Moneyball di Liverpool: Peluang atau Risiko?


mONEYBALL DI LIVERPOOL

Terima kasih kepada ReddersCreepers kerana beri peluang menulis di dalam blog ini. Di dalam kekalutan dan keghairahan perpindahan pemain untuk musim baru, terpanggil untuk membincangkan philosophy moneyball yang menjadi haluan baru di Liverpool di bawah FSG. Ramai pernah mendengar moneyball, tapi apa sebenarnya moneyball ini?

Mungkin ada pernah tengok movie bertajuk “Moneyball” lakonan Brad Pitt yang mengisahkan tentang prinsip ini. Prinsip moneyball di dalam pembelian pemain merupakan satu prinsip yang menekankan aspek statistik di dalam urusan pembelian pemain terutamanya pemain yang diketepikan atau diletakkan harga yang rendah. Basically, prinsip ini mengatakan pemain-pemain ini secara statistiknya boleh memberi prestasi hebat namun mereka masih murah dan diabaikan potensinya di kelab sedia ada. Dengan pembelian ini, kelab mempunyai potensi untuk mendapatkan persembahan yang memuaskan kerana mengikut prestasinya pemain ini telah membuktikan kemampuannya. Moneyball biasa digunakan di dalam permainan Baseball dan merupakan kesukaan FSG berdasarkan pengalaman di MLB.

Namun,  kemampuan prinsip ini dalam bola sepak masih dalam perdebatan hangat kerana bolasepak merupakan satu permainan yang mempunyai seribu satu faktor penentuan yang tidak dapat dikawal dan dikaji dengan menyeluruh. Sebagai contoh 1 assist di dalam perlawanan menentang Barcelona mungkin mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana lawan yang hebat namun secara statistiknya ia tetap dikira 1. Banyak faktor lain yang menentukan seperti kecergasan pemain, adaptability, posisi, keadaan mental, keadaan padang, prestasi sepasukan dan sebagainya. Semua ini diterjemahkan ke dalam bentuk nombor seperti berapa gol, berapa assist, berapa kad kuning dan sebagainya lalu menjadi penentu awal dalam pemilihan serta pembelian pemain. Wajarkah?

Di dalam kes Liverpool, konsep moneyball telah dipandang serius oleh Damien Comolli yang percaya kepada kuasa dalam pembelian ketika era King Kenny sehingga terhasil pembelian Charlie Adam, Stewart Downing, Jordan Henderson dan Andy Carroll. Sehingga kini hanya Henderson yang berjaya meyakinkan kita akan potensinya sebaliknya 3 yang lain telah dijual dengan kerugian yang besar. Downing merupakan antara pemain yang dibeli berdasarkan statistiknya di Aston Villa yang menunjukkan impaknya lebih kurang dengan Ashley Young namun statistik kedua-dua pemain pada musim pertama mereka di kelab baru amat berbeza. Young mendapat lebih assist dan Downing menjadi bahan jenaka. Dan berakhir dengan dijual ke West Ham selepas cuba mempertahankan tempatnya. Pada saya, puncanya adalah perbezaan taktikal Aston Villa dan Liverpool ketika itu, Villa berharap pada counter attack dan Liverpool pass and move. Dalam mencari formula untuk menempatkan Suarez dan Carroll serentak kerana perbezaan corak permainan mengakibatkan permainan natural Downing terjejas dan mengakibatkan segala statistik sebelum ini tidak boleh diguna pakai. Perkara sama berlaku dengan Carroll dan Adam yang mempunyai statistik menarik ketika di Newcastle dan Blackpool namun tidak dapat mengulanginya di Liverpool.

Kini, memasuki tahun kedua era Brendan Rodgers, kita dapati prinsip moneyball masih sedikit sebanyak diamalkan namun fokus utama adalah kepada pemain muda berpotensi dan mempunyai keupayaan yang diperlukan oleh pasukan. Bukannya statistik sahaja. Pembelian Sturridge dan Coutinho adalah lebih daripada statistik. Statistik keseluruhan Coutinho di Inter Milan adalah 50 perlawanan dengan 5 gol dan 8 assist. Tidak cukup baik untuk Liverpool. Manakala statistik Sturridge sepanjang di Chelsea adalah 55 perlawanan 15 gol dan 8 assist. Pinjaman di Bolton menunjukkan kemampuan Sturridge secara statistik (8 gol dalam 12 perlawanan) dan ini menyokong perpindahan ini. Namun sebaik menyarung jersi Liverpool, kedua-dua pemain ini menyinar dan mendapat 14 gol secara bersama di hujung musim.

Ini menunjukkan bahawa bola sepak merupakan permainan yang penuh dengan faktor luar dan boleh berubah sekelip mata. Pembelian berdasarkan statistik untuk beberapa tahun masih tidak terjamin kemampuan namun pembelian berdasarkan analisis menyeluruh dari taktikal sangat membantu. Perkara ini saya analogikan seperti menonton video pemain di Youtube. Semua pemain Nampak hebat di video kerana hanya mengambil kira skill, goal dan assist namun adakah ianya mencukupi? Pada saya tidak, kerana terdapat pelbagai faktor lain yang penting seperti work rate, track back, pressuring, positioning dan sebagainya. Perkara-perkara ini ada sebahagiannya dapat dilihat secara statistikal tetapi kebanyakkannya memerlukan analisis taktikal permainan.

Kini, kita melihat pemain-pemain yang kita tidak familiar dikaitkan dengan Liverpool seperti Iago Aspas, Luis Alberto, Mkhitaryan, Willian dan lain-lain. Sebahagiannya kita berjaya dapatkan namun sebahagiannya tidak berjaya. Namun yang kita berjaya dapatkan terbukti boleh memberi impak yang diperlukan. Aspas, Mignolet, Toure telah membuktikan diri melalui perlawanan pertama. Dan ini membuktikan hasil analisis mendalam scout department dan pengurus.

Sebagai kesimpulan, saya berpendapat pembelian pemain tidak seharusnya di dasarkan sepenuhnya kepada statistik. Namun statistik juga tidak boleh diabaikan kerana ia memberi maklumat tambahan di dalam analisis pemain. Setiap pembelian tidak terjamin keberkesanannya, ia mungkin berjaya atau gagal kerana tiada yang pasti di dalam bola sepak. Di dalam kes Liverpool, kita dapat melihat Brendan Rodgers mempunyai idea yang jelas bagaimana pasukan ini perlu beroperasi maka ini membantu Rodgers mencari kualiti dan jenis pemain yang diperlukan dari hanya bergantung kepada nama besar dan statistik semata-mata. Terpaksa diakui, pertama kali dalam tempoh banyak tahun kita tahu apa kita buat. Sesetengah akan kecewa kita terlepas beberapa player, tetapi kita kena move forward dengan apa yang ada. Hasil transfer window penting untuk menentukan prestasi kita musim ini. Diharap semua berjalan lancar di dalam perjuangan kembali ke UCL dan puncak.

Y.N.W.A

MADDER

206924_10150146020344043_6519041_n

Nota : Mahathir merupakan kawan aku di Kolej matrikulasi Pulau Pinang. Kitorang sama-sama main bola kat dataran kolej waktu malam akhir kat sana. Perlawanan paling epik penah aku join. Beratus yang main. Tah siapa yang satu team pun tak tau… Ini pandangan dia berkenaan falsafah moneyball di Liverpool. Korang ada pandangan nak dikongsi? Komen kat bawah😉

One thought on “Moneyball di Liverpool: Peluang atau Risiko?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s