Tottenham 0-3 Liverpool


Ulasan perlawanan totenham 0-3 liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Aku tau semua orang mesti tengah tersenyum-senyum lagi mengingatkan perlawanan ni. Silap-silap dalam mimpi pun masuk sekali. Memandangkan sekarang BPL bagi laluan untuk perlawanan antarabangsa, kita ada banyak masa untuk bergembira dengan kemenangan ni…hehe

Formasi dan Kesebelasan Utama

Seperti yang dijangka, formasi diamond untuk gandingkan Sturridge dan Balotelli

Seperti yang dijangka, formasi diamond untuk gandingkan Sturridge dan Balotelli

Seperti yang BR cakap dalam video pra-perlawanan, Balotelli kemungkinan akan terlibat. Tapi nampaknya kita kena tunggu lama sikit untuk tengok Lallana sarung jersi Liverpool. BR kata dia pasti ada dalam skuad perlawanan ni tapi nampaknya ada benda yang menghalang. Kemungkinan BR pilih pemain yang lebih cergas dari Lallana jadi tak perlu risau.

Akhirnya kita dapat tengok Manquillo dan Moreno di bahagian kiri dan kanan manakala Lovren digandingkan dengan Sakho. Baru la terasa ada kedalaman skuad yang ok bila tengok pemain kat bangku simpanan. Musim lepas kita ada Moses, Aspas, Alberto..huhu. Peningkatan!

Simpanan : Jones, Toure, Enrique, Can, Coutinho, Markovic, Lambert

Gol Liverpool

07:19 – Gol Sterling

Tiga aspek gol ni. (1) Kerajinan Henderson (2) Kehebatan Sturridge kawal bola dan (3) Larian Sterling mengikut naluri seorang penyerang

Tiga aspek gol ni. (1) Kerajinan Henderson (2) Kehebatan Sturridge kawal bola dan (3) Larian Sterling mengikut naluri seorang penyerang

Hampir sama permulaan gol ni dengan gol lawan Soton haritu. Henderson tolong Manquillo tekan pemain. Dapat bola dan bezanya kali ni dia hantar ke Sturridge di tepi. Sturridge berjaya memperdaya 2 orang pemain Spurs sebelum menghantar ke Henderson yang meneruskan larian dari awal tadi sementara 2 orang pemain Spurs hanya tengok je. Sterling baca permainan dengan baik terus pergi ke far post untuk menyudahkan serangan ni. Serangan baru yang akan jadi serangan klasik Liverpool?🙂

48:06 – Gol Gerrard (p)

Liverpool dapat penalti sebab Dier tarik Allen. Aku akui memang penalti yang agak “soft” untuk Liverpool tapi Dier masih bodoh sebab tarik Allen tak kira kuat mana dia tarik.

59:12 – Gol Moreno

Bayangan Riise..hehe

Ini la sebab kenapa BR nak sangat dia ni. Nasib baik tak mengalah bila Sevilla mintak 20 juta awal-awal dulu🙂

Time ni kalau tak menjerit taktau la. Sebab aku ngan adik-adik aku pun menjerit macam orang gila. Huhu.. BR kata ni hasil lepas perlawanan Man City. BR suruh dia jaga lagi rapat dan bagi tekanan kat pemain lawan. Sebelum dia rapat ke Townsend, dia suruh Allen cover sorang lagi pemain yang berlari ke belakang dia. Dan hasilnya, dia dapat rampas bola dari Townsend dan lepas tu boleh tengok je la. Ramai yang kata nampak bayangan Riise untuk gol ni. Sebabnya dah lama kita tak ada fullback style macam ni. Boleh lari dari bawah sampai atas dan jaringkan gol.

