Pembelian Kelima Brendan Rodgers


Salam dan selamat sejahtera. Secara teknikalnya inilah sebenarnya pembelian keempat BR sebab Sahin tu hanya pinjaman. Tapi katanya pemain ini adalah untuk skuad muda. Memang patut pun la. Sebab dari video yang aku tengok macam mentah sangat budak ni. Kalau main BPL mesti kena tapau punya. Katanya dia perlu berlatih dalam setahun dua lagi sebelum cuba masuk pasukan senior. Dia dibeli dari kelab Leverkusen yang kini diuruskan oleh Lagenda liverpool, Sami Hyypia dan Hyypia dah cerita habis dah pasal Liverpool pada budak ni. Walaupun ibubapanya dari Turki, dia dilahirkan di Jerman dan telah bermain untuk skuad muda Jerman. Memandangkan aku pun tak tahu siapa dia sebelum ni, aku terjemahkan 10 fakta Samed Yesil daripada Laman Rasmi Liverpool FC.

10 Fakta tentang Same Yesil

1. Yesil mula memperkenalkan dirinya pada dunia bola sepak sewaktu Piala Dunia B-17 pada tahun 2011. Dia menjaringkan 6 gol dalam 7 perlawanan membantu Jerman mendapat tempat ketiga dalam kejohanan itu. 2 daripada golnya adalah ketika menentang England yang menurunkan Raheem Sterling pada perlawanan itu.

2. Harijadi Samed adalah pada 25 Mei 1994. Dia berumur 11 tahun sewaktu Liverpool menjulang Piala Eropah itu di Istanbul.

3. Dia hanya membuat satu penampilan untuk Bayer Leverkusen sebelum tiba di Anfield. Penampilan tunggalnya itu diberikan oleh tak lain tak bukan Lagenda Liverpool, Sami Hyypia yang kini menjadi pengurus kelab itu.

4. Dia mempunyai rekod jaringan yang menakjubkan di peringkat belia dengan 22 gol dalam 26 penampilan untuk pasukan Jerman B16, B17 dan B18. Dia juga menjaringkan 3 gol sewaktu Kejohanan Eropah B17 dan dipilih untuk pasukan terbaik kejohanan oleh UEFA.

5. Kadar jaringannya menyebabkan dia digelar ‘Gerd’, sempena penyerang terhebat Jerman Gerd Muller yang menamatkan karier antarabangsanya dengan 68 gol dalam 62 perlawanan.

6. Dengan keyakinannya, mungkin rekod jaringan itu tidak berapa mengejutkan. “Saya tak kisah sekiranya saya dikasari atau ditendang. Yang penting saya menjaringkan gol. Saya ingin menjaringkan gol dalam semua perlawanan”

7. Samed merupakan pemain jerman kelima menyertai liverpool selepas Babbel, hamann, Riedle dan Ziege.

8. Seperti Nuri Sahin, Samed mempunyai 2 kewarganegaraan, Jerman dan Turki. Samed memilih Jerman manakala Sahin memilih Turki untuk pasukan kebangsaan.

9. Dia mungkin tidak mempunyai pengalaman sendiri dalam BPL namun dia dibimbing oleh 2 orang yang berpengalaman dalam BPL iaitu Sami Hyypia (pengurus kelab Leverkusen) dan Steffen Freund (jurulatih Jerman) yang pernah bermain untuk Spurs dan Leicester.

10. Walaupun menjaringkan gol nampak jelas sebagai kekuatannya, dia juga mampu membantu menghasilkannya. Dia membantu rakannya menjaringkan 5 daripada gol pasukan Jerman dalam Piala Dunia B17 tahun lepas. Dia dianugerahkan Kasut Perak dalam kejohanan itu.

One thought on “Pembelian Kelima Brendan Rodgers

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s