Liverpool 0-1 Southampton. Masa untuk pecat BR?


Ulasan Perlawanan Liverpool 0-1 Southampton redderscreepers

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool tewas buat pertama kalinya musim ni. Banyak yang dipersoalkan lepas perlawanan ni. Jadi aku cuba kumpulkan beberapa yang aku nampak dan cuba bagi komen. Ini pandangan aku. Bukan dari BR. Aku mungkin akan gunakan apa yang BR cakap pada media dan pemerhatian aku tentang BR. Sebelum tu aku nak bagi amaran. Kalau korang tengah marah lagi pasal perlawanan semalam. Pangkah je tab untuk blog ni. Dah bertenang baru datang balik baca. Entri ni untuk cuba cari rasional di sebalik perlawanan ni. Dah sedia? Jom kita mula.

4 bek tengah

Ini antara perkara pertama yang semua orang tekankan lepas perlawanan. Aku taktau apa jadi kalau kita menang. Kemungkinan ayat “BR memang power!” atau “BR memang pandai taktikal” berkumandang selama beberapa hari. Tapi realitinya, itu pilihan yang dia ada. SABAR. Biar aku terangkan dulu. BR kata itu je pilihan yang dia ada sebab seperti yang kita tau, Wisdom tak boleh lagi nak diharapkan sepenuh masa, Kelly belum sampai tahap kecergasan. Setahun dia tak main. Bukan sekejap. Enrique pulak kemungkinan ada masalah samada kurang cergas atau kurang semangat waktu latihan. Sebab tu BR tak mahu dia main dari mula dan kemungkinan besar terpaksa je masukkan dia separuh masa kedua.

Aku tak kisah sebenarnya 4 bek tengah ni main. Sebabnya Toure pernah main bek kanan. Sakho pun pernah main bek kiri. Dua-dua pemain yang berpengalaman. Bukan budak-budak. Atas kertas pun nampak tak ada masalah. Dan aku ada terbaca sebelum ni yang semua sibuk suruh Toure main bek kanan waktu Wisdom main teruk. Dan aku masih ingat ada orang cakap, “Sakho pun boleh main bek kiri”. Jadi apa masalah sebenarnya? Dan sekarang, seperti yang aku jangka, semua nak Illori main pulak. Sebab dia sorang je belum main. Dan jangkaan aku, kalau dia main dalam perlawanan ni pun, dia akan jadi mangsa kutukan. Memang dia ada kelajuan, tapi dia kena sesuaikan dengan BPL. Bukan main redah je. Sakho tu power tapi disebabkan BPL ni lain sikit, dia nampak huru hara. Dia selalu sliding awal tak tentu hala. Tapi dalam perlawanan ni nampak kurang sikit. Mungkin sebab main sebelah kiri. Oh, lupa lagi satu, Sakho dan Toure jauh lebih berpengalaman dari Illori. Kelajuan bukan segala-galanya. Tak caya tanya Carra😉

Memang BR sendiri akui yang opsyen menyerang sedikit berkurang bila guna Sakho dan Toure. Tapi bagi aku, bantuan serangan yang Sakho dan Toure tunjukkan dalam perlawanan ni mencukupi. Jadi apa masalahnya? Kita naik ke bahagian tengah…

Bahagian tengah kucar kacir

Seperti perlawanan lain, Lucas dan Gerrard jadi paksi tengah untuk kawal permainan. Lucas, macam biasa jadi tukang hentikan serangan lawan. Dia berkesan main macam tu. Cuma dia akan jadi lebih bernilai kalau dia boleh sama-sama membantu serangan sedikit sebanyak waktu diperlukan. Gerrard pulak, aku rasa ini bukan perlawanan yang baik untuk dia. Dia nampak tak fokus. Mungkin sebelah mata dah pandang perlawanan piala liga lawan MU kot? Mungkin. Aku buat spekulasi je ni. Dia banyak hilang bola waktu separuh masa kedua. Waktu Liverpool susah nak pegang bola. Bahagian tengah ni tak akan nampak lemahnya selagi tak diserang bertubi-tubi.

