Featured image QPR

Liverpool 2-1 QPR. Kapten Penyelamat!


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool ni bila aku tak expect menang, elok lak menang. Mungkin kena macam tu kot. Anggap je semua perlawanan kita akan kalah. Sekurang-kurangnya tak la kecewa sangat kalau kalah. Hehe. Gurau. Tapi perlawanan ni hampir-hampir jadi perlawanan biasa musim ni. Jaring 1 gol. Main rilek-rillek. Lepas tu bolos. Adeh.

Video Sorotan Perlawanan

Lambert

Ada gak yang terkejut Lambert main dari awal. Tapi siapa lagi nak main? Sturridge sakit manjang. Balo lak sakit kaki. Jadi yang tinggal Lambert ngan Borini la. Aku taktau dia fit ke tak. Sebab kat bench pun takde. Tapi yang lagi mengejutkan, aku rasa Lambert main agak bagus dalam perlawanan ni. Walaupun bola tinggi dia selalu kalah, tapi dia pandai kekal onside, tau kat mana kawan-kawan lain dan dia boleh hantar bola dengan baik.Hasilnya dapat la satu assist untuk Coutinho.

Coutinho

Coutinho pemain terbaik Liverpool musim ni. Walaupun Sterling banyak lagi gol dari dia. Dengan tenang dia terima hantaran Lambert dan jaringkan gol. Harapan aku musim depan, dia main belakang penyerang dan ada kebebasan untuk bergerak. Aku berharap jugak ramai la sikit berlari ke tempat kosong taun depan. Selalu sangat nampak dia pegang bola tapi takde orang nak mintak bola. Last-last kena hantar ke tepi atau belakang. Kalau musim depan dia boleh gandakan gol dan assist dia cukup best dah bagi aku.

Gerrard

Antara benda yang aku akan rindu bila Gerrard dah tak ada nanti adalah gol-gol penyelamat dia. Dah selalu sangat dia buat untuk Liverpool. Sebab tu aku rasa dia pemain dan kapten terbaik Liverpool. Kalau fikir balik, berat tanggungjawab dia. Sebab tu la penalti tak masuk gamaknya. Huhu. Tapi lepas tu dia tebus balik. Bukan senang nak jaring dari sepakan sudut. Tak caya tanya Lovren. Hehe…

Siapapun yang akan jadi pengganti dia akan pikul tanggungjawab yang sangat besar. Pertama sekali untuk main dengan bagus. Sebab kapten la yang nak bagi inspirasi dan motivasi pasukan. Kedua, lindung anak-anak buah. Samada dari pihak lawan atau pengadil sekalipun. Ketiga, sebagai game changer. Samada perlawanan besar atau kecik. Tak kira. Sebab tu aku lebih suka kapten dari pemain tengah atau menyerang.

Baki Perlawanan

BPL Table week 25

Liverpool akan menentang Chelsea (A), Crystal Palace (H) dan Stoke (A). Liverpool masih boleh dapat tempat keempat dengan syarat menang semua perlawanan dan MU kena kalah 1 seri 1 atau kalah 2 perlawanan terus😛 Tapi aku tak kisah sangat pun. Dapat no 5 pun kira hebat dah main takde penyerang. Penjaring terbanyak pun 7 bijik je gol.

Aku lagi tak sabar tunggu tingkap perpindahan bukak nanti. Nak tengok pemilik serius ke tak nak tolong BR kali ni. Kalau tak, kena la berharap pemain yang dah ada akan main lebih mantap. Kalau semua perform, tak mustahil la musim depan leh jadi pencabar lagi. Buat masa ni, kita enjoy je la perlawanan yang tinggal. Pasni Gerrard dah takde dah😦

YNWA.

Timeline Cover Tshirt

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s