Newcastle 2-2 Liverpool.


Muka Depan Ulasan Newcastle 2-2 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Lepas menang lawan Sunderland dan Crystal Palace, semua orang yakin Liverpool boleh menang dengan selesa lawan Newcastle. Aku pun sama gak. Tapi bila aku tengok lineup Newcastle baru aku teringat diorang ada Cabaye. Mula la nak risau. Sedapkan hati Liverpool ada Sturridge ngan Suarez. Kepada yang nak refresh balik ingatan korang pasal perlawanan ni leh tengok dulu video kat bawah.

Video Sorotan Perlawanan – Klik sini untuk ke laman web PL Highlight

Kali ni aku taknak cakap pasal gol Liverpool. Aku nak tengok yang bolos je.

Gol Cabaye

Akhirnya terbukti la keraguan aku tu berasas. Cabaye jaringkan gol dari jauh. Walaupun dari jauh tapi Mignolet hanya mampu tengok, dive dan pasrah je tengok bola masuk jaring. Mungkin Mignolet boleh buat lebih baik. Mungkin. Sikit sangat kemungkinan tu. Sebab rembatan Cabaye tu memang terbaik. Tengok balik bola tu bergerak macamana. Pastu dia melantun depan Mignolet. Checkmate. Dah terbiasa tengok rembatan Gerrard masuk jaring pasukan lawan, sekarang da tau perasaan kalau kena kat pasukan sendiri. Tak sempat nak buat apa. Tau-tau bola dah masuk jaring. Menyumpah aku time ni.

Cabaye pemain yang bijak dan dia ada kemahiran teknikal untuk gunakan kepandaian dia tu. Jadi aku rasa, patutnya pemain dan pengurus tau, kalau tak berjaya halang bola sampai ke playmaker, playmaker tu sendiri patut dihalang. Tapi dalam kes ni Cabaye berlari dari garisan tengah sebelum lepaskan rembatan. Tanpa dihalang. Jadi siapa yang sebernya patut jaga dia? Hendo masuk menggantikan Lucas sebab Lucas jaga anak bini kat spital. Jadi secara semulajadinya orang salahkan Hendo sebab dia pemain tengah bertahan (CDM). Apa yang orang taktau, Liverpool guna Gerrard dan Lucas untuk bertahan. Bukan Lucas sorang.

Dalam kes ni. Henderson tengah menekan pemain Newcastle agak tinggi di sebelah kanan. Newcastle tukar side, hantar bola pada Cabaye sebelah kiri. Jadi siapa yang patut berada dalam posisi sebelah kiri? Yup. Agak berat nak cakap. Gerrard. Patut ke salahkan dia 100%? Hendo naik agak tinggi untuk tekan pemain. Mungkin terlalu tinggi untuk pemain tengah bertahan. Mungkin jugak sebab pemain serangan tak buat kerja diorang untuk dapatkan bola balik atau mungkin Hendo kurang berpengalaman lagi nak tentukan posisi sesuai waktu bertahan. Waktu Cabaye dapat bola, dia terus lari menuju ke gol. Mustahil Hendo nak kejar. Gerrard boleh kejar. Tapi taktau kenapa dia rasa dia tak perlu kejar Cabaye? Adakah sebab Moses nampak macam nak kejar? Ataupun dia rasa Cabaye tu tak bahaya?

Jogging : Adakah kesan main fulltime untuk England dan Liverpool mula nampak dalam permainan Gerrard?

Jogging : Adakah kesan main fulltime untuk England dan Liverpool mula nampak dalam permainan Gerrard?

Satu-satunya halangan untuk Cabaye adalah Sakho yang keluar dari barisan pertahanan (ada aku sebut masa bincang tentang kenapa aku suka formasi ni) untuk menghalang rembatan. Tapi dah terlambat. Jadi siapa yang patut disalahkan? Pertama sekali pemain penyerang Liverpool yang tak sehati sejiwa nak dapatkan bola balik. Memaksa Hendo naik tinggi dan Moses & Gerrard lak terlalu bersahaja waktu diserang. BR selalu cakap, bertahan mula dari atas. Tapi tak bermaksud pemain kat bawah boleh buat dono je. Bertahan jugak kena sebagai satu pasukan, bukan individu. Jadi ini kesalahan pasukan secara umumnya. Secara individu susah nak tentukan 100%. Bagi aku antara Moses dan Gerrard la kalau nak kena jugak tuding jari.