Southampton dah buktikan, kalau main dengan kemas dan tersusun, senang je nak kawal bahagian tengah Liverpool ni. Aku dari akhir musim lepas dah cakap Liverpool perlukan pemain tambahan di bahagian tengah dan dah terbukti BR tak ada duit yang banyak untuk berbelanja. Kalau tak aku pasti ada pemain tengah bertahan dan sorang lagi penyerang dia nak bawak masuk. Liverpool gunakan 2 pemain tengah untuk bantu pertahanan jadi hanya seorang pemain tengah digunakan untuk bantu serangan. Sebab tu Liverpool tak ada masalah untuk serap serangan lawan. Dengan syarat, permainan seimbang seluruh padang dan tak tertumpu di kawasan Liverpool sahaja. Apa yang menyumbang permainan tak seimbang?

Bahagian Serangan Tak Berfungsi

Orang kata “attack is the best defense” dan defense is the best attack”. Dalam perlawanan ni, aku nampak ada jurang besar antara bahagian serangan dengan pertahanan. Bila Soton tekan pemain pertahanan dan penjaga gol, Liverpool terpaksa main hantaran jauh. Disebabkan ada ruang besar di bahagian tengah, kebanyakan bola pertama dan kedua dapat kat pemain Soton. Satu lagi masalah bila tak ada Coutinho ni, tak ada pemain yang boleh gerakkan serangan dan pegang bola lama sikit. Tapi yang aku pelik, Liverpool macam tak nak menyerang pun dalam perlawanan ni. Lagi banyak duduk bertahan dan buat counter attack.

Bila pemain serangan takleh pegang bola lama sikit, banyaklah serangan Soton leh gerakkan dalam kawasan Liverpool. Bila dah serang bertubi-tubi, berkali-kali, bocor la jugak pertahanan kental mana pun. Nasib baik Mignolet tengah form. Kalau tak mau 3,4 gak kena.

Perbezaan Liverpool vs Soton

Avg Post Liv Soton

Kedudukan pemain – Seperti yang aku cakap kat atas, kedudukan pemain Liverpool terbahagi kepada dua; bertahan dan menyerang. Biasanya long ball SG8 yang akan jadi penghubung antara 2 kumpulan ni. Tak pun Coutinho yang akan kutip bola dari tengah sebelum bawak ke atas dan mulakan serangan. Tapi kali ni SG8 nampak tak keruan. Jadi dah hilang satu penghubung. Coutinho lak cedera tak dapat main jadi perlu ada pemain lain bertindak sebagai playmaker. Aku mengharap Alberto dapat main tempat Coutinho, tapi BR pilih Aspas. Bagi aku kat sini memang dia silap. Aspas kurang berkesan dan dia patut bagi peluang pada Alberto pulak buktikan kemampuan. Aku tak kata Aspas tak boleh pakai langsung. Cuma lepas beberapa perlawanan ni, Alberto pun patut diberi peluang.

Henderson antara yang sesuai jugak kalau nak letak belakang penyerang. Sebab dia sentiasa tahu kedudukan pemain lain dan hantaran dia pun ok. Tapi aku rasa BR nampak dia lebih kepada pemain yang rajin dan gunakan dia di sebelah kanan. Bahagian yang perlukan bantuan bertahan. Jadi dah kurang sikit keberkesanan Hendo di posisi serangan. Tapi dia masih lagi rajin buat dua-dua tugas. Dia juga ada peluang jaringkan gol di awal permainan tapi cubaannya terlalu ke tengah dan mudah diselamatkan Boruc yang cemerlang.

Berbalik kepada kedudukan pemain, cuba bezakan kedudukan(purata) pemain Liverpool dan Soton. Soton kekal kompak samada bertahan atau menyerang. Sebab tu Liverpool susah nak tembus. Lagi-lagi bila Liverpool sendiri terbahagi kepada dua kumpulan. Dalam perlawanan ni, boleh nampak macamana Soton mudah bergerak dan hantar bola bila semua pemain sentiasa berdekatan. Tengok gaya diorang main, agaknya macamni la BR nak Liverpool main kot. Short pass, sentiasa ada opsyen untuk pass kawan. Menyerang satu unit, bertahan pun satu unit. Kan?

