Featured image Arsenal 0-0 Liverpool

Arsenal 0-0 Liverpool. Pertempuran Penjaga Gol.


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool kini mengumpul 7 mata dari 3 perlawanan. 2 perlawanan di tempat lawan. 1 di tempat sendiri. 3 perlawanan tanpa bolos. Jom letak keputusan setakat ni dalam perspektif.

2015/16 : 7 mata | 2 Jaring, 0 Bolos (Stoke Away, Bournemouth Home, Arsenal Away)
2014/15 : 6 mata | 6 Jaring, 4 Bolos (Soton Home, Man City Away, Spurs Away)
2013/14 : 9 mata | 3 Jaring, 0 Bolos (Stoke Home,Aston Away,Man Utd Home)
2012/13 : 1 mata | 2 Jaring, 7 Bolos (WBA Away, Man City Home, Arsenal Home)
Menang | Seri | Kalah

Bukan permulaan terbaik dan bukan permulaan terburuk Liverpool bawah kendalian BR. Tapi semestinya permulaan penuh kontroversi setakat ni. Gol Bournemouth dibatalkan, Gol Benteke offside, Gol Ramsey onside. Tapi untuk bersaing di BPL, Liverpool perlu semua “luck” yang ada. Ada orang kata, tuah ni datang kat orang yang bekerja keras.

Video Sorotan Perlawanan

Pertempuran Penjaga Gol

Prestasi penjaga gol setakat ni.

Prestasi penjaga gol setakat ni.

Cech dan Mignolet merupakan pemain dengan rating tertinggi untuk pasukan masing-masing dalam perlawanan ni (8..90 dan 8.08 mengikut whoscored). Mignolet selamatkan 5 cubaan manakala Cech selamatkan 8. Antara yang menarik adalah cubaan Benteke dan Giroud dari jarak dekat. Kedua-duanya diselamatkan dengan bergaya oleh penjaga gol. Menjadikan perlawanan 0-0 ni menarik.

Positif dari Perlawanan

1 mata dari Emirates – Aku rasa ramai yang lupa ini perlawanan kat tempat lawan dan musim lepas Arsenal belasah Liverpool 4-1. Ini bukan 1 mata yang dapat dengan main bertahan sepanjang masa. Ini 1 mata dari perlawanan yang sengit. Jauh lebih baik dari musim lepas.

Benteke – Terasa betul bila ada penyerang yang proper. Mignolet tak payah nak risau bila buat clearance sebab Benteke ada kat atas. Dia bukan sekadar dapat bola. Dia boleh pegang bola. bagi peluang member join serangan. Benda yang susah nak buat bila Sterling main penyerang tunggal.

Trio serangan yang mengancam – Benteke, Firmino dan Coutinho pilihan terbaik rasanya untuk Liverpool. 2 pemain Brazil yang ada skil dan teknik belakang Benteke yang boleh flick bola untuk diorang. Menakutkan. Lagi menakutkan bila fikir diorang ni pun belum 100% lagi. 10 cubaan kearah gol dan 6 cubaan tepat dari diorang. Cukup bagus untuk perlawanan tempat lawan.

Output

Output

Trio midfield yang sesuai – Sebelum ni Lallana main sebagai salah satu dari 3 pemain midfield. Kali ni Lucas sebagai CDM, Can dan Milner depan dia. Lucas buktikan dia masih relevan. Dia lindung pemain pertahanan dengan baik. Dia selalu turun bantu pertahanan sampai dia nampak macam CB ketiga. Dia buat 6 terjahan (tackle), 4 pintasan (Interception) dan 1 kali keluarkan bola dari kawasan bahaya (clearance). Milner macam biasa, bagi 110%. Dia bertanggungjawab bantu serangan dalam perlawanan ni. 3 cubaan (shots) dan 2 tepat ke gol (shots on target). Dia juga bantu pemain lain buat cubaan sebanyak 2 kali (shot assist). Can masih belum cergas. Boleh nampak dalam permainan dia. Dia lebih kepada pengisi ruang kali ni. Tapi dia ada juga sumbangkan 2 terjahan (tackles), 2 kali keluarkan bola (clearances) dan 2 kali bantu cubaan (shot assist).

Kedudukan purata pemain Liverpool

Kedudukan purata pemain Liverpool

Aku suka gandingan midfield ni. Tapi dengan khabar angin yang Lucas akan dipinjam/jual masih bertiup aku tak rasa dapat tengok lagi gandingan ni. Can perlu pikul tanggungjawab Lucas untuk lindung CB dan baca perlawanan dengan baik. Hendo dan Milner tak sesuai posisi CDM. Sama jugak Lallana. Dia tak sesuai kat tempat Milner dan Hendo. Tak kira la dia fleksibel camne pon. Kalau Lucas pergi, Liverpool hanya ada Rossiter memandangkan Allen cedera. BR kena carik pengganti melainkan nak guna sorang lagi budak muda macam Pedro Chirivella sebagai backup.

Pertahanan semakin mantap – Secara umumnya semua pemain pertahanan cemerlang setakat ni. Nampak fokus, Jaga pemain dengan baik. Tak tertarik kepada bola dan biar pemain tak terjaga. Cuma ada satu dua saat mencemaskan bila masing-masing harap orang lain clear bola. Perlu lebih yakin dan kawal permainan. Clear dulu. Cerita kemudian.

Prestasi Pertahanan Setakat Ini

Prestasi Pertahanan Setakat Ini

Clyne memang pembelian yang paling berbaloi setakat ni. Jauh gila upgrade dari Johnson. Tak risau sangat bahagian kanan sekarang ni. Lovren dan Skrtel nampak solid. Takde la main bertembung sesama sendiri ke setakat ni. Lovren nampak yakin sampai Skrtel lak nampak cam cemas..huhu. Gomez. Pembelian yang paling mengejutkan. Budak ni 18 tahun kot! Setakat ni Walters, Sanchez dalam poket dia je. Taktik Arsenal main kawasan tengah agak membantu tapi bila Arsenal menyerang sebelah dia, memang susah nak lepas. Cuma Oxlade-Chamberlain yang berjaya lepas dia dengan jayanya. Ramai pundit yang kata Wenger buat silap tak guna Walcott dan Ox awal-awal.

Keputusan BPL minggu ke-3

Keputusan BPL Minggu Ke-3

Kedudukan Liga setakat ini

Kedudukan Liga Minggu Ke-3

Setakat ni hanya Man City berjaya raih mata penuh. Pasukan lain kena kerja keras kalau taknak kena tinggal. Termasuk Liverpool. Terutamanya bila game tempat lawan Liverpool semua susah. MU, Everton, Spurs, Chelsea dan Man City menanti. Secara jujurnya, kalau Liverpool menang 1-0 lawan semua pasukan ni pun dah cukup bagus. Aku tak rasa akan ada yang komplen.

Korang puashati tak dengan perlawanan ni?

One thought on “Arsenal 0-0 Liverpool. Pertempuran Penjaga Gol.

  1. antara stalemate terbaik yang pernah disaksikan. kepada sesiapa yang tak menonton pasti akan cakap game 0-0 ni bosan. BR please dont sell/loan Lucas. dia DM/midfield anchor yang paling cocok untuk “shield” our back 4. not spectacular but always did the job.

    keep on winning our home games and minimized mistakes during away games..

    saya still stick ngan formula 15 home wins and 10 away wins. confirm top4..

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s