featured-image-liverpool-0-2-arsenal

Liverpool 0-2 Arsenal


Cover Report Liverpool 0-2 Arsenal

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool dan Arsenal merupakan pasukan yang sama-sama belum jumpa rentak lagi. Malang untuk kita, Arsenal jumpa rentak di Anfield. Kita kalah 2-0. Daripada 3 perlawanan, kita kalah 2 kali dan seri sekali. Dah boleh panik ke?

Bedah siasat

Gol pertama

Berat untuk aku tulis, tapi Steven Gerrard menjadi punca Liverpool bolos gol pertama. Seperti yang aku tulis dalam entri Liverpool 1-1 Hearts, BR suka menyerang secara beramai-ramai supaya pemain lawan panik dan buat kesalahan. Cara ini mempunyai pulangan yang tinggi tetapi cara ini juga mempunyai risiko yang tinggi. Ketika menentang Hearts, Liverpool beberapa kali terperangkap apabila Hearts membuat serangan balas menggunakan hantaran jauh. Cuma bezanya, pemain mereka tidak sehebat pemain Arsenal yang sangat berbahaya ketika membuat serangan kilat. Hasilnya, Podolski menjaringkan gol untuk Arsenal.

Gambar Analisisi Gol Podolski Menentang Liverpool

Bukan Gerrard seorang yang salah sebenarnya. Dia yang menjadi punca, tapi semua pemain perlu dipersalahkan sebab ambil masa terlalu lama atau dengan kata lain terlalu lembap turun ke bawah untuk bertahan. Ruangan antara pemain tengah dan pertahanan juga terlalu luas. Bayangkan Podolski yang memulakan serangan tu dari kawasan Arsenal sendiri boleh berlari meninggalkan semua pemain Liverpool dan sampai untuk menyudahkan sendiri gerakan yang dia mulakan tadi. Ada yang tak kena ni. Berbalik kepada punca gol tadi, kenapa agaknya Gerrard tak bermain dengan baik dalam perlawanan ni?

Seperti yang aku terangkan dalam entri Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho dulu, “pemain di zon 5 tidak digalakkan membuat hantaran berisiko atau yang cantik, sebaliknya hanya perlu membuat hantaran ringkas dan pendek. Steven Gerrard antara pemain yang perlu menyesuaikan diri dengan posisi ini”. Gerrard main cara dia dalam perlawanan ni. Meluru ke depan, sentuhan dan hantaran berisiko dan hasilnya dia kerap hilang bola samada sebab sentuhan yang kurang kemas atau hantaran yang tak sampai ke destinasi. Cara dia ni mungkin tak ada masalah kalau pasukan lawan bermain secara terbuka tapi dengan pemain Arsenal yang bertahan ala-ala Stoke City (dan Chelsea), dia perlu bertenang, buat hantaran pendek dengan kerap sehingga ada ruang yang terbuka untuk serangan. Mungkin dia perlu sedikit masa lagi untuk sesuaikan diri atau dia memang taknak main cara tu..huhu…

Gol kedua

Minggu lepas untuk sedapkan hati aku backup Reina cakap dia hilang fokus sebab terlalu jarang diserang. Tapi kalau dah 2 perlawanan berturut-turut buat kesalahan teknikal aku rasa dah boleh risau kot. Sekali lagi Liverpool jadi mangsa serangan pantas Arsenal. Kali ni penggeraknya Santi Cazorla. Dia bertukar hantaran dengan Podolski sebelum merembat rendah kearah gol dari sebelah kiri. Bola rutin yang sepatutnya mudah diselamatkan Reina. Tapi aku terkedu bila bola lalu bawah Reina dan menerjah ke jaring. Bergegar jaring merah. Aku tekup muka kat bantal. Mulanya aku marah pertahanan sebab tiada siapa yang jaga Cazorla. Dia dengan mudah masuk dalam kawasan penalti tanpa dicabar. Pertahanan nampak lembap dan tak fokus. Terutamanya Johnson di sebelah kanan.

Gambar analisis gol Cazorla menentang Liverpool

Ada beberapa cara yang aku nampak pengurus buat untuk berhadapan dengan situasi penjaga gol macam ni di masa lepas. Yang pertama, rehatkan. Bagi peluang pada Jones atau Doni untuk main. Diorang pun penjaga gol yang baik. Mungkin cara ini boleh mengurangkan tekanan kepada Reina dan mengembalikan keyakinan dia. Cara yang satu lagi, iaitu cara yang agak kejam, ganti terus dengan penjaga gol lain. Liverpool selalu dah buat macam tu. Kalau korang ingat lagi, Sander westerveld buat silap, terus ganti Dudek dan Kirkland. Kirkland selalu cedera, ganti dengan Carson. Dudek pun dah mula buat salah lepas Istanbul, ganti dengan Reina. Jadi yang mana satu agaknya yang korang rasa sesuai? Dah sampai masa ke Reina diganti? Ada ke penjaga gol yang layak ganti dia?

