Liverpool 1-0 MU. Hadiah Terbaik Buat Sturridge & Shankly.


Ulasan perlawanan Liv 1-0 MU

Salam dan selamat sejahtera. Dah lebih seminggu dah perlawanan ni berlalu. Apa perasaan korang? Masih teruja? Masih seronok mengenakan kawan-kawan MU? Dalam seronok membahan kawan tu jangan sampai melampau. Bagi aku persahabatan tu datang dulu. Baru bola sepak. Mesti ramai tengah bosan kan sebab sekarang tengah International break? 2 minggu tak ada BPL. Tapi ok la ada WC Qualifier, Pestabola Merdeka. Ramai yang merungut pasal international break ni. Sebab timing dia macam mengarut je. Baru mula BPL 3 perlawanan dah berhenti sebab bagi laluan untuk International lak. Tapi aku rasa kali ni timing memang tepat memandangkan ada beberapa pemain yang cedera, Masa 2 minggu ni sempat la nak baik sikit-sikit. Tak la banyak sangat perlawanan yang diorang miss nanti. Aku pun leh la delay ulasan ni dulu memandangkan sibuk bekerja…heheh.

Bill Shankly & Daniel Sturridge

Waktu perlawanan ni semua penonton di stadium buat mozek untuk memperingati Bill Shankly yang akan berusia 100 tahun sekiranya beliau masih hidup pada 2 September 2013. Dia merupakan pengurus terbaik Liverpool sepanjang zaman. Paisley lagi banyak dapat piala dari dia, tapi kenapa Shankly yang lagi legend? Sebabnya, Shankly la yang memperkenalkan bola sepak moden di Liverpool. Dia yang letakkan batu asas dalam pembinaan pasukan Liverpool yang terhebat. Dulu aku ada kongsi satu artikel mengenai Shankly, baca KAT SINI. Yang jadi lagi menarik, waktu hari perlawanan ni, Sturridge sambut harijadinya yang ke-24. Jadi semua mata tertumpu kat dia.

Gambar-gambar ikonik Bill Shankly

Video Penuh Perlawanan! (Masih wujud waktu aku tulis entri ni)

Aku rasa tak ada penyokong Liverpool yang miss game ni kecuali kalau betul-betul terpaksa. Sebab semua tau Liverpool ngan MU ni tak ngam. Tambah-tambah lagi pengurus baru diorang bekas pengurus Everton. Tu yang buat tambah syok tu. Aku tengok ramai yang pegi live viewing tapi aku tak larat aih. Sehari sebelum match tu ade job. So Hari Ahad aku melepet je kat rumah sambil tunggu perlawanan bermula. Tambah pulak hujan lebat sampai petang. Memang syok la guling-guling. Musim-musim lepas aku sentiasa ada rasa risau bila lawan MU ni. Tapi musim ni tak sangat la. Aku taktau perasaan tu hilang sebab tengok prestasi Liverpool sebelum ni atau sebab Moyes pengurus diorang…heheh. Apapun, aku tau perlawanan ni tak akan membosankan macam time diorang seri dengan Chelsea haritu.

Separuh Masa Pertama

Seperti yang dijangka, Liverpool mulakan permainan dengan bertahan dari atas lagi. Macam yang orang selalu kata, pertahanan adalah cara serangan terbaik. Untuk bertahan dari atas, Liverpool perlu pemain yang rajin dan pemain bek kanan dan kiri yang laju. Seperti yang aku tunjuk dalam gambar bawah ni, Liverpool akan kekal dalam formasi yang kompak dan menekan pemain lawan untuk membuat kesilapan. Bek kanan dan kiri akan membantu pemain serangan untuk dapatkan bola balik. Cara ni berisiko tinggi tapi pulangannya pun tinggi. Hasil tekanan Hendo keatas Young, Sturridge dapat melepaskan rembatan yang terbias keluar untuk menghasilkan sepakan sudut yang seterusnya menghasilkan gol Sturridge. Kredit kepada Agger untuk tandukan pertama.

Di mana ada bola, di situ ada pemain Liverpool. Johnson turut memnuhkan ruang sebelah kanan untuk memberi tekanan kepada pemain lawan.

Di mana ada bola, di situ ada pemain Liverpool. Johnson turut memnuhkan ruang sebelah kanan untuk memberi tekanan kepada pemain lawan.

Beza dengan muzim lepas (beberapa perlawanan) BR meletakkan 2 orang pemain tengah bertahan iaitu Gerrard dan Lucas. Sebab tu aku rasa Liverpool masih perlukan pemain tengah bertahan lagi sebagai backup untuk Lucas. Bagi aku hanya Hendo je boleh ganti tempat Lucas sebab dia pandai baca permainan dan banyak pintas hantaran pemain lawan. Sebab taktik ini jugak BR sebenarnya nak pemain bek tengah yang laju dan pandai buat hantaran. Supaya ruang antara pemain serangan dan pertahanan tak terlalu jauh. Bila tak banyak ruang, kurang la risiko untuk serangan balas.

