Menjelang 2 September : Dilema Sama Menghantui Liverpool?


Perpindahan Liverpool 2013-2014

Salam dan selamat sejahtera. Tingkap perpindahan bakal ditutup pada 2 September nanti. Jadi masih ada beberapa minggu lagi untuk Liverpool bawa masuk pemain baru. Tapi adakah Liverpool perlu tambahan pemain? Ini kompilasi perpindahan pemain musim lepas (Tak termasuk perpindahan Januari). Bandingkan dengan perpindahan pemain setakat ni di atas. De ja vu?

*Termasuk pemain bersara dan dipinjam keluar

Perpindahan pemain Liverpool 2012-2013

Skuad semasa

Penjaga Gol : Mignolet | Jones | Ward
Bek Kanan & Kiri : Johnson | Flanagan | Kelly | Enrique | BEK KIRI
Bek Tengah : Toure | Agger | Coates | Skrtel | Wisdom | BEk TENGAH
Tengah : Lucas | Gerrard | Henderson | Allen | PEMAIN TENGAH BERTAHAN
Penyerang Kiri, Kanan & Tengah : Suarez | Sturridge | Aspas | Alberto | Assaidi | Coutinho | Borini | Ibe | Sterling | PEMAIN SAYAP

Tambahan pemain

Kenapa ada pemain yang aku tulis guna tulisan merah? Sebab ini pemain yang aku rasa BR tak berapa suka. Apa yang aku tengok, kalau dia dah tak suka, dia tak akan guna atau guna waktu kecemasan sahaja. Kalau ikut media, Skrtel macam ada masalah dengan BR musim lepas. Dia main awal musim, tapi lepas tu tempatnya digantikan Carra. Ada khabar dia akan ke Napoli secara pinjaman dan ada juga khabar yang Zenit ingin membelinya. Coates pun cerita sama. BR mungkin rasa dia terlalu perlahan untuk main dalam sistemnya. Sebab tu dia nampak lebih minat guna Wisdom berbanding Coates. Dia perlu seorang bek tengah yang lau dan seorang lagi yang boleh buat hantaran dari bawah. Sekiranya Skrtel dan Coates kekal di Liverpool, aku mengharapkan paling kurang ada seorang lagi CB yang akan masuk. Antara nama yang selalu dikaitkan adalah Toby Alderweireld.

Bahagian kiri dan kanan pertahanan kalau diikutkan hanya perlu tambah seorang je lagi untuk bersaing dengan Enrique. Sebelah kanan dah ada Kelly dan Johnson. Wisdom pun boleh guna waktu kecemasan. Bahagian tengah Liverpool sebenarnya agak rapuh. Liverpool hanya ada Lucas sebagai pemain tengah bertahan. Jelas Liverpool perlu tambahan pemain bahagian ni, tapi BR tak pernah sebut nak tambah pemain tengah. Itu yang aku risau. Taktau la ni taktik supaya orang lain tak jangka siapa Liverpool akan beli atau dia memang taknak tambah pemain tengah. Lucas bagus, cuma aku rasa Liverpool perlu seorang lagi yang lebih besar dan kuat sebab bahagian tengah Liverpool kadang-kadang senang sangat dibuli. Ikut khabar angin, target bek kiri adalah Cissokho, Malgarejo dan yang terbaru Guilherme Siquiera.

Bahagian serangan nampak paling kuat setakat ni. Kuat sebab ada ramai pemain. Kualiti tu lain cerita. Tapi Alberto dan Aspas nampak solid. Pemain pilihan aku untuk serangan adalah Aspas, Sturridge, Coutinho di bahagian hadapan dan Suarez di belakang penyerang.  Khabarnya BR nak cari pemain sayap sorang untuk letak Coutinho ke tengah balik. Posisi yang dia nak Coutinho main. Antara khabar angin sekarang adalah Willian, pemain Anzhi. Kelab yang tengah melelong semua pemain. Tengok dari video nampak mantap. Kreatif, laju dan pandai hantar bola. Aku tau ramai kata video youtube tu tunjuk yang bagus je. Memang la itu tujuan dia. Bayangkan kalau pemain tu nak compile video terbaik satu minit pun tak dapat. Apa maksudnya tu?

Pendekatan Liverpool dalam perpindahan pemain

Aku suka dengan ketegasan pemilik dan BR dalam menangani isu Suarez. Liverpool dah belajar banyak dari situasi Torres dulu. Jangan jual ke kelab yang bersaing untuk tempat teratas BPL dan jangan jual pemain saat akhir. Jadi, samada Suarez kekal atau dia dijual ke kelab luar dengan harga yang tinggi memandangkan tinggal beberapa minggu je lagi tingkap perpindahan nak tutup. Pemain akan jadi lebih mahal kalau beli last minit.

