Featured image Coutinho

Blackburn 0-1 Liverpool. Selangkah Lebih Dekat.


Salam dan selamat sejahtera. Aku cukup seronok bila time FA Cup sebab aku senang carik maklumat. Diorang ada website rasmi untuk FA Cup dan ada laman youtube sendiri. Jadi takyah nak tunggu orang upload video yang amik dari streaming semua tu. Antara yang menariknya, diorang ada upload video dalam terowong. Macam kat bawah ni. Semua kejadian dalam terowong dari mula sampai habis ada kat sini

Video sorotan perlawanan

Gol Coutinho

Tolong buat lebih kerap pasni!

Tolong buat lebih kerap pasni!

Liverpool perlu lebih kerap main macam ni. Cari ruang dengan bijak. Dan sudahkan tanpa was-was! Haha. Kalau tengok Man City main kompom dari tepi pastu one-two ke tengah. Tak caya tengok balik. Bahagian tepi selalunya bahagian yang lemah dan mudah dieksploitasi. Nasib baik la dia tak pass ke tengah time ni. Kalau Markovic kompom pass ke tengah…hehe.

Peluang Blackburn Rovers

Peluang blackburn 1

Masalah komunikasi

Waktu ni menjerit aku kat Sakho. Aku taktau apa sebenarnya jadi atas padang tapi aku tau ada masalah komunikasi antara Sakho, Mignolet dan pemain lain. Pertama sekali, bola tu sangat slow jadi tak mungkin sampai ke Mignolet. Pemain lain kena la sound Sakho ada pemain dari belakang. Pemain yang Moreno biar je lari masuk dalam kotak penalti. Benda ni akan jadi masalah bila Lovren main sebab dia selalu ke depan untuk cuba menang hantaran jauh. Jadi Sakho kena lebih mantap bab ni. Tapi dia berjaya halang cubaan ke gol so no harm done.

Lovren perlu lebih agresif?

Lovren perlu lebih agresif?

Semua orang tau Skrtel pemain paling ganas kita ada. Tapi bagi aku Lovren leh buat lebih baik dari ni. At least ikut rapat penyerang lawan. Waktu ni Sakho lak dah terjingkit-jingkit sebab dah injured. Nasib baik tandukan dia tersasar.

Jangan risau. Mignolet kan ada.

Jangan risau. Mignolet kan ada.

Cubaan jarak jauh ni membuktikan hanya perlu ada sedikit masa dan ruang untuk jaringkan gol. Waktu ni Lucas masih lagi cuba kembali ke posisi lepas dia buat sliding tackle. Tapi memang cubaan ni bahaya. Nasib la Mignolet cemerlang dalam perlawanan ni😛

Terlalu longgar

Terlalu longgar

Set-piece masih lagi jadi masalah untuk Liverpool. Tapi isu zonal vs man marking ni dari dulu lagi tak setel dan masing-masing ada pendapat sendiri. Yang penting. Berusaha dapatkan bola dulu. Benda yang Liverpool selalu gagal buat. Dalam situasi ni lak siap ada dua orang di luar kotak yang tak dijaga. Kalau bola melantun kat diorang senang-senang je bolos macam lawan Everton dulu. Mignolet sekali lagi cemerlang tepis bola ke tepi walaupun sebelum tu nampak macam bola kena tangan Allen.

Toure tebus kesilapan lawan Arsenal

Toure tebus kesilapan lawan Arsenal

Peluang ni bermula dari perebutan bola antara Lovren dan Gestede. Lovren kalah dan hanya tinggal Toure dan Rhodes kat depan. Gestede hantar dengan mudah dan Toure bertindak bijak ikut dia sampai la dia cuba merembat ke gol. Benda yang dia tak buat lawan Arsenal masa gol Sanchez.

Simon Eastwood vs Simon Mignolet

Simon Eastwood vs Simon Mignolet

Waktu ni aku rasa semua jantung penyokong Liverpool berenti kejap sebelum berdenyut laju. Haha. Bola dapat kat keeper diorang dan dengan konfidennya dia tahan, pusing dan rembat rendah ke arah gol. Macamana Mignolet nampak bola pun aku tak tau. Ramai kot orang depan dia. Mungkin sebab tu dia hanya dapat tepis je sebelum tangkap bola yang melambung depan dia sambil 3 orang pemain Blackburn meluru nak tolak bola masuk.

Perjalanan Liverpool dalam FA Cup (Klik untuk statistik perlawanan)

Pusingan 3 : AFC Wimbledon 1-2 Liverpool
Pusingan 4 : Bolton Wanderers 1-2 Liverpool
Pusingan 5 : Crystal Palace 1-2 Liverpool
Pusingan 6 : Liverpool 0-0 Blackburn Rovers
Pusingan 6 : Blackburn Rovers 0-1 Liverpool

Separuh Akhir :

Aston Villa vs Liverpool
10 malam. Ahad, 19 April 2015

Tolong la Liverpool menang FA Cup ni untuk Gerrard. Secara tak langsung mengubat duka gagal dalam UCL dan prestasi tak menentu dalam  BPL. Apapun, Liverpool tetap dihati.

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s