Peluang Gol Liverpool

02:06 – Tandukan Balotelli

Masa dan ruang diberikan untuk Sturridge. Pemain Spurs berkumpul dalam kotak penalti

Masa dan ruang diberikan untuk Sturridge. Pemain Spurs berkumpul dalam kotak penalti

Ya, dalam masa 2 minit je Liverpool dah mula menyerang Spurs. Satu benda yang aku suka pasal BR dan Liverpool sekarang. Waktu awal-awal dulu Liverpool pegang bola terlalu lama dan kurang cubaan. Balotelli hampir-hampir buka akaun Liverpool dia. Serius. Dalam semeter je kot jarak dari Lloris. Tapi tandukan dia tepat ke penjaga gol. Kalau kiri atau kanan dah dalam jaring dah bola.

11:33 – Cubaan Sturridge

6 lawan 1? Tak ada masalah..hehe

6 lawan 1? Tak ada masalah..hehe

Semuanya bermula dengan terjahan Gerrard untuk dapatkan bola dari Adebayor dengan bantuan Allen. Moreno tak buang masa terus hantar ke Sterling di bahagian tengah. Macam biasa, dia berjaya pusing, dan tinggalkan 2 orang pemain Spurs untuk hantar ke Sturridge. Sturridge lak berjaya tipu 2 orang lagi pemain Spurs sebelum melepaskan rembatan yang sedikit tersasar.

13:25 – Tandukan Balotelli. Liverpool dapat sepakan percuma apabila Sturridge dikasari Dier. Dengan peluang ni, Balotelli patut dah dapat 2 gol dalam perlawanan pertama dia untuk Liverpool..hehe. Gerrard macam biasa dengan hantaran maut dia. Balotelli tanduk tersasar ke sebelah kiri gol.

14:53 – Liverpool melancarkan serangan kilat dari sepakan penjuru Spurs. Dalam perlawanan ni kita boleh tengok Moreno memang diletak kat luar kotak penalti depan gol. Dengan kepantasan dia dan Sterling, BR harap dapat lancarkan serangan macam ni. Sterling berjaya kawal bola dan cuba hantar ke Moreno yang dah sampai ke depan tapi pengadil kata Moreno mengasari pemain Spurs dalam proses nak terima bola tu.

23:00 – Sekali lagi Sterling dan Moreno terlibat dalam serangan pantas selepas sepakan penjuru Spurs. Spurs berjaya menghalang gerakan ini.

Kalaulah Sterling hantar bola tu awal sikit...

Kalaulah Sterling hantar bola tu awal sikit…

29:25 – Rembatan Sturrige diselamatkan Lloris

Rembatan cantik dari Sturridge. Kalau top corner lagi cun..hehe. Sambil tu Balotelli buat larian yang menarik. Kalau Coutinho dah pass dah ni kat Balo :-P

Rembatan cantik dari Sturridge. Kalau top corner lagi cun..hehe. Sambil tu Balotelli buat larian yang menarik. Kalau Coutinho dah pass dah ni kat Balo😛

Semuanya bermula bila pemain Spurs bagi bola kat Allen. Salah sepak sama macam Sakho awal-awal tadi. Allen pegang bola dengan baik sebelum hantar ke Hendo. Hendo lak terus hantar ke Balotelli yang bergerak ke kanan sebelum menghantar ke Sturridge secara backheel. Serius nampak Balo ngan Sturridge macam dah main sama-sama dari dulu. Sturridge macam biasa terus rembat ke arah gol.

30:45 – Lloris keluar kotak penalti

Terlebih excited...ni la padahnya..haha

Terlebih excited…ni la padahnya..haha

Aku rasa ni yang paling kelakar sekali dalam perlawanan ni. Semuanya bermula dengan clearance Moreno (dasat betul budak ni!) yang disambut Balotelli. Balo tahan bola tu dari pemain Spurs. Tunggu support dari kawan-kawan. Lepas tu dia pusing dan berjaya kalahkan Kaboul dan hantar bola ke depan untuk Sterling kejar. Lloris dapat baca dan cuba celar bola tapi sampai kat kaki Balo. Dia apa lagi. Terus sedia dan…rembat ke laut..huhu. Yang kelakar tu kat background nampak BR tengah senyum..hehe

66:18 – Rembatan Sturridge ditepis keluar

Hanya 3 hantaran untuk sampai ke sini. Termasuk kuisan dari Lovren ;-) #directplay

Hanya 3 hantaran untuk sampai ke sini. Termasuk kuisan dari Lovren😉 #directplay

Serangan ni bermula dengan Lovren yang keluarkan through ball Spurs dari kotak penalti. Bola dapat kat Markovic yang terus hantar ke Sterling kat tengah. Sterling pecut tinggalkan pemain Spurs sebelum hantar ke Sturridge di sebelah kanan tapi bola terkena pemain Spurs. Sturridge dapat balik bola, mengacah dan terus merembat dari penjuru kotak penalti.

