Siapa aku?

Waktu sambut Liverpool kat hotel Julai tahun lepas

Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Banting
26 tahun

Pendidikan – SK Sri Langat, SRA Banting, SMK Telok Datok, SM Sains Hulu Selangor, KMPP, UKM.

Aku dan Bola

Waktu sekolah rendah aku tak berapa banyak sangat main bolasepak. Sebabnya sibuk buat benda-benda lain yang budak-budak selalu buat. Main tangkap berudu kat longkang, main basikal dan sewaktu dengannya. Waktu tingkatan 1 aku dah mula seronok main bola. Dan idola aku waktu tu David Beckham sebab aku suka tengok dia cross bola dan amik freekick. Sebab tu kalau tanya keluarga aku yang selalu lalu sebelah padang waktu aku main bola tu, diorang akan nampak aku dalam baju Man United (aku minat Beckham je..bukan MU ) dengan sponsor SHARP tak silap aku dan aku akan sepak dengan gaya Beckham. Bola nak bagi lurus pon aku bantai lencong…hahah…

Anfield aku dulu…dah takde palang dah…kalau bola tinggi sikit mau gaduh ni..heheh.. (Kredit : Dzul Fadli Asraf…adik aku)

Minat aku kat Beckham sekejap je. Lepas tu bila Gerrard mula naik aku dah beralih arah. Tapi diorang dua orang masih lagi pemain yang aku minat. Dulu aku selalu main pertahanan tengah. Kenapa tak main tengah ye tak? baru macam Gerrard. Alaaa..dia pun main pertahanan apa dulu..kiri..kanan..semua boleh. Lagipun waktu sekolah menengah main lawan kelas ada peraturan dan pakai formasi. Tak macam masa budak-budak semua pakat naik turun ikut bola. Waktu form 1-3 la paling aktif main bola. Tiap petang turun padang depan rumah member aku Hazwan. Bola dia jugak la kitorang balun sampai jahanam. Geng yang main budak-budak Taman Sri Putra gak. Aku, Faiz, Fizi, Warie, Hazwan, Zarul..sapa lagi? Biasa main dengan yang lagi senior dari kitorang. Dan kadang-kadang ada team ajak lawan. Kalau lawan budak Melayu tu boleh la lagi..tapi kalau lawan team India..perghh…dahla kaki keras macam batu..kalau tersepak memang terduduk la lepas tu. Yang team Cina pulak main pakai kasut bola. kitorang kaki ayam je. Memang main jaga kaki la takut kena taji..hahah…kenangan tu…

Beberapa kerat budak kelas aku dulu…jumpa time kenduri kawen je sekarang

Mesti korang pelik kan aku badan besor macam ni boleh main bola? Aku dulu takde la beso macam sekarang. Form 5 baru start melebar pasal tak boleh nak meninggi dah…heheh…Waktu form 4 dan form 5 minat aku ngan bola diteruskan sebab ada geng. Memandangkan padang besar dipegang oleh budak-budak senior dan budak ragbi makanya kitorang main kat padang hoki depan surau sekolah. Kalau ramai memang penuh la padang. Aku memang rindu waktu main bola kat SEMASHUR ni. Macam-macam ragam ada. Aku masih dengan crossing ala-ala Beckham dan passing serta tackle ala-ala Gerrard..heheh…itu dalam kepala aku la. Kalau orang tengok taktau lak cemana rupanya. Waktu kat SEMASHUR aku memang selalu main bola sepak tapi wakil sekolah aku main Bola Baling dan Bola Tampar. Asal bola aku bedal je. Petang main bola sepak balik.

Geng bola kat SEMASHUR dulu…rindu gila time ni…

Lepas SEMASHUR aku ke KMPP pulak. Time ni 2 kali je aku main bola. Sebabnya? Untuk ko-kurikulum aku pilih bola tampar memandangkan budak praktikum aku yang lelaki ramai pilih bola tampar. Jadi aku memang main bola tampar sepanjang aku kat KMPP. Kali pertama aku main bola masa awal semester. Punyala ramai orang kat padang tu. Rasa macam main kat pasar malam je. Tapi dalam ramai-ramai tu sempat jugak aku tahan 1 bola tinggi dan bagi through pass kat mamat striker yang aku sendiri tak tau nama (tah betul geng aku ke tak aku pun taktau). Kali kedua dan terakhir adalah waktu malam akhir aku kat KMPP. Budak-budak pakat main bola kat dataran. Tengok macam best jadi aku pon join. Punyala ramai umat yang main. Kalau dapat bola kira beruntung dah. Kalau tak memang berborak je dengan member aku Mahathir. Satu lagi, punyalah ramai orang sampai bagi team ikut suka je. Aku rasa kalau kira balik mau 2 kali ganda team yang satu lagi tu..huhu…

