Ulangtahun Pertama ReddersCreepers!


Syok sendiri Level 99999!!!

Syok sendiri Level 99999!!!

Salam dan selamat sejahtera. Sedar tak sedar dah setahun dah aku menulis dalam blog ni. Dalam setahun ni banyak benda yang aku lalui. Ada masa aku macam tak boleh nak berhenti menulis. Ada je benda nak post. Ada masa malas tu datang langsung tinggal blog ni. Apa pun jadi masih ada yang sudi berkunjung ke blog aku. Masih ramai yang sudi untuk meninggalkan komen supaya sama-sama dapat kongsi pandangan dan perasaan masing-masing. Terutamanya rakan blogger Liverpool di RabunMerah, WanGerrard dan sallehsgerrard. Terima kasih banyak aku ucapkan.

Waktu aku buat entri ni ada 516 orang yang like laman Facebook untuk blog ni dan blog ni dah berjaya kumpul 59,000 views! Boleh tahan la untuk blog yang khusus untuk Liverpool semata-mata kan? Agak-agak boleh sampai 1000 like tak sebelum tahun baru?😉 Tamak kan?

Entri Pertama

Entri Pertama ReddersCreepers

Entri Pertama ReddersCreepers

Semua benda ada permulaan kan? Jadi kepada yang baru jumpa blog ni, “Fulham 1-0 Liverpool. Good Game Bad Result” adalah entri pertama aku. Aku baca sendiri pun kelakar. Waktu ni lagi Suarez dah kena pulau dengan pengadil. Banyak kali dia dikasari tapi pengadil hanya suruh teruskan permainan. Waktu ni aku tak suka Suarez ambil sepakan percuma. Sekarang? Heheh. Waktu ni Suarez punya sepakan percuma tak bahaya lagi macam kat kelab lama dan Liverpool ada Adam. Sebab tu la aku lebih suka kalau Adam yang cuba ambil sepakan percuma waktu ni😉 Waktu ni lagi aku dah rasa Liverpool kekurangan penyerang. Sampai sekarang tak selesai lagi masalah ni rupanya. Yang kelakar tu aku antara yang kata Suarez lebih kepada penyumbang dan bukan penjaring. Hari ni dia antara penjaring terbanyak BPL…hoho..malu den.

Entri paling banyak dibaca

Entri paling banyak dibaca di ReddersCreepers

Bab ni yang aku seronok. Sebabnya entri yang paling banyak dibaca adalah “Hillsborough – 15 April 1989”. Nampaknya ramai penyokong Liverpool yang ada inisiatif untuk cari maklumat berkenaan tragedi ini. Semua penyokong Liverpool baru dan lama wajib tahu berkenaan tragedi ini dan juga Tragedi Heysel yang sinonim dengan Liverpool sebagai kelab yang penuh bersejarah. Berikut adalah senarai 5 entri yang paling banyak dibaca dalam blog aku :

  1. Hillsborough – 15 April 1989
  2. Strategi BR : Peluang untuk trio muda Liverpool?
  3. Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho?
  4. EPL Masters Football Malaysia Cup 2012
  5. Heysel – 29 Mei 1985

Kepada yang belum pernah baca entri-entri ni sila baca. Anda tak akan kecewa😉

Referrer paling banyak

Seperti biasa, ramai yang sampai ke blog aku ni dari enjin carian. Kedua dari Facebook. Jadi aku nak berterima kasih kepada laman Facebook berikut sebab bagi kebenaran untuk aku kongsikan entri aku di laman mereka dan mereka sendiri kadangkala kongsikan entri aku.

Maaf kalau aku ada terlepas mana-mana laman. Selain daripada enjin carian dan Facebook, ada juga pengunjung yang sampai ke blog aku melalui blog Liverpool yang lain. Berikut antara blog yang banyak sumbangkan pengunjung untuk blog ni. Terima kasih banyak aku ucapkan.

