Featured Image Liv 2-1 Soton

Liverpool 2-1 Southampton


Ulasan Perlawanan Liv 2-1 Soton

Salam dan selamat sejahtera! Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Musim baru dah mula. Tak ada lagi hujung minggu yang hambar. Apa korang buat tunggu ahad malam? Nasib baik aku kerja sabtu dan ahad. So takdela melangut je tunggu perlawanan pertama. Habis-habis kerja je perlawanan dah nak start dah. Kepada yang tak tengok perlawanan ni, boleh tengok video sorotan perlawanan. Aku rasa boleh la nak cakap yang perlawanan Liverpool musim ni pun akan menguji kekuatan jantung semua penyokongnya. Sama macam musim lepas.

1-0 Sterling, Umpanan Henderson

Bukti yang kerja keras mampu hasilkan gol. Mungkin ada lagi yang anggap Hendo bukan pemain world class. Yang pasti, tak guna kalau skill hebat tapi pemalas. Kalau tengok Hendo main memang fokus gila. Mana bola pergi kat situ dia ada. Walaupun dia sibuk fokus dapatkan bola, dia masih sempat untuk tengok keadaan sekeliling, kesan mana kedudukan Sterling dan buat hantaran yang sempurna. Memang tabik la Hendo. Aku mengharap Coutinho yang bagi bola camtu. Gaya Gerrard pon ade gak sekali tengok…hehe. Sterling bila dapat peluang macamtu memang susah nak halang. Dia lari punyala laju. Sampai ada masa untuk buat keputusan sebelum dia leret bola ketepi penjaga gol tinggi lampai Soton. Time ni aku baru je cakap kat adik aku, keeper Soton ni kalau leret je bola kompem lepas..huhu

1-1 Clyne, Umpanan Tadic

Ramai, termasuk pengulas kat tv pon salahkan Skrtel sebab kedudukan dia waktu ni tak bagus. Banyak sangat tinggalkan ruang katanya. Bagi aku, aku rasa Johnson yang bersalah kali ni. Kalau korang tengok, permainan dah bergerak ke tengah. Sepatutnya Johnson dah rapat ke tengah ikut permainan. Tapi dia masih kat tepi sedangkan Sterling pon dah turun untuk cover dia. Dan dia patut sedar yang Lovren sedikit out of position. Kalau dia masih nak kekal di bahagian kiri, maksudnya ada ruang besar antara dua CB. Ruang sebesar tu hanya wujud waktu Mignolet nak buat sepakan gol je. Dan biasanya SG8 akan turun antara CB. Bukan waktu diserang macam ni.

Clyne Goal

Bila tengok balik,  Lovren keluar posisi pon sebab Johnson yang terlalu ke tepi sedangkan hanya ada seorang pemain Soton kat belah kanan dan Sterling dah cover. Tengok kedudukan Johnson waktu Clyne mulakan serangan ni…

Clyne Goal starting move

Ini lak waktu Clyne cuba buat sekali lagi. Bezanya Johnson dah rapat ke tengah dan hasilnya dia dapat bentes dan keluarkan bola dari kawasan bahaya.

Clyne 2nd time

2-1 Sturridge, Umpanan Sterling

Secara jujurnya, aku tak rasa Liverpool akan menang perlawanan ni lepas Clyne jaringkan gol. Sebab Soton main dengan bagus. Liverpool lak nampak makin longgar. Dan satu lagi sebab dah tentunya sebab Suarez dah tak ada. Memang Liverpool main sebagai satu pasukan. Tapi waktu Suarez ada dulu kita boleh harap dia buat keajaiban bila-bila masa untuk hasilkan gol. Tapi ternyata aku salah telahan. Bola sepak memang sukan yang agak rawak. Kena fokus 100% setiap saat. Kalau tak, jadi la macam pemain Soton waktu ni. Macamana Sterling yang kecik boleh menang tanduk bola ni? Sebab pemain Soton leka sesaat je. Bila dah sampai kat Sturridge memang setel la.

Formasi dan strategi

Formasi yang tunjuk kat tv

Formasi yang tunjuk kat tv

Aku taktau cemana formasi ni jadi camni. Tpi aku rasa ni cuma sekadar syarat je pasukan kena hantar lineup untuk tunjuk kat tv. Sebab biasanya lepas perlawanan mula baru dapat tengok kedudukan setiap pemain. Agak susah nak tengok sekarang sebab Liverpool jenis main agak dinamik dalam pergerakan pemain.

Formasi yang aku nampak

Formasi yang aku nampak

Ini apa yang aku nampak la. Sebenarnya Sterling, Sturridge dan Coutinho bertukar-tukar posisi. Tapi selalunya Sterling dan Sturridge kat depan. Coutinho belakang diorang. Jadi ruang kanan dan kiri untuk RB/LB. Johnson bagi aku naik lebih tinggi dari Manquillo walaupun takde bola masa tu. Manquillo lebih kepada join attack. Johnson lak lebih kepada duduk je la atas walaupun tak ada ape2…huhu. Henderson main tinggi sikit berbanding Lucas. Tapi mana taknya, aku rasa dia cover paling banyak kot dari atas sampai bawah. Bagi aku Lucas tak cukup ‘Hendo’ untuk main tinggi. Sebab bila dia naik tinggi, dia lambat nak turun. Sudahnya tinggal Gerrard je untuk cover pertahanan.

