Featured image Laporan Pramusim pemain Baru LFC

Laporan Pra-musim : Pemain Baru


Salam dan selamat sejahtera. Selesai sudah perlawanan pramusim untuk Liverpool. Tak sampai seminggu lagi kita boleh tengok pasukan kesayangan kita main. Yang bestnya, Liverpool ada peluang nak balas dendam dengan Stoke lepas kekalahan yang memalukan hujung musim lepas. Samada Liverpool akan ambil peluang ni atau tak, kita tunggu dan lihat. Kali ni aku nak tengok balik prestasi pemain baru waktu pra-musim.

Keputusan pra-musim

Thai All-Stars 0-4 Liverpool : Markovic, Sakho, Lallana, Origi
Brisbane Roar 1-2 Liverpool : Lalana, Milner
Adelaide United 0-2 Liverpool : Milner, Ings
Malaysia XI 1-1 Liverpool : Ibe
HJK 0-2 Liverpool : Origi, Coutinho
Swindon 1-2 Liverpool : Benteke, Ojo

Pembelian #1 : James Milner

Pembelian paling berbaloi pasal dia free dan banyak pengalaman. Huhu. Perfect untuk main 2 Hendo kat tengah. Ye, 2 Hendo. Dua orang ni memang rajin gila main. Dah minit 80-90 lebih pon kalau suruh pressure keeper takdehal lagi. Penting untuk high-pressuring game BR dan dengan adanya 2 orang ni, Sorang lagi pemain tengah (kalau main 4-3-3) boleh digunakan dengan 2 cara. Menyerang atau bertahan. Sebab 2 orang ni cukup fleksibel.

 

Bagi aku, guna Can kalau nak main menyerang. Sebab dia suka lari dari bawah sampai atas macam Gerrard muda-muda dulu. Guna Lucas kalau nak pegang bahagian tengah dengan lebih jitu. Diorang boleh gak duduk depan pertahanan kalau guna 4-2-3-1. Pastu letak Firmino, Coutinho ngan Ibe/Lallana belakang Benteke…fuh!

 

Bagi aku, dia takkan ada masalah nak sesuaikan diri dan aku nak tengok dia berlawan dengan Hendo dapatkan gol dan assist. Penyelesaian kompromi antara beli terus pengganti Gerrard atau guna pemain sedia ada. Dengan cara ni Can boleh dikembangkan lagi untuk masa depan tanpa terlalu banyak persaingan.

Pembelian #2 : Danny Ings

Setakat ni, dia nampak macam pemain backup yang bagus. Dia suka lari belakang pertahanan. Cuma kena perbaiki sikit. Kena bend larian dia untuk elak offside. Macam Owen selalu buat dulu. Dia takde masalah kalau finishing one-on-one tapi tandukan dia masih boleh dibaiki sebab itu bukan kekuatan dia pun. Setakat ni first touch dia agak ok. Ada beberapa peluang dia berjaya tahan bola dalam kotak penalti dan lepaskan rembatan ke gol tapi ditepis penjaga gol.

 

 

Dia perlu bekerja keras dan hasilkan permainan yang baik secara konsisten untuk kekal depan Origi. Tapi memandangkan hanya ada 4 penyerang yang BR betul-betul nak guna (tolak budak akademi), dia akan dapat banyak peluang.

Pembelian #3 : Adam Bogdan

Untuk penjaga gol, susah nk harap lebih. Sebab semua penjaga gol akan bolos. Aku rasa harapan minimanya penjaga gol tak buat benda bodoh dan setakat ni ok lagi. Lagi satu, ramai yang nak penjaga gol yang lebih muda dan berkualiti untuk mencabar Mignolet. memandangkan Liverpool banyak nak guna duit kuatkan bahagian lain, ini pilihan yang bijak.

Pembelian #4 : Joe Gomez

Mengejutkan. Aku rasa BR sendiri pon tak sangka yang Gomez akan main sebagus ni. Aku tau ini baru pra-musim tapi untuk pemain yang berumur 18 tahun dan baru satu musim main dengan pasukan senior (Charlton), dia nampak yakin dan tak ada masalah main dibahagian kiri atau kanan. Dia agak tenang walaupun kena tekan. Dia tak ada masalah sangat keluar dari tekanan. Dia nampak lagi meyakinkan dari Moreno musim lepas! Daripada rancang nak loan, terus tak jadi, pastu terus cabar untuk kesebelasan utama! Nice!