Johnson vs Evra : Siapa menang?

Johnson vs Evra : Siapa menang?

Bagi aku, pertahanan Liverpool masih belum betul-betul mantap. Jauh lebih mantap dari musim lepas tapi belum cukup lagi. Terutamanya bahagian kanan dan kiri dan sewaktu set-piece. Contohnya Johnson waktu mempertahankan sepakan percuma (gambar di atas). Dia selalu gayat bila bola tinggi-tinggi. Evra yang belakang dia boleh tanduk bola ke tengah ke kawasan bahaya. Nasib baik sepakan beskal RVP tinggi. Orang yang selalu baca ulasan aku mesti ingat aku benci betul dengan Johnson ni kan? Heheh.. Tapi apa yang aku suka adalah cara Liverpool bertahan sebagai satu pasukan. Pemain sayap kanan dan kiri serta pemain tengah menyerang sama-sama turun bantu pertahanan. Tapi tugas bertahan untuk sayap kiri dan kanan lebih sikit pasal kena cover bek kiri dan kanan. Selalunya jadi lapisan pertama pertahanan di sayap masing-masing. Sebab tu aku rasa BR nak letak Coutinho kat tengah supaya dia tak dibebankan sangat dengan tugas bertahan dan boleh bagi lebih pada serangan. Lembik woo budak ni kalau semua dia kena buat.

Hendo, Gerrard dan Lucas bertahan di sebelah kanan.

Hendo, Gerrard dan Lucas bertahan di sebelah kanan.

Antara yang menarik dalam separuh masa pertama ni adalah Steven Gerrard. Dia dan Lucas kat tengah memang mantap. Ingat tak dia bentes Welbeck dan dapatkan bola balik waktu MU menyerang? Kalau dia lambat sikit, Welbeck dah pass ke RVP yang dah sedia untuk rembat bola. Tugas bertahan tak jadi halangan untuk kapten kesayangan kita nih untuk naik membantu serangan sekali sekala. Dia ada buat rembatan hasil lorongan ke belakang oleh Aspas tapi bola ditangkap mudah oleh De Gea. Memang kita dah tak dapat tengok Gerrard yang dulu lagi sekarang. Kurang dah larian solo masuk kotak penalti lawan. Kurang dah rembatan padu maut dari jauh. Tapi aku rasa larian dia yang sekali sekala ni pun bakal mendatangkan gol untuk Liverpool musim ni. Aku tak hairan kalau dia masih boleh dapat lebih 10 gol musim ni😉

Pada minit ke-17 lebih kurang, Liverpool sekali lagi tunjuk kenapa BR suka bertahan dari atas. Aspas dan Sturridge bekerjasama merapati penjaga gol yang menerima backpass dari pertahanan. Hasilnya De gea terpaksa buang bola. Dari situ Liverpool mengatur serangan tapi Sturridge gagal lorong bola ke aspas yang meluru ke arah gol tanpa dijaga. Kat sini kita boleh tengok cara yang BR terapkan dalam strateginya iaitu mengitar semula bola. Kepada yang baca artikel terjemahan aku ni, aku ade sentuh pasal menilai peluang. Kalau agak-agak takleh nak gerak ke depan, pemain akan hantar ke belakang untuk mula balik serangan. Taktik ni gunanya untuk elakkan pembaziran bola. Kat bawah ni diagram ringkas pergerakan bola sebelum sampai ke Sturridge. Aku ingatkan lagi sekali, ini adalah hasil lontaran kedalam yang Liverpool dapat lepas De gea sepak melulu sebab ditekan Aspas.

Cara Liverpool menggerakkan bola. Semuanya bermula dengan lontaran yang diperolehi selepas Sturridge dan Aspas menekan De gea.

Cara Liverpool menggerakkan bola. Semuanya bermula dengan lontaran yang diperolehi selepas Sturridge dan Aspas menekan De gea. Maap la malas nak buat pemain yang tak terlibat + pemain MU.

Persoalannya, Sturridge ni tamak sangat ke? Sebab dalam perlawanan ni ada beberapa kali dia boleh lorongkan untuk Aspas buat cubaan. Perlu ke tak sikap tamak dalam pemain penyerang? Adakah Suarez akan buat benda yang sama? Semuanya bermain dalam pikiran aku. Sebabnya, orang kenal Sturridge ni dengan sikap tamaknya di kelab-kelab sebelum ni. Tapi waktu musim lepas, dia tak tunjuk langsung sikap ni. Jadi aku anggap dia dah berubah ikut taktik BR. Mungkin dalam perlawanan ni je dia tamak. Sebab hari perlawanan merupakan harijadi dia, lawan pulak dengan MU waktu Liverpool sambut minggu Shankly. Aku rasa manusia yang paling pemurah kat muka bumi pun akan jadi kedekut waktu tu. Dan aku rasa, selagi dia jaringkan gol, tak ada masalah dia nak kedekut. Cuma mungkin dia kena jaring lebih lagi nak bagi orang puas hati dengan sikap kedekut dia tu😉

Apa agaknya Suarez akan buat dalam situasi ni?

