Featured image BR vs RB

RB & BR : Krisis Sama, Situasi Berbeza


Salam dan selamat sejahtera. Mintak maapla tak ada ulasan untuk Hull. Aku rasa tak ada siapa pun nak tengok balik perlawanan tu. Tak ada apa yang boleh diulas melainkan Hull main lebih baik dan bersemangat dari Liverpool. Lepas perlawanan ni makin banyak kempen untuk ganti BR dengan Klopp/Rafa. Dalam artikel ni aku nak tumpukan pada Rafa dan BR dulu dan dua musim Liverpool hampir berjaya menang BPL.

Rafael Benitez (2008-2009)

Rafa hampir berjaya bawak LFC menang BPL pada musim 2008-2009. Musim yang aku rasa semua orang akan ingat sampai bila-bila. Termasuklah aku sebab aku ada simpan video review musim ni. Semua orang mesti tau jugak apa yang berlaku musim seterusnya. Liverpool hanya berjaya dapat tempat ketujuh dalam liga.

Dari pencabar kejuaraan ke pasukan pertengahan

Dari pencabar kejuaraan ke pasukan pertengahan

Apa yang berlaku kat sini? Realiti. Dalam bola sepak, kalau berjaya dapat nombor 2 dalam satu musim, tak semestinya akan sampai tempat yang sama atau lebih baik. Sebab semua pasukan mula dari kosong balik. Setiap pasukan perlu kekalkan atau tambah baik skuad untuk musim baru. Satu benda yang Liverpool gagal buat.

Kegagalan besar yang membawa padah

Kegagalan besar yang membawa padah

Kalau dikira hasil jualan pemain, Liverpool ada 44.75 juta untuk dibelanjakan tapi hanya belanja 37.1 juta (Harga berdasarkan anggaran). Dalam buku RB, dia mengesahkan yang dia tak dapat duit yang sepatutnya ada untuk beli seorang penyerang untuk bantu ringankan beban Torres. Dia juga mahu pemain bek tengah berpengalaman. Nama dalam senarai dia waktu adalah Jovetic dan Distin/Upson.

Satu lagi masalah besar Rafa adalah pembelian Aquilani untuk menggantikan Alonso. Pembelian yang flop dari semua segi. Sebelum Aquilani, Rafa cuba ganti Alonso dengan Barry. Sebabnya adalah dia rasa Barry lebih versatile dari Alonso (Rafa sendiri cakap). Alonso pulak memang dah dirancang untuk dijual untuk tambah dana.

Rupanya hasil jualan Alonso dan pemain lain tu je la duit belanja dia musim tu. Mana Rafa tak bengang. Semuanya disebabkan pemilik paling teruk dalam sejarah. Gillett dan Hicks. Diorang serap mana-mana duit yang diorang boleh dapat untuk bayar hutang.

Beban gol pada Torres dan Kuyt (yang lebih banyak dimainkan di sebelah kanan)

Beban gol pada Torres dan Kuyt (yang lebih banyak dimainkan di sebelah kanan)

Satu lagi yang Rafa akui adalah memenuhi jangkaan serta harapan kelab dan penyokong. Semua orang rasa Liverpool boleh jadi juara sebab musim 2008-2009 diorang dah dekat sangat dengan no 1. Tekanan yang sangat tinggi menyebabkan semua orang tak dapat perform dengan baik. Setiap kekalahan, kecederaan pemain menambahkan lagi tekanan kepada skuad. Bilangan gol pemain pun menurun. Akhirnya Liverpool berakhir di tempat ketujuh.

Secara ringkasnya, ni faktor kejatuhan LFC dibawah Rafa

Masalah kewangan kelab
Kegagalan mencari penyerang
Kegagalan mengganti pemain utama
Tekanan setelah jadi naib juara

Brendan Rodgers (2013-2014)

Dari naib juara ke...?

Dari naib juara ke…?

Lepas BR berjaya bawak LFC ke tangga ke-2, ramai yang kata Liverpool dah kembali dan akan jadi pencabar utama musim depan (musim ni). Aku time tu tu dah teringat dah kejadian yang menimpa Rafa. Aku tau, kejayaan musim lepas tak bermakna apa-apa kalau tak tambah baik skuad. Sekarang Liverpool di tempat ke-5. Dan paling teruk boleh jatuh ke tempat ke-8 (harap-harap tak la). Kenapa jadi macam ni? Sekali lagi kita tengok kat jual beli pemain.

Kuantiti vs Kualiti?

Kuantiti vs Kualiti?

