LBM

Lagenda Budak Merah – Bahagian 14


Salam dan selamat sejahtera. Aku tak tahu bila segmen ni dah bertukar ke Hari Khamis…huhu. Minggu ni minggu yang memenatkan. Fizikal dan mental. Maaf la kepada yang dah mencari-cari bahagian 14 ni. Ini bahagian terakhir dalam siri treble..heheh..cerita Steven dalam kempen UEFA Cup. Kepada yang terlepas cerita piala-piala sebelum ni sila ke pautan di bawah.

Lagenda Budak Merah – 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Liverpool baru sahaja menang Piala Liga dan Piala FA tapi Gerard Houllier seperti biasa mengingatkan mereka yang musim ini belum berakhir. “Hanya 2 gelas bir sahaja”. Gerard mengingatkan pemainnya. Hanya ada empat hari sahaja lagi sebelum perlawanan akhir Piala UEFA. Tapi bagi Steven, 2 gelas bir tak cukup untuk meraikan kemenangan Piala FA itu. Dia sendiri minum lebih daripada itu. Mereka sangat gembira dan tak fikir pun tentang perlawanan UEFA nanti. Apa yang mereka fikir adalah Piala FA yang akan ke Anfield. Dia nampak kepuasan dari muka pemain-pemain lain. Mereka telah mengimpikan semua ini sepanjang hidup mereka. Bagi Steven, ini saat terbaik dalam musim 2001, tiada yang dapat menandingi Piala FA.

Sebagai seorang jurulatih dari Perancis, Gerard lebih berminat kepada Piala UEFA. Bilik persalinan Liverpool sendiri terbahagi kepada dua. Pemain Inggeris yang teruja dengan Piala FA dan pemain luar yang teruja dengan Piala UEFA. Steven tersenyum apabila Gerard menasihatkan mereka (pemain-pemain Inggeris) supaya “hidup seperti sami” (jaga perangai dan makan minum) kerana baginya Piala UEFA sangat penting. Gerard menceritakan segala sejarah mengenai trofi itu dan kepentingannya tapi bagi Steven, trofi itu tidak pernah diimpikan seperti Piala FA.

Tapi pengalaman di Eropah musim itu masih bermakna buat Steven. Mereka mengalahkan Rapid Bucharest (Agg 1-0) dan Slovan Liberec (Agg 4-2) dalam pusingan awal. Liverpool bertemu dengan Olympiakos dalam pusingan ke-3. Perlawanan pertama di Greece merupakan perlawanan yang sengit. Liverpool mendahului dengan gol dari Barmby yang menolak masuk tandukan Heskey. Steven mempunyai peluang untuk menjaringkan gol selepas itu, hasil gerakan Heskey yang menggelecek melepasi pertahanan di sebelah kanan dan kemudiannya membuat hantaran silang ke tengah. Barmby merembat mengenai palang dan Steven cuba menyambar namun pertahanan sampai dulu sebelumnya. Olympiakos kemudiannya menyamakan kedudukan hasil sepakan gunting peyerang mereka.

Kali ini giliran Steven untuk jaringkan gol. Dia menanduk masuk sepakan sudut dari Barmby kalau tak silap aku. Liverpool ada peluang untuk menambah jaringan tapi sepakan percuma Ziege mengenai bucu gol dan keluar. Smicer mendapat peluang keemasan apabila pertahanan terakhir Olympiakos menanduk bola kebelakang di tengah padang tapi cubaanya terkena penjaga gol dan terbias ke tiang. Olympiakos akhirnya menyamakan kedudukan dalam masa tambahan. Perlawanan berakhir 2-2.

Dalam perlawanan kedua di Anfield, Liverpool menang 2-0 hasil jaringan Barmby dan Jeskey. Tapi Steven yang pertama mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Dia menahan bola menggunakan dada dan melakukan voli dengan kaki kirinya tapi berjaya ditepis oleh penjaga gol.

Liverpool bertemu dengan Roma dalam pusingan ke-4. Aku masih ingat dengan jelas perlawanan ni. Owen jaringkan 2 gol. Waktu ni Steven tak main kerana cedera. Dia mahu main kerana ingin berhadapan dengan Totti, tapi dia tak terlepas apa-apa peluang kerana Totti juga cedera ketika itu. Liverpool kalah 0-1 dalam perlawanan ke-2. Perlawanan penuh kontroversi. Nampak macam nak bagi Liverpool menang pun ada. Pengadil dah bagi penalti boleh tarik balik dan bagi sepakan sudut. Pemain Roma mula marah-marah dan kena kad. Tomassi kena kad merah dalam perlawanan ni kalau tak silap aku.

