Rickie Lambert : Pelaburan risiko rendah pulangan besar.


Muka Depan Ulasan Lambert

Salam dan selamat sejahtera. Kepada yang masih follow blog ni aku ucap terima kasih banyak-banyak dan aku nak minta maaf sebab dah lama tak menulis. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi kat aku. Bisnes photography aku makin hari makin baik. Cuma aku yang tak dapat nak kejar buat semua benda dalam satu masa. Kejutan budaya bak kata orang. Insyaallah aku akan mula tulis balik sikit demi sikit. Dan aku rasa baiklah aku mula sekarang waktu tingkap perpindahan tengah rancak ni.

Ramai yang mempersoalkan umur dan nilai Lambert. Umur dia dah 32 tahun dan khabarnya harga yang dibayar adalah 4 juta pound beserta beberapa tambahan bonus lain. Berbaloikah? Macamana nak tahu berbaloi ke tidak? Aku mulakan dengan ayat penyokong Chelsea kot yang aku baca, bunyiknya lebih kurang camni, “Liverpool beli Lambert kita beli Costa nampak sangat kelab kecik dan cita-cita rendah”. Aku tak ingat aku baca kat mana dan Bahasa Inggeris atau Melayu tapi itula isinya. Ini membawa aku ke poin pertama.

Suarez dan Sturridge

Sebab kenapa Liverpool tak sasarkan pemain macam Costa adalah sebab Liverpool dah ada 2 penyerang yang hebat. Tak masuk akal untuk ada 3 atau 4 penyerang dominan melainkan ada duit pak arab. BR perlu jaga moral pemain. Tak perlu kacau dengan pembelian satu lagi pemain berharga tinggi. Jadi untuk pemain ke-3 di belakang Suarez dan Sturridge, aku rasa harga yang diwar-warkan adalah sangat berbaloi. Agak best la bila dah ada penyerang berbisa 2 orang dalam team. Takyah nak susah2 carik lagi. Harga kompem mahal. Sturridge kompem harga paling kurang 25-30 juta. Suarez jangan cakap la. Nasib la kita bukan kelab yang takde striker :-p

“Tapi Lambert dah tua!” kata sesetengah orang.

Pengalaman

Ada jugak yang kata patut beli la yang muda2. Soalannya siapa yang muda, murah dan berpengalaman? Ade ke? Kalau muda dan berpengalaman mesti mahal gila! Jadi untuk mengisi ruang ke-3 dalam bahagian penyerang, Lambert sangat-sangat berbaloi. Pengalaman dia bukan je dalam BPL tapi dalam sistem yang lebih kurang sama macam Liverpool. Aku suka tengok Soton main musim ni. Dan aku tak heran boleh kalah dengan diorang. Jadi pengalaman Lambert sebenarnya lebih lagi dari penyerang lain yang ada dalam BPL apatah lagi luar BPL.

“Ala takyah beli pon takpe. Liverpool serangan dah power”

Champions League

Ye memang betul Liverpool punya serangan power (jangan jeles!) tapi musim depan kita akan ada tambahan perlawanan Champions League. Dan kunci untuk kekalkan kejayaan menyerang musim lepas adalah sistem giliran. Aku rasa Liverpool bertuah sebab ada pemain yang bagus-bagus untuk kurangkan beban jaringan penyerang. SG, Sterling, Coutinho, Skrtel(!) walaupun jaring tak sebanyak Suarez dan Sturridge secara tak langsung mengurangkan beban mereka. Cuma ada beberapa perlawanan yang semuanya tak menjadi dan sorang pon tak boleh nak jaringkan gol.

Kat sini la Lambert akan mainkan peranan besar. Musim lepas kita ada Moses dan Aspas (Borini diloan keluar). Moses nampak tak bermaya dan Aspas nampak takleh nak sesuaikan diri dengan gaya BPL. Bandingkan dengan dua orang pemain ni, Lambert jauh lagi bagus.

“Kata nak banyak pemain. Cukup ke kalau jual Aspas/Borini atau dua2 sekali?”

Formasi dan pemain muda

Liverpool pernah guna formasi 4-3-3 dan 4-4-2 diamond. BR pernah cakap yang dia kalau boleh nak ada 2 pemain setiap posisi + pemain muda. Jadi 3 pemain setiap posisi. Sama macam idea aku untuk game FIFA😉 Jadi aku rasa barisan penyerang Liverpool musim depan adalah Suarez, Sturridge, Lambert dan Borini. Aku rasa selamat kot nak assume Aspas akan dijual. Tak nampak macam BR nak guna dia. Borini lak atas pagar memandangkan dia main dengan baik kat Sunderland dan dia pernah main untuk BR dulu. Kalaupun Borini dan Aspas dua-dua dijual, aku rasa BR akan naikkan sorang lagi pemain dari reserve/akademi.

Bagi aku 4 orang penyerang cukup untuk Liverpool sebab penyerang dan pemain sayap kat Liverpool boleh ditukar-tukar. Kita dah pernah nampak Coutinho, Sterling, Suarez dan Sturridge main di bahagian kiri dan kanan. Tambahan pulak aku rasa Ibe akan naik musim ni.

