Liverpool 4-1 WBA. Hatrik Suarez benam Baggies.


Muka Depan Ulasan Liverpool 4-1 WBA

Salam dan selamat sejahtera. Korang semua mesti tengah tersengih-sengih lagi kan sekarang? Mana taknya, aku pun macam tak percaya tengok gol-gol Suarez. Memang magikal. Tapi sebelum perlawanan ni aku risau gila. Steve Clarke ni macam nak balas dendam kat Liverpool pun ada. Dulu dia ngan kenny kat Liverpool. Lepas Kenny blah dia pun blah. Dan sejak tu lawan WBA je goyang gak aku. Sebelum perlawanan ni WBA menang berderet ngan Liverpool. Termasuk la yang kat Anfield sekali. Siap tak bolos lagi. Kuat tak kuatmya badi WBA nih. Tapi macam yang aku tulis kat FB sebelum game ni, ada beberapa perbezaan WBA ni dengan musim lepas. Antaranya Lukaku, Odemwingie dan Foster yang tengah cedera. Aku lega sikit. Tapi Suarez punya penangan baru 12 minit aku dah lega terus dah…hahah

Video sorotan perlawanan

Aku rasa tak payah cakap kot pasal gol. Semua gol lawa. Nak cakap apa lagi. Tengok je ulang-ulang..heheh. Sebelum ni aku tanya Lucas vs Hendo siapa korang piih. Tapi kali ni aku nak cerita pasal diorang berdua lak.

Lucas dan Hendo

Henderson memang terbaik dalam perlawanan ni. Ada orang kata ini antara perlawanan terbaik dia. Kepada yang rasa dia “sampah” atau “tak ada function” akui je lah. Korang memang benci kat Hendo. Bukan sebab bola. Mungkin ada agenda peribadi ke apa. Mane la aku tau. Dalam perlawanan ni Hendo main belakang Sturridge dan Suarez. Aku taktau formasi apa kuar kat tv sebelum game pasal aku terlepas 4 minit pertama. Tapi aku rasa semua yang biasa tengok bola boleh agak posisi mana dia main. Dan kedudukan purata pemain dari Opta mengesahkan tekaan aku.

Kedudukan purata Liverpool 4-1 WBA

Dari video ni korang boleh nampak sendiri apa yang hendo buat. Dia jadi pengantara dalam kebanyakan serangan. Antara bahagian pertahanan dan serangan. Dia tukar permainan dari kiri ke kanan dan sebaliknya bila perlu. Satu kelebihan dia yang buat BR sayang dia adalah kerajinan dan stamina dia (dah tentu rajin sebab banyak stamina). Waktu pihak lawan pegang bola, dia tak duduk diam. Dia bertahan macamana dia bertahan selalu. Dia akan rapat dengan orang yang pegang bola. Cuba paksa kesilapan atau halang terus hantaran tersebut. Dalam video tu banyak kali ada. Cuma bila kita tengok dalam satu perlawnaan yang ada 22 orang atas padang, nampak macam tak penting. Nak tau penting mana tengok game Newcastle masa Cabaye skor tu. Bayangkan Lucas kat tempat Hendo dan Hendo kat tempat Moses.

Lucas Leiva. Nama yang disebut boleh kata lepas setiap match la. Yang puji, yang kutuk. Semua ada. Aku cuma nak ingatkan, Lucas sekarang lebih kepada specialist CDM. Jadi kadang-kadang nampak permainan dia agak tak membantu dari segi serangan. Tapi dalam perlawanan ni aku terkejut gak. Agak tinggi dia main. Tu yang boleh sampai dalam kotak penalti tu…huhu. Dia ada gak buat hantaran penting untuk bergerak ke atas. Tapi tugas utama dia, jaga pertahanan. Dia duduk depan Toure, Skrtel dan Sakho. Setiap kali diserang dia akan provide option untuk pertahanan clear bola. Setiap kali pertahanan tergeliat pun dia dah ada untuk cover. Itu tahap efficiency dia dalam perlawanan ni. Yang Hendo masih tak boleh nak tiru adalah positioning dia. Lucas tau mana dia nak kena duduk. Masa bila nak rapat, masa bila nak undur. Jadi tak ada ruang kosong macam lawan Newcastle haritu.

