Emre Can : Pemain Utama atau Simpanan? [Video WC B-17 2011]


Muka Depan Ulasan Emre Can

Salam dan selamat sejahtera. Nampaknya kali ni Liverpool tak nak jadi mangsa buli siapa-siapa dalam perpindahan pemain. Baru beberapa hari lepas Lambert diumumkan sebagai pemain Liverpool, Liverpool mengumumkan yang mereka telah bersetuju pada dasarnya , untuk membeli Can dari Leverkusen. Tinggal tunggu kontrak peribadi dan pemeriksaan kesihatan je. Jadi melainkan Can gagal ujian kesihatan atau tiba-tiba tak setuju kontrak, selamat dah rasanya kita anggap dia dah “on the way” ke Liverpool.

Persoalannya sekarang adakah dia dibeli untuk menjadi pemain utama ataupun sebagai penambah persaingan di Liverpool? Liverpool pernah guna formasi 4-4-2 Diamond dan 4-3-3 musim lepas. Jom tengok siapa pemain yang ada untuk formasi ni.

4-4-2 Diamond

Dalam formasi ni Suarez dan Sturridge akan mengemudi serangan. Diikuti dengan seorang CAM, dua orang CM dan seorang CDM. Sebelum Can sampai, pemain terbaik untuk formasi ni (bagi aku) adalah

4-4-2 Diamond

Sebelum Can

Secara jujurnya, aku rasa Lucas yang akan terkorban. Sebelum Can datang pun aku lebih prefer Allen dan Hendo. Hendo sebab dia rajin dan boleh naik turun tak ada masalah. Allen pandai baca game dan dia lagi laju dari Lucas. Dan Allen nampak lagi bahaya dari Lucas waktu menyerang. Jadi kalau Can datang nak letak dia kat mana? Well, korang tgk gol nombor 2 dalam video ni [minit 3:32] dan bagitau aku😉

Bagi aku dia pasangan yang cantik (macam pengantin lak) untuk Hendo. Diorang boleh naik turun ikut keadaan. Dan nampaknya Can lagi bahaya waktu menyerang dari Hendo. So takde sape leh lawan. bagi aku pasangan Can ngan Hendo kemungkinan akan menggegar BPL musim depan!🙂

Formasi dengan Can

Formasi dengan Can

Kalau korang perasan, Liverpool ada dua pemain setiap posisi dalam Diamond ni. Sama macam yang BR selalu nak. Tapi aku rasa Alberto akan diloan keluar (Tak ada berita sahih lagi tapi khabarnya ke Malaga). Jadi Kemungkinan 1 lagi ruang ni akan diisi oleh Lallana/Markovic atau siapa-siapa yang berkenaan.

4-3-3

Dia jugak bleh jadi kawan Gerrard kat CDM andainya BR tukar segitiga midfield kepada bertahan.

Dia jugak bleh jadi kawan Gerrard kat CDM andainya BR tukar segitiga midfield kepada bertahan.

Bagi aku lebih kurang je untuk formasi ni. Sebab tu BR suka pemain yang serba boleh. Supaya dia boleh letak mana-mana posisi dan main dengan bagus. Kekurangan bila ada pemain serbaboleh ni adalah diorang biasanya bukan pakar untuk mana-mana posisi. Sama macam Hendo dan Allen. Jadi bahagian tengah nampak macam kurang berbisa. Tapi Liverpool ada kelebihan dibahagian serangan yang akan cover kekurangan ni. Bahagian tengah akan jadi enjin, yang akan kawal permainan. Sampai atas giliran Sterling, Suarez, Sturridge/Coutinho untuk sudahkan peluang.

Kesimpulan

Bagi aku dia akan jadi pemain utama Liverpool dalam beberapa musim akan datang. Tapi, dia mungkin mengejutkan kita musim depan😉 Pembelian yang berbaloi bagi aku dengan harga yang dicanang sekitar 9.75 juta pound. Tahniah Ayre sebab berjaya beli pemain secepat ni (andai tak ada masalah) dan tahniah sebab dah naik pangkat🙂

YNWA.

6 thoughts on “Emre Can : Pemain Utama atau Simpanan? [Video WC B-17 2011]

  1. obviously BR mmg suka pemain yg versatile, boleh bermain lebih dari satu posisi. borini, studge,coutinho,alberto, (even loan player yg main bukan hanya 1 posisi mcm moses dan cissoko).

    mmg bagus pendekatan ni sb waktu2 terdesak, boleh guna mcm2 taktik yg posible. ak mmg rasa Amri Chan ni berpotensi besar sb dalam game dia mmg power (hahaha).
    tapi risau dia jadi mcm alberto plak, alberto versatil, tapi dia or bR tak jumpa posisi yg betul2 ngam dgn alberto, nak2 pulak posisi yg dia boleh main mmg dah ada dominan player pegang,

    tapi lucas mmg dah terjejas sejak injured teruk dulu,dia dah tak sama mcm sebelum tu, dgn gerrard dah semakin berusia dan main byk game mmg memberi dugaan utk dia, rasanya Amri Chan ni mmg ada can lah haha.

    bagus sebenarnya habis top4 ni, transfer deal pun tak serumit 5 tahun lepas. cuma transfer2 yg melibatkan jumlah besar ni mmg kene jaga2 skit

    • Serius aku taktau apa masalah dengan Alberto. Fizikal ke? Sebab aku tengok dia cam lembik sikit. Kalau dia leh keras sikit kompem ok. Allen, Sterling & Coutinho pon dah makin keras sekarang. Tapi point ni la yang aku rase si Can ni leh main 1st team. Dia jenis keras sikit. Kalau google keluar gambar tackle je..huhu.

      Seronok gila dapat player awal2. Senang kerja. Bulan Julai start training semua dah ada dah. Heheh

  2. cara dia main nampak macam ballack, aku rasa bukan pemain akan bagi impak besar. projek jangka panjang ganti gerrard, mungkin musim pertama nt, musim eksperimen sama ada dia dapat sesuai kehidupan dan taktik di Liverpool. tapi lfc memang perlu seorang kaki buli kat midfield hehe

    • Tapi orang kata dia lebih kepada Schweinsteiger ngan Kroos. Tengok gol dia masa World Cup U17 tu nampak cam Gerrard muda2..heheh. Aku tak risau sgt dia ni. Muda lagi. Senang nak bentuk. Yang penting dia kena rajin.

  3. bagi saya emre can perlu head down and be humble, belajar dari captain fantastic dan gunakan setiap kekuatan yang ada pd dirinya untuk memajukan lagi dirinya, skill ok speed pun ada untuk bermain di bpl cuma masa dan kehendak dirinya saja yang menentukan. ynwa…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s