Liverpool 3-1 Crystal Palace. Hendo lebih bagus dari Lucas?


Ulasan Perlawanan Liverpool 3-1 Crytal Palace

Salam dan selamat sejahtera. Terima kasih sebab sudi tunggu ulasan aku. Basi dah perlawanan ni…huhu. Macam yang aku bincangkan kat FB, aku rasa semua dah tau apa isu utama yang aku nak ketengahkan kali ni. Yup, isu Hendo dan Lucas. Hendo ni pemain yang agak malang kat Liverpool sebab harga dia yang agak mahal. Tapi tak macam pemain lain, dia berusaha buktikan pembelian dia bukan je berbaloi tapi menguntungkan. Kenapa malang? Sebab ada sesetengah orang yang masih tak boleh terima kehadiran dia di Liverpool. Masih ada yang kata dia terlalu mahal. masih ada yang kata dia tak cukup bagus untuk Liverpool. Sebelum kita masuk isu Hendo/Lucas, kita tengok dulu sorotan perlawanan ni.

Video Sorotan Perlawanan

Liverpool 1-0 CP (Suarez, 13′)

Gol Suarez vs Crystal palace

Bila ramai2 menyerang Liverpool memang bahaya. Sebelum ni selalu penyerang atau winger tinggal sorang2 untuk lepaskan diri dari pertahanan sambil yang lain sibuk lari ke atas. Sekarang dah ada support untuk menyerang.

Kredit untuk Moses yang cemerlang main belakang Suarez dan Sturridge. Dia kawal bola dengan selesa, tahan asakan lawan dan masih mampu berpusing sebelum menghantar ke Suarez di sebelah kiri. Kalau tengok bilangan pemain yang ada dalam serangan ni memang aku hepi gila. Nampak la bahaya sikit kalau serang ramai-ramai. Waktu ni ada Suarez, Sturridge, Moses dan Enrique (memandangkan serangan di sebelah kiri) manakala Hendo dah standby luar kotak penalti. Enrique buat apa yang dia memang pandai buat, overlapping run (larian bertindih?). Dia memang dari join Liverpool dah nampak pandai link dengan pemain lain. Itu antara kelebihan dia. kekurangan dia adalah dia kadang-kadang hilang bola kat kawasan bahaya. Tapi dengan sistem 3 CB aku tak risau sangat. Oh, lupa lak, kredit untuk Suarez yang bersungguh nak golkan walaupun dah terbaring. Dia kata dia lebih matang sekarang. Tapi aku rasa kena tunggu dulu. Awal lagi…huhu…

Liverpool 2-0 CP (Sturridge, 17′)

Keudukan Sterling. Gol Sturridge vs Crystal palace

Kedudukan Sterling dan bola sebelum gol kedua Liverpool. Waktu Sturridge jaringkan gol ni, Sterling dah pun kat hujung padang bersedia untuk menerima bola. Tugas seorang wingback…huhu

Suarez dah skor, Sturridge pun taknak ketinggalan untuk buktikan dia hebat.  Suarez nampak macam kena tolak waktu nak terima hantaran lambung dari bawah, tapi Sturridge terus lari ke depan dan kutip bola. Dan korang semua tau apa jadi. 3 orang pertahanan depan dia tapi sorang pun takleh buat apa. Bila dah tukar bola kat kaki kiri jangan harap la.. Apa yang aku nak highlightkan kat sini adalah Sterling yang memecut dari bawah untuk tolong serangan memandangkan Suarez dah tergolek kat tepi tadi. Dekat 3 suku padang gak la dia lari.

Liverpool 3-0 CP (Gerrard [p],38′)

Gol ketiga dijaringkan oleh Gerrard melalui sepakan penalti. Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti. Yup. Kata penjaga garisan, sentuhan bermula dan berlanjutan sampai dalam kotak penalti. Steven gerrard cam biasa, dah pakar dah bab penalti ni. Orang semua tanya kenapa dia tak celebrate gol dia tu. Aku malas nak buat spekulasi kat sini, Gerrard je yang tau.

Liverpool 3-1 CP (Gayle, 76′)

Liverpool bolos vs Crystal palace

Samada Enrique tak jaga Gayle atau Liverpool main sistem marking hybrid – Man marking + Zonal marking

Gol yang Liverpool bolos tak lain tak bukan dari sepakan percuma/penjuru. Aku taktau apa masalahnya. BR kata haritu sekarang marking man-to-man. Tapi haram takda sapa ikut si Gayle ni. Kalau nak tuding jari, Enrique yang tengah jaga dia mula2. itu kalau nak tuding jari la..hehe.. Cepat la BR buat something untuk set piece ni, Ngeri aku kalau nak lawan pasukan hebat2 nanti.

Banyak lagi peluang Liverpool sebenarnya, Moses sepak depan gol leh kena palang, Sturridge ngan Suarez ada try dari jauh n dekat tapi penjaga gol selamatkan. Nampaknya sistem ni macam serasi je ngan Liverpool. Cuma aku tak pasti samada BR akan teruskan sistem ni atau tukar balik. Dan apa nasib Hendo kalau Johnson, Coutinho dah pulih nanti?

Henderson

Survey yang aku buat kat FB haritu. KLIK GAMBAR.

Survey yang aku buat kat FB haritu. KLIK GAMBAR.

