Liverpool 1-0 Stoke. Perlawanan Pembukaan Terbaik Liverpool.


Muka Depan Laporan Perlawanan Liverpool 1-0 Stoke

Salam dan selamat sejahtera. Minggu pembukaan BPL yang indah untuk kita semua. Lama sangat dah rasanya tunggu. Walaupun ada perlawanan pra musim, tapi tetap tak semeriah perlawanan BPL. Aku dengan adik beradik aku dah siap depan tv dan ayam KFC sekotak menunggu perlawanan bermula. YNWA berkumandang di Anfield, banner dan bendera dikibarkan. Meriah sungguh. Kalau ada rezeki lebih boleh la nak ke sana. Pengadil meniup wisel dan bermulalah musim baru BPL. Syok jugak Liverpool jadi perlawanan pertama musim kan? Tapi sebab tu jugak semua orang akan tengok perlawanan ni dengan niat masing2. Kalau menang kata nasib. Kalau kalah pulak cakap jangan salahkan nasib. Apa kes?

Rekod perlawanan pembukaan Liverpool sepuluh tahun lepas

2012-2013 – WBA 3-0 Liverpool
2011-2012 – Liverpool 1-1 Sunderland
2010-2011 – Liverpool 1-1 Arsenal
2009-2010 – Spurs 2-1 Liverpool
2008-2009 – Sunderland 0-1 Liverpool
2007-2008 – Aston Villa 1-2 Liverpool
2006-2007 – Sheffield United 1-1 Liverpool
2005-2006 – Middlesborough 0-0 Liverpool
2004-2005 – Spurs 1-1 Liverpool
2003-2004 – Liverpool -1-2 Chelsea

Menang 2
Seri 5
Kalah 3

Video gol dan sorotan perlawanan

Untuk video sorotan perlawanan, sila ke Laman FB ReddersCreepers

Sebab untuk optimistik musim ni?

Sebelum orang-orang pessimist sound aku, meh aku citer dulu. Memang Liverpool menang 1 gol je. Ada orang kata menang nasib. Perlawanan bola sepak memang la ada bergantung kepada nasib. Ala nasib je Sturridge tu power. Ala nasib je Begovic yang power gila tu tak dapat save rembatan Sturridge yang nasib je laju dan tepat tu. Ala nasib je Mignolet save rembatan Walter yang melencong macam gol Henderson musim lepas tu. Ala nasib je Mignolet selamatkan penalti yang statistik kat tv dah tunjuk kat mana Walter selalu sepak. Nasib je semua tu. Kan?  Aku tak kisah orang nak debate guna fakta, statistik or even guna pendapat sekalipun. Tapi janganla buat ayat budak-budak kalau taknak dilayan macam budak-budak.

Ok, melalut lak. Maklumla excited baru start musim baru. Liverpool menang 1-0 memang jauh dari meyakinkan untuk harap Liverpool menang BPL musim ni. Tapi ada beberapa perkara yang boleh dijadikan sebab untuk kita lebih optimistik.

Keluar dari masalah – Lepas semusim BR menerapkan hantaran pendek dalam Liverpool, kita dah boleh nampak hasil yang lebih jelas kenapa ianya penting. Dalam keadaan tertekan, pemain Liverpool dengan tenang dan mudah dapat menghantar bola kepada rakan lain. Dalam perlawanan ni kita boleh tengok waktu bola di kaki pemain pertahanan Liverpool. Faktor penting bagi kejayaan ni adalah hantaran(dah tentu la kan?) dan kedudukan pemain lain dalam membantu rakan yang sedang memegang bola. Tak ada lagi bola-bola susah untuk hantar kepada rakan di kawasan sendiri. Semua bola rendah, dan tepat. Dah keluar dari kawasan bahaya baru campur balik hantaran pendek dan panjang.

Penyerang yang licik – Ramai yang hairan kenapa BR jual seseoarang pemain tu. Aku rasa ini jawapan yang boleh digunapakai. BR suka pemain yang teknikal. Coutinho, Aspas, Alberto, Sturridge. Dalam perlawanan ni boleh nampak macamana kelam kabut pertahanan Stoke nak jaga Coutinho, Aspas dan Sturridge. Coutinho berapa kali terbang sebab kena terajang? Diorang tertekan sampai hampir bergaduh. Kalau ada pemain lawan yang macam tu maksudnya diorang tengah tensen dan Liverpool di landasan yang betul untuk menang. At least menang dari segi emosi dan mental.

