Thailand 0-3 Liverpool. Perlawanan Penutup Jelajah Asia Tenggara.


Muka Depan Laporan Perlawanan Thailand 0-3 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool mencatatkan kemenangan bergaya keatas Thailand. Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir Liverpool dalam siri jelajah Asia Tenggara. Liverpool telah menewaskan Indonesia dan Melbourne Victory 0-2 sebelum ini. Keputusan menentang Thailand ni sebenarnya tak menggambarkan penguasaan Liverpool dalam perlawanan ni. Liverpool patut boleh jaringkan lebih kurang 3 gol lagi tapi apa yang aku tengok, Liverpool makin mantap. Pemain dah mula faham permainan masing-masing. Memang perlawanan persahabatan je. Tapi aku pasti momentum kemenangan sangat penting menuju hari pembukaan BPL nanti.

Video Sorotan Perlawanan

Untuk video highlight lebih lengkap sila ke Laman FB aku.

Separuh Masa Pertama

Mignolet | Johnson | Toure | Agger | Enrique | Lucas | Gerrard | Allen | Aspas | Borini | Coutinho

Separuh masa pertama semua aksi tertumpu dan terhasil dari Coutinho. Budak kecik yang penuh muslihat. Seawal minit ke-5, Coutinho membuat pusingan menarik meninggalkan pemain lawan yang menjaganya. Dia berlari terus ke depan dan akhirnya menghantar bola cantik untuk Borini. Hantaran silang Borini walaubagaimanapun ditangkap penjaga gol sebelum sampai ke Aspas di tengah. Minit ke-9 Coutinho menerima bola cantik daripada Aspas di sebelah kiri. Dia cuba menggelecek beberapa pemain tapi dihalang. Aspas meluru dan merembat bola yang meleret kearahnya tapi berjaya dibias keluar oleh pemain pertahanan.

Pada minit ke-12, Coutinho cuba melakukan sepakan gunting namun cubaan itu meliar. Kalau dia berjaya mesti boleh naik level “Samba” dia…heheh. Kalau cubaan tu tak cukup memukau, pada minit ke-16 dia menggelecek melepasi 3 pemain Thailand sebelum meleretkan bola ke sebelah kanan penjaga gol yang dah pasrah. Aku boleh tengok gol ni ulang-ulang sepanjang hari. Punyalah laju kaki dia. Sempat tipu sorang pemain sebelum leret bola masuk. Aku rasa ada beberapa pasukan BPL yang akan jadi mangsa dia ni kalau tak jaga betul-betul…hehe..

Selain dari cubaan Coutinho, Borini pun banyak jugak aksi menarik. Tapi malangnya dia masih belum dapat jaringkan gol. Apa yang aku nampak, dia pandai cari ruang. Dia pandai baca permainan. Aku tau tugas utama penyerang adalah untuk menjaringkan gol. Tapi dia ada satu musim untuk buktikan dia mampu. Bagi aku, paling kurang pun dia kena jaringkan 10 gol. Kalau Sturridge boleh buat separuh musim, aku pasti dia boleh buat dalam satu musim. Melainkan dia cedera. Dia perlu diberi peluang. Ramai yang lupa dia baru berumur 22 tahun.

Separuh Masa Kedua

Kali ni BR kata ada pemain yang akan main perlawanan penuh dan akan ada yang main lebih lama dari perlawanan sebelum ni. Jadi tiada pertukaran dilakukan pada separuh masa. Separuh masa kedua dimulakan dengan kelibat Johnson yang hilang bola waktu menyerang pada minit ke-46. Pada minit ke-48 pulak dia ditinggalkan oleh pemain Thailand yang laju amat di sebelah kanan. Aku harap tak jadi macam ni dalam BPL. Aku rasa kalau Johnson buat silap selalu sangat BR tak akan teragak-agak untuk letak Kelly ganti dia.

