Liverpool 4-2 Notts County. Harga Mahal untuk Kemenangan.


Muka Depan Laporan Perlawanan Liverpool 4-2 NottsSalam dan selamat sejahtera. Masa aku tau perlawanan ni tak ada tunjuk LIVE, aku frust gak. Camna nak tengok? Aku tau ramai yang streaming. Tapi masalah internet rumah aku ni dia selalu padam2. Kalau streaming dah tentu sangkut. Pastu aku teringat ada internet kat phone. Buat portable hotspot kat tepon pastu connect dari PC. Pastu aku cek kelajuan dia kat speedtest. 6mbps!!!! Tu dia. Tenet tipon laju lagi dari rumah. Bila la nak sampai unifi kat area Banting ni? Kali ni Digi jadi penyelamat. Syok je tengok tak sangkut-sangkut. Tapi takleh la streaming selalu, Habis kuota aku nanti. Ni kecemasan je. Dapat la aku tengok match ni dengan puas hati walaupun mata dah terkelip-kelip sebab mengantuk.

Secara ringkasnya, Liverpool menguasai separuh masa pertama. Nampak macam nak skor 7,8 bijik je. Tapi separuh masa kedua Liverpool dah mula perlahan. Dah mula main bertahan kat tempat sendiri. Dah mula hilang fokus. Tapi macam dua perlawanan liga sebelum ni, tuah nampaknya ada dengan Liverpool. Sebab masa dah 2-2, serius aku ingat Liverpool akan kalah perlawanan ni.

Video Gol

Sterling 4′

Aku memang excited setiap kali Sterling main. Sebab aku tengok dia dah banyak improve dari musim lepas. Dia dah tak amik masa lama sangat nak buat hantaran dan larian dia pun makin bahaya. Secara fizikalnya pun dia nampak lagi kuat dari musim lepas. Aku rasa tak salah kalau aku cakap dia Michael Owen yang baru. Memang dia main wing. Aku cuma nak rujuk aku punya perasaan teruja dengan Sterling ni dengan perasaan teruja penyokong Liverpool dulu masa tengok Owen main. Sekarang mungkin pemain berumur 17, 18 tahun orang dah tak heran sangat. sebab dah ramai yang menonjol sekarang. Cuma bezanya, cara kelab dan jurulatih menguruskan pemain-pemain muda ni. Gol ni membuktikan betapa susahnya nak jaga dia. Berapa orang yang lepas? Dia main laju. Jadi sebarang sentuhan yang lambat akan mendatangkan foul dan mungkin kad. Aku rasa dia akan main banyak peranan musim ni.

Kepada yang tak tengok match ni, Waktu Toure cedera hujung2 perlawanan, Sterling main bek kanan sebab Wisdom dah tarik gi tengah. Aku rasa mula-mula dia nebes gak. mana taknya. Nak jaga belah tepi bukan senang. Dia dapat kad kuning sebab terjah dari belakang. Tapi lepas-lepas tu dia mula dapat rentak. Ramai yang terkejut sebab dia sangat kuat untuk pemain yang berbadan kecik macam tu. Banyak kali gak dia dapat rampas balik bola gunakan kekuatan badan dia.

Sturridge 29′

Tak perlu cerita banyak kot pasal mamat ni. Aku rasa dia akan jadi penjaring terbanyak musim ni dengan syarat dia kekal sihat dan BR uruskan dia dengan betul. Dia ni otak geliga sikit. Tak macam penyerang England yang lain…heheh. Kaki laju. Rembat padu. Siap pengulas masa lawan Villa haritu cakap dia macam pemain Brazil. Gol dia ni tak lain tak bukan hasil hantaran tepat Kapten Fantastik Steven Gerrard. Dengan ketiadaan Coutinho di awal permainan, Gerrard dan Alberto jadi penggerak.

Arquin 62′

Bila gol ni masuk aku dah rasa semua benda malang akan berlaku kat Liverpool macam musim-musim lepas. Apa yang aku nampak, AToure kurang alert dengan kedudukan penyerang lawan. Wisdom pulak masih tak mahir dengan positioning. Jadi tak susah untuk penyerang yang tinggi bapak tu nak tanduk bola. Mignolet pun takleh nak buat apa pasal bola laju dan jarak sangat dekat.

Coombes 84′

Gol 2 Notts

Johnson ni kalau tak leka memang tak sah.