Lucas memang tak macam CDM yang lain. Yang besar dan kuat. Takpun yang aggresif gila macam Mascherano dulu. Dia jenis yang cool dan rilek. Hendo pulak orang kata finishing dia kurang. Dah nama pun midfielder. Dahla pemain serba posisi. Bukan specialist pun. Tapi kalau ko ada CAM yang boleh menyerang dengan bertahan, susah ko nak drop dia. Lagi2 bila Coutinho pulak specialist untuk attack je. So camna nak buat?

Kembali ke 4-3-3?

Liverpool da mula nampak selesa dengan 5-3-2/3–5-2 ni. Tapi kalau BR nak masukkan Hendo dan Coutinho tanpa drop Lucas, dia kena kembali ke 4-3-3. Bayangkan Lucas, Hendo & Gerrard kat tengah dan SAS ngan Coutinho kat atas. Pergh! Mengancam gak. At least bek kiri kanan tak payah kerap sangat overlap melainkan perlu. Takpun gilir2 ke. Yang penting boleh gak nak jadikan 3 CB kat belakang waktu diserang. Bahagian tengah dah kompem boleh kawal kalau main macam haritu. dan kalau Coutinho ada, dia akan jadi link antara midfield dan attack.

Tapi kalau BR nak kekalkan formasi sama, aku rasa dia akan kekalkan kesebelasan utama. Sebab dalam perlawanan ni pun, Moses je keluar ganti Lucas. Yang lain sama. So..kalau korang, pilih best player ke best performer untuk perlawanan ni? Tulis formasi dan player korang kat bawah!

Wallpaper Baru!

Iklan Wallpaper

Ni wallpaper aku buat sempena SG8 dapat 100 gol aritu. Tapi untuk unlock benda ni, aku nak 100/200/300 LIKE. Sila KLIK LINK NI DAN TEKAN LIKE

Setiap unlock ada 2 versi. Yang ada tulisan dan yang tak ada tulisan. So, pegi sebar dan suruh member2 LIKE sekali ye😉

Sokonglah blogger tempatan😉

YNWA

6 thoughts on “Liverpool 4-1 WBA. Hatrik Suarez benam Baggies.

  1. Terbaik ulasan bro, keep it up…lg 1 yg terbaik macth ni, sketil byk kot clear bola, just da 1 depan pintu gol je dia sepak x kena… besa la kaki back..hihi

    t bila PC10 da ok men 433 balik r… jose n agger xleh men lg ke?

    • Thanx bro. Semua main ok match ni. Semua contribute. Defence nmpk alert sikit. Agger ade dah kat bench match ni. Enrique taktau update lg. Nak tgk gak apa BR nak buat lawan arsenal nnti.

  2. susah nak cari blog yg analisis match panjang lebar mcm ni. Kebanyakan blog buat rumusan yg simple je. Blog ni terbaik. Terima kasih jugak la kt benitez sbb sanggup sign lucas time kt liverpool dulu. Klu nk berjaya mmg kena hentam dulu. Lucas main mcm sampah mase dulu tp skrg dah jadi nadi utama.YNWA.

    • Terima kasih banyak2. Memang cuba buat ulasan terperinci sikit setiap kali. Kadang2 sampai kena ringkaskan sebab panjang sgt…hahah.

      Memang tabik la kat Lucas. Kalau dia nak blah boleh je masa semua kutuk dia. Tp dia terus gak main. Skrg dah jd pemain penting. Skrg Hendo oun ikut dia gak kerja keras utk buktikan dia layak main kat Liverpoool. Harap lepasni pemain lain pon ikut sama la.

      YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s