Swansea 2-2 Liverpool. Perlawanan Jonjo Shelvey.


Ulasan Perlawanan Swansea 2-2 LiverpoolSalam dan selamat sejahtera. Perlawanan menentang Swansea ni menimbulkan macam-macam reaksi penyokong. Pertama sekali, Liverpool dan Swansea ada sikit rivalry selepas BR pindah ke Liverpool musim lepas. Liverpool main dengan gaya yang hampir sama dengan gaya yang dah lama diterapkan di Swansea. Tapi gaya tu dah diubahsui mengikut kekuatan pemain yang ada di Liverpool. Baru-baru ni permusuhan antara dua kelab ni makin panas lepas Shelvey pindah ke Swansea. Masa Shelvey kompem ke Swansea aku dah risau. Sebab aku taknak dia skor lawan Liverpool. Sebab aku tau dia mesti semangat lebih lawan Liverpool sebab nak buktikan dia sebenarnya pemain yang bagus. Cuma tak diberikan peluang di Liverpool. Dan ramalan aku benar belaka. Cewah.

1 gol dan 3 assist

Shelvey nampaknya bersungguh nak buktikan kemampuan dia. Awal permainan lagi dia dapat jaringkan gol untuk Swansea. Punca gol bermula dari clearance Sakho yang tak berapa nak jauh dari kotak penalti. Mulanya Shelvey nak volley tapi terlepas, tapi bola yang melantun-lantun tu dia tahan, acah sorang pertahanan Liverpool sebelum lepaskan rembatan yang sempat dihalang Skrtel. Tapi nasib memang kat dia sebab bola tu tak pergi jauh dari kaki. Dia tunjukkan betapa rilek dia depan gol. Dia kawal bola dan lencongkan ke dalam gol menggunakan kaki kirinya. Mignolet takleh nak buat apa dalam jarak macam tu.

Waktu ni aku dah terbayang dia dapat hatrik. Scary woo. Tapi lepas tu dia buat satu kesalahan yang Gerrard pernah buat dulu. Backpass yang tak sampai ke penjaga gol. Kredit kepada Sturridge yang bijak baca permainan dan kredit juga kepada pemain lain yang menekan Shelvey untuk buat kesilapan tu. Waktu ni aku dah kurang risau. Sebab aku tau dia pemain yang agak baran jugak. Jadi dia ada ego yang tinggi. Bila dia buat salah, sikit sebanyak akan bagi kesan pada permainan dia. Gol kedua Liverpool dijaringkan oleh Moses. Pemain yang buat penampilan pertama untuk Liverpool. Pemain yang akan bagi ruang untuk Coutinho main di belakang penyerang.

Dari apa yang aku nampak, Moses ni macam belum fit je. Dia nampak macam pendiam pun ada. Belum biasa dengan team mate ke memang dia macam tu orangnya? Ada siapa-siapa yang selalu tengok dia main masa kat Chelsea dulu? Tapi aku rasa dia akan menyerlah macam Shlevey sebab dia pun antara pemain yang nak buktikan kemepuan dia lepas gagal di kelab sebelumnya. Dan dia dah mula buktikan dengan gol pertamanya. Dia dapat bola hasil hantaran Shelvey yang tak menjadi lebih kurang di bahagian tengah padang sebelum dia bawak bola dengan yakin menuju gol. Dia mengacah dan bergerak ke tengah sebelum melepaskan rembatan rendah ke sebelah kanan Vorm yang hanya mampu tengok je.

Waktu ni aku dah yakin Liverpool akan menang. Tapi nampaknya kali ni nasib tak menyebelahi Liverpool. Coutinho cedera bahu lepas bertembung dnegan Ashley Williams. Waktu ni la perlawanan berubah. Liverpool tak ada kreativiti untuk cari ruang menyerang. Liverpool main bertahan je sampai habis. Penguasaan bola pun makin teruk. Swansea makin selesa dan akhirnya, Shelvey sekali lagi memainkan peranan untuk menghasilkan gol penyamaan Swansea.  Dia buat larian yang sangat bijak. Dia sempat tengok kedudukan Michu sebelum menanduk bola kearah Michu yang mudah jaringkan gol melepasi Mignolet. Menyumpah gak aku waktu ni. Sebabnya aku takut Liverpool kalah. Tengok dari gaya permainan, memang Liverpool patut kalah pun.

Pendapat aku

Pendek je ulasan aku kali ni. Tengah sibuk siapkan kerja. Ada dua photobook dalam progres untuk siapkan sebelum hujung bulan. so faham-faham la. Apa yang aku nak tekankan adalah betapa kecewanya rasa bila Liverpool seri. Dan dalam masa yang sama, aku sedar something. Liverpool masih di tangga teratas liga. Kenapa kecewa sangat? Sebabnya harapan kita pada pasukan kesayangan kita ni makin tinggi. Aku pernah dengar orang cakap, kalau dah duduk atas, maknanya tinggi kemungkinan untuk jatuh. Sama jugak dengan harapan. Makin tinggi harapan makin senang kecewa. Tak salah letak harapan tinggi, cuma kena bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Sebenarnya aku risau tengok Liverpool main masa separuh masa kedua musim ni. Terlalu bertahan. Penguasaan bola berkurang. Aku ngan kawan aku, Mahathir sampai ke kesimpulan yang bukan semua pemain dah sampai tahap kecergasan sepatutnya. Jadi kena main ikut kemampuan pemain yang paling lemah supaya tak berlaku kecederaan dan sebagainya. Kalau tengok balik, Sturridge pun ada masa tak bersungguh kejar bola dalam perlawanan ni. Untuk main dengan laju selama 90 minit bukan senang. Tapi aku harap BR ada cara nak atasi masalah ni. Sebab aku takut Liverpool tak boleh nak bertahan macam ni sampai hujung musim. Mungkin aku silap, dan aku harap aku silap. Jadi kena tengok macamana BR uruskan pemain dia.

Sekarang baru rasa Suarez penting. Sebabnya, dia jarang cedera. Walaupun hari-hari kena taji kaki dia. Aku rasa Moses, Sturridge & Suarez kat depan memang meletop la. Dengan syarat, semua fit la. Pastu belakang diorang lak, Coutinho. Pergh!!! Mengancam kan? Untuk kes si Sakho lak, macam-macam orang komen. Ada yang puji, ada yang kutuk. Bagi aku, untuk perlawanan pertama dia dalam BPL, dia main dengan baik. Banyak dia intercept serangan lawan. Tapi kelemahan dia adalah samada dia buat keputusan terburu-buru atau dia tak dapat agak kelajuan permainan dalam BPL lagi. Sebab setiap kali dia buat sliding tackle, setiap kali tu la huru-hara pertahanan Liverpool. Tapi aku yakin kalau dia berjaya sesuaikan diri dengan BPL, dia boleh jadi bek tengah yang hebat.  Oh ya, aku rindu kat Johnson. Walaupun selalu kutuk dia. Sekian.

Itu je dulu kot dari aku kali ni. Korang kalau ada pendapat apa-apa kongsi la ngan aku, takde la aku syok sendiri je kan? Hahah..jumpa lagi lepas perlawanan lawan Soton Sabtu nanti😉

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s