Liverpool mempunyai skuad EPL lebih besar dari Man City? Fakta atau auta?

Untuk memahami tentang kriteria skuad EPL, kita ulangkaji dulu semua syarat yang EPL telah tetapkan.

1. Maksimum 25 orang pemain berdaftar (maksimum 17 pemain luar dan 8 homegrown)
2. Pemain bawah 21 (lahir selepas 1 Januari 1998) boleh digunakan tanpa perlu didaftarkan. Bilangan pemain ini tidak dikira dalam 25 orang maksimum.

Homegrown – bermaksud pemain (tak kira umur dan kerakyatan) yang telah bermain di bawah FA England atau Wales selama 36 bulan samada secara berterusan atau tidak, sebelum umurnya 21 tahun.

Skuad semasa LFC mengikut laman web rasmi:-

Foreign Players (14)

GK Alisson
GK Mignolet
DEF v. Dijk
DEF Lovren
DEF Matip
DEF Robertson
MID Fabinho
MID Wijnaldum
MID Keita
MID/FWD Shaqiri
FWD Firmino
FWD Mane
FWD Salah
FWD Origi
 
 
Homegrown (11)
 
DEF Clyne
DEF Gomez
DEF Phillips
MID Milner
MID Henderson
MID Lallana
MID/FWD Oxlade-Chamberlain
MID Ejaria
MID Chirivella
FWD Kent
FWD Wilson
 
Bawah 21 (Lahir selepas 1 Jan 1998)
 
GK Kelleher
DEF Hoever
DEF van Den Berg
MID Curtis Jones
FWD Elliott
FWD Brewster

Liverpool mempunyai 25 pemain yang perlu didaftarkan dan tambahan 6 pemain bawah 21 yang disenaraikan sebagai pemain pasukan utama di laman web rasmi. Mengikut syarat, Liverpool masih boleh menyenaraikan 3 lagi pemain luar andainya ada pemain baru yang masuk. Pemain baru tersebut akan menggantikan samada Phillips, Kent, Ejaria, Wilson, Kent atau Chirivella dalam senarai 25 pemain.

Andainya ada dalam 25 ni yang berpindah, Liverpool akan menyenaraikan kurang dari 25 pemain andainya tiada pembelian lain. Masih baik memandangkan Liverpool ada 6 orang pemain bawah 21 dalam pasukan utama. Belum lagi pemain skuad bawah 23 dan akademi yang berbakat seperti Bobby Duncan, Adam Lewis da Yasser Larouci.

Pendek kata Liverpool masih ada peluang tambah pemain luar jika mahu dan mampu untuk daftar 25 pemain musim ini. Tapi betul ke Man City punya skuad lebih kecil? Jom kita tengok.

Skuad semasa Man City mengikut laman web rasmi

Foreign players (18)

GK Bravo
GK Ederson
DEF Danilo
DEF Laporte
DEF Mangala
DEF Mendy
DEF Otamendi
MID Gundogan
MID Zinchenko
MID Rodri
MID De Bruyne
MID Bernardo Silva
MID David Silva
MID Fernandinho
MID Mahrez
FWD Gabriel Jesus
FWD Aguero
FWD Sane
Homegrown (4)
DEF Walker
DEF Stones
DEF Angelino
FWD Sterling

Under 21 (2)

GK Daniel Grimshaw
MID Foden

Ini adalah pasukan semasa City. Disclaimer, aku taktau pemain akademi dia siapa yang power siapa yang tak. Jadi aku hanya akan berpandukan pasukan ini sahaja. Melihat kepada pemain luar, City ada 18 pemain sedangkan hanya 17 sahaja yang boleh didaftarkan. Jadi seorang pemain tak akan main EPL musim ni. Jadi 17 pemain tambah 4 orang pemain homegrown dan 2 pemain bawah 21, jadilah jumlah pemain mereka 23 orang.

Semoga Pep pening fikir masalah dia ni. Sebab dia tak boleh beli pemain luar melainkan dia nak ganti pemain luar sedia ada. Dia hanya boleh beli pemain homegrown yang cukup bagus untuk main dengan City atau duduk kat bench.

Kelebihan untuk Liverpool?

Hanya atas kertas bagi aku. Atas kertas mereka kurang pemain. Untuk perbandingan, musim lepas Liverpool mendaftarkan 23 pemain manakala Man City mendaftarkan 21 pemain. Tapi mereka tetap berjaya kalahkan Liverpool untuk jadi juara EPL. Apa beza musim ini?

Man City Ada 5 pemain berusia 31 atau lebih (Fernandinho, David Silva, Nicolas Otamendi, Sergio Aguero dan Claudio Bravo) sedangkan hanya Milner dan Lallana yang lebih 30 tahun di Liverpool. Tapi atas padang itu mungkin akan jadi pengalaman yang boleh kalahkan pasukan lebih muda. Kekurangan pemain jugak boleh menambahkan jumlah perlawanan pemain yang ada, menjadikan mereka lebih sharp, andainya tidak berlaku kecederaan atau kepenatan melampau heheh

Samada ini akan menjadi kelebihan buat Liverpool dan Klopp atau tak, kita tengok musim ni macamana ye. Bermula dengan Community Shield Ahad ni. Tapi ingat, EPL ni marathon, bukan lari pecut.

YNWA.