 

 

 

Pembelian #5 : Roberto Firmino

Aku agak atas pagar mula-mula. Kadang-kadang rasa ok. kadang-kadang rasa tak. Sampaila dapat tengok dia main lawan Swindon. Apa yang aku nampak, dia tak segan nak bawak bola dan shoot. Benda yang makin kurang pemain buat kat LFC. Yang selalu skor dari jauh cam Coutinho ngan Hendo je. Kalau ramai yang cuba, bertambahlah kemungkinan nak gol. Dia ni jenis kalau counter attack bawak sorang pon ada peluang besar nak gol. Yang mengejutkan, dia main bertahan pon terbaik. Dia tak biar pemain lawan bawak bola. Dia akan kacau. Dia tak duduk melangut waktu pertahankan corner. Style main yang memang BR tekankan.

 

Sekarang ni cuma nak tunggu dia betul-betul fit dan link dengan kesebelasan utama. Terutamanya kawan baik dia Coutinho😉

Pembelian #6 : Nathaniel Clyne

Ada yang kata ini pembelian terpenting Liverpool musim ni. Dan ramai yng setuju. Liverpool sangkut dengan Glen Johnson yang makin kerap cedera dan makin banyak buat silap. Sampai terpaksa guna Can sebagai RB. Aku memang suka tengok dia main kat Southampton dan setakat ni aku suka apa yang aku nampak. Dia boleh link dengan Ibe atau lallana belah kanan dan dia suka buat overlap. Dan dia buat dengan bijak.

 

 

Pembelian #7 : Christian Benteke

Pembelian yang membahagikan penyokong Liverpool kepada 2 atau 3. Yang sokong, yang tak sokong dan neutral. Aku rasa musim ni dia kan kerja keras untuk buktikan dia bukan sekadar target man. Bagi aku, tak payah tengok dia main satu musim untuk Villa musim lepas. Cukup tengok gol dia pon dah tau apa kemampuan dia. Dia bukan sekadar bagus kat udara je. Dia boleh lead counter attack, dia boleh jaring sepakan percuma dan lawan Swindon, dia buktikan dia ni ala-ala Drogba. Tahan dan shoot. Half volley. Takde peluang untuk penjaga gol.

 

Tak dinafikan ada peluang mudah dia lepaskan tapi aku anggap je dia belum fit sepenuhnya. Lagipun ini perlawanan pertama dia dan dia masih perlu sesuaikan diri dengan kesebelasan utama nanti. Aku taktau samada dia kaan berjaya macam Torres atau Suarez, yang aku pasti, dia boleh jadi lebih baik dari Lambert dan Carroll.

Kes Khas : Divock Origi

Aku tau dia pembelian musim lepas dan korang tau dia dipinjamkan balik ke Lille sebaik sahaja dia dibeli. So musim ni baru dia main untuk Liverpool secara rasminya. Setakat ni, sentuhan dia ok. Dia pandai simpan bola dan cari ruang untuk shoot. Dia rajin. Tengok dia main dalam hujan dengan padang becak kat Thailand memang best. Larian dia ok cuma positioning dia dalam kotak penalti kurang sikit. Bola kadang-kadang lalu belakang/depan dia. Dia masih perlu belajar baca permainan.

 

 

Dia akan jadi aset penting untuk Liverpool kalau dia berkembang dengan baik. Dia setahun muda dari Sterling tapi nampak jauh lebih matang. Dia ada banyak masa untuk buktikan kemampuan dia tapi dia perlu ambil peluang sementara Sturridge belum main. Tapi memandangkan hanya dia dan Ings je yang jadi backup untuk Benteke dan Sturridge, aku rasa dia masih akan dapat peluang untuk perlawanan piala.

Kesimpulan

Liverpool berbelanja dengan baik kali ni. Memang masih ramai beli pemain tapi bak kata BR, pembelian perlu sebab ada pergerakan pemain. Contohnya penjaga gol, RB, dan tempat Gerrard. Dan seperti kita sedia maklum, kita kekurangan penyerang berkualiti. Kita belum sampai tahap Man City, Arsenal atau Chelsea yang dah ada tunjang utama dan hanya perlu tambah 1 atau 2 pemain setiap musim.

Apapun, ini semua adalah pandangan aku semata-mata, boleh kongsi pandangan korang kat bawah sementara kita menunggu BPL start balik😉

YNWA.

2 thoughts on “Laporan Pra-musim : Pemain Baru

    • Yup. 2 pemain yang akan diperhatikan sepanjang musim. Harap diorang bagi yang terbaik dan kejutkan semua orang macam masa Torres punya 1st season.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s