Apa yang aku risau adalah khabar angin yang mengatakan Liverpool sebenarnya tengah tunggu last minit untuk beli Eriksen. Sebabnya nak dapat murah memandangkan kontrak dia dah di penghujung. Kalau betul la khabar angin ni memang nak kene lepuk sorang-sorang. Nak murah mana lagi? Jap lagi tau-tau Spurs dah beli Eriksen ngan Alderweireld sekali dengan harga tak sampai 20 juta. Kan menangis. Bagi aku duit dalam bank tak penting. Yang penting duit atas padang. Memang la jangan membazir. Tapi 20 juta untuk dua pemain ni aku rasa jauh daripada membazir.

Kita semua seronok bila Liverpool dah beli 4 pemain awal-awal lagi. Tapi lepas tu langsung haram tak ada siapa pun masuk. Yang keluar dah ramai. BR kata Liverpool tak akan beli pemain untuk buat syarat je. OK. Aku terima. Tapi mana pemain yang memang diperlukan? Posisi yang aku cakap kat atas memang kena ada backup. BR pun kata mungkin dalam 3,4 orang lagi. Aku takut jadi macam musim lepas. Mula-mula kata ada lagi beberapa orang. Pastu dah nak tutup tingkap perpindahan jadi “tak ada pemain yang akan dibawa masuk”.

Sebenarnya memang Liverpool dah tak ada daya penarik dah. Pengurus kita muda sangat. Dan hanya mengurus kelab tempatan je sebelum ni. Jadi kurang hubungan dengan kelab lain macam Rafa di Sepanyol dulu. Kita jugak tak ada Champions League. Pemain dari kelab CL dah tentu nak carik kelab CL jugak selagi boleh. Pemain yang dah berumur 25 ke atas dah tentu carik kelab CL jugak kalau boleh. Tambahan pulak dengan struktur gaji berasaskan prestasi yang digunakan kat Liverpool sekarang. Jadi siapa yang tinggal untuk dibeli? Pemain dari liga bawah. Pemain muda yang berpotensi tapi belum terbukti. Pemain yang ketiga, keempat, kelima dalam senarai BR. Satu-satunya cara untuk dapat pemain hebat adalah bayar dengan mahal. Dan aku tak rasa Liverpool mampu. Aku rasa ada beza antara berjimat dengan kedekut. Korang nilai la sendiri pemilik sekarang macamana. Aku harap diorang dapat buktikan aku silap.

Perlawanan pembukaan lawan Stoke nanti akan jadi penentu Liverpool dah cukup kuat atau belum. Sama-sama la kita tengok.

YNWA.

4 thoughts on “Menjelang 2 September : Dilema Sama Menghantui Liverpool?

    • Kan? Asal dapat pemain yang solid ok dah sebenarnya. Masalahnya yang solid pun payah nak dapat. Pemain mahal tu untuk bagi peminat bertenang je sebenarnya. Kalau Suarez tak blah, takde la kot pemain mahal masuk.

  1. Ok kalo aku, pertahanan tgh itu yg paling penting skang… nampak gaya mcm BR ambil tak peduli… Jadi penyakit Liverpool kemungkinan besar akan melarat musim ni… cuma aku cara serangan mungkin lebih dinamik musim ni dengan kehadiran aspas

    tiga nama yang merah tu, skertel pada aku perlu ada untuk back up, kecuali kalau Liverpool memang dah ada penganti… Coates rasanya tak dilahirkan untuk EPL sgt sgt slow… Dan Assaidi aku tak tau kenapa… tgk gaya main macam masuk jer ngan style BR… mungkin BR ingat Assaidi sehebat Messi kot…

    • Memang pertahanan paling penting. Patut ada CB utama untuk ganding ngan Agger. Takkan Toure main CB kot? Setakat ni memang nampak solid. Tapi aku rasa dia lg ok kalau buat backup. kalau takde CB masuk, berharap la striker sume skor banyak2 kasi menang game…huhu

      Assaidi ni misteri gak sebenarnya. Tengok dia main ok je. Maybe ade something belakang tabir yang tak kena. Tapi nampak die macam low profile sgt la. Macam merendah diri sgt. main baik je. Mcm takde “hunger” cam Suarez bila main untuk Liverpool…maybe itu la kot problemnya..aku buat spekulasi je nih…kang ade lak yg printscreen…heheh

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s