66:58 – Tandukan Lovren dari sepakan penjuru Gerrard tersasar

69:38 – Penyudah lemah dari Sterling

Rasanya ni antara solo terbaik dari Sterling. Tapi serangan bermula dari Can yang berjaya mendapatkan bola clearance Lovren dan pecut tinggalkan Dembele sebelum menghantar ke Sterling. Hebat gila Sterling gelecek waktu ni. Serius kena tengok balik. 3 pemain Spurs dia tapau macam tu je. Tapi bila dah depan penjaga gol, dia tolak camtu je..huhu. Apsal la ko tak rembat je near post dik oi..

72:33 – Rembatan Henderson dihalang

Pilihan jawapan untuk Sterling

Pilihan jawapan untuk Sterling

Waktu ni nampak la Sterling belum sampai tahap Coutinho lagi bab hantaran-hantaran cantik macam ni. Apa yang aku nampak Coutinho lagi cepat buat keputusan. Tapi masalah dia tak konsisten lak. Sterling konsisten tapi masih banyak area kena tingkatkan. Mungkin dia takut Sturridge dalam keadaan ofsaid kot waktu ni. Dia pilih untuk hantar ke henderson yang tergak-agak. Cubaannya dihalang pemain Spurs.

74:36 – Sterling terlepas peluang lagi

Sterling penggerak serangan Liverpool

Sterling penggerak serangan Liverpool

Gerakan serangan bermula dari clearance Gerrard. Hendo menguis melepasi pemain Spurs untuk Markovic yang terus membuat hantaran jauh ke sebelah kiri mengetahui yang Sterling mampu kejar bola tu. Sterling menggelecek melepasi seorang pemain tapi lepas tu tolak bola kearah penjaga gol dengan lemah. Mungkin dah tak ada angin agaknya. Atau pun kaki kiri dia memang tak hidup langsung. Sebab tu dia guna jugak kaki kanan dia walaupun angle tak betul. Bayangkan kalau Sterling ni hidup dua-dua kaki..pergh!

Peluang gol Spurs

03:30 Kesilapan Mignolet

Nasib baik?

Nasib baik?

Nampak macam dapat dah bola tu. Tapi Mignolet tolak bola tu kena pemain Spurs. Nasib baik bola terus keluar. Tapi kena puji dia sebab dia cepat kejar hantaran jauh lamela ni. Kalau salah timing silap-silap pemain Spurs dapat dulu sebelum dia.

08:54 – Peluang Adebayor

Serangan long ball normal. Mungkin lain perlawanan ni kalau Adebayor berjaya jaringkan gol ni

Serangan long ball yang biasa tengok. Mungkin lain perlawanan ni kalau Adebayor berjaya jaringkan gol ni

Untuk serangan macam ni, tak banyak yang boleh dibuat melainkan kekal rapat dengan penyerang ni untuk bagi tekanan dan harap dia menggelabah dan buat silap. Dalam kes ni, itu yang berlaku. Adebayor cuba lambung bola melepasi Mignolet tapi terlalu tinggi.

22:19 – Sakho buat kesilapan walaupun tidak ditekan pemain lawan. Dia bagi bola kepada Eriksen yang terus menghantar kepada Adebayor. Nasib baik Lovren dapat baca keadaan dan berjaya kuis bola dari laluan Adebayor. Sorang pertahanan buat silap, sorang lagi tolong cover.

