Featured image Stoke 0-1 Liverpool

Stoke 0-1 Liverpool : Coutinho Penyelamat Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool menamatkan musim lepas dengan kekalahan memalukan. Tambah memalukan untuk Gerrard yang main perlawanan akhir dia untuk Liverpool. Aku taktau siapa yang susun perlawanan, tapi diorang memang ada niat jahat (sila masukkan teori konspirasi di sini). Liverpool ditemukan dengan Stoke, di tempat lawan dan rata-rata penyokong nak Liverpool balas dendam.

Kesebelasan utama

Sebelum perlawanan aku cakap Liverpool perlu mula dengan Firmino dan Benteke untuk “fear factor” dan pergerakan pemain yang lebih segar berbanding musim lepas. Tapi BR memilih untuk mula dengan Ibe dan Lallana untuk bantu Coutinho di belakang Benteke. Aku takde masalah dengan pilihan ni memandangkan diorang perform waktu pra-musim.

Video Sorotan Perlawanan

Formasi dan Perlawanan

Liverpool bermula dengan 4-2-3-1 kalau ikut atas kertas tapi mengikut OPTA, Henderson main lebih ke bawah berbanding Milner. Liverpool banyak menyerang dari sebelah kanan menyebabkan Lallana dibahagian kiri kurang menonjol. Dia lebih ke tengah berbanding Ibe di sebelah kanan. Secara tak langsung menjadikan formasi 4-3-3. Tak heran la Johnson nampak bebas je belah kanan.

Average Position

Kenapa kemasukan Can dan Firmino mengubah perlawanan? Dengan adanya Can, bahagian tengah lebih stabil. Hendo dan Milner di kiri dan kanan Can. Dua-dua kuat berlari dan tekan pemain. Can pulak turun dan naik ikut keperluan. Firmino pulak jenis direct dan tak suka lengah-lengah.

Aku paham kalau BR nak pastikan pertahanan lebih kompak. Dan untuk elakkan ruang besar untuk counter attack, Liverpool perlu kekalkan bentuk sewaktu menyerang. Menjadikan permainan sangat perlahan. Tambah pulak dengan Stoke yang suka memenuhkan bahagian tengah dan pertahanan, memang susah nak tembus.

Ramai cakap Hendo tak berfungsi, takleh main tempat Can. Huhu. Hendo memang sesuai sebelah Milner, dengan sorang pemain di CDM. Pemain tu adalah Lucas. Can akan naik dan turun. Lucas akan kekal di CDM. Kalau Can main, dia akan naik bantu serangan. Jadi Hendo dan Milner masih kena bergilir untuk turun. Kalau Lucas main, Milner dan Hendo bebas untuk tekan pemain lebih tinggi di tempat mereka. Semalam, bila Hendo main ke bawah sikit, Lallana kurang berkesan belah kiri. Kurang tekan pemain.

Secara jujurnya, perlawanan ni agak membosankan. bukan sebab Liverpool je. Stoke pun main bawah prestasi sebenar. Masing-masing hanya cuba 7 dan 8 kali je dan hanya 1 dan 3 percubaan yang tepat ke gol. Mungkin Liverpool terlalu berhati-hati untuk elak tragedi musim lepas dan Stoke pulak berhati-hati untuk elak jadi mangsa balas dendam.

Liverpool memang beruntung ada Coutinho. Dia sebenarnya ada banyak lagi peluang nak rembat tapi dia macam teragak-agak. Aku rasa ada 2 kali kot dia berjaya lepas kat tengah dan tak cuba rembat. Ramai kata dia tamak. Bagi aku, semalam tak ada ruang sangat untuk dia jolok bola. Bukan kes tamak ke tak. Alah, yang pasti semua bersorak kan time dia skor? Itu yang penting sekarang. Dia masih kena fikir camana nak main lawan team macam Stoke. Rembat dari jauh mungkin permulaannya😉

Ulasan pemain baru

Nathaniel Clyne : Solid. Pengganti yang bagus untuk Johnson. Kurang satu benda nak risau. Dia ni alert sikit kat mana pemain lawan, bola kat mana. Waktu dia tanduk keluar bola cross untuk Diouf tu memang best. Cuma kali ni dia kurang link dengan Ibe. Lebih banyak dengan Milner. Jadi kurang pergerakan menyerang yang bahaya sebelah kanan. Lepas tengok semua perlawanan pra-musim, aku ingat dia akan main lebih menyerang dan buat cross banyak sikit. Logik la, memandangkan Benteke kat depan. Kan?