Kat UKM aku main bola ada la dalam 3 kali. 1st sekali untuk jabatan Sistem Cerdas. Lawan jabatan lain. Team lawan tak cukup orang so loan pemain kitorang ke team lawan. Dalam match tu dapat jugak la aku skor dari jauh sebab penjaga gol pon bidan terjun je..heheh…game ke 2 main kat pavilion..perghh…best gile rasa..macam pro je…tapi kalah game ni walaupun kitorang skor dulu. Waktu ni aku memang dah tak fit dah…badan dah besar sukan pun dah jarang. Kali ke-2 jadi sub untuk kolej waktu friendly ke main saja-saja aku pun dah tak ingat. Kali ke-3 main dengan geng-geng Arab. Punyala laju main. Tapi diorang cakap setiap kali aku join serang mesti gol. Bangga kejap aku. Tak hilang lagi la Gerrard dalam diri aku..heheh…Diorang kata aku terer bagi through ball ngan long ball. Tapi pancit la aku main dengan diorang. Sekali aku serang2,3 kali gak aku duduk bawah je pasal penat.

Dua orang pemain yang aku minat (Kredit : holymoly.com..tapi depa pun amik kat gettyimage..huhu)

Sekarang langsung dah tak main bola. Sebab semua orang dah main futsal. Walaupun court futsal kecik tapi penat main macam apa je. Hongeh gak la main kate orang Negeri Sembilan. Aku pulak ada medical condition yang memaksa aku kurangkan sukan yang melibatkan kaki (aku rasa semua kot) selagi aku belum kurangkan berat aku selagi tu aku tak digalakkan main. Takut cedera. Tapi kadang-kadang bila dah gian aku join gak budak-budak main futsal…sedih woo bila pikir aku dah tak boleh main bola. Sekarnag dah kerja memang aku tak boleh nak amik risiko main futsal. Takut MC lak seminggu karang. Jadinya azam aku tahun ni nak kurangkan berat badan untuk kesihatan aku jugak. Dan aku nak main futsal/bola balik. Doakan kejayaan aku ye.

Blog

Aku start blog ni sebab kadang-kadang aku ada banyak benda nak cakap pasal Liverpool. Apa yang aku cakap tak la semestinya betul. Cuma pandangan aku je. Jadi aku nak kongsi dengan penyokong Liverpool yang lain kat Malaysia ni. Aku nak juga kenal otai-otai Liverpool kat sini (tapi nak ke diorang baca blog aku?). Mesti menarik cerita diorang waktu sokong Liverpool dari zaman diorang kecik dulu kan? Aku jugak nak kenal budak-budak yang sokong Liverpool…yang geng muda-muda macam aku…heheh…dan yang lagi muda dari aku.

Kenapa aku buat dalam Bahasa Melayu? Sebab blog dan web Liverpool dalam Bahasa Inggeris dah berlambak dah kat internet. Satu lagi aku selesa tulis dalam Bahasa Melayu. Mungkin sekali sekali aku akan buat artikel dalam Bahasa inggeris. Kang berkarat lak Bahasa Inggeris aku. Lagi satu, aku tak pernah lagi join tengok live viewing kat mana-mana. Biasanya aku tengok kat rumah je. Selesa. Tak pun kat restoran mamak samada dengan member atau sorang-sorang. Mungkin dah sampai masa aku join live viewing pulak. InsyaAllah, Carling Cup Final nanti nak lepak mana-mana yang best. Nak jugak celebrate sama-sama dengan fans yang lain. Masa Istanbul aku jerit dan lari sorang-sorang dalam rumah pagi-pagi buta. Tak ke gila namanya tu? Ok..kemaskini. aku dah pergi tengok perlawanan akhir Piala Liga kat D’Stall Corner. Memang terbaik la. Kepada yang belum baca pengalaman aku kat D’Stall sila pergi SINI.

Itu je dulu dari aku. Apa-apa aku sambung lain. YNWA. Salam…

Hubungi Aku

18 thoughts on “Siapa aku?

    • bukan tak nak cerita detail…cerita ringkas2 pun da takut kena saman hakcipta..heheh…lagipun sekarang memang pilih cerita menarik dalam setiap bab tu. Kalau nak cerita semua memang banyak tak terkata…untuk versi yang diterjemah mungkin boleh diusahakan tapi mungkin ambil masa yang lama..terima kasih atas sokongan..nanti kalau ada perkembangan lain akan diberitahu di blog ini…YNWA

  1. wslm.. thanks sudi lwt blog aku.. blog yg rojak brcampur cerita. hehehhe… pe pun, ramai juga rupanya org banting yg mnjadi supporter liverpool rajin bblog.. bgs ler.. teruskan niat sudi murni anda…

    p/s: klau free2 tu x g d’stall corner, ley ler lpk2 kat nafih banting baru.. coz klau big2 game tu, slalu aku lepak situ jer. nak slalu g kelana jaya, x larat plk. hahhahha

    • hahah..bukan selalu pun pegi D’Stall…nak rasa je haritu…InsyaAllah…lepas ni kalau kat Banting boleh la lepak situ…boleh borak2…

    • Hahah…terima kasib banyak2. Memang harapannya nak ulas setiap game. Tambah dengan artikel2 lain lagi. Tapi tu la..kadang2 ada yang menghalang…InsyaAllah akan cuba yang terbaik. YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s