27:30 – Eriksen mengawal bola dengan baik di bahagian kiri sebelum mengumpan kepada Rose yang berada di tengah tapi rembatan Rose tinggi dan tersasar.

40:23 – Giliran Lovren lak buat silap. Waktu ni Liverpool baru lepas menyerang. Spurs clear bola. Dapat kat dia tersepak perlahan lak. Dapat kat Lamela terus hantar ke depan untuk Adebayor kejar. Ada can Spurs nak carik gol. Tapi Lovren semangat gila kejar balik. Siap tackle bersih lagi dalam kotak penalti.

41:50 – Silap Sakho dan Lovren

Siapa salah? Dua-dua salah!

Siapa salah? Dua-dua salah!

Awal-awal perlawanan sorang CB buat silap, sorang lagi cover. Tapi kali ni Lovren dan Sakho buat silap. Dua-dua cuba tanduk bola yang sama. Sudahnya bola lepas ke Chadli dalam kotak penalti. Nasib baik ada mignolet🙂 Lovren ni suka potong orang. Tak ada masalah kalau dia boleh berkomunikasi dengan Sakho. Kalau tak, jadi camni la.

54:09 – Spurs menggunakan hantaran jauh di sebelah kiri kali ni. Lovren cuba bentes Lamela tapi gagal dan lamela ada banyak ruang untuk buat hantaran. Aku pelik kenapa Lovren cuba buat bentesan. Patutnya dia kekal dan bagi tekanan kat Lamela sebab tak ada siapa pemain Liverpool yang dekat dengan dia untuk tolong. Nasib baik lorongan ke tengah Lamela tu Moreno dapat keluarkan.

68:07 – Adebayor menanduk tinggi hantaran jauh dari Capoue

Kesimpulan

Balotelli nampak macam dah lama main dengan Sturridge dan aku rasa benda ni sangat penting. Sebab Sturridge nampak lost sebenarnya bila main sorang kat atas. Aku tak tau kenapa sedangkan musim lepas dia mula sorang-sorang kat atas. Moreno dan Manquillo nampak solid. Naik dan turun dengan laju. Masalah sekarang hanya nak pastikan pertahanan tak buat banyak sangat silap. Injury memang tak membantu langsung dalam hal ni. Mula-mula Skrtel dengan Lovren lepas tu Lovren dengan Sakho. Kalau ada lagi yang cedera mungkin lepas ni Lovren dengan Toure pulak..huhu

Sterling akan main peranan penting untuk Liverpool musim ni. Banyak yang dia kena belajar dan tingkatkan tapi harapnya dia capai peak dia pada waktu yang tepat la. Dan aku harap dia tak cedera. Maklumla kalau dah kena mark dengan semua pertahanan kat BPL mau tak lebam kaki tiap minggu kena taji? Aku suka style Markovic. Direct gila main. Dapat bola tengok depan. Kalau tak pass, dia lari bawak bola. Sama dengan Can.

Buat masa ni awal lagi nak cakap apa-apa. Nak kena tunggu League Cup, UCL dulu tengok camana pemain-pemain uruskan diorang punya tahap motivasi. Dulu benda ni masalah utama bawah Benitez. Game UCL semua seronok nak main tapi balik BPL semua down. Apapun, buat masa ni kita enjoy dulu kemenangan ni sebab BPL cuti..hehe

Apa yang korang rasa best dalam perlawanan ni? Share sikit kat bawah

Kepada yang tak puas tengok boleh download full match 1st half | 2nd half

6 thoughts on “Tottenham 0-3 Liverpool

  1. Ulasan menyeluruh yg sangat baik!hehe.

    1st 11 & pemain simpanan yg sangat mantap!(tukar Sakho dgn Skrtel lepas ni).Bila tgk Countinho,Lambert,Markovic stand by je..1st time lepas era Suarez yg sy rasa anytime LFC boleh score/menang. Kalau semua injury free,tak tau mana yg nak dimasukkan dulu.haha.

