Featured image No 9 Liverpool

Pemain No. 9 Liverpool Sepanjang Premier League


Salam dan selamat sejahtera. Sedikit sejarah tentang Premier League. PL bermula pada musim 1992/93. Waktu ni belum ada penaja. Lepas tu PL dikenali sebagai FA Carling Premiership, Barclaycard, FA Barclays Premiership, dan kini Barclays Premier League sehingga akhir musim ini. Mulai musim depan tiada lagi penaja dan hanya akan dikenali sebagai Premier League.

Semalam Liverpool baru umumkan pembelian terbaru musim ni, Christian Benteke akan memakai jersi nombor 9. Nombor yang biasanya mempunyai sejarah tersendiri terutamanya untuk kelab seperti Liverpool. Jadi harini aku nak tengok balik siapa yang pernah pakai nombor ni dizaman PL dan adakah mereka berjaya memenuhi jangkaan peminat.

1992-1996 Ian Rush

346 gol dalam 660 penampilan. Aku rasa tak perlu cerita panjang lebar pun orang dah tau pasal lagenda ni. Dia dibeli pada 1980 dari kelab Chester dengan harga 300,000 pound. Harga paling mahal untuk seorang pemain berusia 19 tahun waktu tu. Dia ada masalah sesuaikan diri waktu musim pertamanya. Dia jenis pemalu dan tak suka cara Dalglish dan pemain senior yang lain layan budak baru. Dia pergi jumpa Bob Paisley dan ugut untuk keluar kelab kalau tak dapat main pasukan utama.

Paisley terus cakap dia akan diletakkan dalam senarai perpindahan. Rush tekad nak buktikan dia boleh jaring banyak gol dalam pasukan simpanan supaya kelab lain nak beli dia. Dia jaring 5 gol dalam 4 perlawanan simpanan waktu tu dan helah Paisley nyata berjaya. Sebab dia memang tak berniat pun nak jual Rush. Dia menjaringkan gol senior pertamanya pada musim kedua. waktu tu dia masuk sebagai pengganti David Johnson yang cedera. Lepas tu dia tak berhenti jaring gol sampai la cecah 30 gol waktu hujung musim.

Walaupun Premier League lahir dipenghujung kariernya, dia masih dapat jaringkan 67 gol dalam 170 perlawanan (semua kejohanan).

1996-2002 Robbie Fowler

Siapa yang tak kenal Fowler memang saje la kan. Aku rasa penyokong yang baru sokong pun akan kenal Fowler. Dia kat Liverpool sejak Premier League lahir lagi..haha. Cuma dalam senarai ni aku tulis 1996 sebab dia mula pakai nombor 9 waktu ni. Fowler ni antara penyudah paling semulajadi yang pernah main untuk Liverpool. Tak caya tengok semua gol dia. Secara keseluruhannya dia jaringkan 183 gol dalam 369 penampilan (termasuk penampilan kali kedua waktu 2005-2007). Sampai sekarang dia masih popular. Tak caya tanya la orang yang beratur nak jumpa dia kat Lot 10 haritu…heheh

2002 Nicolas Anelka

Anelka merupakan pemain yang dipinjam dari PSG lepas Fowler keluar. Dia hanya dipinjam dari Januari sampai Mei dan Houllier membuat keputusan untuk tak beli dia. Ramai yang pelik. Ramai yang kata Anelka jauh lebih bagus dari Diouf. Tapi rupanya dia ada masalah dengan Houllier. Dia jaringkan 5 gol daripada 22 penampilan.

2002-2004 El-Hadji Diouf

Pemain Senegal yang terkenal tapi bukan sebab yang baik. Dia merupakan pemain yang suka dengan kontroversi. Dia dibeli sebelum Piala Dunia 2002. Dia membantu Senegal sampai ke peringkat suku akhir piala dunia dan semua orang teruja nak tengok dia main. Dia menjaringkan 2 gol menentang Southampton di Anfield pada perlawanan kedua BPL menambahkan lagi keterujaan penyokong. Gol seterusnya hanya datang pada Bulan November. Dia hanya berjaya dapat 6 gol sepanjang 80 penampilannya bersama Liverpool. Dia terlibat dengan beberapa insiden meludah penyokong pasukan lawan dan juga pemain.

