EPL Masters Football Malaysia Cup 2012


Salam dan selamat sejahtera. 22 April merupakan tarikh bersejarah untuk aku. Sebab ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke kejohanan EPL Masters Football yang diadakan di Malaysia. Sebelum-sebelum ni aku hanya dengar cerita orang dan tengok gambar di internet. Sekarang aku dah ada cerita dan koleksi gambar sendiri 🙂

Menurut apa yang aku baca dalam kenyataan kepada media, karnival akan bermula seawal 1 petang. Tapi aku sampai pukul 1 lengang lagi…walaupun MC dah mula membebel bercerita tentang aturcara untuk karnival dan perlawanan. Lepas Zohor aku jalan-jalan lagi dengan adik aku. Tengok geng-geng Liverpool yang lain menyanyi dan bergambar dengan bendera dan kain rentang. Seronok gila diorang! Kopite dari Sungai Petani pun turun. Gila lah! Pastu pegi tengok orang buat pertunjukan freestyle. Tapi bagi aku kurang tarikan la karnival ni. Tak ada apa yang menarik sangat pun. Yang penting aku nak tandatangan! =P

Semangat kan siap buat poster untuk tandatangan? Orang kata, buat apa pun mesti yang terbaik 🙂

Aku dah siap-siap print poster untuk minta tandatangan pemain sebab aku dengar ada sesi tandatangan. Ada orang dari FootballFocusAsia cakap sesi tu pukul 4 kat dalam. Jadi lepas puas berjalan, teguk 2 tin air 100 plus lebih kurang. Kitorang pun lepak depan pintu masuk sampai la diorang bagi masuk. Kitorang terus aim duduk menghadap garisan tengah sambil berdebar-debar tunggu sesi tandatangan. Owh..satu lagi dalam buku prgram yang aku beli dengan harga RM5 tu ada tulis yang akan ada persembahan khas dari Scottish Rockettes yang nampak macam comel-comel je dalam gambar. Tapi aku mula rasa tak sedap bila nampak pemain keluar masuk stadium.

Rupa-rupanya sesi tandatangan dibuat kat luar (orang kata la..aku tak tau betul ke tak). Aku memang bengang waktu tu. Aku dah semangat nak minta tandatangan sekali kena tipu (tak tau la diorang tipu ke tak tau maklumat yang sebenar). Tapi aku memang bengang. Mula-mula hilang kejap bengang bila tengok semua penyokong dalam stadium. Semangat je semua. Lepas tu Rockettes lak keluar..lagi la semangat aku! 🙂 Lepas tu pemain lak keluar. Aku pasrah dah waktu tu. Tak ada rezeki la nak dapat tandatangan. Takpela. Baik enjoy daripada layan kecewa sampai habis perlawanan kan? Masa pemain Liverpool nak masuk padang ada kain rentang…eh..kain rentang ke ah? Saiz dia punya la besar. Sampai tutup semua penonton..huhu. Aku tak pasti apa dia tulis kat atas kain rentang tu sebab takleh nak baca dari bawah kain tu..heheh… Kain tu diorang gerak-gerak sampai hujung. Dapat la rasa duduk bawah tu kejap.

Suasana bawah kain rentang….waktu kain tu nak sampai aku takut kalau-kalau boleh lemas bawah tu..heheh

Suasana masa perlawanan memang terbaik. Macam-macam lagu ada. Tapi muzik yang penganjur pasang memang annoying. Baik tak payah pasang kalau nak pasang waktu gol je. Adeh. Heheh…Yang penting Fowler memang legend! Rasanya kebanyakan peluang yang dia dapat memang jadi gol. Penyudah dia memang terbaik macam dulu. Sikit pun tak kurang. Class is permanent kan? Kvarme pun banyak jugak rasanya jaringkan gol. Walaupun aku tak pernah dengar nama dia sebelum ni. Seronok je aku tengok diorang main serius tapi main-main..heh? Macamana tu? Diorang gelak-gelak je setiap kali berebut bola dan ada yang tak lepas atau ada benda kelakar jadi. Tapi ada seorang pemain EPL All Star yang main serius sangat sampai tolak pemain Malaysia. Aku tak tau nama dia siapa tapi memang kena boo la dia sepanjang perlawanan.