Katakunci paling terkenal

Katakunci penting untuk tarik pembaca daripada enjin carian. 5 kata kunci paling banyak tarik pembaca ke blog ini adalah redderscreepers, liverpool kita, lagenda budak merah, liverpool malaysia dan pemain baru liverpool 2012. Tersengih aku bila tengok redderscreepers paling tinggi. Sebabnya? Itu la nama blog ni dan nama samaran aku sejak dulu lagi sebelum aku buat blog ni. Jadi maksudnya ramai jugak la yang dah tahu dan kenal nama ni..heheh. Carian blog liverpool kita pula di tempat kedua. Aku kena berterima kasih kat pemilik blog ni sebab secara tak langsung orang yang cari blog dia jumpa blog ni. Tapi jangan risau sebab aku ada sediakan pautan untuk blog liverpool kita jadi orang yang sampai ke blog aku masih boleh ke blog yang mereka cari awalnya😉

Video

Ini merupakan video pertama aku dan masih lagi satu-satunya video aku..huhu. Waktu ni di D’Stall Corner tengok perlawanan akhir Piala FA. Liverpool tewas kepada Chelsea tapi aku puas hati dapat tengok ramai-ramai dengan penyokong Liverpool dan Chelsea. Video ni diambil waktu diorang tengah lawan sorak. Memang gempak. Cuma aku nak ingatkan, hanya penyokong yang kurang bijak je yang boleh timbulkan perkara negatif daripada acara yang sangat best ni. Video ni aku masukkan dalam entri bertajuk Chelsea 2-1 Liverpool @ D’Stall Corner [VIDEO]. Aku selalu fikir nak tambah kandungan video dalam blog ni. Cuma masa dan modal je yang tak mengizinkan. Mungkin satu hari nanti akan ada lebih dari satu video dalam akaun Youtube aku😉

Pertama Kali di D’Stall Corner

Aku dengan kakak dan adik aku...belakang tu Lutras tengah bersorak :-)

Aku dengan kakak dan adik aku…belakang tu ultras tengah bersorak🙂

Video kat atas ni sebenarnya kali kedua aku pergi tengok perlawanan Liverpool kat D’Stall Corner. Kali pertama adalah waktu aku pergi tengok Perlawanan Akhir Piala Liga menentang Cardiff. Aku ada ceritakan pengalaman aku dalam entri Cardiff 2-2 Liverpool AET (2-3 pen) @ D’Stall Corner. Aku rasa ini antara tempat wajib untuk tonton perlawanan Liverpool. Paling kurang pun sekali kena pergi tengok terutamanya perlawanan besar macam piala atau perlawanan dengan pasukan yang kuat-kuat.

Pengalaman Paling Menarik

Dah tentu waktu Liverpool datang ke Malaysia! Tapi memandangkan aku belum ada blog lagi waktu tu (sayang kan?) Aku pilih EPL Masters Cup 2012 sebagai pengalaman paling menarik. Kenapa? Semua tu aku dah ceritakan dalam entri EPL Masters Football Malaysia Cup 2012. Secara ringkasnya, kepada yang belum pernah pergi sila pergi tahun depan punya. Taktau siapa pulak yang ada tahun depan. Kalau pergi korang mungkin ada peluang untuk dapatkan tandatangan pemain macam aku dapat kat bawah ni..heheh

Smicer tandatangan untuk aku! Tapi gambar dekat pasal adik aku tengah pakai zoom lens...tapi takpe..yang penting dalam memori ada..heheh..terima kasih Dzul Fadli Asraf!

Smicer tandatangan untuk aku! Tapi gambar dekat gila pasal adik aku tengah pakai zoom lens…tapi takpe..yang penting dalam memori ada..heheh..terima kasih Dzul Fadli Asraf!

Segmen yang tergendala

LBM

Dalam katakunci yang aku senaraikan kat atas ada lagenda budak merah. Apa benda tu? Kepada yang bersama aku dari awal blog ni diwujudkan mesti dah tau. Terutamanya yang mengikuti blog ni semata-mata untuk Lagenda Budak Merah. LBM ni adalah satu segmen dimana aku buat ulasan dan olahan cerita Steven Gerrard yang aku ambil dari autobiografinya. Segmen ni dah lama tergendala. Aku pun tak pasti kenapa. Bukunya pun aku tak tau kemana. Waktu buat segmen ni aku risau sebenarnya kalau-kalau aku kena saman hakcipta ke apa. Mampuih nak bayar saman. Blog ni bukannya buat duit pun. Dalam survey yang aku buat, lebih kurang 80% mahu aku teruskan segmen ni dan bakinya separuh mahu aku hentikan segmen ini dan separuh lagi kata aku perlu tambah baik sahaja.

