sabar nak tinggalkan Liverpool, hidup mesti diteruskan. Ibe boleh gelecek bola, tapi dia lagi efektif kalau ada geng untuk bertukar hantaran. Lallana yang selalu ke tengah tak berapa membantu Ibe. Ibe bermain cemerlang sewaktu pra-musim tapi aku rasa dah sampai masa bagi peluang pada Markovic pulak.
  • Can dan Firmino masih di bangku simpanan. Aku ada cakap Liverpool perlu bagi Firmino mula waktu lawan Stoke. Tapi aku juga faham BR nak uruskan dia dengan baik. Dia pemain Brazil dari Liga Jerman. Berbeza dengan Benteke, Milner dan Clyne. Tapi aku rasa dah sampai masa dia dipilih ganti Lallana, dengan syarat posisi dia di bahagian serangan. Can pula dah buktikan dia boleh main tengah dengan baik setakat ni. Aku lagi selesa kalau main 3 midfield dan dia salah seorang dari tu.
  • BR perlu pelbagaikan taktikal dan formasi. Ada yang kata taktik BR dah lapuk. Masih sama. Aku rasa ada sedikit perubahan dari cara Liverpool main untuk sesuaikan dengan Benteke. Mignolet tak perlu rasa takut untuk clear bola sebab ada kemungkinan Benteke akan dapat bola tu. Musim lepas boleh kata semua clearance adalah sia-sia. Liverpool dah main long ball bila perlu. Cross bila perlu. Satu lagi, taktik untuk sepakan percuma dan penjuru pun dah mula dipelbagaikan.
  • BR perlu kurangkan eksperimen. Ini antara ayat yang bercanggah dengan ayat di atas. Untuk tukar taktik, strategi dan formasi perlu bereksperimen. Itu la yang susah jadi pengurus bola sepak. Kena buat waktu musim dah bermula. Perlu ubah taktik atas padang sewaktu perlawanan. Setiap pasukan lawan perlu pendekatan yang berlainan.
  • Henderson tak kreatif. Aku tak tahu perlawanan mana yang dia tengok. Henderson dikatakan main dalam keadaan sakit. Tapi dia mampu bantu Benteke hasilkan gol dan buat cubaan ke arah gol. Kalau dah lupa sekreatif mana Henderson, tengok semua larian dan hantaran yang dia buat musim lepas.
  • Moreno lagi bagus dari Gomez. Agak susah nak nilai sekarang. Moreno memang nampak bagus bila dia masuk untuk lindung Gomez. Dia nampak lagi bahaya waktu menyerang. Aku tak pasti dia cukup bagus untuk permainan yang selamat. Mungkin dia akan dijadikan sebagai wingback/left wing untuk Plan B?
  • Main tempat sendiri tapi asyik kena serang. Pengurus Bournemouth dah cakap, diorang datang Anfield untuk menang dan diorang main bagus. Cuma macam Liverpool, agak tumpul di bahagian serangan. Tak salah rasanya kalau BR tekankan untuk serap serangan sebelum menyerang. Mungkin membosankan, tapi selamat dan kurang risiko kalah tempat sendiri.
  • Patut menang besar. Rasanya BPL sekarang bukan macam dulu lagi dah. Macam-macam yang orang tak sangka jadi, dah pun terjadi. Secara jujurnya aku tak kisah berapa jaringan asalkan dapat 3 mata. Mungkin kalau menang 1-0 boleh menyakitkan jantung atau perasaan, tapi bagi aku, itulah yang seronok tengok bola sepak.
  • BR nak menjahanamkan Liverpool. Ini satu tuduhan yang aku rasa tak berasas. Kenapa dia nak merosakkan masa depan sendiri? Hidup dia bergantung kepada Liverpool. Kita tak. Perasaan kita je yang bergantung kepada Liverpool.
  • Origi dan Ings tak akan dipakai sampai hujung musim. Melainkan kau ada mesin masa dan dah tengok sendiri benda ni berlaku, aku tak rasa patut keluar kenyataan macam ni. Perjalanan masih jauh, perlawanan masih banyak.

 Tambahan nota-nota positif dari perlawanan ni

  • Coutinho dan Benteke. Coutinho ni dari awal ada maslaah konsistensi. Tak cukup berusaha pun ada kadang-kadang. Sebab tu aku suka tengok dia lebih bnyak terlibat dengan gerakan Liverpool. Dan lagi seronok bila dia dan Benteke dah mula “link up” waktu serangan.
  • Benteke. Dia membuktikan dia lebih dari sekadar target man. Dia buktikan dia boleh mulakan counter attack dengan kelajuan dia. Malangnya cubaan Coutinho dihalang pemain lawan. Dia membuktikan dia boleh menang bola tinggi yang selama ni dapat kat pemain lawan. Dia buktikan dia boleh rampas bola dari pemain pertahanan lawan.
  • Clyne. Satu posisi yang bermasalah untuk Liverpool. Lega rasanya dapat beli Clyne. Betul la ada orang kata, Clyne sebenarnya pembelian paling penting musim ni.
  • Lovren. Mungkin terlalu awal nak kata dia dah ok. Tapi yang pasti, dia makin meningkat. Kalau dia dan Skrtel dapat teruskan macam ni, pertahananan Liverpool akan makin kukuh. Musim 13/14 dan musim 08/09 membuktikan nak menang liga bukan sekadar jaringkan gol dengan banyak.

Kesimpulan

Kelab yang masih belum kalah setakat ini.

Kelab yang masih belum kalah setakat ini.

Ambil kemenangan setakat ni secara positif. 6 mata. Masih belum bolos. Semua orang nak Liverpool main dengan baik. Nak rasa balik zaman “Pass & Move”. Tak dinafikan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Aku faham kerisauan tu sebab nak jumpa Arsenal kat Emirates minggu depan. Tapi West ham kata jangan risau. Kita boleh😉

YNWA

Wallpaper fixture Liverpool waktu Malaysia untuk phone dan komputer. Sila share dengan kawan-kawan

2 thoughts on “Liverpool 1-0 Bournemouth : Apa Kata Netizen?

  1. Main kat home rasanya boleh gandingkan Firmino dgn Countinho. Peratusan penguasaan bola yg tinggi akan jadikan mereka berdua ni sangat bahaya!

    • Memang itu plan sebenar rasanya. Awal2 ni takleh nak tengok lagi pasal semua fitness level lain2. Itu yg BR cakap la. Lepas beberapa game mungkin boleh tengok team sebenar.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s