Liverpool 2-0 Olympiakos. Untuk Kapten Terbaik Sepanjang Zaman.


Muka Depan Laporan Testimonial SG8Salam dan selamat sejahtera. Liverpool menang lagi! OK, walaupun perlawanan persahabatan je, bila kali terakhir Liverpool menang semua perlawanan persahabatan? Siapa tau? Tapi perlawanan kali ni bukan semata-mata perlawanan pemanas badan je. Perlawanan ni adalah testimonial untuk Kapten Fantastik kita iaitu Steven Gerrard. Sedih lak mengenangkan kontrak dia tinggal 2 musim je lagi dengan Liverpool. Harap-harap musim ni dapat tempat 4 teratas. Musim depan lak menang UCL…huhu. Kalau nak ikutkan, aku rasa Steven Gerrard patut dapat medal Juara BPL. Mintak-mintak la boleh capai dalam 2 musim ni. Boleh jadi hadiah persaraan terbaik untuk dia.

Video gol menentang Olympiakos 2004-2005

Siapa ingat lagi perlawanan ni? Liverpool perlu menang dengan jarak 2 gol. Olympiakos jaringkan gol pertama melalui sepakan percuma Rivaldo. Liverpool bangkit dengan gol dari pemain yang tak dijangka. Sinama-Pongolle dan Neil Mellor. Liverpool dah mendahului 2-1. Tapi belum cukup untuk ke peringkat seterusnya. Perlawanan dah masuk minit ke-80 lebih. Waktu ni macam dah putus harap dah la nak masuk peringkat kalah mati. Sebelum perlawanan, Gerrard ada cakap, dia taknak bangun esok pagi dan Liverpool bermain dalam Piala UEFA. Dia kemudiannya menjaringkan gol yang sangat-sangat penting. Gol ketiga. Gol yang memastikan mereka ke peringkat seterusnya. Gol yang membolehkan Liverpool mencipta sejarah di Istanbul. Dan gol yang dijaringkan pulak bukan calang-calang gol. Ditambah lak dengan jeritan pengulas yang menambahkan lagi epik pada gol yang dah sedia epik ni.

Video Gol

Gol ni berpunca dari kesilapan pemain lawan. Tapi kena gak bagi kredit pada Aspas yang bijak curi ruang di sebelah kiri, Sterling yang bertukar hantaran dengan Aspas dan Lucas yang buat hantaran awal kepada Aspas di sebelah kiri tu. Oh..lupa lak. Tahniah jugak kepada Allen yang berjaya jaringkan gol. Sebelum tu dia dah miss peluang keemasan hasil backheel Aspas yang sangat awesome. Aku rasa musim ni Sterling akan main peranan lebih besar dari musim lepas. Dia nampak lebih matang. Tak simpan bola lama sangat. Dah rajin dan pandai rampas bola balik waktu diserang, dan dia nampak makin kuat! Walaupon badan kecik, jangan ingat dia lembik. Awal-awal tu siap dah kena tarik-tarik tapi tak jatuh-jatuh jugak. Padahal yang tarik dia tu 2 kali ganda kot besar dia…huhu

Gol kedua ni hasil jaringan Hendo. Sentuhan pertama dia untuk perlawanan ni rasanya. Hantaran cantik dari Sterling yang banyak timbulkan masalah kepada pemain lawan. Hendo ni pemain yang selalu jadi mangsa kutukan. Masih lagi ada yang kata dia tak cukup bagus untuk Liverpool walaupun musim lepas dia dah buktikan sebaliknya. Awal-awal memang finishing dia kelaut. Dia tak yakin nak jaring gol. Lebih suka pass orang lain sebab taknak cuba dan sebagainya. Tapi itu Hendo yang lama. Dia sekarang makin rajin kejar bola. Jarang buang bola. Hantaran jauh pun ok. Ditambah pulak dengan kemampuan dia untuk jaringkan gol sekarang. Memang pemain yang lengkap! Eh? Macam siapa ye? :-p Aku harap musim ni banyak gol dari dia. Penyerang dapatkan 25 gol dan 60 gol lagi dari pemain tengah. Agak-agak boleh tak?  Lebih 14 dari gol musim lepas. OK la target tu kan?

