Sunderland 1-3 Liverpool. Formasi Baru Lebih Berkesan?


Ulasan Perlawanan Sun 1-3 LiverpoolSalam dan selamat sejahtera. Pertama kali musim ni Liverpool menang lebih dari satu gol. Lega aku. Biar la orang kata lawan Sunderland je pun. Aku harap Sunderland kalahkan pasukan-pasukan yang lain tu nanti. Dengan Johnson, Agger dan Coutinho yang cedera/belum cergas, BR terpaksa ubah sikit formasi untuk pastikan Liverpool dapat main dengan baik. Sebab dalam perlawanan sebelum ni, Liverpool nampak kurang bermaya. Jadi BR gunakan 5-3-2 memandangkan dia ada Hendo yang rajin berlari, ada stamina tinggi dan boleh bertahan di sebelah kanan. Enrique pun nampak lagi bahaya kalau main lebih tinggi. Memandangkan Coutinho tak ada, dia letakkan Moses sebagai pengganti di belakang penyerang. Lucas dan Gerrard masih kekal manakala Toure, Skrtel dan Sakho di bahagian tengah pertahanan.

Sturridge jaringkan gol pembukaan gunakan tangan. Well, bukan sengaja dan pengadil tak nampak. Bukan cara terbaik jaringkan gol tapi ape nak kisah. Dah kira dah pun. Suarez akhirnya bukak akaun musim ni hasil dari umpanan Sturridge yang terima bola cantik dari SG8 sebelum gelecek beberapa pemain dan lorong ke tengah. Sunderland kejar balik hasil gol Giaccherini yang tolak bola muntah melepasi Mignolet. Tapi Liverpool jaringkan gol ketiga hasil serangan kilat yang paling menarik setakat ni. Sturridge sekali lagi menggelecek beberapa pemain sebelum tolak ke tengah untuk Suarez.

Liverpool nampak kurang fluid macam sebelum ni (4-4-3) tapi nampak lagi bahaya dan lagi direct.

Video sorotan perlawanan

Pemain terbaik ikut formasi ni?

Aku tau ramai tengah bincang pasal formasi ni. So aku pun nak join sekapal gak. Ada yang kata 5-3-2, 3-5-2 dan ada yang kata 3-4-3. Memang itula ideanya pun. Waktu bertahan lebih kepada 5-3-2 dan waktu menyerang 3-4-3 atau yang sewaktu dengannya. Ini pilihan aku untuk formasi ni.

Pemain terbaik untuk 5-3-2

Penjaga gol : Aku rasa memang tak ada dakwa-dakwi lagi. Mignolet penjaga gol yang terbaik sekarang. Cuma kadang-kadang dia gugup gak. Dari segi shot stopping tak ramai yang leh lawan.
Bek tengah : Toure dan Agger masuk secara automatik bagi aku. Toure sebab semangat dia dalam setiap perlawanan tu lain dari yang lain. Dia style clear dulu lain belakang cerita. Biar berlaga ngan member ke ape. Cuma Skrtel je aku pilih sebab Sakho belum nampak meyakinkan. Dia tak ada kesungguhan Toure lagi. Skrtel nampak ada sesuatu yang dia nak buktikan.
Bek Sayap Kanan : Johnson memang terbaik untuk posisi ni pasal dia suka menyerang lebih dari bertahan aku rasa. Bukan dia tak bagus, cuma kalau selalu diasak dia nampak rapuh. Jadi dengan adanya 3 bek tengah, dia akan jadi lagi selesa bantu serangan. Aku rasa banyak dia leh dapat gol kalau terus main formasi ni nanti.
Bek Sayap Kiri : Enrique memang tak dinafikan lagi bahaya kalau dia dekat dengan gol. Bukan je hantaran dia bagus, tapi keserasian dia dengan pemain lain memang jelas dan dia selesa main tukar-tukar hantaran dengan laju.
Tengah : Aku rasa Lucas dan Gerrard tak ada tandingan sangat untuk posisi diorang. Mungkin Hendo je yang boleh ganti diorag berdua setakat ni.
Pemain tengah menyerang : Coutinho pilihan utama dan kalau ikut prestasi perlawanan ni, Moses boleh jadi pengganti dia.
Penyerang : Dah tentu Suarez dan Sturridge. Cuma aku nak tengok macamana kalau Aspas main dalam sistem ni.
Simpanan : Jones | Sakho | Sterling | Ibe | Hendo | Alberto | Moses

Apa yang aku suka tentang formasi ni?

1. Liverpool ada 3 pemain pertahanan berbanding 2 yang akan terpisah di tengah dalam sistem 4-4-3. Jadi pertahanan sepatutnya lebih baik walaupun bek sayap kiri dan kanan lambat kembali ke posisi. Bek tengah juga boleh keluar posisi ke bahagaian tengah bertahan sekiranya perlu tanpa meninggalkan ruang besar dengan adanya 2 lagi pemain bek tengah.
2. Bahagian tengah Liverpool lebih padat dan ramai dengan bantuan 2 pemain bek sayap kiri dan kanan. Jadi Gerrard boleh naik tinggi sikit untuk bantu serangan sebab ada 3 bek tengah dan Lucas belakang dia.
3. Liverpool boleh bertahan dari atas dengan adanya 2 pemain kiri dan kanan yang tak perlu risau sekiranya terlepas bola memandangkan ada 3 pemain bek tengah dan pemain tengah bertahan untuk cover mereka. Tekanan tinggi keatas pihak lawan akan memaksa pihak lawan buat silap, Liverpool dapat kuasai bola semula dan membuat lebih banyak serangan.

Masih awal untuk tahu samada sistem ni lebih berkesan atau tak. Mungkin BR akan terus guna atau guna bila perlu. Mungkin dia akan kembali ke formasi asal bila semua pemain cergas. Siapa tahu? Jadi kita kena tengok apa yang BR akan buat lepas ni. Yang pasti BR nampak makin matang selepas setiap perlawanan.

Persoalan sekarang : Adakah ini formasi BR untuk perlawanan lepas ni? Siapa yang korang nak tukar dari kesebelasan utama kat bawah ni? Siapa akan ganti Lucas yang akan digantung?

Formasi 5-3-2

YNWA.

One thought on “Sunderland 1-3 Liverpool. Formasi Baru Lebih Berkesan?

  1. ni aku tinggalkan komen..aku dh mula suka ngan BR..sbb die dh pandai gunakan taktikal yg sesuai berdasarkan pemain yg sihat..lg satu die adaptasi sepenuhnya kekuatan n kepakaran sseorg player n membeli variasi player yg mampu bertahan n menyerang..good luck BR..

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s