Man City 1-4 Liverpool : Gandingan L.F.C. Terbaik Setakat ini?


Salam dan selamat sejahtera. Lama dah tak update blog rupanya. Last masa merdeka dulu. Ni dah nak ujung taun dah. Hahah. Takpe la baru rare sikit. Selalu update nanti orang boring lak 😛

Kepada yang tak tengok match ni memang rugi sangat-sangat. Jadi aku nak tolong korang sampai dapat tengok.  Kat Astro rasanya ada je ulang. Kena cek guide dia. Siapa yang ada internet laju dan takde had download, boleh download torrent.

MOTD Gameweek 13 – 1.95GB
Full Match – Standard definition – Saiz 1.23GB
Full Match – HD 1080i – 6.38GB

Sekarang korang leh tengok sampai puashati. Nak tengok kat TV besar leh download yang 6GB tu. Dijamin puas hati. Kalau tengok kat Handphone ke laptop, yang SD tu cukup dah. Kalau takmo download leh tengok je highlight kat mana-mana Page LFC kat FB 😉

Ulasan perlawanan

Gandingan Lallana, Firmino dan Coutinho memang mengancam. Firmino nampak sharp. Alert dengan keadaan. Dah keluar skill-skill dia. Coutinho tak hilang bola sangat macam dulu. Lallana tak gentel bola lebih-lebih sangat dan dia memang pakar buat dummy. Persoalan sekarang, mane lak nak sumbat Sturridge, Benteke? Huhu

Benda paling jelas Klopp terapkan adalah gegenpressing dia. Makin lama makin smooth dah aku tengok taktik ni. Takde la sepanjang masa nak pressing. Kalau tengok balik, bila ada pemain yang mula press, yang lain automatik ikut sama.

Tapi perubahan yang paling aku suka, gerakkan permainan ke depan. Liverpool masih lagi pegang bola, tapi bukan secara berlebihan. Kalau dulu, takleh nak pass ke depan kena pass belakang dan mula balik, sekarang dah ada pass ke depan (ruang kosong) walaupun berisiko dan kemungkinan tak dapat kat member.

Apa yang penting, permainan bergerak ke depan dan Liverpool boleh pressing lebih dekat dengan kawasan lawan. Mengurangkan risiko bola terlepas kat kawasan sendiri dan bagi tekanan kepada pertahanan dan penjaga gol.

Bagi aku, season ni cuma nak enjoy tengok game je. Yang lain tu bonus la. Lagipon ni season pertama dia. Sebelum ni tengok Liverpool main sakit kepala. Boleh bawak migrain. Sekarang tak lagi. Terima kasih Klopp. Haha!

Setakat ni dulu. Lama tak menulis berkarat dah.

YNWA.

2 thoughts on “Man City 1-4 Liverpool : Gandingan L.F.C. Terbaik Setakat ini?

Tinggalkan komen