Positif

Allen

Allen macam biasa. Tenang dan kemas. Dia merupakan pemain contoh untuk strategi yang BR ingin terapkan. Hantarannya pendek dan kalau panjang pun, bolanya tak tinggi. Walaupun badan dia kecil, dia pandai membaca perlawanan. Jadi tak perlu dia gunakan fizikalnya sangat untuk menghentikan serangan Arsenal. Tapi macam yang pengulas kaatakn dihujung perlawanan, kalau Allen pun dah mula menghantar bola lambung dengan harapan ada yang dapat bola, Liverpool memang dalam masalah.

Shelvey

Liverpool perlukan Shelvey. Bagi aku persembahannya ketika menentang Hearts sangat bagus. Hantarannya untuk Sterling dalam perlawanan tu memang mantap. Dia sentiasa memandang kedepan. Sentiasa gerakkan serangan. Dia ada buat 2 cubaan yang memaksa Manonne terbang untuk selamatkan bola. Sekali pandang macam Gerrard muda-muda dulu…heheh. Kalau Shelvey teruskan main macam ni dan bertambah baik lagi, taklah aku risau sangat kalau Gerrard bersara nanti..huhu. Pedih gak wo nak tulis ayat ni :'-(

Sterling

Sterling pun macam biasa, jadi ancaman utama untuk pertahanan Arsenal. Dia ni boleh tahan kuat jugakla sebab beberapa kali jugakla dia dapat rampas bola daripada Arteta dan orang lain. Lepas Arsenal jaring satu gol, dia dengan Gerrard bertukar hantaran sebelum dia pusing dan merembat kearah gol dari sudut yang sempit tapi bola mengenai tiang dan keluar. Dia jugak ada buat larian kedalam kawasan penalti dan nyaris dapat penalti apabila Mertesacker dilihat membentesnya tapi ulang tayang menunjukkan Mertesacker dapat sentuh bola. Kalau dia terus main macam ni, memang dia boleh jadi pemain utama dan mungkin nama pertama yang ditulis untuk kesebelasan utama setiap kali hari perlawanan.

Tekanan

Liverpool bermain dengan baik sebenarnya pada awal permainan. Mereka menekan Arsenal daripada atas lagi sehingga menyebabkan mereka beberapa kali membuat kesilapan dan membolehkan Liverpool menyerang. Tapi durasi tekanan semakin kurang menuju akhir perlawanan. Mungkin BR sudah menukar strategi. Untuk membuat tekanan sebegini semua pemain perlu terlibat namun masih ada yang curi tulang. Siapa? Nanti cerita kat bawah. Memandangkan masih baru lagi Liverpool menggunakan strategi ini, apa yang aku nampak dah cukup bagus cuma perlu dibuat berterusan sahaja.

Hantaran

Tak sangka sebenarnya proses ni mengambil masa yang agak cepat untuk menampakkan hasil. Liverpool dah kurang buat hantaran jauh daripada kawasan sendiri. Hanya ada hantaran jauh di kawasan lawan terutamanya di satu pertiga padang bahagian lawan. Strategi untuk membuat hantaran yang kurang risiko mula menampakkan kesan, mengikut Statszone, Liverpool berjaya membuat 148 daripada 184 hantaran dan sepatutnya lebih tinggi sekiranya Gerrard kurang membuang bola dalam perlawanan ni…heheh..

Hantaran Liverpool

Diambil daripada StatsZone. Ikuti mereka di Twitter @StatsZone

Negatif

Plan A Plan B

Ini lebih kepada aku nak mengamuk pasal tak ada penyerang simpanan. Aku dah kata, Carroll boleh digunakan untuk tukat strategi sebab ketinggian dia. Aku pelik bila Liverpool mula main cross-cross lepas Arsenal dapat gol sedangkan sebelum tu hanya ada 1 sahaja cross. Siapa yang disasarkan? Suarez? Lagipun BR tak suka gunakan hantaran jauh macam tu sebab kebarangkalian untuk dapat pada pemain sendiri adalah sangat rendah berbanding hantaran terus ke kaki. Aku tak tahu strategi apa yang BR nak gunakan seandainya kejadian yang sama berlaku ataupun menentang pasukan yang mempunyai pertahanan yang tinggi-tinggi seperti WBA tempohari.