“It’s like Anfield out there.” Good work, Malaysian Reds! – Kata bekas pemain Manchester United, Clayton Blackmore

Keputusan Perlawanan Melibatkan Liverpool

Liverpool 7-4 MU
Liverpool 8-4 Malaysia
Liverpool 9-8 EPL All Star

Final

Liverpool 4-4 MU (Liverpool menang 5-4 melalui penentuan penalti)

Robbie Fowler – Penjaring terbanyak (13 gol), Pemain terbaik kejohanan

Kalau aku jadi penganjur memang aku alih hadap penyokong Liverpool je majlis penyampaian hadiah ni..huhu~

Lepas dapat piala semua pemain Liverpool pusing keliling padang..err…court untuk tunjuk penghargaan mereka kepada penyokong yang bersorak dan menyanyi dari mula sampai la habis perlawanan. Dekat gila kot dengan pemain waktu ni. Eh…aku rasa macam ada cerita yang tertinggal la… Sebelum perlawanan habis, aku nekad nak dapatkan jugak tandatangan pemain. Tak dapat semua dapat sikit jadi la. Aku pergi bahagian hujung tempat duduk penonton dan minta tolong orang yang ada pas dan duduk dalam kawasan pemain tu. Nasib baik brader tu mau tolong aku. Tapi baru sekejap dia pergi kat Macca terus balik. Aku dah cuak. Apsal ni? Dia tak nak tandatangan ke? Aku dah sedih. Rupanya pen marker yang aku bagi tu dah patah. Pen marker tu jenis baru yang klik-klik macam pen biasa tu. Jadi bila dah patah, mata takleh nak stay kat luar. Nasib baik ada pen simpanan..heheh..akhirnya dapat la tandatangan Robbie dan Macca!

Hari yang indah untuk aku 🙂

Aku mula-mula dah gembira tak ingat punya bila dapat tandatangan dua orang tu. Tapi bila aku nampak Smicer masuk bilik persalinan lepas habis perlawanan, aku nekad. Aku mesti dapatkan jugak tandatangan dia (tamak kan?) Dan nampak je kelibat dia kat pintu tepi tu aku terus jerit sambil tunjuk poster yang aku buat. Dia angkat kepala, pandang aku. Yes! Sekali ada budak perempuan 2 orang tarik lengan dia masuk balik pintu tu untuk temurumah dan ambil gambar. Sengal! Mentang-mentang ada tag untuk duduk dalam tu. Aku dah panas dah bila pikir kemungkinan Smicer tak tandatangan untuk aku lepas jumpa budak-budak tu. Tapi dia keluar je dari pintu tu aku jerit nama dia. “Smicer!, please!” Dia datang. Aku goyang. Ok. Jangan pengsan. Sila kawal diri. “Thank you for Istanbul man”. Aku cakap kat dia. Dia sengih je. “Thank you”. Dia balas. Woohoo! Aku dapat tandatangan salah sorang hero Istanbul! Akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah. Pengalaman pergi EPL Masters buat pertama kali ni memang best. Kepada yang belum pergi. Sila pergi tahun-tahun hadapan nanti ye.

Hehehehehe…..dah renyuk sikit pasal jatuh time berebut jersi Macca

p/s : Gambar-gambar lain nanti aku buat galeri kat sini. Banyak sangat gambo. Puas nak memilih. Jadi sila lawat laman ni hari-hari ye..heheh…

Liverpool 0-1 WBA

Aci tak kalau aku bubuh sekali kat sini? Penat tak abes lagi ni..heheh. Lepas pergi Masters Cup terus berkejar ke restoran mamak sebab nak tengok perlawanan ni. Secara jujurnya aku puas hati cara Liverpool main. Cuma nasib tak menyebelahi kita apabila pemain-pemain yang biasanya jaring gol pun tak berapa nak menjadi hari ni. Tiang tu tak payah cakap la. Musim ni musim tiang memanjang. si Johnson lak macam tak ada perlawanan lain yang nak buat silap. Bila buat silap memang terus kena hukum la kan? Yang penting Masters Cup menang dan lepas ni Piala FA lak. YNWA.

10 thoughts on “EPL Masters Football Malaysia Cup 2012

        • owh..ok…takpe..next time ada lagi..bawak satu family 🙂 FInal game best kan? Dramatik. Liverpool memang suka dramatik2 waktu final..heheh…

          • yup! dgr kata next year the Reds nak dtg Malaysia lagi. mmg takleh lupa betul kenangan last year Liverpool team dtg lwn Harimau Malaya kat Bukit Jalil… time diorg training pun pegi, sanggup amik cuti keje ari khamis, tinggal anak yg baru 2 bulan kat mak. terpaksa tipu anak yg 6 tahun, kata nak melawat org sakit… siap tukar pakai jersi kat petrol pump takut bocor rahsia kat anak. hari game tu pun bagi alasan yg sama. gagagaga… tp seminggu lepas tu rahsia bocor sebab dia tgk gambar kat FB… :p

            • Kitorang adik beradik siap pergi hotel diorang lagi time tu….heheh..tapi Gerrard tak datang tak best la…next year harap die ada…dahsyatnya perancangan nak pegi tengok bola pun..huhu…next year boleh la kot bawak anak yang 7 tahun tu..eh..ke dah 8 tahun taun depan? 🙂

Tinggalkan komen