Johnson bagi aku satu liabiliti. Dia selalu nak fancy2 walaupun kat kawasan sendiri. Dia selalu lambat turun dan tak cukup fokus. Aku harap bila Moreno dah mula main nanti dia pilihan ketiga belakang Enrique. Takpun keempat belakang Flanno..hehe. Jahat tak? Aku rasa dia dah lepas peak dia la. Banyak sangat buat silap. Yang aku pelik, kenapa Liverpool suka main lalu dia. Lalu la tengah ke, belah kanan ke. Setiap kali dia dapat bola aku mengeluh. Dan aku dengar pengulas cakap BR pon nampak kecewa bila Johnson selalu pass belakang sedangkan dia boleh pass ke tepi atau depan.

Coutinho masih tak konsisten. DIa ni jenis on/off je. Kalau on memang power gila. Kalau off memang sedih la. Jangan salah paham ayat aku. Dari segi pergerakan memang dia licik. Setakat nak pegang bola dan dribble sorang dua tu takde masalah. Tapi bila dia off, passing pun huru hara. Kejap terkuat, kejap tak cukup kuat. Kalau dia boleh setel masalah konsistensi dia ni, memang dia akan jadi pemain penting untuk Liverpool. Aku cuma harap pemain lain akan cover dia time dia off cam dalam perlawanan ni.

Aku tengok kat Fb ade gak tak puas hati ngan Lambert. Huhu..ape masalah sebenarnya? Nampak kot beza orang berpengelaman main. Dia memang besar dan agak lambat. Jadi dia guna badan dia untuk kawal bola. Dan dia sikit lagi kot nak jaring gol! Aku tak risau sangat ngan Lambert. BR tau la bila nak guna. Bila tak guna. Masalah nak carik penyerang lain adalah window dah nak tutup dan ramai yang bukan untuk dijual.

Lain-lain

Mignolet memang power! Ada beberapa kali dia save cubaan Soton. Cubaan Davies yang nampak cam kompem masuk. rembatan lencong Schnederlein dan rembatan yang kena palang waktu hujung2 tu sebenarnya kena tangan dia. Kalau tak kompem dah masuk gol. Tapi kena palang dan dapat kat Long yang sebenarnya dah tolak Johnson sebelum tanduk bola ke tepi. Aparaa..dah main jahat pon tak gol. Mignolet cemerlang setakat ni. Sebab aku rasa tugas jaga gawang sangat berat. Sebab ko yang paling last sekali sebelum gol. Fikir benda tu je dah rasa goyang lutut. Aku cuma harap pemain pertahanan protect Mignolet lebih sikit pasni. Cubaan dari jarak dekat dalam kotak penalti sangat la tak best sekali.

Oh, baru aku ingat satu benda. Baru perlawanan pertama tapi nampaknya pengadil dah tunjuk perangai dah. Manquillo kena kad kuning kali pertama dia buat kasar. Bertrand yang dah 2,3 kali tetap tak kena kad. Ape kes? Sturridge jatuh luar kotak penalti pun dia kata tak ada apa. katanya Yoshida tu dapat bola sikit. Aku harap biar la dia sorang je buat perangai macam ni. Kalau semua macam ni masak la. Baru 1st game kot. Pasukan lain dah start main kasar dengan Liverpool. Sebab tau Liverpool jenis nak main possession. Wanyama tu kerja asyik sapu kaki orang je. Aku harap Liverpool boleh main keras sikit bila perlu. Keras tak bermaksud kena dapat kad kuning setiap masa. Cuma kena tunjuk yang Liverpool tak takut dengan fizikal pemain lawan. Ni kerja Emre Can kot?😛

Aku harap Can dan Moreno leh main next game. Tapi lawan man City la pulak. Nak ke BR amik risiko untuk perlawanan besar letak Moreno yang tak ada pengalaman. Tapi aku rasa sama je risiko letak johnson kat belah kiri..huhu. Apa pandangan korang?

p/s maapla ulasan berterabur sikit. 1st game maa..hehe

5 thoughts on “Liverpool 2-1 Southampton

  1. salam..aku ase br x terburu2 nak boh can n pemain br yg len..coz diorg x besa lg dgn epl…mayb mula2 ni diorg akan trn pd minit 70 ke atas bila da selesa skit…game semlm leh wat sakit jantung gak la…plek gak pas rehat trs hancus penguasaan bola..sikap cepat selesa dgn beza 1,2 gol sgt bahaya…n please ambek peenyerang sorg lg…kalu ds15 cedera, pyh nak cr gol

    • Tapi lepas game 1st ni ade kemungkinan la kot. Lawan City dengan Navas, Aguero sume takde Johnson ngan Lucas nak jaganya…huhu. Season lepas pon camni gak. Pas dapat 1 gol kompem bolos. Kena carik 2,3 gol cepat2 baru kompom menang. Penyerang tu memang harap sangat ada yang masuk. Kalau tak world class at least yg laju n tricky cukupla. Sebab itu style yg kena ada.

  2. ha ha dari kes bola belon dulu aku dah mark Johnson ni, problem dia kejap ok kejap tak ok…pulak tu tak der pilihan RB yang kaliber yang buat dia masih suci kat mata pengurus sejak dari era Barnitez lagi…

    Aku harap BR tak jadi salah satu mangsa pengurus yang lambat sedar… lagi pon dah hujung hujung dah pon Johnson tu…bukan tak sedar dengan khidmat dia…tapi kita sayang liverpool lebih lagi kan hermm….

  3. memang berdebar jantung tgk game ni, 2nd half aksi lfc mmg longgar dan lucas nmpk tak bleh nak cover, nasib baik masukkan joe allen cepat2, sbbnya so’ton dah macam terasuk semangat kamikaze asyik dok serang lfc, ugly win but accepted dan memang enjoy tgk game cmni, banyak aksi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s