EPL Masters Tour 2015

Salam dan selamat sejahtera. Korang ingat lagi tak aku kongsi cerita pengalaman aku pergi EPL Masters Cup 2012? Antara pengalaman yang terbaik untuk aku sejak jadi blogger LFC ni. Tak caya tengok galeri ni. Tahun ni merupakan tahun yang bertuah untuk kita penyokong Liverpool. Sebab apa? Ada dua perlawanan besar melibatkan Liverpool tahun ni. Skuad semasa untuk jelajah Asia nanti dan skuad Legends untuk EPL Masters Tour 2015. Korang boleh melompat keriangan sekarang!😛

Maklumat Perlawanan

ROTL MMAIL a 10x8col

2012 vs 2015

Perbezaan terbesar adalah format perlawanan kali ni. Kalau dulu aku tengok diorang main di Stadium Malawati. Kali ni memang perlawanan 11 sebelah di Stadium Shah Alam. Kalau korang rasa tengok perlawanan All Star Charity Match kat internet haritu best, maka korang kena datang perlawanan ni.

Tentative list of playersSecara kasarnya, ni lah pasukan yang akan beraksi Ogos nanti. 16 pemain dari setiap pasukan akan disahkan pada Bulan Jun nanti. Antara nama-nama yang aku rasa semua orang nak tengok dah tentu Dudek, Hamann, Murphy, dan Garcia. Fowler ngan Macca aku dah tengok dah masa 2012..hehe.

Mana nak dapat tiket?

Pertama sekali pergi LIKE FB Page EPL Masters Tour 2015 dan FOLLOW Twitter diorang untuk dapatkan maklumat terkini. Berikut adalah senarai tempat untuk beli tiket.

Korang boleh juga beli secara ONLINE (selagi masih ada) di AirAsiaRedTix.

PRICE LIST PROMO.005 TICKETS PROMO 16APR.004Ok, murah gila kot harga pra-jualan dia! Sila beli sebaik sahaja korang habis baca ni. Beli dulu, fikir kemudian! Heheh. Nanti dah makin mahal menyesal tak sudah. Lagi menyesal kalau tiket dah habis. Kalau rasa korang akan miss perlawanan jelajah Asia nanti, boleh la timbangkan untuk pergi perlawanan ni. Aku dah kompem pergi dua-dua. Rugi woo kalau tak pergi.

Sila bookmark page ni untuk perkembangan lanjut. Aku akan kemaskini sekiranya ada maklumat baru.

KEMASKINI 3 MEI 2015

Tiket separuh harga sempena pra-jualan dah tamat. Tapi sekarang dah buka untuk early bird. 30% diskaun. Dapatkan sebelum terlambat!

KEMASKINI 6 MEI 2015

Maklumat terbaru dari penganjur. Maksudnya sesi ni akan diadakan berasingan dari tarikh perlawanan. Barula syok nak jumpa semua pemain. Waktu 2012 dulu aku amik tandatangan secara haram je sebab organizer tak bagitau bila sesi meet and greet. Tau2 dah setel.

KEMASKINI 25 MEI 2015

Kepada yang terlambat nak dapatkan tiket dengan harga diskaun, jangan risau sebab harga penuh pun tak la mahal mana. Siap ada sesi meet and greet lagi.

PENAFIAN : Semua kandungan dalam PAGE ni adalah hak milik Logic Emotion Sdn Bhd dan digunakan dengan kebenaran.

6 thoughts on “EPL Masters Tour 2015

    • Belum. Ada khabar angin kata perlawanan ni ditunda. Masih tunggu pihak penganjur bagi kepastian. Setakat ni belum ada berita. Maaf.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s