Apa agaknya Suarez akan buat dalam situasi ni?

Pada minit ke-33, Cleverley dilayangkan kad kuning kerana mengasari Coutinho. Perkara yang aku rasa akan berlaku dengan kerap musim ni. Coutinho ni boleh buat orang marah. Sebab susah nak jaga dia. Cleverley, Giggs, RVP…siapa je yang tak bentes dia? Cuma kali ni Cleverley kata Coutinho patut buang bola keluar sebab Jones cedera. Sekali lagi isu fair play jadi perhatian. Setahu aku, pengadil akan suruh keluarkan bola sekiranya pengadil rasakan kecederaan tu teruk contohnya kepala berdarah atau kes patah-patah. Selagi pengadil tak suruh buang bola, pemain boleh teruskan. Memang atas budi bicara la pemain lawan nak keluarkan bola. Dulu aku rasa tak ada masalah benda ni. Cuma sekarang dah ramai sangat yang berlakon cedera. Lepas bola keluar elok lak berlari. Tu yang orang malas keluarkan bola kalau tengah menyerang. Cuma dalam kes ni memang Jones betul-betul cedera la.

Minit ke 39, giliran RVp lak lepas geram. bengang sebab Skrtel dan Agger susah nak lepas agaknya, dia taji kaki Agger yang tengah clear bola. Sebelum tu dia rebahkan badan walaupun Lucas tak sentuh dia. Minit ke-40 Carrick lak kena kad pasal tarik Aspas yang dah clear nak counter attack. Minit ke 46 RVP sekali lagi carik pasai. Dia tolak Skrtel lepas tu cakap Skrtel siku dia. Tengok replay tak ada pun. Walaupun Skrtel cam lelebih je masa kena tolak tu, aku still tak puashati. Dah la dia siap carik gaduh ngan Gerrard. Kalau aku jadi pengadil aku bagi je Skrtel ngan Persie tu kad kuning…heheh.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula agak perlahan bagi aku. Minit ke-48 Carrick yang dah kena kad kuning dipanggil oleh pengadil sebab mengasari Aspas. Mati-mati aku ingat nak bagi kad kuning kedua, sekali amaran je. Ceh~ Tapi bagus sebenarnya kalau pemain lawan dah ramai kena kad kuning. Bila ada kad, pemain lawan akan main hati-hati. Sebab tu penting kena ada pemain macam Suarez, Coutinho, Sturridge. Pemain-pemain yang boleh mengundang orang buat kekasaran. Minit ke-50, Liverpool gagal keluarkan bola dari kawasan penalti dengan baik sewaktu mempertahankan sepakan sudut. Tandukan Agger sampai ke kaki Young yang berada betul-betul di tengah dan mempunyai ruang antara Agger dan Gerrard untuk merembat. Ni kalau cerita musim lepas memang dah masuk dah ni. Tapi musim ni musim Liverpool kot😉 Kredit kepada Johnson yang tenang je tahan bola <– Aku puji gak Johnson okay…bukan kutuk je.

Kuat tu satu perkara. Fokus pulak satu perkara yang lain.

Kuat tu satu perkara. Fokus pulak satu perkara yang lain. ini antara saat-saat mencemaskan waktu perlawanan ni.

Minit ke-52 MU menyerang dari sebelah kiri tapi cubaan Valencia untuk hantar bola ke tengah dipatahkan Agger. Marah Enrique sebab Coutinho tak jaga betul-betul sebelah kiri. Dalam sistem BR ni kena pemain kiri dan kanan yang pandai menyerang dan bertahan. Sebab tu Hendo nampak selesa main dalam sistem ni dan sebab tu BR nak tolak Coutinho ke tengah balik kalau boleh. mungkin Moses merupakan jawapannya. Tapi aku tak pernah lak tengok Moses bertahan. Ok ke? Mignolet lak masih nampak goyang waktu sepakan penjuru atau sepakan percuma. Harap jurulatih penjaga gol Liverpool boleh uruskan benda ni😉

Hilang fokus atau kelemahan dalam strategi?

Hilang fokus atau kelemahan dalam strategi? Ruang besar gila kot!