Kesimpulan

Liverpool memang main teruk game ni. Semua orang nampak. Tapi gol Soton pun hasil sepakan penjuru. Ye..ye..memang Mignolet selamatkan semua cubaan lain, tapi pointnya kat sini, Liverpool berjaya serap serangan yang lain tu. Cuma yang menyebabkan kalah adalah sebab Liverpool tak berjaya jaringkan gol walaupun sebijik. Inilah sebab BR kata masih perlu pemain bahagian serangan. Bahagian pertahanan bagi aku tak ada masalah dah. Dah boleh tahan satu musim. Tinggal bahagian serangan je kena tajamkan lagi. Jadi lagi kreatif.

So, dah sampai masa ke pecat BR? Hahah..jangan buat lawak la. Baru 5 perlawanan BPL musim ni. Kita menang 3 Seri 1 dan kalah 1. Aku rasa ini antara permulaan musim yang terbaik. Banyak lagi perlawanan musim ni. Suarez tak main lagi, Pemain-pemain baru tak tunjuk taring lagi. Budak-budak muda pun menunggu je kat tepi nak curik peluang main. Banyak lagi yang boleh kita enjoy musim ni. So kalau rasa berat sangat menyokong Liverpool ni, dah sampai masa fikir balik sebab apa sokong Liverpool. Bukan pemain dan pengurus sengaja nak kalah. Diorang dibayar mahal untuk pastikan menang. Bayangkan kalau kita buat salah waktu kerja. Apa rasa? Ini siap buat salah sambil satu dunia tengok lagi.

Orang kata penyokong Liverpool yang terbaik di dunia. Aku kata itu SALAH. Bukan semua layak dipanggil penyokong terbaik. Sama jugak bila orang kata SEMUA penyokong MU teruk. Nak jadi penyokong terbaik kena buat yang terbaik. Bukan protes nak tukar pengurus setiap kali kalah. Haritu kemain kutuk fans MU mintak pecat Moyes sebab kalah. Takkan kita lak nak jadi fans macam tu kan? Kena bahan ngan member tu dah biasa dah. Lama dah training kan😉

So aku cabar korang berhujah secara berhemah kat ruang komen kat bawah ni. Kalau korang berani la. Topik2 cadangan –

1. Siapa flop dlm perlawanan ni dan kenapa?
2. Siapa yang korang rasa patut bermain dalam kesebelasan utama sekarang dengan beberapa pemain tengah cedera? Bagi sebab sekali kenapa.

YNWA.

MUSIM INI MUSIM KITA.

* Banyak benda dalam kepala tapi ini je yang keluar…huhu

22 thoughts on “Liverpool 0-1 Southampton. Masa untuk pecat BR?

  1. Tahniah Red bro… Satu ulasan dan “insight” yang baik dan perlu diberi pujian. Tak banyak yang perlu diperbetul atau disanggah.

    Seperti yang diketahui penyokong dan peminat adalah dua perkara yang berbeza, mana2 kelabpun menghadapi senario yang serupa.

    Sedikit penambahan diatas prestasi Captain “Fantastic” Steven Gerrad… seperti yang terpampang disemua dada akhbar British pada satu sessi latihan satu ugutan bunuh terhadap dia dan keluarganya telah dibuat oleh seorang peminat team lawan secara terang-terangan di Melwood. Bagi aku ini ada sedikit memberi kesan terhadap emosi dan pertimbangan beliau. Walaupun kita tahu Legend LFC ini dah season tetapi dia juga manusia dan emosi serta gangguan sebegitu kekadang memberikan kesan sampingan terhadapnya.

    Satu lagi faktor ialah usia, dia bagi aku telah diturunkan pada setiap perlawanan dan boleh dikira dengan jari berapa perlawanan (sekiranya dia sihat) dikeluarkan dan digantikan, baik bersama kelab maupun negara. Dia perlu juga diberi ruang untuk mempunyai rehat yang cukup.

    Bersabit kes Luis Alberto, aku amat bersetuju dengan pendapat ko, Sepatutnya dia diturunkan menggantikan tempat Aspas. Aku tak ada apa2 masalah dengan Aspas dia memang seorang pemain berbakat dan bagus tapi baru 4 game yang dia dapat peluang merasai betapa BPL ni adalah pentas yang berbeza dan memerlukan ketangkasan dan daya fizikal yang amat mencabar. Dia perlukan masa, cadangan aku supaya dia diberikan lebih masa bersama pasukan akademi supaya dia dapat menyesuaikan diri.