Gol ni lagi tekanan. Aku taktau mana pegi Johnson. Macamana boleh ada pemain sayap lawan di belakang pemain pertahanan Liverpool? Wisdom sekali lagi bersalah sebab tak alert dengan kedudukan pemain pertahanan terakhir dan pemain lawan. Tapi kesalahan lebih besar adalah kesalahan Johnson yang tak cukup laju turun bawah.

Sturridge 105′

Gol geli-geli dari Sturridge. Penjaga gol tahan tak habis. Bola dari sudut sempit pun leh masuk. Ini la namanya tuah untuk team yang nak menang. Macam dalam FIFA, kalau dah nak menang tu memang buat apa pun leh masuk gol. Tapi still hantaran Coutinho memang terbaik. Bila dah sampai kat kaki kiri Sturridge memang ada la peluang nak gol. Cuma tak bajet la golnya macam ni…huhu… Tapi 3 perlawanan dah skor 4 gol. Aku tak kisah la dia nak skor cemana pon😉

Henderson 110′

Hendo ni selalu kena kutuk. Awal-awal dulu memang dia teruk. Tapi dia kerja keras nak improve permainan dia.  Boleh nampak atas padang. Bertahan dia, menyerang pun dia. Sekarang dia dah main bagus tapi masih ada lagi yang buta cakap dia tak bagus dan perlu dijual. Ye, ada lagi yang cakap macam tu. Sebab tu la setiap kali dia jaring gol memang dia raikan dengan rasa puas hati sangat-sangat. Tak caya cuba tengok dia celebrate gol macamana. Kredit jugak kepada Ibe. Dah main 100+ minit pun leh pegang bola dan tahan pemain lawan sebelum lorongkan untuk Hendo.

Relevankah Piala Liga?

Ini soalan yang selalu timbul setiap kali musim bermula. Terutamanya untuk kelab macam Liverpool. Ramai yang tak puas hati bila Steven Gerrard cakap dia lagi suka dapat piala dari dapat tempat keempat. Bagi aku alasan yang dia bagi cukup logik. Sebagai pemain, dia akan dikenang dengan piala yang dia menang. Mana ada orang cakap, “Pergh, dia ni hebat tau, 10 musim main dapat tempat keempat!”. Cuma orang yang pentingkan duit UCL je cakap SG8 ni salah. Jadi, piala ni sangat relevan. Kalau taknak piala ni sila sokong kelab lain (Korang tau kan kelab mana?) :-p

 Kecederaaan & Dilema BR

Dalam perlawanan ni, Cissokho, Toure dan Allen mengalami kecederaan. Agak merisaukan sebab Toure, walaupun asalnya aku ingat hanya sebagai backup, merupakan pemain penting di bahagian pertahanan tengah. Nampaknya sekarang Liverpool wajib ada pemain pertahanan tengah baru. Dengar khabar Sakho yang dah dekat nak masuk. Kita tunggu je la.  Tapi tak perlu nak gelabah lebih sangat kot. Lepas lawan MU ni ada dua minggu kot baru Liverpool main balik.

Aku kesian kat BR. Kalau dia turunkan ramai pemain muda dan kalah, orang akan kata dia tak ambil serius pasal piala ni. Bila dah jadi macam ni, dia jugak kena kutuk sebab tak simpan pemain penting. Poning kepalo BR. Apapun, aku tau semua orang dah tak sabar nak tengok perlawanan dengan MU Ahad ni kan? Sebab aku pun dah tak sabar jugak. Rasa-rasa macam ada orang nak dapat hatrik je…heheh…

YNWA.

KEPADA YANG BELUM BACA INTERVIEW AKU DENGAN FOXSPORTS LEH BACA KAT SINI. JANGAn LUPA LIKE, SHARE, KOMEN DAN TWEET YE.

2 thoughts on “Liverpool 4-2 Notts County. Harga Mahal untuk Kemenangan.

  1. memang bolos 2 gol kesalahan pada wisdom…mmg kurang konfiden bila wisdom di turunkan…bab hendo pon setuju…malah tak teragak kalau hendo kekal di anfield…dia boleh di gelar next gerrard…kalau gerrard xde…hendo ganti dye..stil konfiden…hope game ngan MU nanti main x macam game lawan Aston Villa….

    • Budak muda nak belajar cam tu la. Kalau dia dah mantap memang terbaik la leh jadi utility player untuk pertahanan. Kiri kanan tengah sume bole main.

      Hendo dah makin solid kan?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s