featured-image-liverpool-2-2-mancity

Liverpool 2-2 Man City


Salam dan selamat sejahtera. Kepada semua penyokong Liverpool di Malaysia yang tak tengok lagi perlawanan musim ni, sila tengok lepas ni. Aku bukan orang yang suka melabel orang lain dengan gelaran lalang atau poser atau apa-apa gelaran lain yang seumpama dengannya. Sebab kita tak tahu apa orang lain buat dan fikir. Contohnya cerita Istanbul dulu. Ada penyokong yang keluar waktu separuh masa. Terus nak balik hotel dan terlepas separuh masa kedua. Dia tengok dari bar je. Boleh ke nak label orang tu lalang? Beriban duit dia habis nak ke sana tau. Jadi aku lebih suka guna pendekatan yang selamat dan menghormati orang lain. Kalau kita hormat orang, orang akan hormat kita.

Ok. Dah macam kelas sivik pulak rasanya. Aku suruh tengok perlawanan Liverpool bukan apa. Takut korang terlepas sesuatu yang istimewa musim ni. Contohnya macam penampilan pertama Michael Owen atau gol pertama Steven Gerrard. Dah lama kita menunggu prospek daripada akademi Liverpool yang dirombak oleh Rafa dengan bantuan Kenny dulu. Dan musim ini mungkin musim yang ditunggu-tunggu🙂 Raheem Sterling. Ya. Budak ni baru berumur 17 tahun dan dia dah buat penampilan penuh pertamanya dalam 2 perlawanan. Yang pertama ketika menentang Heart dalam Piala Europa dan yang kedua ketika perlawanan BPL menentang Man City.

Secara jujurnya, aku takut tunggu perlawanan ni. Mana taknya. Juara bertahan. Pemain lak berjuta rege. Tambah lak Agger yang kena gantung perlawanan. Larat ke Coates nak jaga Balotelli dengan Tevez? Ni mau kena buli Liverpool nanti. Pemain City dahle semua nampak matang dan dewasa kalau banding dengan Liverpool yang kanak-kanak lagi. Bedebor menunggu pengadil tiup wisel mula. Ketakutan aku memang berasas. Waktu mula permainan Liverpool nampak gugup. Hantar bola merata. Dari bawah terus lambung sampai depan. Huru-hara Liverpool. Pastu baru 3 minit main Lucas lak cedera. Ah sudah. Tepuk dahi aku. Masuk la si Shelvey. Tapi ini kali pertama aku rasa lega walaupun tukar pemain. Sebab Liverpool ada pemain yang cukup untuk bahagian tengah. Kalau penyerang atau pertahanan cedera sedih gak la pasal tak ada backup sangat.

Separuh masa pertama

Minit ke 18 jantung aku bekerja berdegup laju macam nak meletup. Kenapa? Sebab bola bergolek atas garisan gol Liverpool. Macamana la boleh jadi macam tu. Pucat lesi muka aku. Ni semua gara-gara Tevez yang pandai cari ruang melepasi pertahanan Liverpool. Dari sudut sempit dia tolak bola. Reina lak sempat sentuh sikit je. Kalau sentuh banyak kompem dah masuk gol. Nasib baik pemain City semuanya malas-malas belaka nak follow-up. Kalau tak awal dah bolos. Liverpool tak ada serang ke separuh masa pertama? Ada. Siapa kata tak ada. Antara yang menyerlah adalah Sterling. Dia ada buat hantaran menarik dari sebelah kiri tapi Borini gelojoh sangat agaknya sampai keluar bola tu. Ada sekali tu Sterling dan Suarez pulak bergandingan dan hampir-hampir Sterling nak lepas pertahanan tapi serangan tu berjaya dipatahkan.

Baru 2 perlawanan musim ni tapi aku dah nampak dah pengadil mula buat perangai. Aku tak tau apa yang diorang jaki sangat dengan Liverpool. Tak akan sebab kes Suarez dulu nak dendam sampai sekarang? Ini mesti konspirasi diorang ni. Macamana boleh tak foul cara Balotelli rampas bola daripada Coates pun aku taktau. Memang Coates agak perlahan nak keluarkan bola waktu tu tapi boleh ke sangkut kaki kat pemain lain untuk dapatkan bola? Lepas tu Johnson bentes Milner dapat bola dulu foul pulak. Pening la pengadil ni. Gerrard nampak la ok sikit dalam perlawanan ni berbanding lawan WBA aritu. Waktu minit ke-33 dia cross bola laju tak ingat nyaris Kompany nak jaring gol sendiri. Hart pun dah melayang terbang nak capai bola. Daripada sepakan sidit Gerrard jugakla Skrtel menanduk masuk gol pertama Liverpool. Memang terbaik dia lari terus tanduk bola. Terduduk Kolarov dengan Zabaleta.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula dengan aku memaki pengadil..huhu. Ade ke Sterling boleh jatuhkan Toure. Setakat pegang tangan tu biasa la. Si Toure tu yang tak larat nak lari lagi sebenarnya, tu yang buat-buat jatuh tu. Dalam perlawanan ni Suarez banyak buat pusingan-pusingan yang menarik. (rasanya setiap perlawanan kot macamtu) Borini pulak dalam perlawanan ni kerjanya asyik rampas bola daripada pertahanan. Rasanya dua kali kot dia rampas bola dan memulakan serangan pantas. Pada minit ke-62 Toure menyamakan kedudukan. Gol senang. Salah siapa agaknya? Semuanya bermula dari bahagian sayap. Sterling yang kecik tu jaga Tevez. Memang tak boleh la kan. Johnson dah ke tengah. Memang positioning bertahan macam tu ke ape? Bila Tevez dah cross, Reina lak tak sampai nak tangkap. Bola pulak terkena peha Kelly dan dia lak terkedu tak sempat buat apa sebelum Toure dengan mudah tolak masuk bola tu. Haih…