    Hendo ~ Dalam perlawanan ini dia ditugaskan sebagai “parallel midfield” atau sebagai
    dinding pemisah serangan kita maupun lawan. Dia seorang pemain muda yang sangat berbakat dan rajin… semakin lama aku terbayangkan Dirk Kuyt dah dia ni.

    Moses dan Sturridge banyak hilang bola dan serangan balas (counter attack) telah membuatkan “Defend” yang walau sekebal mana pun diuji ketahap maksima dan dibelasah teruk, tetapi 4 “central” yang digunakan bagi aku telah melakukan tugas dengan sangat berkesan ~ tak ada jaringan gol padang kan? Hanya Soton bertuah kerana satu “set piece” dan satu kesilapan berjaya membuahkan satu gol (gol nasib bagi aku).

    Akhir sekali Mignolet ~ Dia setakat ini memang tidak mengecewakan. Refleks dan ketajaman dia membaca bola hingga berjaya membuat triple save amat mengujakan dan perlu diberi pujian. Ingat tak Double save penalti aritu? Brad Jones dan Danny Ward aku rasa terpaksa mendaki “gunung yang besar” untuk menggantikan tempatnya.

    “Keep the Faith” dan “Support n Believe” itu yang semua para “penyokong” perlu tanamkan didalam diri kalau nak jadi seorang penyokong yang berguna. Nak jadi penyokong yang “tak guna” sangat mudah, hina jer, kutuk jer, jual jer yang dirasa tak sampai tahap yang dikehendaki…betul tak?

    Aku suka baca pengulasan ko setakat ini bro..keep up the good work…YNWA

    • Terima kasih sebab sudi singgah dan baca…siap tinggal komen lagi. Benda yang jarang2 berlaku kat blog nih..heheh..

      1. Setuju bab Gerrard tu. Cuma tak dapat terima kenyataan yang dia dah makin tua. Taktau hari dia bersara nanti macamana. Sedih kot. Harap2 Liverpool bersedia dengan pengganti la lepas ni. 50 juta pun kira murah untuk harga pengganti Gerrard…huhu

      2. Kalau Alberto main lawan MU leh gak tgk cemane dia cope full game. Sebab setakat ni tak dapat lagi nak tgk full game contribution dia macamana. Hendo lak, kalau Semua striker/winger dah fit, bole gak jadi backup Lucas/Gerrard

      3. Mignolet best buy setakat ni. Giler tangkas macam kucing! Kalau dia boleh improve tang corner tu mantap dah la. Kompem Barca semua sibuk nak beli…heheh…

      YNWA Bro🙂

  2. BR yg salah kali ni. Main kt home x perlu 4 cb main dan mmg perlu proper rb/lb untuk bg support bab serangan. 5 game tiap kali 2nd half je lfc main mcm penakut dan dah expect 2nd half aritu. Liverpool perlu pemain beri inspirasi mcm suarez dan game aritu mcm kolo toure patut jadi kapten

    • Tapi Enrique masuk pun main macam ape je. Asyik pusing2 pastu hilang bola. Katenye lutut tgh sakit. Mungkin sbb tu dia tak bagi dr start. Wisdom tak reliable. Kelly belum fit. Siapa je lg dia ada?

  3. mmg dgr rmi gak duk salahkan BR. tp bg aku la, ini bukan soal salahkan sapa2. mmg BR lg tau opsyen yg dia ada utk game tu. plus BR is a tinker and a thinker. dia akan cuba optimized kan sebaik mungkin opsyen yg ada utk sesuatu game.

    hari ini tiada coutinho pun da nmpk sesak, tak lama lg bile gerrard da bersara dan kalau coutinho injured mcmne? the point is, kte kne lari dri skema kebergantungan pd satu2 pemain.

    apa2 pun utk 5 games pertama ni LFC sudah perform lebih dri yg aku jangka. .

  4. Liverpool tidak bermain seperti perlawanan pertama,kedua dan ketiga.kalau menang dengan sunderland.liverpool berjaya bermain untuk menang seperti perlawanan pertama.kedua.ketiga dan kelima.YNWA.