Joe Gomez : BR pilih dia dan letak Moreno di bangku simpanan dan aku rasa ini pilihan yang tepat. Pemain LB perlu jaga Walters dan kadang-kadang Diouf akan bergerak ke kanan. Bagi aku Gomez bermain dengan baik. Tak sempurna. Tapi sangat baik untuk pemain berumur 18 tahun yang sepatutnya dipinjamkan ke kelab lain. Dia ada kalah beberapa pertembungan di udara tapi itu memang dijangka dengan pemain macam Walters. Sekurang-kurangnya dia tak mudah digasak. Dia banyak foul Walters sebab pengalaman. Walters sangat bijak carik foul. Keseluruhannya, masa depan Gomez nampak cerah di Liverpool. Untuk serangan, dia jenis main selamat. Tapi tak bermakna dia tak reti menyerang. Pergerakan dia agak bagus waktu dia bagi bola kat Coutinho untuk gol kemenangan.

Milner : Enjin Liverpool yang baru. Ada yang kata dia main lebih baik dari Henderson. Main sepenuh hati. Mungkin kalau main 3 midfield kita boleh tengok Hendo dan Milner lebih menyerang.

Benteke : Nampak terasing sangat. Liverpool main agak spread untuk bukak pertahanan Stoke jadi dia keseorangan kat depan. Satu yang positif, dia boleh pegang bola kat kawasan Stoke. Stoke ni jenis main ganas, susah nak pegang bola lama-lama. Dia jugak ada rampas balik bola daripada pemain Stoke yang baru rampas bola dari dia. Dia perlu lebih banyak pemain sokongan keliling dia kalau taknak main cross.

Firmino : Walaupun main sekejap, aku rasa semua orang boleh nampak kualiti dia. Yes, dia selalu hilang bola sebab kena tekan. Itu salah satu benda yang dia kena perbaiki. Dia kena tahu yang kat BPL takleh pegang bola lama-lama dan kena tahu mana semua pemain lawan sebelum dapat bola. Kalau dia dah master nanti jadila macam Coutinho, boleh pusing-pusing je keliling pemain lawan. Satu lagi yang positif, dia suka gerakkan serangan ke depan. Takde nak gentel-gentel lebih sangat, pass tepi pass belakang. Direct.

Keputusan Perlawanan Lain

Keputusan BPL Minggu 1

Keputusan BPL Minggu 1

Kesimpulan

Keputusan yang bagus untuk Liverpool. Terutamanya bila perlawanan away Liverpool untuk pusingan pertama sangat sukar dan Stoke adalah antara perlawanan tu. Kita kena ingat ini Stoke, dan Liverpool sebagai pasukan pelawat. Liverpool beruntung dapat 3 mata penuh sebab ini antara tempat yang susah nak dapat mata.

Bukan bermakna Liverpool dah cukup bagus, Banyak lagi perlu diperbaiki. Formasi dan taktik perlu di ubahsuai. Bermula dengan Bournemouth di Anfield 18hb nanti. Kalau main di tempat sendiri masih perlahan dan tak lancar, aku risau Liverpool akan hadapi masalah nak harungi musim ni. Tapi buat masa ni, kita enjoy kemenangan ni dulu.

Untuk letak kemenangan ni dalam perspektif, daripada pasukan 10 teratas musim lepas, hanya 3 pasukan yang dapat 3 mata penuh (MU, Liverpool dan Crystal palace). 3 pasukan berkongsi mata (Chelsea, Southampton, Swansea) dan 3 pasukan gagal mendapat sebarang mata (Arsenal, Spurs, Stoke). Man City masih belum main waktu ulasan ni dibuat.

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s