Liverpool : Pra-musim 2014-2015


Mukadepan Ulasan Preseason

Salam dan selamat sejahtera. Dengan berakhirnya perlawanan menentang Dortmund, maka berakhirlah persediaan pra-musim untuk Liverpool. Memandangkan aku memilih untuk tak buat ulasan setiap perlawanan persahabatan, aku buat keputusan untuk tulis satu artikel untuk cover semua sekali. Ok? Cun!.

Keputusan perlawanan persahabatan Liverpool

Brondby 2-1 Liverpool [Peterson]
https://www.facebook.com/photo.php?v=742068545851256&set=vb.156391244418992&type=3&video_source=pages_video_set

Preston 1-2 Liverpool [Suso, Peterson]
https://www.facebook.com/photo.php?v=789991707689254&set=vb.187582981263466&type=2&theater

Liverpool 0-1 Roma
https://www.facebook.com/photo.php?v=746036662121111&set=vb.156391244418992&type=3&video_source=pages_video_set

Liverpool 1-0 Olympiakos [Sterling]
https://www.facebook.com/photo.php?v=747548055303305&set=vb.156391244418992&type=3&video_source=pages_video_set

Liverpool 2(3)-2(1) Man City [Henderson, Sterling]
https://www.facebook.com/photo.php?v=795663427122082&set=vb.187582981263466&type=2&theater

Liverpool 2-0 Milan [Allen, Suso]
https://www.facebook.com/photo.php?v=797158876972537&set=vb.187582981263466&type=2&theater

Liverpool 1-3 MU [Gerrard (p)]
https://www.facebook.com/photo.php?v=751653574892753&set=vb.156391244418992&type=3&video_source=pages_video_set

Liverpool 4-0 Dortmund [Sturridge, Lovren, Coutinho, Henderson]
https://www.facebook.com/photo.php?v=754391387952305&set=vb.156391244418992&type=2&theater

Pemain muda yang menyerlah

Seperti biasa, pemain muda akan dapat peluang untuk main perlawanan-perlawanan awal pramusim memandangkan ada pemain yang akan bercuti lebih lama lepas selesai WC. Jadi dalam beberapa perlawanan, siapa yang korang rasa menyerlah? Bagi aku, Peterson, Suso dan Ibe antara yang ada potensi. Well, Suso dari dulu patut dapat peluang. Tapi aku tak tau kenapa BR tak guna dia. Kalau ada masalah peribadi ngan Suso kompem dia dah jual siap2.  Adakah dia nak Suso Loan pulak ke kelab BPL supaya dia lebih bersedia macam Wisdom? Ataupun dia nak guna Suso sebagai sebahagian bayaran untuk beli pemain dari Sepanyol? BR je leh jawab soklan ni. Jadi selagi dia kat Liverpool, aku consider dia antara pemain yang sesuai backup Coutinho. Ibe lak memang ada potensi. Macam Sterling mula-mula main dulu. Kalau Sterling suka lawan defender depan2, Ibe lak lebih kepada pusing sebelum defender sampai kat dia. Itu ikut perlawanan pramusim ni la. Dia ni kira macam Sterling no. 2 Liverpool la. Sama macam Suso untuk Coutinho. Peterson lak nampak promising. Kalau ikut kat profile, dia ni winger tapi boleh main striker. Bagi aku dia ni nampak lagi hidup berbanding Aspas dan Alberto setakat yg aku tengok la. Tapi jauh lagi perjalanan dia ni.

Sebenarnya aku kagum dengan ramai lagi pemain muda. Adorjan, Rossiter dll. Sebab diorang nampak selesa main dalam sistem Liverpool. Betul la orang kata melentur buluh biar dari rebung. Aku tak hairan kalau ada lagi beberapa orang selain 3 nama yang aku sebut kat atas ni berjaya masuk skuad utama musim 2014 ni. Tak kira la untuk piala liga sekalipun. Siapa lak pemain muda yang korang rasa berpotensi untuk jadi star?