    Lepas ni GlenJo mungkin dah boleh rehat2..Manquillo injured boleh masukkan Flano.Moreno injured,Enrique pun bagus juga. Cuma sgt terkilan bila Dagger balik ke Brondby..if Skrtel/Lovren injured, tak yakin sgt dgn Sakho & apatah lagi Toure. Coates pun dah ke Sunderland (Loan).

    Bahagian tengah & Striker mmg tak risau langsung, semua posisi cukup back up, malah sampai tak tau mana player yg nak dimasukkan dulu dalam 1st 11.haha.Tapi tu kerja BR & staff lah kan..

    Bahagian GK sedikit goyah if Mignolet injured, kalau Reina yg jadi back up mmg senyum2 je la..confident!

    Apapun, match vs Spurs ahad lepas mmg puas hati..jadi penawar hati kekalahan Lee Chong Wei!haha

    • Terima kasih.

      Tak banyak pilihan pun untuk CB. Yang ada Lovren, Skrtel, Sakho dan Toure. Tapi kalau tengok balik pasukan lain pun lebih kurang banyak ni jugak CB diorang. Rasanya Sakho akan dapat banyak peluang jugak untuk main sebab nak biasakan dia dengan BPL. Kalau tak rugi je beli 18 juta. Toure yang kemungkinan kurang main musim ni. CB ni patutnya tak boleh tukar selalu. Serabut nanti. So kita tengok macamana BR manage diorang nnti. Ape2hal Januari still ada untuk beli pemain🙂

      Agger dah jadi pilihan keempat dalam skuad dan dia nak main selalu. Jadi itu je penyelesaiannya. Tak guna simpan pemain yang tak hepi dah kat Liverpool. Reina untuk backup tu payah sebab penjaga gol utama Liverpool pun tak jauh hebat dari dia. Kat Bayern tgk la dia jadi cover untuk siapa. Pastu gaji dia lagi. Tak risau sangat pasal keeper sebab keeper jarang cedera.

      YNWA

  2. Aku harap BR boleh lupakan Johnson, bukan apa takut takut lepas baik injured tetap jadi pilihan utama BR gak… pengurus pasukan memang ada satu dua orang player yang dia akan bagi muka,satu kepelikan disitu…dengar citer Johnson ni memang baik orang nya ..he he..

    kes Johnson pengalaman dia pon dah tak boleh membantu, walaupon gol bolos kadang2 bukan dari dia…overall dia punya main yang banyak naik kurang turun dan selalu hilang bola kasi drop gameplay Liverpool secara keseluruhan…pada aku baik bagi player yang baru nak build up pengalaman main…

    game tempoh hari paling buat aku tersenyum ialah bek kiri dan kanan Liverpool sangat seimbang.. mana pasukan lawan nak masuk kiri tak boleh kanan pon tak boleh he he..

    Dorang memang terbaik…

    • Tu la pasal. Dah boleh jadi backup player dah. Kontrak pon dah nak habis. Hehehe… Sama la. aku jadi meluat gila bila dia selalu sangat hilang bola. Sampai atas dia tak reti nak passing mana. Last2 pass kat kaki pemain lawan. Rasanya dah ok dah sekarang kalau Manquillo & Moreno pastu backup Flanno ngan Enrique. Glenjo main league cup je..muahahah

  3. GlenJo pengalaman mmg ade,kat atas pun kdg2 ok jgak dgn shooting dan dribble dia tapi bab turun tu yg lemah.turun mcm jogging je..buat panas hati.haha.lepas tu bila player lain dah laju dgn hantaran dan larian..GlenJo ni dapat bola jadi slow semula pergerakan tu duk tgu dia..

    BR dgn Roy Hodgson suka betul dgn dia ni.agak pelik.mungkin masa training dia main power tahap dewata.hahaha

    • Sebelum ni sebab tak ada pilihan kot. Siapa je? Kelly selalu injured. Wisdom selalu loan. Flanno lak cover belah kiri sebab Enrique injured. Robinson dulu tak capai tahap memuaskan. Tapi kalau nak kompemkan sebab ni kena la tgk pasni dia dapat main tak..heheh

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s