Tapi bengang dekat Johnson tu kejap je pasal tau-tau Aspas dah jaringkan gol. Siapa yang assist? Siapa lagi kalau bukan “The Little Wizard from Brazil”, Coutinho. Hantaran dia tepat ke kaki Aspas yang menunjukkan kemahirannya dengan pusingan yang menarik sebelum melorongkan bola melepasi penjaga gol dengan kaki kirinya. Minit ke-54 giliran Borini buat cubaan tapi dia dijatuhkan pemain Thai dalam kotak penalti. Tapi pengadil kata lembut sangat jatuhnya. Kena berlatih lagi Borini ni. Ingatkan dari Itali dah mahir dah benda-benda macam ni :-p

Pada minit ke-58 lebih kurang, Joe Allen membawa bola dari bawah sampai ke kawasan penalti Thai sebelum melorongkan untuk Aspas di sebelah kanan. Tapi bola sedikit laju. Dia terlepas nak kawal bola untuk buat cubaan. Aku ingat dah takde peluang dah. Tapi Aspas dengan cemerlangnya lindung bola sebelum tolak kebelakang sikit dan Gerrard dengan coolnya melambungkan bola melepasi penjaga gol dan pemain pertahanan Thailand. Memang boss! Allen main ok malam ni. Dia banyak bantu serangan dan pertahanan. Kita tengok satu musim lagi macamana😉

Minit ke-60 Suarez dan Ibe masuk menggantikan Borini dan Aspas. Minit ke-68 Hendo dan Skrtel pula masuk menggantikan Coutinho dan Toure. Minit ke-69 Liverpool dapat sepakan percuma di sebelah kiri padang. Macam biasa, SG8 dengan hantaran terbaik untuk Suarez. Tapi Suarez hanya dapat tanduk kena palang je. Kalau tak pemain nombor 10,9,8 dan 7 yang jaringkan gol dalam perlawanan ni. Jordan Ibe buat hantaran silang ke belakang pada minit ke-71 untuk Hendo tapi penjaga gol berjaya selamatkan. Hendo cuba tolak bola muntah tapi pertahanan lagi cepat dari dia. Minit ke -75, Liverpool menyerang lagi. Bola dari Allen menuju ke Gerrard yang cuba buat backheel untuk Hendo yang berlari di belakang pertahanan tapi berjaya dihalang. Bola melantun ke Ibe yang menyepak liar.

Minit ke-77 Hendo dan Suarez bertukar hantaran sebelum Hendo yang berpeluang membawa bola kearah gol ditarik pemain Thai yang kemudiannya diberikan kad kuning. Suarez ada peluang nak tebus gol yang dia terlepas tadi. Aku 100% yakin sepakan percuma ni masuk. Kalau Casillas pun leh kalah dengan dia takkan penjaga gol ni tak boleh kan? Tapi malangnya bola sangkut kat wall. Minit ke-79 Alberto masuk menggantikan Allen. Minit ke-80 Suarez buat cubaan yang agak cheeky (pebenda tah dalam BM?). Dia cuba curl bola masuk ke penjuru gol tapi tersasar sikit. Minit ke-87 pun Liverpool masih ada peluang lagi. Kali ni Gerrard patut mudah dapat gol. Tapi cubaannya rendah dan perlahan. Bola muntah balik pada dia dan dia sekali lagi cuba melambungkan bola tapi kali ni bola terkena palang.

Banyak jugak rasanya cubaan Liverpool kena tiang dan palang waktu jelajah persahabatan ni. Aku tak kisah pun, asalkan gol banyak macam dalam perlawanan ni😉

Kemaskini Status Suarez

Suarez masih lagi pemain Liverpool. BR dan Ayre menekankan sekali lagi mereka tak nak jual Suarez. Ada juga berita mengatakan Liverpool tak akan jual Suarez kepada pasukan BPL. Liverpool lebih rela jual kepada Real Madrid. Apa pandangan korang? Aku agak lega sikit bila tahu Suarez tak akan dijual kepada Arsenal. Kalau Real boleh bagi 50 juta keatas aku boleh terima keputusan Liverpool untuk jual dia. Kalau tak baik simpan je. Aku pasti dia akan teruskan main dengan baik. Sebab kalau dia main dengan teruk, kemungkinan tak ada orang yang nak beli dia musim depan atau mungkin Januari nanti. Apa pun kita tunggu apa pengakhiran cerita Suarez ni nanti. Buat masa ni, dia masih lagi dengan Liverpool dan aku rasa Liverpool dah banyak belajar dari situasi Torres Liverpool.

YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s