Featured

Sesi Jumpa dan Sapa Bersama Robbie Fowler!


Salam dan selamat sejahtera. Hari ni aku ngan kakak aku gagahkan diri pergi LFC Store kat Lot 10. Kenapa tak gi Mid Valley? Pertama, aku memang bajet ramai gila orang. Kedua, aku memang nak carik baju selai. Lama dah tak beli jersi baru dan aku nekad nak letak nombor ngan nama sekali kali ni. BPL patch je belum rajin nak letak.

Aku suruh pose ko nyorok belakang baju. Last2 aku candid je. Dah muka tak ready. Haha

Aku suruh pose ko nyorok belakang baju. Last2 aku candid je. Dah muka tak ready. Haha. Serius terbaik mamat ni buatkan baju aku. Lupa lak nak tanya nama…huhu

Staf yang kerja kat sini memang peramah. Salah satu aspek yang penting untuk kedai macam ni. Kalau staf tak bagus, lari wo pelanggan.

Ruang kedai

Ruang kedai

Gelas

Gelas

Waktu tenang

Waktu tenang

Satu info penting yang tak sampai kepada aku dan kebanyakan pengunjung lain adalah, perlu beli apa-apa dari LFC store pada hari ni untuk layak sertai sesi jumpa dan sapa ni. Jadi ramai la yang sampai last menet baru nak beli. Ada yang merungut sebab dah beli semalam atau minggu lepas tapi tak valid dah. Sudahnya yang paling laku dah tentu benda kecik-kecik macam pen ke pensel..huhu

Tudia line. Aku duduk depan pintu. Pandang arah belakang. Hampir lengkap 1 round.

Tudia line. Aku duduk depan pintu. Pandang arah belakang dan seberang. Hampir lengkap 1 round.

Semua orang disuruh berbaris kat luar kedai sementara tunggu Fowler sampai. Aku antara orang terawal so takde masalah. Aku rasa ada gak yang tak dapat jumpa Fowler. Masa terhad. Mana nak layan wo sampai satu floor tu pusing orang beratur. Tu belum masuk nak filter orang yang takde resit lagi. Jadi kepada yang nak jumpa Hamann, 23 Julai. Sila beli barang awal-awal. Simpan resit.

IMG_4547

IMG_4550

Ada 3 orang pemenang bertuah dapat 2 keping tiket RM328 seorang. Untung la. Lagi 3 pemenang akan dipilih masa jumpa Hamann lak nanti. So kalau rasa bertuah dan takmau beli tiket sila beli pen. Untung-untung dapat tiket mahal..hihi.

Dapat dah!!! Hehe #meetandgreet #robbiefowler #lot10 #lfctour2015

A photo posted by Dzul Fadli Akmal Dzul-Kifli (@redderscreepers) on

Insyaallah esok aku pegi jumpa Mignolet ngan Ibe lak kat Subaway Paradigm Mall. Setakat ni dulu.

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s