Featured Image MC 3-1 LIV

Man City 3-1 Liverpool : Masa Untuk Panik?


Ulasan Perlawanan MC 3-1 LIV

Salam dan selamat sejahtera. Mintak maaf sebab lambat sikit ulasan perlawanan ni. Down kejap. Sebab ingatkan boleh menang lawan City. Rasa macam nak mengamuk pun ada. Tapi bila dah bertenang, baru dapat fikir dengan waras. Taklah teruk sangat sebenarnya kekalahan ni. Sebelum tu kita tengok satu-satu gol yang MC jaringkan.

[vimeo http://vimeo.com/104355504 w=750&h=420]

MC 1-0 LIV Jovetic

1st goal

Masalah sama : Macam copy gambar lawan Soton rasanya

Kalau nak tuding jari memang silap Moreno. Dia ambil masa nak keluarkan bola dari kawasan bahaya. Benda jadi sekelip mata je kot. Kalau hari lain, mungkin dah clear dah bola tu. Tapi Jovetic punya instinct sebagai penyerang main peranan waktu ni. Kalau kita nak undur jauh sikit tengok mana silapnya. Kita boleh nampak lagi sekali, ada ruang besar antara pertahanan. Tempat siapa sebenarnya? Aku pun dah kompius. Adakah sebab Lovren punya positioning kelaut ataupun Gerrard yang tak ikut pemain lawan?

MC 2-0 LIV Jovetic

2nd goal

Kenapa midfield macam alergik sangat nak masuk kotak penalti aku pon taktau. 4 orang serang 3 orang defend. You do the math.

Sekali lagi kita boleh nampak ruang dan jarak antara pemain pertahanan Liverpool. Kenapa bukan sebaris? Macamana boleh ada yang kat atas dan ada yang kat bawah? Macamana nak bagi offside kalau macamni? Aku tak pasti benda ni jadi sebab apa yang BR cuba buat atau gaya permainan Lovren. Satu lagi, tak ada siapa kejar Jovetic. Waktu ni Hendo dan Allen paling bawah sebab Gerrard kat depan. Masing-masing berjogging je walaupun waktu ni City tengah serang. Tak ada usaha LANGSUNG untuk kejar.

MC 3- 0 LIV Aguero

3rd goal

Aguero world class. Tapi selalu injured. Bila tak injured dia selalu “injuredkan” perasaan orang lain…huhu

Benda pertama aku persoalkan bila bolos ni adalah kedudukan Mignolet. Biasanya kalau bola camni penjaga gol dah meluru ke depan tutup ruang. Dan dari dulu lagi aku dah dengar, kalau bolos kat near post memang salah penjaga gol. Tapi persoalannya kalau pemain pertahanan lain kat tempat Lovren tu boleh ke gol ni dielakkan?  Agak susah sebenarnya. Sebab waktu ni tinggi gila pertahanan Liverpool. Aku pun taktau kenapa tinggi sangat. Diorang ada pemain laju. Tapi kalau pertahanan rendah sangat, diorang akan main dalam kotak penalti atau rembat dari jauh. Senang cerita kena seimbang la sebenarnya lawan City ni. Kalau tak ni la padahnya.

PERTAHANAN

Johnson – Teruk. Mungkin dah tak ada hati agaknya main kat Liverpool. Ataupun dia ni tak ngam dengan sistem Liverpool sebenarnya? Selalu join serangan tapi selalu lepas bola. Passing hancur. Lambat turun bila kena serang. Aku rasa Manquillo walaupun takde pengalaman still main lagi ok.

Moreno – Selain dari silap dia untuk gol pertama tu, aku rasa dia main dengan baik. Laju, siap boleh beat Zabaleta senang-senang je. Crossing pun cantik. Link-up dengan Markovic nampak best je waktu hujung perlawanan. Sayang dia cedera. Harap tak lama dan boleh main secepat mungkin.

Lovren – Dah nampak dah dia punya gaya main memang suka potong bola depan orang. Memang bagus kalau dapat. Kalau tak memang akan ada ruang besar tinggal antara pertahanan. Aku nak tengok camna BR nak tweak benda ni.

Skrtel – Dia paling solid kot. Itupun sebab yang lain main tak berapa bagus kali ni. Agak-agak dia dengan Sakho ok tak?

PELUANG GOL

Ingat tak bola jauh dari Gerrard yang terus sampai kat Sterling depan gol? Kalau lah dia tak gabra dan sepak betul-betul..haih. Pastu Sturridge ada gak peluang. Dia dapat bola dari Sterling, tipu Kompany sikit pastu terus rembat. Biasanya kalau bola leret boleh la masuk dari angle camni. Markovic masuk ganti Coutinho dan terus link dengan Moreno belah kiri. Sikit lagi bola nak dapat kat Hendo tapi MC bernasib baik dapat halang hantaran Moreno. Sturridge ada satu lagi peluang bila Sterling hantar through ball kat dia dalam kotak penalti. Tapi macam peluang sebelum ni, ruang terlalu sempit untuk jaringkan gol. Tapi akhirnya dia dapat tolong Liverpool dapat gol saguhati. Dia bekerja keras dapatkan bola dan hantar ke Lambert kat far post. Last-last kena Zabaleta dan masuk gol. Liverpool ada peluang nak dapat gol kedua tapi aku tak pasti Lambert cuba pass Sturridge ke kaki kanan dia yang tak berbedung. Senang je Kompany clear bola.