Gol Dummett

3 Lawan 5. 2 orang bebas bergerak. Belum masuk yang luar kotak lagi. BR kena buat kelas set-piece sekarang jugak!

3 Lawan 5. 2 orang bebas bergerak. Belum masuk yang luar kotak lagi. BR kena buat kelas set-piece sekarang jugak!

Secara rasminya masalah set piece jadi badi Liverpool musim ni. Kalau tengok dari situasi ni, sebenarnya sangat merisaukan. BR kata dia pakai man marking tapi 5 pertahanan, 3 pemain lawan, 2 daripada tu tak dijaga. SANGAT MERISAUKAN. Apa yang korang rasa perlu BR buat? Tukar kepada zonal marking? Aku bukan coach tapi aku rasa kena ada pemain yang target untuk keluarkan bola tu. Man marking ok je sebenarnya tapi kalau ada sikit kekeliruan pun dah boleh huru-hara pertahanan. Belum masuk hilang tumpuan lagi macam dalam perlawanan ni. Siapa patut jaga 2 orag pemain NU ni? Aku tau Cissokho tertidur, tapi kalau man marking bukan ke sepatutnya sebelum dia lari ke tepi lagi dah ada orang ikut? Sebab tu dalam ulasan sebelum ni aku kata BR pakai sistem hibrid…heheh. Ada yang man-marking ada yang zonal marking. Tapi BR dah akui yang Liverpool lemah set-piece. Memang benda semua orang tau. Tapi untuk BR akui kat tv satu benda penting. Maksudnya akan ada usaha untuk perbaiki. Kita tunggu dan lihat apa penyelesaiannya nanti.

Isu Khas : Cissokho. Teruk sangat ke dia?

Aku heran gak lepas setiap game ada la pemain yang kena kutuk kaw2 punya. Kena kutuk ngan “fans” Liverpool lak tu. Teruk sangat ke Cissokho main? Jom tengok video ni dulu.

Memang dia lemah sikit bab serangan. Dia mula-mula takut nak masuk dalam. Dia cuma bawak sampai depan dan cross/pass ke member lain. Tapi dia still cukup luat dan laju untuk beat defender. Dia SAMA macam Enrique dari satu segi, iaitu takut guna kaki kanan. Memang aku tau diorang LB/LWB. Kaki kanan tak hidup. Sebab tu aku risau setiap kali Enrique cuba pusing 180 darjah guna kaki kiri. Dan banyak kali jugak dia hilang bola buat camtu. Sekurang-kurangnya sekarang Cissokho nampak berhati-hati lagi. Dan atas sebab ni jugak Johnson sebenarnya pemain yang “highly rated” kate orang putih. Sebab kaki kiri dan kanan hidup at least untuk buat turning, dribble dan shoot apa lagi nak dari fullback kan?).

Dari segi bertahan, aku rasa dia cukup solid dalam perlawanan ni. Dia banyak halang cross NU dan paling penting, waktu kena counter attack dia buat tackle bersih untuk halang Remy 1-1 Mignolet. So aku rasa dia persaingan yang bagus untuk Enrique. Kalau dia boleh improve bahagian serangan dia aku rasa dia boleh jadi lebih bagus dari Enrique. Oh..lupa lak. Dia ada hasilkan peluang untuk Suarez dalam perlawanan ni. Dia cross ke tengah untuk Suarez tapi Suarez rembat kene palang. Kalau masuk tu, dapat dia  assist dan mesti ramai kata Cissokho main bagus…kikiki…

Aku bukan nak pertahankan mana-mana pemain, cuma aku dah bosan dengan KUTUKAN. Kritik aku tak kisah. “Gerrard macam malas sikit main harini”, “Johnson banyak sangat hilang bola”, “Cissokho nampak kurang kreatif buat serangan” semua tu ok. Yang tak oknya ayat-ayat macam “Bangang punya BR bagi Cissokho main”, “Sakho main macam bangang!”, “Hendo bangang tak ada function”. Yang last tu memang nampak harmless, tapi tak kena dengan fakta la kalau Hendo lari satu padang ko kata takde function kan?

Kita KRITIK, biar fans kelab lain nak KUTUK. OK?

YNWA

*Mood risau fikir Bulan 12 yang sibuk dengan kerja + banyak perlawanan. Sempat ke nak buat ulasan?

2 thoughts on “Newcastle 2-2 Liverpool.

  1. terbaik bro, bola sepak adalah pemainan berpasukan bukan senang nak menunding jari…

    … ada setengah player aku agak kesian, bukan sahaja dunia ini kejam..bola sepak juga kejam…ada player mcm katak, buaya, ketam, siput…ada pulak player mcm ikan…yang ikan ni aku kesian..

    aku tgk dah ada improve dari musim lepas…tapi paling penting cara refree mengadilikan game pon nampak improve…hermmmmmmm….

    • Thanx bro. Aku cuma pelik je kenapa ada yang macam benci sangat dengan certain player. Maybe diorang tak ingat Traore pun leh menang Cempion League…hehehe…semuanya pasal semangat berpasukan.

      Baru perasan taun ni overall konsisten sikit ref and assistant2nya. At least takde la jadi mangsa keadaan ke apa karang. Cuma jadi mangsa defend sendiri je skrg ni. Kurangkanla set-piece ngan corner…seriau aku menengoknya…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s