  5. Beza 2 mata dengan Arsenal bagi aku tak jauh utk dikejar..permulaan musim yg bagus utk Liverpool sebenarnya dan bagi aku, mengejar lebih baik daripada dikejar. Kita akan selalu melihat yg di atas tapi bila kita di atas, kita akan lihat apa yg di bawah.

    Semua org dah buka mata dengan kelemahan2 LFC sejak dari game vs Swansea lagi, tentang kekurangan dan penambahbaikkan. Bagi aku, ini tonik terbaik LFC dan BR utk suntik vaksin dalam virus yg tengah membiak sekarang ni.

    Ada bagusnya LFC tak layak UEL apatah lagi UCL sebab secara tak lansung BR ada banyak masa utk rencana kan strategi dan kecergasan player. Pemain pun banyak masa utk berehat dan fokus yg padu kat EPL.

    Bagi aku player LFC semua dah bagus, cuma lawan (Swansea & Soton), bersungguh nak benam mimpi indah LFC, tambahan pulak player2 Liverpool yang……kalau main FIFA, ada worst condition and bad condition….. Gerarrd dan Sturridge tengah bad condition, huhu….ko faham kan?

    So, bagi aku lebih baik kita sedar sekarang daripada kita sedar waktu LFC berpuluh2 poin kena tinggal dengan top liga. YNWA bro! aku suka baca blog ko, teruskan menulis😀

    • Memang tak jauh pun. Cuma ada yang takleh terima kalah dengan Soton. Padahal musim lepas kalah 3-1 n menang 1-0 je. Soton main bagus. Jeles aku. Untuk awal2 ni mengejar lagi best kot. Liverpool takde mentaliti nak duduk atas la aku rasa.

      Masalah 2nd half jadi lembik tu harap2 BR dapat setelkan la. Katenye dia pun taktau kenapa player jadi macamtu.

      Aku takut player2 ni overconfident. Takpun tak bersungguh main dengan team yg bukan nama2 besar. Payah gak kalau camtu. Ni league cup lawan MU mesti main bersungguh. Leceh ah kalau camtu. Sebab tu rasanya kena banyak budak muda. Stamina mantap lagi. Lari sehari pun boleh. Pastu diorang semangat sikit sebab baru nak up.

      Gerrard and Sturridge pun time ni la tak form. Adeh. Tapi aku rasa memang satu team punya pasal. Nak bergeak ke depan pun sangkut2. Soton pressure tinggi sikit kelam kabut. Aku ingat dah setel dah problem ni musim lepas. Tukar keeper terus reset balik agaknya…huhu

      Terima kasih banyak bro🙂

  6. patotlar liverpool beria benar dptkan willian dan henrikh haritu dgn bid harga tinggi..mmg masalah acm adalh besar kat lfc skrg..but leh lak br lpaskan suso n pacheco out tanpa carik cover..cube peratikan sape yg pure acm skrg kat lfc..mmg xckup n xde qualtiy as a true acm..pasal 2 xde sape yg yakin nak full serang sepenuh mase stiap game epl..mst 2nd half dh defensive mode..2 masalah liv skrg..kalu gerrard tgh top leh gak layan main attack..skrg die maintain main tgh jerk..so nmpk sgt liv sndiri berharap pd keajaiban utk menang..hanya luck jer yg memisahkan antara menang or kalah liv skrg..tgk kat scoresheet 1-0 jer kalu menang pun..liv dh mula trima kesannya mase game lwn swansea..biasenya liv menang bile mane mengamalkan taktik serang n bertahan bersama satu unit..tp utk dua game ni nampak mcm diorg lupa mentera azimat ni..hrp liv sedar n belajar dr kesilapan ini..n sy menunggu jan transfer utk liv ban duit lebih ckit utk memperbaiki posisi2 yg longgar kalu mmg berhajat nak dpt top 4..sekian..ynwa

    • Dengar cerita Liverpool tak up pun offer diorang. Tu yang tak dapat tu. Masa yang sama lak defend ada yang injured. So kena la utamakan dulu. Tapi kalau ikut BR dia nak beli semua yang dia nak. Tapi duit je takde. Kompem. Harap2 Januari nanti ade la cover untuk midfield and penyerang.