2004-2006 Djibril Cisse

Cisse merupakan pemain yang agak malang pada pendapat aku. Dia dibeli oleh houllier. Waktu dia sampai Houllier tinggalkan Liverpool dan Rafa benitez ambil alih. Dia alami kesukaran untuk sesuaikan diri dengan kelajuan BPL. Selepas hanya 15 penampilan untuk Liverpool, kaki kiri dia patah waktu lawan Blackburn dan dia tak main untuk 6 bulan. Musim kedua dia lebih baik dengan 19 gol dan antaranya adalah gol ketika perlawanan akhir Piala FA yang dikenali sebagai “The Gerrard Final”. Dia meninggalkan Liverpool dengan 24 gol dari 79 penampilan. Pada pertengahan 2006 dia sekali lagi patah kaki tapi kali ini kaki kanannya sewaktu main untuk Perancis.

2006-2007 Robbie Fowler

Ini adalah kali kedua Fowler main untuk Liverpool selepas tinggalkan Liverpool pada 2002. Dia pakai nombor 11 pada musim 2005-2006 sebelum dapat balik nombor 9 dia. Dia berjaya jaringkan 12 gol dalam 39 penampilan. Untuk pemain berusia 32 tahun, dia membuktikan dia memang seorang penyudah semulajadi

2007-2011 Fernando Torres

Aku rasa ini pemain no. 9 kesayangan ramai penyokong Liverpool zaman moden ni. Pembelian dia agak mengejutkan waktu tu. Pemilik Liverpool nak tunjukkan keinginan diorang untuk bawak Liverpool naik. Kelab lain tak berani bawak dia ke BPL sebab takut dia tak boleh sesuaikan diri. Tapi 33 gol dalam musim pertamanya membuktikan dia pembelian yang berjaya. Dia juga merupakan pemain paling cepat capai 50 gol untuk Liverpool (84 penampilan). Dia hanya bermain untuk Liverpool selama 3 setengah musim sebelum Chelsea berjaya memancingnya. Waktu ni ramai penyokong yang macam putus cinta. Termasuk aku.

2011-2013 Andy Carroll

Pembelian termahal Liverpool. Apa yang aku boleh katakan ini adalah pembelian panik selepas Torres meninggalkan Liverpool untuk Chelsea pada tingkap perpindahan Januari yang sama. Tambahan pulak dia masih cedera waktu dibeli. Secara peribadinya aku suka kaki kiri dia. Sepakan dia padu maut kot. Dan aku suka idea untuk gunakan Suarez dan Carroll sebagai pasangan penyerang kecik besar macam dulu-dulu. Malangnya, dia ditunjukkan jalan keluar oleh pengurus baru, Brendan Rodgers kerana tidak sesuai dengan sistem yang akan digunakan. Dia hanya menjaringkan 11 gol dalam 58 penampilan untuk Liverpool.

2013-2014 Iago Aspas

Aspas dibeli sebagai backup kepada Suarez, Sturridge dan Borini pada musim ini memandangkan Suarez akan terlepas berberapa perlawanan awal musim. Tapi selain satu gol menentang Oldham, dia langsung tak berkesan dalam 13 lagi penampilannya dengan Liverpool. Dia kemudiannya dipinjamkan ke Sevilla. Sevilla menggunakan opsyen untuk membelinya diakhir pinjaman dan terus menjualnya ke kelab lama, Celta Vigo.

2014-2015 Rickie Lambert

Aku taktau nak kesian ke apa pada Lambert. Aku rasa dia dibeli atas dasar sentimental. Dia merupakan pemain kelahiran Kirkby, sebuah bandar di Merseyside. Dia digugurkan dari akademi Liverpool sewaktu remaja. Dia sertai Southampton pada tahun 2009 dan jadi pemain penting untuk mereka. Dia membantu Soton naik dari League One ke Championship dan seterusnya ke Premier league! Dia jaringkan 117 gol dalam 235 penampilan untuk Soton dan hanya 3 gol untuk Liverpool. Mungkin kalau dia sertai Liverpool lebih awal lain ceritanya. Sekarang dia di WBA dan dia masih tak mahu cerita apa-apa mengenai Liverpool kepada media.

2015 Christian Benteke

Pemain terbaru yang akan menanggung beban nombor 9 ini. Sebelum pembeliannya lagi dia dah memisahkan kumpulan penyokong kepada beberapa pendapat. Ada yang mengatakan dia tak sesuai dengan sistem sekarang. Ada yang kata dia cukup berbakat dan fleksibel untuk sesuaikan diri dan ada yang masih atas pagar. Ada 5 hari sebelum perlawanan pertama Liverpool musim 2015/16 dan aku dah tak sabar nak tunggu dia jawap semua persoalan. Korang macamana?

YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s