Pemain baru

Lambert – Aku rasa semua orang tau yang dia dibeli sebagai backup striker. Sebagai Plan B.  Dari apa yang aku nampak setakat ni, dia pandai terima dan tahan bola. Tahan permainan supaya orang lain boleh join. Dan bila dia ada peluang untuk rembat, dia rembat. Dan rembatan dia agak kemas la. Bagi aku dia belum panas lagi. Kena main banyak lagi.  Nanti tengah musim kita tengok balik dia ni.

Can – Walaupun baru main berapa perlawanan je, aku boleh cakap dia ni sesuai digandingkan dengan Hendo kat bahagaian tengah, depan Gerrard. Fizikal dia dah tentu lebih lagi dari Allen dan Lucas. Dan setakat ni, aku suka tengok dia join attacking. Satu benda yang Lucas jarang buat walaupun main depan Gerrard. Aku mengharapkan akan ada banyak lagi larian dari dia bila BPL dah mula nanti.

Markovic – Sempat tengok kejap je mamat nih. Tapi nampak promising. Laju. Lincah.  Harap-harap tak kerap cedera. Cedera time musim pertama dengan kelab ni bahaya gak la. Takut dia down je. Dengan pressure main untuk Liverpool lagi. Setakat ni, aku suka apa yang aku nampak. Jenis yang direct bawak bola pegi ke gol.

Lovren – Solid! Dia main memang baik kot. Membuatkan aku tertanya-tanya kenapa Liverpool tak sambar dia sebelum Soton lagi? Air duel memang takyah cakap. Dia memanjang yang clear. Baca game pon mantap. Dan dia memang ancaman besar waktu corner! Hehe…silap gaya dia skor banyak lagi dari Skrtel musim depan. Asal jangan gol sendiri dah la ye tak? Huhu… Oh lupa lak. Flick pass yang Coutinho buat untuk Sturridge tu bola dari Lovren 🙂

Manquillo – Aku rasa semua orang akan setuju kalau aku cakap dia main bagus waktu lawan Dortmund. Dia bertahan dengan baik. Dia ada kelajuan dan dia tak nampak kekok langsung waktu menyerang. Dia punya hantaran pun boleh tahan. Setakat yang aku tengok, dia berjaya buat hantaran ke tengah setiap kali menyerang. Berbeza sikit la dari GJ yang lebih kepada dribble masuk ke tengah. Mungkin Lambert yang akan dapat ambil peluang dari hantaran-hantaran mamat ni 😉

Lallana & Origi – Sayang betul Lallana cedera. Sebab dia antara yang aku nak tengok sangat main untuk Liverpool. Cuma lepas perlawanan Dortmund semalam aku terpikir mana nak letak mamat ni? Tempat Sterling/Coutinho ke tempat Hendo/Can? Origi lak dipinjamkan balik ke Lille. Kena la tengok game Lille lak musim baru ni. Paling kurang pun highlight la..huhu. Kalau ikutkan khabar angin mungkin Moreno dan sorang lagi striker akan dibeli oleh BR. Aku tak kisah sape pun. Asal ade je. Takut lak tengok senarai penyerang Liverpool sekarang.

Liverpool tanpa Suarez

Liverpool dah rasa hidup tanpa Suarez musim lepas waktu dia kena gantung awal-awal tu. Time tu memang Sturridge la jadi tumpuan. Aku tak risau sangat. Sebab tengok gaya Liverpool main memang banyak cipta peluang. Tinggal siapa-siapa je nak sudahkan. Tanpa Suarez peluang nak hilang bola pun kurang sikit. Sebab setiap kali dia cuba gelecek pemain lawan peluang tinggi untuk lepas bola sebab dia suka main secara berisiko. Sekarang tinggal Coutinho je main camtu untuk cipta peluang. Kalau Sturridge ngan Sterling leh keep it simple depan gol kompem banyak gol dan boleh cover bahagian Suarez musim lepas.

Satu benda lagi yang hilang lepas Suarez pergi adalah Fear Factor. Orang takut main lawan Liverpool sebab ada Suarez. Sama macam aku takut lawan City sebab ada Aguero, Barca ada Messi,Neymar dan sekarang Suarez, RM ade Ronaldo, Bale, Rodriguez (Gila kesian pertahanan La Liga musim depan!). Sekarang dah tak ada fear factor. Tapi ada kebaikan gak. Sebab pasukan lawan tak akan main terlalu bertahan (harap2). Diorang akan rasa sedikit lega sebab Suarez tak ada. Mungkin benda ni akan membantu Liverpool. Kita tengok la nanti camne. Sekarang ni terpulang kepada BR untuk dapatkan pemain yang digeruni (Balotelli?) atau pemain biasa yang boleh jaringkan gol (?).