Jadi kepada yang tak tengok, sebenarnya bukan la berat sebelah pun perlawanan ni. Cuma City punya penyudah lebih tajam. Apa yang aku nampak, Sturridge takleh sorang kat atas. Nanti peluang gol susah nak dapat. Sebab dia selalu akan ke kanan, kiri atau turun untuk bantu cipta peluang. Jadi ruang penyerang dah kosong tak ada siapa yang ganti. Aku rasa dia lagi efektif kalau ada kawan. Sila buktikan aku salah wahai En. Sturridge.

PANIK!

Aku tau masa awal-awal tulis tadi cakap jangan panik. Tapi aku lak yang dah rasa cam nak panik. Tapi setelah berjaya tenangkan diri(lagi sekali), aku senaraikan kenapa jangan panik dulu…

  • Ini baru perlawanan ke-2 dari 38 perlawanan
  • Musim lepas kita kalah dengan City kat Etihad, kalah dengan Soton kat Anfield. Musim ni kita menang satu, kalah satu. PENINGKATAN!
  • Kita kalah lawan juara musim lepas
  • Kita kalah dengan 2 pemain baru di bahagian pertahanan (dan Johnson kat belah kanan)😛
  • Bolos 3 bukan sebab lemah(bagi aku la) tapi perlawanan jadi lebih open bila Liverpool cuba cari satu gol untuk buat comeback. Biasa la, samada Liverpool dapat 1 dulu atau City dapat yang ketiga.
  • Kita ada Balotelli lepas ni!

PERLAWANAN SETERUSNYA

Siapa punya kerja la susun game ni. Lepas ni lawan Spurs lak. Diorang tengah syok sebab kalahkan QPR 4-0. Harap-harap itu semua keputusan nasib dan diorang pandang rendah kat Liverpool, overconfident pastu kena belasah 4-0 pulak..hahahaha. Ok. Harapan aku, Can, Markovic, Lallana, Balotelli main kalau diorang fit🙂 Kemungkinan BR akan guna 4-4-2 Diamond balik kalau nak Sturridge ngan Balo kat atas. Dan aku rasa buat masa ni Sterling atau Markovic yang terbaik untuk top of the diamond. Coutinho buktikan sekali lagi yang dia ni jenis on/off je. Takde tengah2. Kalau Gerrard main CDM, mungkin Hendo ngan Lallana atau Hendo dengan Can lak main tengah. Lucas ngan Allen dah bagi peluang tapi hampeh la setakat ni. Kalau BR berani, dia drop Gerard dan tengok Can atau Hendo leh tak main situ. Terasa lak takde center midfield dah hujung-hujung transfer window ni..huhu..

Apapun, awal lagi geng. Rilek dulu. Musim lepas kita target top 4 je dengan pemain yang limited. Tau2 dapat no. 2. Sikit lagi nak juara. Tapi belum tentu kita akan dapat keputusan sama. Jumlah jaringan sama. Sebab bola sepak ni rawak. Takleh nak ramal. Lagi satu bila dah duduk atas, kemungkinan untuk jatuh tu lagi banyak dari kekal atau naik lagi. So…kita enjoy musim ni sama macam kita enjoy musim lepas🙂

YNWA.

4 thoughts on “Man City 3-1 Liverpool : Masa Untuk Panik?

  1. aku rasa dah tiba masa BR untuk lebih berani… drop jer terus Johnson tu .. pengalaman dia dah tahap tak boleh cover dia punya permainan lagi dah lebih lebih lagi style permainan macm Liverpool ni…

    buat masa ni devensive department liverpool masih ditakuk lama… kenapa lah sampai sekarang aku rasa gandingan paling baik ialah skertel ngan agger… kalau aku aku suka bagi masa kat lovren….sackho suka main gelabah aku tak suka he he

    • Johnson pakai bomoh ni. Tu semua orang pilih dia. Hehe. Manquillo ngan Moreno ok je bagi aku. Bagi masa sikit kompom meletop. Backup Flanno ngan Enrique. Sebab Enrique ni memanjang je injured. Johnson memang takleh masuk la style sekarang. Sama macam kalau Gerrard main atas. Dia takleh nak link ngan player lain. Tu yang turun ke bawah tu.

      Agger dah asyik keluar statement pasal situasi dia je kompom BR dah blacklist. Kalau dia tak blah mungkin la ada peluang bodek BR balik. Kalau la. Sakho kalau tak kena pressure ok je dia. Selain tu solid je.

  2. Apa yg sy nampak, bahagian pertahanan mmg betul-betul tak serasi dan goyah. Mungkin pemain lama/baru perlu 2-3 perlawanan lagi utk serasi. Agak merisaukan sebab kalau ‘big team’ lain seperti MC & Chelsea dah jauh ke depan dalam carta liga..mmg sukar untuk team kita kejar apatah lagi dgn kesibukan CL,FA cup, League Cup musim ni.

    • Takyah risau. Rasanya musim ni dapat top 4 + cup dah ok dah. Takleh nak assume kita sambung dari musim lepas boleh no. 2 jugak. Semua pasukan dah beli pemain baru. Termasuk la Liverpool. Kena ada masa untuk serasi. Awal lagi ni. MC ngan Chelsea kompem akan drop point jugak😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s