Untuk video sorotan perlawanan yang lebih panjang, sila ke Laman FB aku.

Komen

Aku maleh nak komen panjang kali ni. Dari segi taktikal, Liverpool dah makin kemas. Tapi yang aku paling senang hati bila bahagian serangan nampak hidup dan lebih kreatif berbanding musim lepas. Lebih direct pun ye jugak. Aku rasa Aspas akan jadi aset penting jugak untuk Liverpool musim ni. Aku rasa pilihan terkuat untuk bahagian serangan adalah Sturridge sebagai penyerang. Coutinho di sebelah kiri, Suarez di tengah dan Aspas di sebelah kanan. Kedudukan tak penting sangat sebab BR suka pemain tukar2 posisi. Tapi aku rasa ini kombinasi paling kuat sekarang. Cuma Gerrard dan Lucas la kena kerja kuat jaga bahagian tengah. Dan Gerrard tak boleh selalu sangat naik menyerang. Lucas tak sekuat tu nak jaga bahagian tengah sorang-sorang.

Salah satu alternatif lagi adalah menggunakan pemain tengah menyerang macam Hendo atau Allen di belakang Sturridge. Dengan cara ni, Gerrard dan Allen/Hendo boleh tukar-tukar posisi bila perlu. Jadi Lucas tak akan tinggal sorang dibahagian tengah. Kalau ikut formasi ni, Sturridge masih lagi penyerang. Coutinho di sebelah kiri dan Suarez di sebelah kanan. Macam tadi jugak, kedudukan ni tak penting sebab Suarez kompem akan tukar-tukar tempat dengan Sturridge. Kalau pakai cara ni, Aspas akan duduk di bangku simpanan. Nampak kan kenapa BR nak tambah pemain serangan? Untuk tambahkan kedalaman pasukan dan kekuatan bangku simpanan. Aspek yang penting untuk menang Liga dan Piala.

Allen dah nampak boleh diharap bila tak diletakkan jaga bahagian tengah depan pemain pertahanan. Gerrard banyak turun untuk dapatkan bola dari pertahanan. Kerja yang Allen selalu buat musim lepas. Bila Allen pegang bola, senang je kena langgar dengan pemain yang bagak2. Aku masih lagi rasa Liverpool perlu seorang pemain tengah bertahan yang besar dan laju. Lucas pun tak berapa sangat sebenarnya. Dia tak laju. Dia pandai baca pergerakan bola dan mengharap ada orang lain akan cover dia. Banyak kali sebenarnya dia kantoi bertahan kalau tengok balik musim-musim lepas. Apapun, BR yang tahu pasukan dan pemainnya.

Tak sabar rasanya nak tunggu musim bermula. Agak-agak siapa lagi akan join Liverpool?🙂

2 thoughts on “Liverpool 2-0 Olympiakos. Untuk Kapten Terbaik Sepanjang Zaman.

  1. Bahagian serangan kalau tak kuat pon aku konfiden dah stabil… cuma aspek bertahan aku tak pasti…setakat ni pon lawan Liverpool bukanlah kuat sgt… tapi yang pasti perlawanan persahabatan LIverpool kali ni mcm langit ngan bumi banding Liverpool musim lepas….

    Kalau Bale keluar dari Spurs… Arsenal lak tak dapat Suarez dan tak tambah player lagi aku rasa… No 4 tak mustahil… Dan aku harap haraplah sgt Moyes tak jumpa momuntem dan menjunam… Aku rasa tahun ni juara liga belegar sekitar kangkang chelsea…cis!

    • Haah. Pemain pertahanan yang senior sikit je kot. kat tengah ade Agger n Toure je la. Sebab nampak gaye BR macam tak minat ngan Skrtel n Coates. Wisdom ade la sorang buat backup. Kelly leh tarik tengah gak. Tapi cover yang proper takde. Eh…bukan kate cover…patutnya org lain main tempat Toure tu. Dia patut simpanan je. Kalau betul la nak top 4. Harap2 ada la sorang 2 defender masuk kalau Skrtel n Coates blah.

      InsyaAllah top 4 boleh usahakan. Team lain harap tunggang langgang sket taun ni tukar manager punye pasal…heheh..

      Selamat hari Raya Bro!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s