 Liverpool & Spurs

Dengan penjualan Suarez dan pembelian ramai pemain baru, ramai yang kata Liverpool akan jadi macam Spurs. Tapi aku tengok balik Spurs punya kedudukan dalam liga 2013-2014, tempat ke-6, 69 mata, 55 jaringan, 51 bolos. Teruk sangat ke berbanding musim 2012-2013? Tempat ke-5, 72 mata, 66 jaringan, 46 bolos. Kedua-dua musim Spurs menang 21 perlawanan. Yang berbeza seri dan kalah sahaja. Untuk pasukan yang kononnya kehilangan “pemain bintang” aku rasa diorang berakhir dengan baik. Yang orang nampak teruk bagi aku adalah kekalahan-kekalahan besar dan kurang konsistensi. Itu je.

Kenapa Liverpool tak sama dengan Spurs? Sebab pemain skuad utama memang dah ada. BR boleh turunkan pasukan sama musim lepas kalau dia nak. Cuma dia sekarang dah ada pilihan untuk dibuat. Bayangkan pasukan sama musim lepas tapi dekat bench ada Lambert, Markovic, Lallana, Can, Lovren, Manquillo. Tak menarik tu? Liverpool dah ada tulang belakang yang kuat, cuma perlu ganti sesetengah pemain je. Ganti tu bermaksud untuk kesebelasan utama. Bukan untuk dijual. Sebab aku rasa Liverpool kena ada pemain lebih untuk UCL.

Kesebelasan Utama

Bercakap pasal kesebelasan utama, siapa yang korang rasa patut diletakkan dalam kesebelasan utama musim ni? Guna formasi 4-3-3 atau 4-4-2 diamond yang BR guna musim lepas. Kalau rajin korang kongsi kat bahagian komen 😉 Bagi aku ini barisan terbaik setakat ni. Sebab tu aku still taktau mana nak letak Lallana..huhu. Coutinho letak mana pun biasanya dia akan drift ke tengah. Henderson akan cover sebelah kanan dan link dengan RB. Gaya dia main ngan Manquillo macam dah lama main sama-sama je aku tengok. Enrique ni pon takleh nak cakap sebab dia selalu sangat la pulak cederanya. Kalau Moreno tak sampai aku rela letak Flanno belah kiri.

1st 11

Setakat ni je dulu dari aku. Aku tau sume tak sabar tunggu BPL start balik. Dah dekat dah. Sementara tunggu tu tengok video Coutinho ni ulang-ulang..hehe

YNWA

4 thoughts on “Liverpool : Pra-musim 2014-2015

    • Haha..tapi tak sepenting striker kot sekarang ni. Kalau ade rasenye BR nak gak carik lain. Payah nak carik 2nd keeper yg power kalau 1st keeper belum habis naik lagi.

  1. moreno dah hampir pasti masuk lfc, tinggal striker je lagi kena lfc dapatkan, admin pilih siapa utk digandingkan dgn DS, bagi saya reus atau cavani merupakan marquee signing yang terbaik utk digandingkan dgn DS nti.

    • Tak pilih siapa2! Heheh. Sturridge ni suka main sorang dan orang lain support je. Sebab tu dia skor straight 8 game awal musim lepas. Dia suka jadi sole striker. Mungkin pemain muda yang tengah naik akan masuk untuk backup DS15. Taktau sape yg boleh partner dengan dia. Suarez partner yg bagus sebab dia jenis creator. Yang lain taktau main camne. So kena la tengok sape yg BR bawak masuk. Dah tentu fans sume berharap pemain terkenal. Tapi rasanya pemain tengah naik pon masyuk gak. Jaga hati Sturridge 😉

Tinggalkan Jawapan kepada Mohd Khir Bin Zainon Batal balasan