Tanggungjawab bertahan – Aku tengok gaya main dah macam bola baling pun ada. Waktu menyerang semua naik, waktu bertahan semua turun. Walaupun takde la sebijik camtu tapi pemain penyerang Liverpool tak lupa untuk turun membantu pemain pertahanan. Kita boleh tengok dalam perlawanan Liverpool sebelum-sebelum ni, pemain sayap akan jadi lapisan pertahanan pertama sebelah kanan dan kiri diikuti pemain pertahanan kanan dan kiri. Penyerang akan cuba rebut bola secepat mungkin dari pemain lawan. Benda ni perlu stamina tinggi. Sebab tu kalau tengok interview pemain waktu pramusim, Steven Gerrard pon cakap latihan BR sangat berat. Kalau SG8 yang dah berbelas tahun pun cakap macam tu, memang dahsyat la kan? Aku harap benda ni berkekalan sampai habis musim.

Lama dah tak tengok Liverpool menang perlawanan pertama. Dah la lawan Stoke. Pasukan badi. Nampak macam open sikit Stoke main kali ni. Sebab tu game ni menarik. Stoke pun menyerang tapi Liverpool dapat bertahan. Liverpool tak tunggu lama nak kasi panas. Mula je perlawanan terus gear 5. Dalam 5 minit pertama je aku rasa dah macam-macam yang jadi..huhu. Itu benda yang bagus. Takdela tunggu last minit baru nak rushing carik gol. Lagi sedih kalau carik gol penyamaan.

Prestasi pemain

Aku rasa yang paling ramai orang puji dah tentu la Mignolet. Bukan calang-calang penjaga gol leh selamatkan penalti waktu perlawanan sulung diorang. Lagi-lagi untuk Liverpool. Dua kali save lak tu. Kalau dia tak save kompem la Liverpool tak menang. Tapi untuk menang kena ada gol. Jadi Sturridge pun dapat pujian sebab dia je yang berjaya jaringkan gol. Dia belum fit tapi main dah hebat dah. Bayangkan kalau fit betul. Antara nama lain yang dapat pujian adalah Coutinho (macam biasala). Dia enjin serangan Liverpool. Huru hara orang jaga dia. Cuma dalam perlawanan ni dia macam tergesa-gesa bila ada peluang nak jaringkan gol. Tapi still ramai yang pilih dia sebagai MOTM.

Itu 3 nama yang utama. Antara pemain lain yang patut dipuji adalah Toure. Dia nampak semangat betul main. Siap dah nak dapat gol lagi. Lucas pulak nampak kebal kat tengah. Jadi pelindung untuk pemain pertahanan dan penjaga gol (clear atas line!). Tugas dia dari dulu. Sebab tu Hendo juga patut diberi pujian. Aku taktau kenapa orang lain pandang keburukan dia je. Memang dia banyak miss peluang. Tapi itupun sebab begovic sangat hebat. Apa yang orang tak nampak, Hendo sangat rajin. Berlari sana sini. Menyerang, bertahan. Dia selalu dapat rampas bola balik. Aspas lak nampak macam dah boleh sesuaikan diri. Nampak selesa bawak bola. Bertukar hantaran. Cuma finishing kurang kemas lagi.

Liverpool sempurna?

Dak aih. Aku tak cakap pun Liverpool dah sempurna. Skuad dah ok. Kalau pemain sedia ada ni berusaha keras dan berjaya kekalkan motivasi tinggi macam perlawanan ni, tak ada sebab kenapa Liverpool tak akan dapat bersaing dengan kelab lain. Tapi bola sepak ni kadang-kadang takleh nak jangka. Akan ada perlawanan yang Liverpool mungkin akan perlukan sesuatu yang lebih hebat dari motivasi dan usaha keras. MAGIK. Ini bukan sihir. Bukan magik Harry Potter. Ini magik yang datang dengan setiap pemain yang hebat. MAGIK untuk memenangi perlawanan yang sukar. Ada beberapa orang dalam skuad sekarang yang mampu keluarkan magik ni. Siapa agaknya?😉 Perlukah Liverpool tambahkan MAGIK lagi?

Tinggalkan komen korang kat bawah.

YNWA.

PESANAN KHAS : Aku ada buat wallpaper untuk smartphone kat SINI. Wallpaper untuk PC dah siap tapi nak tunggu Page FB aku sampai 850 LIKE dulu. So, bagitau semua geng Liverpool untuk singgah blog dan FB aku eh?🙂

2 thoughts on “Liverpool 1-0 Stoke. Perlawanan Pembukaan Terbaik Liverpool.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s