Pembelian Adam Lallana : Resah Dalam Lega


Muka Depan Ulasan Lalana

Salam dan selamat sejahtera. Aku rasa semua dah lega lepas Liverpool umumkan pembelian Lallana.  Aku tengah baring-baring waktu berita ni keluar kat facebook. Hilang segala penat dan mengantuk. Mana taknya, sejak England terkeluar dari World Cup, makin banyak dan makin rancak khabar angin tentang Lallana. Dah medical la, gagal medical la. Tinggal nak umum la.  Nombor berapa dia nak pakai la. Akhirnya semuanya terjawab. Lallana akan pakai no. 20 untuk Liverpool🙂

Perlukah Lallana?

Aku rasa tak perlu aku terangkan panjang lebar tentang pemain ni. Semua orang dah tahu siapa dia. Persoalannya, sejauh mana dia akan membantu Liverpool musim depan? Bagi aku, sasaran BR musim ni adalah tambah pemain berkualiti samada sebagai pemain utama ataupun simpanan. Sebab musim lepas aku rasa Liverpool punya bangku simpanan paling lemah berbanding pasukan lain di bahagian atas liga.

Musim ni Liverpool perlu lebih ramai lagi pemain memandangkan kita akan ke UCL. Banyak pasukan yang dah tunggu nak satu group dengan Liverpool🙂 Jadi sebarang pemain yang masuk akan memainkan peranan penting musim depan. Tapi persoalan yang banyak bermain di fikiran penyokong Liverpool sekarang adalah…


Mana pemain pertahanan baru?

Tak dinafikan pertahanan merupakan bahagian paling bermasalah untuk Liverpool musim lepas. 50 gol bolos tu agak banyak bila nak dibandingkan dengan pasukan 10 teratas.  Hanya Newcastle, Spurs dan Stoke bolos lagi banyak dari Liverpool (top half). Tapi masalah ni orang pandang sebelah mata je sebab Liverpool jaringkan 101 gol musim lepas! 1 je kurang dari Man City yang dipenuhi pemain bintang. Pasukan yang pemain simpanan dia boleh jadi pemain utama kelab-kelab lain.

Siapa pemain pertahanan yang ada di Liverpool sekarang?

RB : Johnson, Wisdom, Kelly
LB : Enrique, Flanagan, Robinson
CB : Skrtel, Agger, Sakho, Toure, Coates, Illori

CB dan ciri-cirinya

BR pernah cakap, pemain pertahanan tengah yang bagus susah nak cari. Sebab tu banyak kelab yang guna CB sampai tua. Sebab tu jugak BR sanggup laburkan 18 juta untuk beli Sakho. Jadi tak pelik la kalau pemain pertahanan ni last2 nanti baru ada. Memang BR pernah cakap dia nak CB yang boleh pass dan bawak bola keluar dari kawasan sendiri. Tapi BR jugak pernah cakap, yang paling penting adalah pemain tu tahu bertahan dengan baik. Lepas tu baru dia nak ciri-ciri lain.

Ada Apa Dengan Agger?

Aku taktau apa sebenarnya isu Agger musim lepas. Waktu pre-season dia elok je. Kalau tak takkan BR jadikan dia timbalan Gerrard? Kalau korang tanya aku, BR perlu buat pilihan memandangkan Agger dan Sakho dua-dua kaki kiri. Dia nak kekalkan sorang kaki kiri dan sorang kaki kanan di bahagian pertahanan melainkan tak ada pilihan. Waktu diorang main sama-sama salah sorang mesti jadi LB. Kalau tengok balik, Agger main 20 perlawanan dan Sakho pulak dapat main 18 perlawanan (dari mula, bukan sbg sub). Musim lepas-lepas, kalau Agger cedera, baik je terus masuk kesebelasan utama. Musim ni Liverpool ada Sakho, jadi ada sikit persaingan untuk tempat.

