Featured image WBA

WBA 0-0 Liverpool. Cabaran berakhir?


Salam dan selamat sejahtera. Aku miss 20 minit pertama perlawanan ni sebab kebanyakan kedai mamak dan kopitiam kat Bukit Tinggi semua tengok TRW lawan Selangor. Puas la meronda carik kedai. Last2 dapat tengok kat Hometown Kopitiam. Aku rasa ni la tempat paling classy sekali aku tengok bola. Classy dan ‘sakit’ la kalau sekali duduk 3 orang dah 50 hengget. Huhu…

Video sorotan perlawanan

Isu untuk dibincangkan

Can sebagai RB/RWB – Aku tak pasti kenapa BR letak Can kat belah kanan sedangkan dia tau Can lebih sesuai main CB atau CM. Perlawanan sebelum ni Can main agak teruk kat RB. Sebab apa? Dia memang laju dan bagus untuk tolong serangan. Tapi dia lebih kepada short burst dan top speed. Dia hanya boleh berlari laju ke atas. Lepas tu kompem takleh nak cover balik posisi dia. Aku harap musim depan dia dengan Hendo kat bahagian tengah.

Sokongan serangan kiri dan kanan – Setiap kali Liverpool serang dari kiri atau kanan, tak ada pemain yang nak tolong buat game. Semua ready kat tengah tunggu bola. Yang aku pelik, BR rasanya tak tekankan sangat main cross. Sepatutnya pemain semua pergi dekat bola dan bukan makin jauh. Selalu sangat harap Ibe ngan Sterling atau Johnson ngan Can untuk beat pertahanan kiri dan kanan. Banyak bola hilang kat sini.

Pemain Statik – Liverpool selalu ada masalah lawan team yang parking bas. Sebabnya adalah kurang pergerakan dan kreativiti. Coutinho kena ada geng baru sedap main. Kalau tak, dia pun takleh nak buat apa. Geng semua tak bergerak. Sepatutnya pemain kena sentiasa bergerak ke tempat kosong tapi bukan yang jauh dari orang yang pegang bola. Main hantaran pendek dan rendah sambil pemain lain cuba cari ruang belakang pertahanan untuk buat larian.

Apa lagi isu yang korang rasa boleh dibincangkan?

Cabaran berakhir?

BPL Table

Ini kedudukan terkini liga pada Hari Isnin, 27 April 2015. Liverpool perlu menang perlawanan di Hull pada pagi Rabu nanti untuk rapatkan kedudukan. Lepas tu perlu menang semua perlawanan dan harap MU kalah lagi. Berikut adalah baki perlawanan Liverpool dan MU

Liverpool

Hull (A)
QPR (H)
Chelsea (A)
Crystal palace (H)
Stoke (A)

MU

WBA (H)
Crystal Palace (A)
Arsenal (H)
Hull (A)

Agak sukar sebenarnya nak dapat nombor 4. Tapi ini bola sepak dan ini perlawanan hujung musim. Macam-macam benda gila boleh jadi. Jadi setakat ni, cabaran belum berakhir. Lepas lawan Hull nanti kita tengok balik macamana kedudukan Liverpool.

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s