Minit ke-56 membuktikan kerisauan aku. Mignolet berlaga dengan Agger sewaktu cuba menangkap hantaran Young. Mungkin ada masalah komunikasi kat situ. Apa yang aku nak tau, kenapa sebelah kanan tu kosong sangat sampai Young ada banyak masa untuk hantar ke tengah? Setahu aku BR memang suruh bek kanan rapat ke tengah dan pemain sayap yang akan turun mengisi ruang sebelah kanan. Jadi mana Henderson? Henderson sebenarnya mengisi tempat Gerrard yang mengejar bola di sebelah kanan. Tapi sebaik sahaja gerrard kembali ke posisi asal, Hendo lambat kembali ke posisi sepatutnya. Atau, memang sebenarnya Hendo di tempat yang betul memenuhkan ruang sebelah kiri tempat pemain lawan menyerang? Kalau betul, maksudnya memang bahaya la kalau pasukan lawan tukar side dengan pantas.

Minit ke-57, Welbeck mintak penalti dari pengadil. Kalau pengadil bagi, memang itu penalti paling lembut? (soft) la aku penah tengok. Minit ke-58 Young pulak kena kad sebab tarik Hendo yang dah ready nak counter attack. Minit ke-60, pemain muda harapan aku, Sterling lak masuk ganti Aspas. Aspas main ok. Cuma lambat sikit buat keputusan. Sama macam Sterling musim lepas. Mungkin dia perlu masa sebelum kita nilai dia. Tapi bagi aku dia ada potensi. Teknik dia bagus. Tinggal nak sesuaikan diri dengan BPL je lagi. Tak banyak benda menarik separuh masa kedua ni. Lepas Chicharito ngan anak rusa Nani masuk baru MU nampak hidup sikit. Minit ke-74 MU menyerang. Evra bawak bola ke arah kawasan penalti Liverpool dan Johnson melakukan terjahan yang menyelamatkan Liverpool tapi dia tak bernasib baik. Sekarang Liverpool dah sahkan dia tak akan main untuk 10 minggu! Harap-harap dia dapat main Bulan 12 yang dahsyat tu nanti.

Minit ke-76, Mignolet dengan cemerlangnya menyelamatkan rembatan Nani. Minit ke-78 Wisdom masuk menggantikan Johnson yang cedera. Adakah dia akan jadi pengganti Johnson untuk 10 minggu ni? Sama-sama kita tengok apa keputusan BR. Minit ke-83, Alberto masuk menggantikan Coutinho. Nampak penat betul Coutinho time ni. Dia memang sentiasa nampak hidup dalam setiap perlawanan. Cuma keberkesanan dia je berkurang dalam perlawanan ni. Mungkin sebab setiap minit ade je yang nak taji kaki dia. Mungkin sebab pemain lawan dah mula beri tumpuan lebih kepada dia. Minit ke-86 adalah waktu dimana jantung semua penyokong Liverpool di dunia berhenti untuk beberapa saat. Waktu ni RVP punya cubaan menerjah sisi jaring! Minit ke-94 Sterling membuat cubaan dari jauh dan memaksa De Gea untuk menepis bola ke atas. Dan akhirnya setelah 95 minit dan 34 saat, pengadil meniupkan wisel untuk mengesahkan kejayaan Liverpool menewaskan MU dan kini mengumpul 9 mata dari 3 perlawanan. 3 gol dijaringkan tanpa bolos!

Penutup

Aku tak pasti samada ini strategi yang akan dipakai sepanjang musim atau tak. Tapi apa yang aku nampak, BR mahukan pemainnya dapatkan gol awal. Semua pemain bekerja keras mendapatkan bola semula. Sebaik sahaja berjaya dapatkan gol, Liverpool akan masuk ke mod bertahan. Tapi bukan sepenuhnya. Mungkin fokus sahaja lebih kepada bertahan. Liverpool masih lagi menyerang sekali sekala. Tapi dari statistik di akhir perlawanan, jelas menunjukkan MU lebih banyak pegang bola di separuh masa kedua. Membuktikan yang Liverpool lebih banyak menunggu dan bertahan. Serius aku tak kisah kalau Liverpool main macam ni. Sebab Liverpool musim lepas tak mungkin dapat bertahan dekat 90 minit tanpa bolos. Secara idealnya, aku nak Liverpool menekan pemain pertahanan MU sampai habis. Tapi siapa yang ada stamina tinggi macamtu? Dan memandangkan baru 3 perlawanan diharungi, kita tunggu apa strategi BR lepas ni. Tapi buat masa ni, kita enjoy dulu perasaan gembira dengan pasukan kesayangan kita ni.

YNWA.

Tolong LIKE, SHARE, TWEET kalau korang enjoy baca blog aku ye😉

2 thoughts on “Liverpool 1-0 MU. Hadiah Terbaik Buat Sturridge & Shankly.

    • Hahahah…apesal la start balik la AF nih…adeh. Start balik la BPL vs AF pasnih..huhu…Rasenya banyak je game Hari Sabtu sebab Liverpool takde main Eropah musim nih.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s