      Untuk posisi ACM tu sebenarnya BR memang carik player yang versatile. Boleh main mana2 posisi menyerang. Supaya dalam game diorang leh tukar2 posisi. Kalau ade yg injured pun senang nak cover. Rasanya bahagian atas ok dah. mungkin tambah sorang la lagi. Rasanya kalau pemain yg ada sekarang tgh form takde masalah pun. Antara cadangan menarik yg aku dgr, letak Hendo sebelah Lucas, Gerrard duk belakang striker. Lama tak tgk dia main belakang Striker. Boleh lagi tak agaknya?😉

      Yang risaunye bahagian midfield. Lucas, Gerrard, hendo ngan Allen je yang betul2 boleh main midfield. Allen lak tak sesuai main DM sgt(bergantung lawan sapa). So 3 orang je yang boleh diharap. Masalah Lucas lak dia ni single purpose je. Untuk stop serangan. Jadi dah kurang orang yang leh tolong menyerang. Mungkin sebab tu org tak nampak sgt function Lucas ni.

      *nasib baik beli defender ramai. Dan2 je Johnson, Agger, Enrique nak injured walaupun kejap je😉

  7. Mmg xdinafikan kita main teruk mlm tu..takde creativity whatsoever. After a great start it’s just a matter of time the run will end. Kecewa of course tp keep it cool. Have faith in BR. BR should know better about the team than most of us. Just remember we are Liverpool family and not other plastics fans..Keep the faith and #YNWA

    • Yup. Macam tak percaya je baru lagi Liverpool tengah bergelut dengan masalah kewangan la ape la. Now, semua gaduh sebab kalah 1 game. Time flies & time heals.

  8. Setuju 98% dengan artikel di atas.Rome tak boleh dibina dalam satu hari.

    Jelas sekali usaha BR bagi menerapkan falsafah ‘total football’ dalam skuad Liverpool,di mana semua players boleh bermain pelbagai posisi,not only stick into one position,Sakho dan Toure boleh bermain centreback dan fullback,Enrique dan Johnson play as a wingback,Sturridge Suarez Hendo sometimes go wide,begitu juga dengan player lain,cuma ia memerlukan sedikit masa untuk semua player boleh adapt dengan strategi dan completely gel together.

    Kekalahan dengan Soton tempoh hari tak boleh disifatkan sebagai “Liverpool lemah”,tetapi lebih tepat disifatkan sebagai “Liverpool leka dan lalai”.Lalai ketika bertahan,lalai ketika mengawal possesion,lalai ketika menyerang.

    Begitu juga dengan season2 sebelum ni,masalah Liverpool adalah tidak konsisten.Nampak gah dan solid minggu lepas,tiba-tiba minggu ni nampak longlai.Sekiranya masalah tak konsisten ni dapat ditackle oleh BR,nescaya CL spot tak pernah lepas dari genggaman Liv.

    5games 3wins 1draw 1lose 3cleansheets sememangnya permulaan season yg baik.Tindakan memecat BR mungkin tindakan paling dungu di alam semesta buat masa ini.

    Lagipun baru 5perlawanan,masih subuh,masih ada 33perlawanan 99points untuk diusahakan.Dengan kembalinya Suarez,pasti attacking option Liverpool lebih garang(dan kreatif).

    * Banyak benda dalam kepala tapi ini je yang keluar…huhu

    YNWA

    • Yup. Keywordnya, KONSISTEN. Ni isu sensitif gak ni. Sebab ada yang kata, nak konsisten jangan rotate pemain. Tapi aku rasa kalau pemain sama je, nanti ada yang mula leka. So cemana?

  9. Terus terang aku ckp ni antara game yg paling teruk dlm thn ni. tp x terlalu terkejut pun sebenarnya. byk game sblm ni permainan liverpool nmpak x konsisten. aku nampak liverpool ni cuma main 60mnt pertama je. lepas dpt gol pendahuluan liverpool mcm dah hilang nafsu utk buat serangan. main agak ‘deep’ utk pertahankan gol pendahuluan 2. corak permainan terus bertukar jd negatif dgn tiba2. sekali sekala je nmpak gerakan counter attack. permainan mcm ni pada aku sesuai utk midtable team. sory to say, kite mmg dah dlm kategori midtable team (berdasarkan ranking liga sblm ni). TAPI liverpool dlm proses utk meningkat blk masuk dlm kelompok big 4 seperti sblm ni. cuma winning mentality utk jd pasukan big 4 masih kurg. 1 gol then slowkan rentak game bkn la rentak permainan sang juara.

