Featured image Sterling Carra

TERJEMAHAN : “Disgrace” – Jamie Carragher blasts Raheem Sterling and his agent


Salam dan selamat sejahtera. Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal dari This is Anfield.

Kita memang boleh harapkan Carra untuk memberi komen jujur dan bekas pertahanan Liverpool ini telah mengecam Raheem Sterling dan agennya dalam ruangannya untuk Daily Mail.

“Untuk seorang pemain berusia 20 tahun dan agennya memberi komen mengenai Liverpool FC secara terbuka adalah sesuatu yang keji” (Olahan aku sendiri. Sila rujuk ayat asal untuk gambaran sebenar)

Carragher melabelkan temuramah Sterling dengan BBC Sport minggu ini sebagai kegagalan dari Pasukan Hubungan Awam Sterling dan merupakan kesalahan yang menyedihkan.

Perkataan lain yang digunakan oleh bekas pertahanan tengah The Reds ini adalah “mengarut” (tentang komen Sterling yang dia mungkin akan tandatangan kontrak baru kalau dia diberikan kontrak setahun lalu sedangkan dia masih ada tiga tahun lagi waktu itu) dan “naif” (bila memberi komen tentang Sterling yang berbesar hati dengan keinginan Arsenal untuk mendapatkannya sedangkan mereka di ambang perlawanan penting menentang mereka)

Carragher menyangkal 4 dakwaan dari temuramah Sterling. Salah satunya tentang bermain di luar posisi:

“Sterling sebenarnya bermain cemerlang dalam posisi yang ramai rasakan kurang sesuai untuknya – sebagai CF. Rodgers sedang cuba mendidik dan menambahbaik Sterling dan sangat mengecewakan sekiranya Sterling sendiri tak sedar perkara ini”

Carragher juga membandingkan situasi kontrak Sterling dengan Henderson, menerangkan perbezaan cara pemain tersebut menguruskan isu ini:

“Dia (Henderson) akan tamat kontrak dalam masa 12 bulan tapi sepanjang perbincangan kontrak berlangsung tiada yang memanggilnya mata duitan. Kenapa? Sebab dia dan agennya tidak menggunakan media untuk memulakan perpindahan pemain atau meletakkan tekanan kepada Liverpool untuk meningkatkan tawaran.

Carra menyimpulkan hipokrasi pasukan Sterling dengan mengatakan:

“Mereka membatalkan perbincangan dengan kelab tapi masih bercakap dengan media. Sekiranya dia tak mahu orang berbincang mengenai perkara ini, dia sendiri tak patut bincangkannya”

Ada point lagi ke simpan pemain macam ni? Boleh lagi ke nak betulkan haluan dia? Ataupun kita kena terima hakikat yang Liverpool sekarang bukan kelab terakhir yang pemain berbakat nak wakili?

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s