Tapi Liverpool tak ambil masa yang lama untuk samakan kedudukan. Pada minit ke-64 Liverpool dapat sepakan percuma di luar kawasan penalti Man City sebab Rodwell tahan rembatan Gerrard dan bola terkena tangan. Bila aku tengok Suarez nak amik tu dalam hati aku “Alaaa…bagila Gerrard ke..dia ni asyik tak masuk je kalau FK”. Sreeeehhh. Bola menyentuh jaring. Aik? Masuk ke? Masuk!!!! Aku jerit-jerit macam orang gila. Huhu. Malu sekejap. Masuk le pulak. Memang cantik sepakan percuma Suarez. Kalau tengok ulang tayang boleh nampak bola tu sentuh tanah tepat-tepat waktu Hart hulur tangan. Minit ke 68 Liverpool ada peluang tambah gol hasil gerakan Borini dan Suarez lak kali ni. Tapi hanataran lintang Borini sangat sedih. Kena berlatih lebih sikit dia ni. Takpun letak je tengah. Suarez pergi belah kanan.

Pada minit ke-71 pengadil sekali lagi buat perangai. Kolarov bentes Johnson dari belakang dalam kotak penalti. Daripada yang aku nampak waktu ulang tayang dalam gerak perlahan, tak kena bola pun kaki dia! Macamana pengadil yang nampak dalam kelajuan sebenar boleh cakap kena pulak. Tekanan betul aku. Pada minit ke-79 berlakulah peristiwa hitam untuk karier Skrtel. Hantarannya ke Reina sangatlah perlahan dan dibaca oleh Tevez yang mudah menewaskan Reina untuk gol penyamaan City. From Hero to Zero bak kata mat saleh. Tapi aku rasa Reina pun kenapa bawah sangat hah? Bukan ke dia kena bersedia terima bola daripada pemain pertahanan. Itulah yang aku faham daripada artikel Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho? yang aku tulis dulu. Liverpool ada peluang mendapatkan gol kemenangan hasil dari beberapa percubaan. Rembatan kaki kiri Shelvey sedikit tinggi melepasi palang dan tandukan Carroll dikeluarkan oleh Rodwell. Tak ada rezeki lagi nak dapat 3 mata. Tapi yang penting juara bertahan dah hilang 2 mata.🙂 Ok la daripada pembulian tahap budak sekolah yang aku jangkakan sebelum perlawanan mula..heheh

KLIK VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN (Youtube selalu remove video)

Pemain terbaik perlawanan : Joe Allen

Mesti ramai yang pilih Sterling untuk jadi MOTM kan? Tapi kalau tengok balik, Allen sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk Liverpool dalam perlawanan ni. Dia banyak mematahkan serangan City. Walaupun badan kecik tapi dia ada bakat membaca pergerakan pemain dan mematahkan serangan. Jadi dia tak perlu sangat gunakan fizikal, cuma gunakan otak sahaja. Sterling walaupun merupakan ancaman utama untuk City, dia juga rajin bertahan namun nampak kenaifannya berbanding pemain lain. Dia sering cuba menggunakan fizikal dan hasilnya dia dikatakan mengasari pemain. Dia muda lagi. Mungkin dia boleh contohi kebijaksanaan Allen.

Antara yang menarik tentang Allen dalam perlawanan ni adalah waktu dia buat hantaran cantik kepada Suarez yang kemudiannya berpusing dan membuat rembatan lencong. Satu lagi waktu dia buat hantaran tinggi kebelakang. Gayat aku tengok. Nasib baik Reina cool je tolak ke Coates. Coates pulak dengan selambanya mengacah pemain lawan sebelum menghantar bola. Memang terbaik lah.

Pesanan penaja : Jangan lupa untuk tengok ruangan baru dalam blog ni di bawah menu “2012”😉

5 thoughts on “Liverpool 2-2 Man City

  1. sebelum skertel buat hal hati aku dah berbunga bunga mungkin ini lah masanya Liverpool akan jadi pesaing hebat utk posisi 4 atau lagi best merebuat kejuaraan terus..

    kemudian skertel sedekah gol bagi kat tevez…terus jadi bunga taik ayam perasaan aku

    hehehe

    apa apa pon seri dah kira ok, aku risau betul kalau kalah kali kedua berturut turut……

    • aku lak baru nak berbangga-bangga Liverpool menang lawan champion…huhu…tu la…niat tak elok lagi…

      tapi seriusla, bila expectation rendah takla kecewa sangat😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s