Suarez dan Borini

Borini mengecewakan. Itu je aku mampu cakap. Dia nampak sesat..erk..lost la senang cerita. Tak tahu mana nak duduk sebab pertahanan Arsenal sangat kompak. Suarez ni ada perangai yang tak boleh diubah. Dia suka cuba sesuatu yang luarbiasa. Kadangkala terlalu mencuba. Dia ada peluang untuk jaringkan gol apabila berhadapan dengan penjaga gol tapi dia cuba melambung bola melepasi enjaga gol sedangkan bola leret dah cukup untuk menewaskan penjaga gol dari jarak yang dekat. Mungkin kena buat papan tanda dan jerit “rembat suarez rembat” macam dalam cerita Forrest Gump..huhu

Penampilan pertama Nuri Sahin

Biasa je bagi aku. Tak ada hantaran menarik macam dalam video dia..heheh. Dia buat hantaran yang selamat sepertimana yang dikehendaki BR tapi dia terlalu pasif dalam serangan kalau nak bandingkan dengan Shelvey. Dia juga bersalah kerana kurang membuat tekanan. Aku tulis apa yang aku nampak je. Dia berhampiran dengan pemain Arsenal yang sedang menyerang tapi dia buat tak tahu dan bergerak dalam kelajuan berjalan sahaja walaupun sedang diserang. Mungkin penat. Tapi itu melanggar hukum BR yang memerlukan semua pemain menekan pemain lawan untuk strategi ini berjaya. Takpe. Ini baru perlawanan pertama dia. Terlalu awal dan tak adil nak hentam terus kan.

Harapan dan Jangkaan

Bila fikir-fikir balik. 2 daripada 3 perlawanan Liverpool setakat ni adalah menentang pasukan 4 teratas (satu siap juara lagi) dan rasanya tak perlu melatah lagi. Liverpool pakai pemain baru, sistem baru, pemain muda dan FSG sendiri kata ini untuk jangka masa panjang. Mungkin dia nak tengok dulu betul ke BR ni punya strategi sebelum keluar duit banyak sikit untuk beli pemain. MUNGKIN. Nak sedapkan hati kata orang. Jadi sebelum ni sebenarnya jangkaan dah rendah memandangkan musim lepas sangat teruk dan musim ni pengurus baru yang ada 1 tahun pengalaman dalam BPL. Kenapa boleh tiba-tiba jadi tinggi pulak jangkaan kita sekarang eh? Ke itu tandanya Liverpool main dengan bagus dan layak dapat lebih daripada yang sekarang ni? Hmm….

YNWA.

p/s: Gembar gembur kata Liverpool nak ambil Owen/ Drogba atau kedua-duanya sekali memandangkan kurang penyerang. Apa pendapat korang?

4 thoughts on “Liverpool 0-2 Arsenal

  1. ehem dari zaman rafa…diulangi dari zaman penghujung rafa ,ramai orang yang mungkin tak nampak, ramai pemain silih berganti sama ada sendiri keluar atau ditendang keluar….prestasi Liverpool masih ditakuk lama…tapi aku dan bapa aku dah lama nampak reina memang dah tak boleh pakai lagi

    aku pon tak paham mcm mana pengurus pengurus liverpool sebelum ni boleh besabar ngan aksi sarkas reina selama ni…

    kesilapan pertama masa lawan arsenal aku rasa jose enrique diturunkan kesebelasan utama, aku rasa mamat ni dah boleh terus panaskan bangku simpanan walaupon dia bukan punca gol liverpool bolos dan sempat selamatkan liverpool dari serangan arsenal yang seharusnya menjadi gol ketiga mereka, tapi pada aku secara keseluruhan mamat perkasa ni belum ready untuk first eleven… secara peribadi aku lebih selesa kalau letak coates main tgh bersama skertel dan tolak agger main kiri, ataupon johnson main kiri kelly main kanan

    Allen sangat excellent! mungkin orang nak tgk lorongan lorongan menarik dari Allen tapi aku nampak

    Sahin sgt biasa, aku pon tak mau dia main mati mati game pertama ni, kang injured tak pasal pasal jer dah lah liverpool tak cukup player, apa pon bau bau bacang kehebatan dah ada kat situ…

    gerrad lak terkena penyakit spearing mungkin kuman penyakit ni masih ada walaupon pembawanya dah berpindah kat nempat lain yang kene bala johnson yang memang disuruh naik untuk menyerang

    borini pada aku lebih klinikal berbanding suarez, Baik letak dia kat tengah dan suarez sebelah kanan, Aku rasa setengah cubaan suarez tu kalau Borini yang try mungkin boleh masuk

    Suarez lak, perlu belajar bermain dengan mudah

    sory bro hu berjela lak hehehe…

    • Takdehal la..lagi seronok aku tengok ada komen panjang2..heheh…

      Suarez – dia ni kadang2 ok kadang2 tak. Tak konsisten. Dan sekali lagi Liverpool terlalu bergantung kepada seorang pemain. Cerita lama dari zaman Torres lagi. Cuma bezanya Torres jauh lebih clinical daripada Suarez. Sebab tu aku pun rasa Borini patut jadi penyerang utama. Fokus serangan. Bukan Suarez.

