Featured Ars 4-1 Liv

Arsenal 4-1 Liverpool. Apa yang tak kena?


Salam dan selamat sejahtera. Setelah berjaya menghilangkan perasaan marah dan sedih lepas perlawanan ni aku pergi gatal tengok Fast & Furious 7 lak. So sedih balik kejap. Tapi lepas minum air jambu + asam boi ngn pekena nasi kukus kat Sg. Lang aku dah hepi balik..hahah.

Patut kah kita panik?

Kita memang ada masalah nak jaring gol sejak lawan Blackburn lagi. Sterling dah kompem turun moral sebab masalah kontrak. Tambah dengan penggantungan beberapa pemain utama lagi. Memang nampak ada masalah besar. Tapi kalau nak panik, mungkin panik lepas lawan Blackburn nanti.

Kita baru kalah dengan Arsenal dan MU. 2 kelab di atas Liverpool. Sebenarnya aku agak kagum Liverpool dan MU masih bersaing kat atas memandangkan kedua-dua kelab ada perubahan besar. MU dengan manager baru. Liverpool tanpa Suarez dan kemasukan banyak pemain baru. Baki perlawanan liga untuk Liverpool adalah:

Newcastle – H
Hull – A
WBA – A
QPR – H
Chelsea – A
Crystal Palace – H
Stoke – A

Andainya Liverpool dapat menang semua perlawanan selain Chelsea, Liverpool akan dapat 18 mata menjadikan jumlah mata 72. Jumlah yang agak ok bagi aku. Cuma kat mana kedudukan akhir nanti bergantung kepada pasukan lain jugak.

Macam mana kita bolos?

Gol 1 – Bellerin

Moreno masih belum solid

Moreno masih belum solid

Pertama sekali, aku rasa gol ni terlalu senang untuk kelab macam Liverpool. Bellerin tak sepatutnya boleh lari bebas macam ni. Coutinho nampak larian ni tapi buat keputusan tak nak masuk campur. Moreno lak dalam keadaan bersedia untuk Bellerin rembat. Dengan tangan ke belakang dan mudah untuk Bellerin bergerak ke tengah. Satu lagi adalah larian Allen yang aku tak tau apa tujuannya depan Bellerin. Kenapa tak blok? Allen je la yang tau.

Gol 2 – Ozil

Patut lebih baik?

Patut lebih baik?

Gol kedua adalah hasil sepakan percuma Ozil. Dan sepakan percuma ni boleh dielakkan sama sekali kalau Sakho berfikir dengan waras. Mengikut pengulas, dan aku setuju, Mignolet boleh berada dalam keudukan mula yang lebih baik memandangkan dia dah suruh wall halang sebelah kiri gol. Dan satu langkah ke kiri yang dia ambil waktu sepakan dibuat sangat lah tak membantu. Mengikut vide latihan Arsenal, Ozil dah cuba sepakan ni dari latihan lagi. Posisi yang hampir sama dan gol yang sama. Mungkin pasni kena rajin tengok video kat facebook lak.

Gol 3 – Sanchez

Toure patut lebih tahu

Toure patut lebih tahu

Semuanya bermula dari permainan kurang kemas oleh Lucas di tengah padang dan kepantasan Arsenal bertukar ke mod serangan. Hanya 1 hantaran. 1 pusingan dan satu lagi hantaran sebelum kawalan yang baik oleh Sanchez menewaskan Toure yang membuat terjahan melulu. Rembatan dari tengah tak banyak yang boleh dibuat oleh penajga gol.

Gol 4 – Giroud

Tak ada apa boleh dibuat bila bola sampai ke kaki Giroud

Tak ada apa boleh dibuat bila bola sampai ke kaki Giroud

Giroud memainkan peranan penting dalam penghasilan gol ni. Dia menang bola di tengah pandang lawan dengan Sakho(!) dan teruskan larian untuk terima bola paling mudah dan dengan mudah jugak merembat melepasi Mignolet. Waktu serangan ni aku tak rasa ada apa-apa boleh dibut melainkan mengharap pada nasib. Sebab Arsenal waktu ni ada 3 pemain tengah menyerang tak termasuk tukang hantar bola. Liverpool lak ada 3 pertahanan tak termasuk Sakho yang out of position.

Formasi, taktik dan kesesuaian pemain

Liverpool gunakan formasi 3-4-3. Formasi yang ramai kata tak sesuai disebabkan kepantasan pemain kiri dan kanan Arsenal. Formasi ni la yang dah berjaya kalahkan pasukan lain. Sebab aku suka formasi ni adalah 3 pemain penyerang kat depan. Benda ni paling mengelirukan untuk CB dan RB/LB pihak lawan sebab main dalam ruang antara CB dengan kiri dan kanan.

Masalah kebelakangan ni adalah mengundang tekanan yang tak perlu kepada pemain. Terutamanya bahagian tengah dan pertahanan. Kalau kita dah tertekan dibahagian ni, habis la satu game. Kita sendiri nampak macamana Lucas dan Toure, pemain berpengalaman pon boleh kena buli. Kita masih perlukan Skrtel dan tambahan sorang lagi CB yang dinamik. Sakho terlalu one-footed. senang nak rampas bola. Toure dah lepas prime dia. Can masih belajar lagi.

Bahagian tengah lak ada Allen dan Lucas. Kita perlu pemain yang besar macam Sakho, lincah macam Coutinho dan baca game macam Lucas. Siapa? Dan kita masih perlukan penyerang. Bagi aku, Sturridge sangat la kerap cedera. Dia kena jadi striker kedua atau ketiga je patutnya.

Berkaitan formasi lak, Liverpool pernah main dengan cemerlang bila guna 4-4-2 diamond. Rasa macam sesuai dengan situasi sekarang. 2 CB, 1 AM, 1 DM dan 2 striker. Boleh pair kan Sturridge ngan Balo (kalau fit) atau Borini. Dia sentiasa semangat nak main. BR belum cemerlang lagi bab ubah2 formasi ni. Dia lebih kepada jumpa 1 yang best terus je sampai expired. Kita tunggu dan lihat apa dia buat untuk Blackburn. Sebab FA Cup je la yang tinggal untuk selamatkan musim Liverpool yang tak berapa best ni.

YNWA.

2 thoughts on “Arsenal 4-1 Liverpool. Apa yang tak kena?

  1. selalu update bro rindu ngan blog ni…

    apa perkiraan kalau Sterling dapat score gol dulu tempoh hari…Aku rasa dua peluang yang dia dapat patut score.. liverpool betul betul ada krisis penyerang…

    • Tengah cuba hidupkan balik ni. Harap2 berkekalan la semangat ni. Heheh.

      Liverpool bukan ada krisis penyerang. Liverpool tak ada penyerang. Sturridge yang selalu injured. Mustahil nak tengok dia fit lama dalam semusim. Balo, Borini ngan Lambert lak kena pulau. Yang tinggal budak winger yang diletak kat depan tapi nak gaji tinggi + trofi. Kalau dia skor 2 peluang tu aku rase time tu gak Liverpool letak kontrak baru depan dia..haha

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s