Anak Jati Liverpool

Ini kelebihan dia paling besar sekali berbanding pemain lain. Yang menjadikan dia sangat berbaloi untuk harga 4 juta. Kita pernah dengar “Form is temporary but class is permanent” kan? Tapi ada satu ayat dari Kevin Durant yang buat aku berfikir. “Kerja keras mampu kalahkan bakat terutamanya apabila orang yang berbakat tu gagal untuk bekerja keras”. Benda ni dah terbukti musim lepas bila kita tengok prestasi Hendo. Kepada yang belum baca kisah Lambert, dia digugurkan dari akademi Liverpool waktu dia berumur 15 tahun. Dia terus bekerja keras dan akhirnya dia sampai ke Liverpool balik. Aku yakin dia boleh jadi pemain yang lebih baik kat Liverpool musim depan.

Dia nak buktikan yang Liverpool buat kesilapan gugurkan dia. Dia nak buktikan dia boleh tolong Liverpool menang BPL. Jadi dia akan main dengan keazaman yang tinggi. Satu aset penting dalam pemain bolasepak. Satu perkara yang aku nampak BR dok kejar dalam pemain. Sebab tu Sturridge dan Coutinho sampai di Liverpool. Untuk buktikan sesuatu.

Kesimpulan

Aku tak sabar nak tunggu WC. Tengok dia main untuk England. Aku tak sabar tunggu BPL start balik. Nak tengok Lambert sarung jersi merah. Kalau korang masih tak setuju dengan pembelian dia, paling kurang tunggu perlawanan WC dan tunggu dia sarung jersi Liverpool nanti. Ramalan aku dia akan dapat paling kurang 15 gol musim depan😉

Sekian dulu dari aku. Kena biasakan diri balik tulis kat blog ni. Lama sangat dah tinggal.

YNWA.

12 thoughts on “Rickie Lambert : Pelaburan risiko rendah pulangan besar.

  1. welcome back haha
    btw walaupun tak ada sapa yg tau samada dia bakal berjaya atau tidak, tapi ak bersetuju yg 4m utk pemain seperti dia adalah satu bargain yg baik.
    sejak naik liga perdana lagi da nmpk gamestyle soton mmg jenis menarik (bawah nigel adkins). Pochetino plak hanya teruskan legasi je.

    selain tu ak mmg minat follow soton ni sb player2 akademi dorg ok jugak (Crouch-Bale- Walcott-Ox-Lallana-Shaw). mungkin patut LFC rembat je scout2 mereka memandangkan ada yg dah ditamatkan khidmat mereka.

    dorg punya penjaga padang pun kreatif juga, bercorak2 rumput2 kat st mary, tak tipikal mcm padang inggeris yg biasa haha

    gila jauh lari dari topik ni haha

    • Tq2. Lame gila tak update. Liverpool punya akademi pon ok dah sebenarnya. Bezanya manager nak taknak bg main je. Sterling tu kalau tak try sampai sudah la tak naik. Harap2 musim ni ade budak lain lak naik.

      Kesian oo linesman nak tgk offside ke tak. Susah jadinye kalau rumput corak bulat2 bagai. heheh…

  2. btw, pemain2 yg pricetags nya sekitar 25m ke 35m mmg ak rasa mcm tak berapa ngam dgn LFC. robbie keane, caroll, aquilani. tapi sekitar 20m mcm best (suarez,torres)

    • Betul gak kan? Suarez n Torres bapak murah sebenarnya harga diorang. Huhu…Kalau dapat lagi 5 player harga 20 juta sorang ok gak nih..heheh…

  3. sekarang ni kecoh kisah 30m, antara lallana dgn fabregas, dua2 pricetags sekitar 30m. Lallana da ckp berminat nk main dgn LFC which is a good thing sb kte tanak player yg sekadar dtg sb kena transfer list, tp 30m utk lallana mcm agak besar, ak rate dia sekitar 20m. fabregas pulak mmg da terbukti power jugak, umur pun sekitar lallana jugak, mcm best juga kalau amek fabregas over lallana, tp sume org tau dia gooner in heart, jd kalau dpt nego lallana lebih murah lg baik huhu

    • Kalau atas kertas, Fabregas la lagi berbaloi. Tapi macam Lambert, Lallana main dalam sistem Soton. Senang nak adapt ke Liverpool. Lagi2 kalau Lambert dah ade kat Liverpool. Nak senang ngam amik je sekali Lovren, Shaw, Clyne. Dah macam gabung Liver ngan Soton lak dah..hahah. Aku harap Liverpool tak jadi mangsa keadaan la. 30 juta terlampau mahal la untuk Lallana. Cuba la swap player ke. Kurang sikit rege.

  4. x dapat Lallana tidak merisaukan sebab kita masih ada Countinho, Suso, Albreto, Ilbe…Silap2 buli perform lebih baik dari Sterling….

    • Memang tak risau. Alberto dengarnya nak diloankan ke Malaga. Suso rasanya last chance dah musim ni untuk tunjuk dia boleh main kat Liverpool. Ibe mungkin ada peluang naik musim ni. Sebenarnya aku lg tunggu CM/CDM masuk Liverpool. Sebab yang ada skrg SG8, Lucas, Hendo ngan Allen.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s