Jadi sempena ulangtahun pertama blog ni, aku nak tahu jugak apa penambahbaikan yang aku boleh buat untuk segmen ni kalau-kalau aku nak sambung balik. Jadi di sini aku senaraikan kesemua 15 bahagian LBM untuk tatapan korang yang belum pernah baca atau mahu baca semula. Harap-harap ada komen yang membina daripada korang semua😉

Kartun – Cubaan Yang Gagal?

comicstrip5

Kartun syok sendiri namenye ni..hihi~

Kalau korang nak tahu, dulu aku ada cuba buat kartun. Tapi lepas tu tak buat dah. Sebab aku rasa aku ni tak la berbakat sangat. Ikut-ikut orang je sebab aku suka baca blog-blog kartun kat internet. Samada dalam atau luar negara. Jadi kalau ade sapa-sapa rasa dia boleh melukis tak kira lah guna tangan atau komputer dan ada idea lawak berkaitan Liverpool boleh la nak jadi pelukis untuk aku..heheh. Tapi memandangkan blog ni tak buat duit takde la aku boleh bayar ke apa. Cuma jadi platform untuk berkongsi je la. Kalau nak tengok semua kartun yang aku buat KLIK SINI

Tips Blog Sukan

Wah-wah~ Baru setahun blog dah pandai nak bagi tips kat orang ye? Aku cuma nak kongsikan apa yang aku rasa berguna untuk siapa-siapa yang nak mula buat blog untuk pasukan yang diorang minat. Barulah meriah kalau banyak blog kan? Banyak sikit pandangan dan sumber maklumat. Ok. Tanpa membuang masa…

  • Menulis dari hati – Ini yang paling penting sekali. Tak guna buat blog kalau semata-mata salin hasil orang lain atau salin dari laman berita. Paling kurang pun bagi ulasan tentang berita tu. Kalau ini dah takde blog korang tak akan tahan lama. Percayalah.
  • Gambar – Manusia memang suka gambar. Tak boleh dinafikan lagi. Jadi sangat membantu sekiranya korang tau guna perisian untuk sunting gambar
  • Video – Sebagai laman yang berkaitan dengan sukan, pengunjung mesti nak tengok video. Lagi banyak lagi bagus. terutamanya untuk perlawanan atau pemain baru
  • Penampilan – Pembaca selalu cari blog yang kemas dan mudah dibaca. Aku sendiri pernah pangkah blog walaupun belum baca sebab terlalu serabut dan pilihan warna kurang sesuai untuk pembacaan. Jadi jangan hias melampau sangat sampai susah nak dibaca. Ini bukan friendster atau myspace..heheh..
  • Analisis – Sebagai penulis di blog berkaitan bola sepak, perlu sekali sekala buat ulasan yang sedikit terperinci berbanding biasa untuk memastikan blog korang sentiasa menarik pembaca. Tak perlu jadi pakar. Hanya pendapat tentang taktik beserta lakaran atau gambar sudah memadai
  • Perangai – Percaya atau tak pengunjung sebenarnya ambil kira perangai penulis. Kalau dah setiap entri ada kutukan atau menggunakan bahasa kesat memang ramai yang akan lari. Sebab tu aku kekalkan apa yang aku buat dalam dunia sebenar. Aku jarang cerita pasal pemain pasukan lain atau penyokong pasukan lain. Kalau ada pun bukan dengan cacian atau makian.

Penutup

Macam apa je nak kena ada penutup. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membaca, klik LIKE kat laman FB, follow di Twitter (walaupun tak reti2 lagi pakai) dan yang suka komen kat blog ni. Tanpa korang tak hidup la blog ni. Insya-Allah aku akan usahakan supaya banyak lagi kandungan menarik dalam blog nanti. YNWA.

Korang memang terbaik!!!

Korang memang terbaik!!!

7 thoughts on “Ulangtahun Pertama ReddersCreepers!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s