Rumours 1

Misi Mencari Penyerang : Episod 1


Salam dan selamat sejahtera. Aku rasa semua orang setuju yang Liverpool perlu penyerang baru sebagai pengganti Suarez. Musim lepas, Liverpool memang ngam semuanya kecuali pertahanan. Bolos banyak tapi skor pun banyak gila. Sebab tu boleh dapat nombor 2. Bayangkan ada 2 penyerang yang berlawan jaring gol. Musim ni, haram tak ada. Sampai ada masa BR lebih rela main tak ada penyerang. Kalau gagal lagi cari pengganti, bergelut lagi la nak dapat top 4 yang sekarang dah jadi top 6.

Penyerang sedia ada

  • Daniel Sturridge
  • Mario Balotelli
  • Ricky Lambert
  • Fabio Borini
  • Iago Aspas
  • Divock Origi

Kalau ikut ejen Balo, dia stay lagi musim depan. So kita anggap je tinggal 3 penyerang buat masa ni. Kalau ikutkan, 3+1 penyerang lagi dah ok. Tapi bagi aku kena tengok Sturridge gak. Kalau masalah kecederaan dia takleh setel. Kena la anggap dia macam tak ade..huhu. Jadi Liverpool perlu 2 penyerang lagi untuk bersaing.

Nama yang dikaitkan dengan Liverpool

Danny Ings

Profil ESPN

Danny Ings antara nama yang paling awal dikaitkan. Sebab dia dah abis kontrak tengah taun ni. Jadi dia bebas untuk jumpa mana-mana kelab. Memandangkan dia bawah umur 24 tahun, kelab yang dapat dia masih kena bayar harga beli yang akan ditentukan oleh tribunal. Tapi biasanya hanya beberapa juta je. Bagi aku dia ni kira naik taraf la dari Lambert, Borini ngan Aspas. Dia ada penyudah yang baik (striker wajib kot ada) dan untuk pemain yang tak la tinggi sangat, dia pandai guna kepala dia. Kira cukup best dah dia ni. Tapi bukan sebagai penyerang utama.

Christian Benteke

Profil ESPN

Ada jugak yang tak setuju beli Benteke. Katanya tak sesuai cara Liverpool main sebab takde cross. Nanti sama macam Lambert/Carroll/Balo katanya. Padahal dia ni laju, boleh pegang bola, boleh bawak lepas pertahanan walaupun tak lincah macam Suarez dan penyudah dia pun power. Dia bukan tanduk semata-mata. Kalau Liverpool beli dia, paling kurang pun bahaya la sikit kita punya sepakan penjuru ngan sepakan percuma. Dia jugak rajin pressure pertahanan. Benda yang banyak Liverpool buat masa ada Suarez. Sekarang dah kurang.

Jadi aku rasa boleh je dia ni nak jadi target man bila perlu atau link dengan Coutinho ke untuk style main macam Suarez dulu. Suarez ngan Sturridge dulu pon bukan la semata-mata main gelecek je. Ada jugak gol tanduk dari cross dan sebagainya. Jadi tak logik nak samakan dia dengan Lambert yang memang bergantung kepada skill menanduk dia atau Balo yang kurang rajin buat game. Oh..lupa lak. Benteke boleh amik freekick!!😛 Satu benda yang mungkin jadi penghalang adalah nilai 32 juta yang diletakkan oleh Tim Sherwood. Aku rasa 32 juta boleh dapat pemain lagi power kot. Cuma Benteke ni kira dah proven la kat BPL. Pastu kalau main dua penyerang leh main ngan Origi.

Luciano Vietto

Profil ESPN

Ini, khabar angin paling menarik setakat ni. Mula-mula aku nak buat 2 orang je dulu tapi memandangkan dah mula tersebar kat twitter, aku masuk sekali. Kalau Liverpool nak main macam ada Suarez dulu, pemain ni la yang wajib beli. Dia punya gelecek, penyudah, passing memang cun. Khabarnya harga untuk trigger klausa pelepasan dia hanya 14 juta pound je!!! Memang terliur bayangkan dia dengan Coutinho kat depan.

Tapi pemain berbakat camni kompem ramai nak. Atletico pon katanya dah ready nak beli. Ganti Griezmann katenya.

Aku tau video youtube biasa tunjuk part yang best je. Aku guna pon sebagai rujukan je untuk tau kemampuan pemain. Lagi satu, kalau boleh bincang la isu khabar angin ni dengan hati yang terbuka. Aku maleh nak layan kalau semua asyik nak menyindir je. Semua fikir negatif je. Lemas. Kita bincang suka-suka sebagai hiburan je.

So, mana satu mau beli?🙂

2 thoughts on “Misi Mencari Penyerang : Episod 1

  1. kalau aku dah backlisted itali punya player, mcm mana bagus pon kebanyakan player itali juventus ker intermilan ker bukan pernah jumpa pasukan ragbi england macam westham, hull stoke, jumpa kat eropah pon jenis main cantek ngan parking bas jer,

    kalau aku, cari player amerika selatan bagus tahan lasak dan jarang injured

    • Pemain Itali tu satu. Kelab Itali pon boleh tahan gak stail nak loan player dengan option beli pastu nak nego lagi harga bila sampai masa beli. Cam Aquilani dulu. Tensen siot. Diorang teknikal hebat la. Tapi fizikal kurang.

      Pemain amerika selatan dah terbukti power. kalau aku manager memang aku carik belah2 sana je..hehe.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s