Jadi aku tak rasa Agger nak dijual. Lagi-lagi dengan UCL musim depan. Liverpool dah ada Skrtel, Agger dan Sakho sebagai CB utama. Persoalannya siapa CB keempat? Illori atau Coates? Aku rasa ramai yang akan cakap Illori. Salah satu sebabnya, dia belum pernah main lagi, so tak ada lagi kritikan untuk dia. Coates lak dah pernah main jadi dia dah ada rekod. Dia pernah jaringkan gol cantik waktu corner kick dan dia pernah gak main teruk waktu lawan pasukan dari liga bawahan. Dua-dua ni pemain harapan untuk bahagian CB. Dan Toure lak aku anggap sebagai backup kepada backup je. Kemungkinan akan ada sorang CB baru masuk dan Illori/Coates atau dua-dua sekali akan diloan keluar lagi.

RB/LB

Kalau ikut hati, aku nak beli pemain bek kanan dan kiri yang baru ganti Johnson dan Enrique. Yang lagi lincah dan laju. Baru syok main style musim lepas. Tapi aku rasa takkan ada rombakan besar-besaran bahagian pertahanan. Mungkin ada sorang lagi masuk melainkan ada pemain yang akan dijual/loan. Aku rasa Wisdom ngan Flanagan akan lebih menyerlah berbanding Kelly ngan Robinson. Sebabnya Kelly selalu cedera dan lama dah aku tak nampak dia perform dengan baik. Robinson lak walaupun dia natural left footer, tak ada apa yang istimewa sangat.

Pemain yang dikaitkan dengan Liverpool

Setakat ni 2 pemain pertahanan yang paling kuat dikaitkan dengan Liverpool adalah Lovren dan Moreno. Khabarnya Lovren dah mintak nak keluar dari Soton. Nak join Lambert ngan Lallana nak buat 3L katenya…heheh. Moreno lak, ikut sumber ada yang kata dah tak jadi. Sebab mahal. Ada lak yang kata Liverpool yang mintak tangguh. Sebab nak setel yang lain dulu. Jadi aku rasa BR memang tengah tumpukan pemain tengah dan serangan. Kenapa? Mungkin untuk prepare sebab Suarez nak blah. MUNGKIN. Selagi belum jadi kita boleh buat spekulasi je.

Kalau terdesak sangat nanti leh je letak Gerrard jadi CB😛 BR pernah cakap tu salah satu cara nak bagi dia main lama lagi. Lagipun dia masih fit macam orang muda. Laju tu tak la sangat tapi cukup untuk CB. Dia punya passing range boleh cover satu padang so takde masalah bab tu. Letak defend keras cam Skrtel/Sakho sebelah dia, setel!😛

Kesimpulan

Bukan senang nak cari pemain pertahanan. Lagi-lagi kalau betul Suarez nak blah. Liverpool kena tumpukan jugak bahagian tengah dan serangan. Aku rela Liverpool mantapkan serangan supaya boleh kawal game. Maksudnya kurang la pasukan lawan dapat bola. Dan kurang la peluang diorang. Kemungkinan masalah gawang bocor boleh dikurangkan dengan cara ni. Kalau bolos kekal 50 tapi leh skor 150 kan ke best?🙂 Aku expect pemain pertahanan mungkin hujung-hujung gak baru dapat. Sama-sama kita tunggu. Jangan nak resah2 sangat eh😉

Selamat Berpuasa🙂

2 thoughts on “Pembelian Adam Lallana : Resah Dalam Lega

  1. tak pasti dengan form moreno tapi kalau marcos rojo atau ricardo rodriguez rasanya bolehla liverpool pertimbangkan untuk dijadikan lb musim depan, form diorang masa world cup pun baik, apa kata beli james rodriguez dari colombia/monaco untuk pemain penyerang sekiranya suarez keluar dari lfc, form dia pun bagus sampai pemain brazil pun gerun dengan kualiti permainan dia

    • World cup takleh dijadikan kayu pengukur sangat. Kecuali untuk pemain yg memang dah tau hebat. Setakat ni mmg Moreno je yg sgr dah bincang ngan kelab dia. Mungkin lepas Wc ada perbincangan dgn pemain lain lak. Masalah dgn rodriguez ni dia bukan kat kelab kecil, harga dia pindah sebelum ni pun dah mahal dan memandangkan dia perform di wc harganya akan makin naik dan Monaco mesti nak harga sama atau lebih dr nilai Suarez. Tapi kita pun taktau apa dalam kepala BR. Tau2 sampai je dia kat Anfield kan😛

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s