Featured image Milner

Pembelian #1 : James Milner


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool dah sahkan Milner akan ke Liverpool musim depan (bergantung kepada pemeriksaan kesihatan). Masih rasa teruja walaupun cerita ni dari Januari lagi. Liverpool dapat Milner secara percuma sebab dia takmau sambung kontrak dengan City.

Bagi aku ini satu langkah yang bijak memandangkan Liverpool akan kehilangan Gerrard musim depan. Liverpool perlu pemain berpengalaman. Milner menang BPL 2 kali, Piala FA sekali dan Piala Liga sekali dengan City. Aku harap dia akan diletakkan kat tengah. Mungkin dengan Henderson dan Can sekiranya  guna formasi 4-3-3. Milner ni pun rajin cam Hendo so tak salah ada 2 orang yang rajin atas padang.

Berikut adalah perjalan karier Milner

2002-2004 : Leeds United
2003 : Swindon Town (loan)
2004-2008 : Newcastle
2005-2006 : Aston Villa (loan)
2008-2010 : Aston Villa
2010-2015 : Manchester City

James Milner merupakan penjaring ke-2 termuda (16 tahun 355 hari) dalam BPL selepas James Vaughan (Everton, 16 tahun 267 hari) pecahkan rekod dia pada tahun 2005. Milner jaring gol pertama waktu Leeds menang 1-2 kat Sunderland  musim 2002-2003. Teka siapa jaring gol kedua untuk Leeds? Robbie Fowler! 2 hari lepas tu diorang lawan Chelsea dan Milner jaring gol kedua dia. Aku jumpa video ni je. Gol pertama tak jumpa..huhu

Video seterusnya adalah video selamat tinggal yang dibuat oleh fans Aston Villa hujung musim 2009-2010. Waktu ni tengah kecoh Man City nak beli Milner.

Sayang gila diorang kat Milner. Sama macam kita sayang Kuyt kot. Pemain rajin semua orang sayang..haha. Dua video seterusnya adalah highlight sepanjang dia bersama Man City.

Sekali lagi, aku rasa ini pembelian yang berbaloi. Dia ni macam Hendo versi yang dah siap..hehe. Aku harap Liverpool main menyerang banyak sikit musim depan. Musim ni pemain tengah boleh katakan terlalu bertahan. Tak sabar nak tengok dia main untuk Liverpool!

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s