      Gerrard – Ada aku baca kat liverpool-kop siap diorang suruh Gerrard jadi striker lagi…hahah…tapi dalam keadaan terdesak macam ni + Gerrard takleh nak adapt style BR, mungkin idea yang menarik untuk dilayan. Dia dah biasa jadi playmaker takleh dok diam kat atas. Mesti nak turun bawah gak. Dia jenis nak buat semua benda. Sebab tu nampak sangat kalau dia tak perform.

      Sahin – Boleh dia ni. tapi kena tunggu fit dulu. Sekarang ni Shelvey nampak mengancam lagi daripada dia. So aku rasa baik bagi siapa yang tengah form dulu. Kalau sekarang bagi Sahin start (tgh tak fit) nanti dia dah fit Shelvey tak main jugak. Kan macam tak adil tu? Kalau nak bagi main pun maybe hujung2 game.

      Allen – Dia je dengan Sterling je kot yang buat menarik. Tunggu Assaidi je ni. Kalau Sterling kiri Assaidi kanan macam jenuh gak pertahanan nak jaga.

      Owner kata guna je pamin yang dah ada, so ada can la Morgan, yesil ngan Suso nak main kot? Aku pun taktau apsal Suso tak pernah dapat main lagi…Sterling dah, Morgan dah, maybe lepas ni?

      2 minggu lagi lak tu sambung..bosan2….

  2. apa yang dapat di lihat liverpool sekarang lebih suka nak golkan terus masuk ke kawasan penalti lawan…tidak seperti dulu yang kerap cuba dari jarak jauh….reina juga perlu di ganti dengan keeper yang lagi baik contohnya neuer,adler,Lloris(tottenham dah sapukan)…..sterling dan allen tak perlu di pertikaikan sememangnya baik…borini juga memang perlu jadi top striker dan suarez ke kanan atau borini simpanan dahulu masukkan downing ke kanan dan suarez top striker..nuri sahin biasa je tapi masih baik…gol pertama bagi aku kesilapan gerrard tidak sebesar kesilapan johnson yang hanya membiarkan podolski memintasnya..gol kedua juga kesilapan pertahanan bila membiarkan cazorla lepas dari kawalan..shelvey juga terlewat untuk di masukkan….mungkin ada betul gerrard boleh ke atas dan tempat beliau di gantikan oleh sahin yang akan bergandingan dengan shelvey serta allen…

    • Sebenarnya kalau ikutkan taktik BR yang ktia semua faham, BR nak pemain nilai peluang tu sendiri. Kalau peluang untuk cuba dari jauh tu baik, pemain boleh cuba. Masalahnya dalam perlawanan ni, bila 2 daripada 3 pemain tengah tak membuat cubaan. Cuma main dari bawah je. Bila + dengan Gerrard yang off form jadi 3 pemain tengah yang tak menyerang.

      Bahagian atas pun sama la bila tak dapat bola daripada bahagian tengah. Cuma Sterling je yang berjaya gerakkan serangan. Jadi agak mustahil (walaupun hampir2 gol dan penalti dah) Sterling nak buat semua serangan untuk bantu Liverpool dapatkan gol sebab pemain dah mula target dia dan aku tak heran kalau lepas ni dah mula 2,3 atau mungkin 4 orang kerumun dia waktu bertahan.

      Besar jugak sebenarnya kesilapan Gerrard. Sebabnya membuang bola waktu tengah menyerang antara kesilapan besar yang boleh seseorang pemain buat. Sebab semua rakan sepasukan dalam mentaliti dan posisi menyerang. Waktu Gerrard lepas bola, aku rasa dalam 7 orang pemain Liverpool dalam kawasan Arsenal. Bab Johnson tu memang takleh nak buat apa aku rasa…dia lambat tukar mode agaknya. Pastu Podolski pun bole tahan laju walaupun Johnson mula depan dari dia.

      Bab Reina tu aku taktau nak cakap. Macam susah je nak cari penjaga gol sekarang ni. Kalau ada yang hebat kompem mahal. Lagipun agak risky tukar penjaga gol waktu pasukan tengah sesuaikan diri dengan strategi baru sebab sebenarnya dia je yang tak perlu banyak sangat adapt dan paling stabil berbanding pemain-pemain lain atas padang (kesilapan dia mungkin sekali dua ni je..huhu..). Bagi aku, kalau tak tukar pun aku rasa sekarang dah boleh mula bagi Gulacsi main (mungkin Piala untuk FA/Piala Liga) kalau betul dia yang akan ganti Reina nanti. Kalau tak, kena start usha2 penjaga gol baru dah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s