Liverpool membelanjakan 116.8 juta dan dapat 87.7 juta dari jualan. Jadi anggaran belanja bersih untuk beli pemain adalah 29.1 juta. Tapi masalah kat sini bukan berpa banyak yang dibelanjakan tapi siapa pemain yang dibeli. Sekali lagi, Liverpool gagal dalam bab pembelian.

Liverpool kehilangan Luis Suarez. Penyumbang 31 gol dalam BPL musim lepas. Liverpool juga bermain tanpa khidmat Sturridge yang hanya bermain 12 perlawanan liga setakat ni. Jadi 2 penjaring utama dah tak ada dan Liverpool gagal cari pengganti. Lambert lebih kepada nilai sentimental sebab dia dari akademi LFC. Balotelli pulak pembelian panik oleh TC. Jelas pembelian TC sebab beberapa minggu sebelum tu BR dah cakap dia tak nampak Balo akan main kat LFC. Borini lak kes yang pelik sebab patut dijual tapi taknak pergi dan jarang dapat peluang lepas tu.

Selain dari gagal gantikan Suarez. LFC juga gagal ganti Agger dan baru sekarang nampak macam berjaya gantikan Reina (prestasi Mignolet yang makin OK). LFC juga gagal cari pengganti Gerrard yang akan tinggalkan LFC musim depan. Mungkin ada yang akan kata, BR ada banyak duit, tak macam Rafa! Memang betul. BR banyak duit jual Suarez. Tapi LFC lebih pentingkan tambah pemain berpotensi untuk tambah saiz skuad berbanding beli pengganti yang dah ready.

Sama macam Rafa, BR dan pasukan jugak bawah tekanan yang hebat lepas jadi naib juara musim lepas. Kita juga perlu ambil kira skuad sekarang yang masih muda. Kalau ikutkan, ramai yang belum sampai masa untuk tunjukkan potensi. Bayangkan Sterling yang dikritik musim ni adalah penjaring terbanyak setakat ni. Nampak jelas masalah LFC kat sini.

Secara ringkasnya, ni faktor kejatuhan LFC dibawah BR

Polisi pembelian pemain
Kegagalan mencari penyerang
Kegagalan mengganti pemain utama
Tekanan setelah jadi naib juara

Masalah Kewangan

Jadi apa yang sama dan apa yang berbeza kat sini? Rafa tak dapat duit untuk beli pemain. sebab owner dulu banyak hutang. Owner sekarang ni la yang setelkan hutang tu semua dan stabilkan balik ekonomi LFC. Stadium sedang dibesarkan supaya pendapatan tahunan bertambah. Tambahan pulak FFP yang dah dikuatkuasakan. Jadi tak hairan la kalau diorang ada polisi pembelian pemain.

Polisi ni la pulak yang mengekang BR dari dapat pemain yang dia mahukan. Sekiranya BR kekal di Liverpool, ini bermakna pemilik selesa dengan plan jangka panjang yang diorang buat dengan BR. Berbeza dengan Rafa yang dihentikan perkhidmatan sebab dirasakan mempunyai arah tuju yang berbeza dengan kelab.

Rafa mengendalikan LFC selama 6 musim (termasuk musim kejatuhan) dan BR kini di musim ketiganya. Kalau ada yang rasa Rafa dulu perlu diberi masa untuk pulihkan LFC, korang jugak perlu beri masa pada BR untuk pulihkan LFC. Sebab dia kehilangan pemain penting tanpa ganti dan masih mampu bersaing untuk tempat ke-5 tanpa penyerang yang berkesan.

1 lagi musim untuk BR aku rasa cukup adil.  Tapi aku rasa pemilik boleh main peranan besar sekiranya diorang boleh sokong usaha bawa pemain berkelas dunia ke LFC. Sebab perkara yang paling penting untuk semua adalah LFC kembali jadi pasukan yang digeruni dan agak sukar kalau LFC tak ada penyerang berbisa dan pengganti Gerrard yang berkualiti.

YNWA.

Sumber :

http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/rafa-benitez-exclusive-liverpools-former-1317275
http://www.caughtoffside.com/2012/09/19/former-liverpool-boss-rafa-benitez-explains-why-he-wanted-to-swap-xabi-alonso-for-gareth-barry/
http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/liverpool/8535368/Real-Madrid-midfielder-Xabi-Alonso-admits-he-left-Liverpool-after-feeling-unwanted-by-Rafael-Benitez.html
http://www.lfchistory.net/

2 thoughts on “RB & BR : Krisis Sama, Situasi Berbeza

  1. Betul gak..semusim dua masih ok lg bagi peluang atas kredit musim lepas. Pemain yg power2 ni, ada dengar gak yg kita hampir dpt tapi tak mungkin sebab kita bukan kat london kot hehe lg susah x dpt ucl musim ni.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s