Featured image Hillsborough

Hillsborough – 15 April 1989


Salam dan selamat sejahtera. Dalam previu perlawanan aku ada sebut mengenai peristiwa Hillsborough. Jadi hari ini aku nak kongsikan apa yang aku tahu hasil dari pembacaan bahan-bahan di internet. Sebagai seorang blogger Liverpool di Malaysia ni aku rasa bertanggungjawab untuk menceritakan perisitiwa ini kepada mereka-mereka yang tidak tahu atau belum pernah dengar mengenai perkara ini. Bagi aku, setiap blogger Liverpool WAJIB buat entri berkenaan Hillsborough sekurang-kurangnya sekali untuk panduan peminat yang lain. Memandangkan aku baru lagi berblog, maka ini adalah entri Hillsborough aku yang pertama. Selamat membaca.

Lepas baca entri ni jangan sesekali lupa apa itu Hillsborough…

Secara Ringkas

Pada tahun 1989, Liverpool dan Nottingham Forest mara ke perlawanan separuh akhir Piala FA. Persatuan Bola Sepak England menetapkan Stadium Kelab Sheffield United, Stadium Hillsborough, sebagai tempat perlawanan dan perlawanan akan dilangsungkan pada Hari Sabtu, 15 April.

Lebih daripada 50 000 penyokong bergerak ke sana untuk menyaksikan perlawanan tetapi perlawanan dihentikan hanya selepas 6 minit setelah pengadil diberitahu ada tolak menolak dan penyokong terhimpit ke pagar keselamatan di tempat duduk di Lepping Lane End. 96 orang penyokong terkorban, beratus lagi cedera dan beribu lagi trauma di stadium yang dikatakan paling selamat di England ketika itu.

Sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil kepada sesiapa atas tragedi ini dan penyokong Liverpool dianggap menjadi punca tragedi tersebut. JFT96 adalah singkatan kepada “Justice For The 96”. Merujuk kepada kempen menuntut keadilan untuk 96 orang yang terkorban.

Perincian Kejadian

Penyokong Liverpool diberikan tempat di West Stand (Lepping Lane End) yang mampu menampung 14 000 penonton manakala penyokong Nottingham Forest diberikan East Stand (Spion Kop) yang mampu menampung 21 000 penonton. Suatu keputusan yang dipersoalkan sehingga sekarang.

Diagram stadium (Laman hfdinfo.com)

Sebelum perlawanan bermula, penyokong Liverpool telah berkumpul diluar dan terhenti di pintu berpusing (turnstiles) untuk semakan tiket. berlaku tolakan kuat dalam pen 3 dan 4. Kemudian ada pengumuman yang menyuruh mereka bergerak kehadapan lagi supaya yang lain dapat masuk ke dalam. Keadaan ini membuatkan tolakan semakin kuat. Pada pukul 2.50pm pen 3 dan 4 yang menempatkan penyokong Liverpool telahpun penuh, tapi marsyal keselamatan diluar stadium meminta pintu C dibuka kerana keadaan di luar sangat teruk dan penyokong mungkin mati sekiranya keadaan berterusan.

Kredit : hfdinfo.com (Sila ke laman mereka untuk gambar asal dan maklumat lanjut)

Jadi pintu C, sebuah pintu yang sebenarnya dgunakan untuk  keluar, dibuka. 2000 penyokong meluru masuk kedalam terowong menuju pen 3 dan 4 yang sudah penuh menyebabkan ramai yang terhimpit. Pintu C itu kemudiannya ditutup semula. Penyokong mula memanjat pagar untuk mengelak dari dihimpit. Ada yang ditarik ke bahagian atas oleh penyokong lain. Ada yang bernasib baik dapat keluar dicelah-celah pagar keselamatan yang terkopak keluar kerana menampung bebanan yang terlalu tinggi. 5 minit selepas perlawanan dimulakan, penghadang dihadapan pen 3 runtuh menyebabkan penyokong terjatuh ke dalam padang. 94 orang mati ditempat kejadian, seorang lagi mati di hospital dan seorang lagi mati beberapa tahun selepas tragedi ini.

Kredit : hfdinfo.com (Sila ke laman mereka untuk gambar asal dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kegagalan-kegagalan lain pihak berkuasa dalam tragedi ini sila ke pautan-pautan sumber yang aku sediakan di bawah. Secara seriusnya apa yang aku baca daripada laman mereka lebih ngeri daripada yang aku tulis di sini. Setiap kali aku baca aku terbayang macamana agaknya suasana dalam terowong kecil yang gelap. Kemungkinan ada yang dah tersadung dan diheret bersama menuju ke arah tempat penonton.

Kenapa dengan The Sun?

Penyokong memegang poster Don’t Buy The Sun (Kredit : mirror.co.uk)

Selain kempen JFT96 (Justice For The 96) ada juga kempen Don’t Buy The Sun. Apa agaknya yang The Sun buat sampai satu Liverpool benci surat khabar ni?  The Sun telah mengeluarkan berita muka hadapan berkenaan Tragedi Hillsborough. Antara yang dicetak dimuka hadapan akhbar itu adalah “Ada penyokong mencuri daripada mangsa. Ada penyokong kencing atas polis yang berani. Ada penyokong memukul pegawai yang cuba memberi bantuan mulut ke mulut” selain daripada tajuk besar mereka “The Truth”. Semua ini telah terbukti salah tapi mereka enggan meminta maaf. Kebenarannya boleh dibaca di laman-laman yang aku kongsi sebagai sumber. Aku malas nak cerita lebih tentang surat khabar tak guna ni. Tak layak pun sebenarnya nak kongsi satu cerita dengan JFT96 tapi untuk pastikan semua orang tahu perkara ni aku tulis sikit.

Untuk penerangan lebih terperinci boleh lawat laman-laman sumber yang aku nyatakan di bawah. Mereka dah buat kajian terperinci tentang perkara ni. Jadi sokong usaha mereka dan lawatlah laman mereka. YNWA. JFT96.

Sumber :  Don’t Buy The Sun | The Hillsborough Football Disaster | The Hillsborough Disaster Documentary | mirrorfootball

Blog Lain : Teh Tarik Gelas Besar | Sokernet | WanGerrard

12 thoughts on “Hillsborough – 15 April 1989

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s