Seterusnya, Porto. Porto merupakan pasukan hebat ketika itu dengan pemain seperti Deco dan Capucho. Tapi Liverpol berusaha bersungguh-sungguh untuk keputusan 0-0 di tempat lawan sebelum mengalahkan mereka di Anfield pada perlawanan kedua dengan jaringan 2-0 (Owen dan Murphy). Tiada siapa yang boleh kata Liverpool melalui kejohanan UEFA yang mudah ketika itu kerana Barcelona menanti mereka di peringkat separuh akhir.

Nou Camp merupakan tempat impian untuk semua pemain bola beraksi. Sewaktu latihan, Steven tak dapat menumpukan perhatian. Dia seperti seorang pelancong. Melihat segenap sudut stadium yang hebat itu. Dia tak kisah dengan keputusan perlawanan nanti. Dia hanya mahu berlari di ats padang itu, mendengar sorakan 90 000 penonton. Dia hanya mahu menikmati detik itu. Kluivert dan Rivaldo merupakan penyerang mereka ketika itu. Cocu dan Pep Guardiola pula di bahagian pertahanan. Reina, penjaga gol Liverpool sekarang, sebagai penjaga gol mereka.

Liverpool berjaya mengekang Barcelona daripada menjaringkan gol walaupun ramai yang meramalkan mereka akan berpesta gol malam itu. Steven tidak pernah sepenat itu selama ni. Dalam perlawanan kedua, Liverpool menang 1-0 hasil jaringan penalti Gary McAllister. Liverpool melangkah ke perlawanan akhir Eropah yang pertama mereka dalam 16 tahun. Mereka melangkah ke ortmund dengan yakin.

Steven tak pernah setenang itu ketika menghadapi perlawnaan akhir. Baginya, apa pun yang terjadi, mereka sudah menang Piala Liga dan Piala FA. Jadi untuk menang piala ketiga adalah bonus baginya. Suasana di Dortmund ketika itu meriah macam biasa. Penyokong Liverpool kat kedai mamak pun boleh jadi meriah. Heheh.. Ada penyokong yang memakai baju “treble” kerana yakin Liverpool akan menang. Liverpool menang…Tapi bukan tanpa sebarang drama….

Detik berharga buat Stevie apabila dia menjaringkan gol ke-2 hasil lorongan Michael. Yang paling aku tak tahan, waktu pemain Alaves jaring gol sendiri, Steven dah bersedia nak ke tengah untuk sepak mula sedangkan perlawanan tu guna peraturan Gol Emas (Golden Goal) dalam masa tambahan. Siapa yang jaringkan gol, dia menang. Tak perlu main sampai masa tambahan habis. Bila dah sedar baru dia berlari raikan kemenangan dengan pemain lain. Treble akhirnya tercapai! Sampai sekarang penyokong Liverpool masih menghormati dan menyayangi Gerard untuk itu. Dia datang ke Liverpool menjanjikan trofi dan dia menunaikan janjinya. Musim itu juga Steven diberikan kontrak baru. 4 tahun. 50 000 pound seminggu. Untuk budak berumur 21 tahun…sangat lumayan! Waktu tu dia dah ada apartmen sendiri dan boleh hantar duit kerumah untuk mak ayah…huhu.

Kredit : dailymail

Kredit : bigsoccer.com

Sedar tak sedar dah  11 tahun dah berlalu daripada saat aku tengok perlawanan ni. Cepat betul masa berlalu kan?

Sumber : BBC

 Klik untuk ke MPHONLINE

5 thoughts on “Lagenda Budak Merah – Bahagian 14

  1. Hi there,

    My name is Lizzy; I work for the PR agency that is handling the Warrior Sports (new apparel sponsor of Liverpool FC) account here in Asia.

    I thought I’d get in touch as I’m currently compiling a media database for bloggers. Being a Liverpool fan yourself, I thought you would be interested in getting a copy of the press release for the launch of the new kit – would you be interested? If so, please share your email and I will gladly add you to the database.

    I can be reached at ewu@racepointgroup.com. Hoping to hear from you soon.

    Thanks and have a great day!

    Best,
    Lizzy

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s