    Tu cite masa sblm coutinho injured la. masa lawan soton ni bg aku, penghubung antara midfield n bhagian attacking seolah2 mcm xde. xde creativity. byk control possession tp kurg creativity utk buat serangan. xde idea. ditambah pulak prestasi captain fantastic yg nmpak agak merudum. byk jgk die terlepas bola kat pihak lawan sejak dr lawan swansea ari 2. bg aku die perlukan rehat. die dah main setiap game liverpool n termasuk game england. atas faktor usia, aku rasa BR kena bg die rehat utk die dptkan balik kecergasan n ketajaman die. tp aku phm, bkn mudah nak ketepikan player besar mcm gerrard wlaupun 1 game. byk fan yg akan maki die klu ditakdirkan kalah masa simpan die. BR kena ade ‘telur’ nak buat mcm 2. aku x ckp gerrard xbgus, die legend kot. aku cuma nak die kembali pada prestasi mcm sblm ni.

    hmm..mcm ko ckp, mmg xde mslah utk guna 4 CB. bknnya player yg 1st time main out of position pun. cuma tertanya jugak,kenapa masukkan agger wlaupun die blm fit sepenuhnya? agger sndiri mngaku psl ni. agger antara org penting. xperlu dedahkan die dgn risk besar mcm ni. kelly blm fit spnuhnya tp aku dgr die dah dpt main full match masa dgn under 21st. xsalah nak try die masa game lwn soton 2.hmm..mslh ACM, alberto paling layak utk gantikan tempat coutinho buat sementara. die sepatutnya dpt peluang lepas main dgn cemerlangnya masa dpt hattrick ari 2. umor x sepatutnya jd penghalang utk mana2 player jadi kesebelasan utama. even player yg cemerlang dlm training je pun ptut diberi tmpat. tp yela kan, kang org ckp xptut plk. xkan tibe2 nak ubah kesebelasan winning team ari 2. situasi skrg coutinho dah injured. hope BR bg peluang utk alberto masa lwn man united nnt. kepulangan suarez mgkin dpt tajamkan lg serangan. kemenangan je yg dpt kembalikan moral team. BR kena buat sesuatu utk cr player sesuai ganti tempat coutinho.(ofcoz la bkn aspas) keh3

    apapun, permulaan yg baik..nmpak dah peningkatan dr segi point dlm league.keep it up. pada yg nak BR kena pecat 2, lu dah boleh pelan2 pegi sokong chelsea/mcity..

    ****aku pun rasa byk yg x dpt aku nak ckp. lain dlm kepala lain yg taip. mls nak tgk blk. aku nak tidooo keh3

    • 1. At least perlawanan sebelum ni still ada gerakan menyerang yang cantik2. Game ni memang susah sgt nak bergeraknya. Pastu time ada peluang, tak masuk lak. Yang aku risau bila BR cakap pasal pemain jadi slow lepas sejam. Dia sendiri cam taktau kenapa jadi macamtu. Ngeri betul…

      2. Gerrard memang kena rehat. Tapi masalahnya, siapa nak main? Yang ada untuk main posisi dia Hendo, Allen, mungkin Alberto kalau main keatas sikit (Lucas sorang bertahan). Tu yang aku pelik kenapa tak beli pemain tengah. Posisi penting tu. Tengah tak hidup payahla nak menang.

      3. Bab Agger ni taktau nak salahkan siapa. Agger cakap dia dah fit. Padahal belum lagi. Tapi diorang tak cek ke ah? Time training tak nampak ke? Rasenye baik gamble dengan Wisdom sebelah kanan, Skrtel & Toure kat tengah dari gamble Agger kat tengah. Kat sini aku kompius. BR kata dia KENA main jugak. Taktaula apesal.

      Aku suka ayat untuk org yg suruh pecat BR tu..heheh…

      Terima kasih sudi kongsi pendapat yang panjang berjela🙂

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s