Ikut survey ringkas yang aku buat kat FB haritu, 22 orang pilih Hendo dan 7 orang pilih Lucas untuk posisi CDM. Keputusan yang memang dijangka sebab baru lepas perlawanan terbaik Henderson setakat ni dan Lucas lak digantung sebab kutip 5 kad kuning. Yang kelakarnya, Hendo ni mengingatkan kita tentang seorang pemain yang selalu dikutuk dulu iaitu Lucas. Tapi nampaknya sekarang masih ada lagi yang tak dapat terima pemain walaupun diorang dah buktikan kemampuan masing-masing. Hendo ni makin lama tengok makin la aku nampak macam Kuyt. Pemain serba boleh, rajin, boleh bertahan dan menyerang. Sebab tu aku rasa dia antara pemain berharga yang Liverpool ada sekarang ni.

Berkenaan isu CDM sekarang, Liverpool sangatla kurang pemain posisi ni. Sekarang hanya ada Gerrard, Lucas, Hendo, dan Allen yang baru pulih. Bagi aku, Lucas perlu dikekalkan dengan syarat samada Gerrard atau dia perlu lebih ke atas waktu menyerang untuk tambah bilangan pemain di atas. Buat masa ni aku cukup hepi kalau dia jadi backup Gerrard dan Lucas. Memang rasa rugi simpan dia. Tapi bagi aku, Gerrard atau Lucas tak payah main fulltime dah kalau tengah leading. Mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Tapi Gerrard dah kat penghujung karier. kalau nak dia main bagus sepanjang masa kena jaga elok-elok. Masalahnya, Gerrard ni sebagai kapten, sangat la tak suka dikeluarkan sebelum habis perlawanan. Jadi kena tengok BR berani tak berani buat keputusan je. Satu lagi cara, tengok Lucas main ok ke tak separuh masa pertama. Kalau tak, keluar terus ganti Hendo. Aku tengok BR sekarang berani buat pertukaran macamni, so tak heran kalau benda ni jadi nanti.

Kenapa aku pilih Lucas? Sebab Lucas tu pakar CDM manakala hendo lak macam2 posisi dia main. Memang kita kena korbankan kebolehan menyerang dan kerajinan Hendo kalau pilih Lucas. Tapi Hendo perlu tambah pengalaman dulu sebelum dia boleh lawan Lucas. Kalau tengok balik video Lucas, boleh nampak kematangan dia. Cara dia tutup ruang. Cara dia jaga ruang depan pertahanan. Sebab tu, untuk posisi ni, dan masa ini, Lucas masih yang terbaik bagi aku.

Kalau semua fit dan masih kekalkan sistem ni, barisan terbaik bagi aku adalah

1st Lineup 3-5-2

Barisan kedua

2nd Lineup 3-5-2

Tak termasuk : Sterling dan Ibe, pasal aku taktau nak taruk mana dalam sistem ni. Mungkin diorang leh jadi penyerang sebab BR pernah guna Sterling belakang Suarez sebelum ni.

Aku rasa Hendo dah buktikan yang dia layak bermain di Liverpool. Lagipun Liverpool tak pernah ada satu pasukan penuh dengan star. Aku taktau macamana orang rate siapa layak siapa yang tak. Djimi Traore pun leh menang UCL kat Liverpool tau..heheh. Aku nak tekankan, umur dia baru 23 tahun. Gerrard dah 33 tahun dah. Aku rasa dia pengganti paling sesuai untuk Gerrard setakat ni. Aku selalu bayangkan masa depan Liverpool dengan Hendo & Shelvey kat tengah. Tapi malangnya dia dah dijual. Aku tau ramai haters yang puas hati. Tapi aku still sakit hati sebab dia main bagus kalau bagi free role. Buat masa sekarang Hendo masih lagi akan jadi pengisi ruang untuk pemain yang cedera. Tapi masa depan, aku nampak dia sebagai pengganti Gerrard. Besar harapan aku kan? Macamana dengan korang? Puashati ke kalau dia jadi backup Lucas/Gerrard sekarang ni?

Isu tambahan : Fomasi

Liverpool dah pernah main 4-2-1-3/4-1-2-3/3-4-1-2/4-4-2. Aku rasa langkah untuk gunakan pelbagai formasi ni sangat bagus. Setiap perlawanan perlu ada strategi berbeza dan kadang-kadang dalam perlawanan tu pun perlu buat perubahan. Sebab tu BR lebih suka pemain yang boleh main pelbagai posisi. Katakan tengah main, 3-4-1-2, Liverpool nak tukar ke 4-4-2, hanya perlu tukar Toure ke kanan dan Hendo naik ke RM semula. Senangkan? Isu ni aku ketengahkan sikit je. Sebab nampak menarik. Mungkin dalam perlawanan lepas-lepas ni boleh bincang lagi mendalam😉

Terima kasih banyak2 kepada semua yang ambil bahagian untuk survey haritu😉

YNWA.

4 thoughts on “Liverpool 3-1 Crystal Palace. Hendo lebih bagus dari Lucas?

  1. ulasan yang baik….bagi aku hendo dan lucas perlu berada dalam kesebelasan utama..sebabnya hendo sangat rajin dan setuju jika anda mengatakan dia seperti kuyt…lucas pula…suka dengan kekuatan fizikalnya…

    • Bila fikir macamni memang Gerrard la yang terkeluar kan? Huhu…Kan best kalau dia main CAM…tapi midfield Liverpool sikit sangat….

    • Ni Honda ke Hendo nih? Hehehe. Kalau gerrard nak main fulltime kena ada 2 pemain bertahan belakang dia. Maybe Hendo dan Lucas. Tapi posisi CAM tu Coutinho punya. So…camner tu…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s