Melbourne Victory 0-2 Liverpool. Perlawanan terakhir Suarez?


Muka Depan Laporan Perlawanan Melbourne 0-2 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Satu lagi perlawanan dan satu lagi kemenangan untuk Liverpool. Satu lagi perlawanan sebelum Liverpool menamatkan jelajah Asia tahun 2013. Liverpool akan berkunjung ke Thailand untuk berdepan pasukan yang menewaskan Man United 1-0. Suasana di Melbourne Cricket Ground(MCG) memang awesome. Lebih kurang 95 000 penonton membanjiri stadium. Bersorak untuk pasukan yang “hilang taring” dan “bukan lagi kelab besar” seperti yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Ini merupakan pertama kali Liverpool menjejakkan kaki ke bumi Australia. Jadi lawatan ini sangat istimewa buat penyokong The Reds di sana. Perlawanan ini juga sangat bermakna untuk penjaga gol simpanan Liverpool, Brad Jones yang merupakan anak kelahiran Australia.

Video Sorotan Perlawanan

Separuh Masa Pertama

Jones
Johnson | Skrtel | Wisdom | Enrique
Gerrard | Allen
Henderson
Ibe | Borini | Sterling

Lepas habis nyanyian lagu YNWA yang awesome, perlawanan bermula. Liverpool macam biasa, mengawal permainan. Ingat tak aku kata nak tengok Ibe dan Sterling main sekali? Well, hajat aku tertunai dalam perlawanan ni. Seawal minit ke 5 Sterling dah mula tunjuk belang. Hantaran jauh SG8 ke dalam kotak penalti dapat dikejar tapi hanya mampu disepak liar menggunakan kaki kiri. Minit ke-10 pulak, dia bawa bola dari bawah. Bertukar hantaran dengan Ibe di sebelah kanan sebelum cuba menghantar bola ke Borini tapi gagal. Bola yang melantun balik kearahnya disepak meliar.

Walaupun aku teruja, ada sedikit kebimbangan sebelum masuk musim baru nanti. Pertahanan. Secara umunya semua posisi pertahanan. Memandangkan BR menggunakan bek kiri dan kanan untuk turut sama menyerang, Liverpool nampak agak goyah bila diserang dari tepi. Johnson selalu nampak malas. Mungkin gaya dia yang bersahaja tu buat dia nampak malas. Skrtel masih menunjukkan yang dia kadang-kadang hilang fokus. Waktu perlawanan ni, ada khabar angin mengatakan Liverpool akan meminjam Cissokho. Masih belum ada berita untuk pemain pertahanan tengah.

Johnson dan Skrtel khayal

Johnson dan Skrtel khayal.Diorang membenarkan pemain lawan mengejar bola untuk berdepan 1-1 dengan Jones. Masih berlenggang sebelum diorang nampak Jones tak dapat bola. Bayangkan lawan Man City/Chelsea/Arsenal buat salah macam ni…

Brad Jones cemerlang malam ni. Ada beberapa cubaan yang diselamatkan. Dia nampak tenang je. Mungkin sebab bermain di Australia dia perlu tunjuk yang terbaik. Aku tak risau sebenarnya kalau dia jadi penjaga gol simpanan. Dia cukup pengalaman dan secara teknikalnya taklah teruk pun. Realitinya susah untuk ada 2 penjaga gol yang utama. Salah satu mesti yang muda tapi berpotensi/tua dengan pengalaman. Kalau nak dinilai dari permainan Danny Ward, penjaga gol muda Liverpool, nampaknya Liverpool akan ada dua penjaga gol yang baik sebagai simpanan.

Steven Gerrard masih ada baki-baki bisa kat kanan dia. Tak percaya tanya penjaga gol Melbourne Victory. Minit ke-20 lebih kurang, Gerrard melepaskan rembatan, walaupun kurang padu dari rembatan-rembatan sepanjang kariernya, tetap memaksa penjaga gol tepis keluar. Minit 27 giliran Allen untuk mencuba. Dia buat larian bijak untuk terima hantaran Sterling. Dia berjaya memperdaya seorang pemain pertahanan sebelum merembat lemah. Nampak dia terdesak untuk jaringkan gol. Sebab Hendo dalam posisi lebih baik untuk buat cubaan.

Liverpool akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Gerrard menjaringkan gol selepas gerakan menarik Liverpool. Kalau tengok balik, semuanya bermula dari Sterling yang berjaya merampas bola dari pemain Melbourne yang sedang menyerang. Dari situ, Borini dan Hendo kemas mengawal bola sebelum Hendo menghantar ke tengah, melalui dummy Gerrard sebelum sampai ke Allen. Allen mara dengan positif sebelum menghantar bola ke laluan Gerrard yang mudah menyempurnakannya.

Minit ke-35, Ibe yang bermain di sebelah kanan berjaya menggelecek pemain pertahanan sebelum melepaskan sepakan yang terpaksa ditepis penjaga gol kearah SG8. SG8 cuba menolak tapi bola terlalu dekat dengannya. Cubaannya melambung. Ibe main kemas malam ni. Jarang bazir bola melainkan waktu dia cuba buat assist. Minit ke-37, Sterling sekali lagi mencipta peluang untuk rakan sepasukannya buat cubaan. Kali ini Hendo pulak cuba nasib dari jauh dan kali ni penjaga gol tangkap dengan mudah.

Separuh Masa Kedua

Mignolet
Kelly | Coates | Agger | Flanagan
Spearing | Lucas
Suarez
Downing | Aspas | Alberto

Pertukaran besar-besaran kali ni lebih lambat berbanding perlawanan menentang Indonesia. BR melakukan pertukaran besar-besaran lebih kurang pada minit ke-70+. Sebelum itu, Lucas masuk menggantikan Gerrard. Pada minit ke-46 sepakan penjuru SG8 ditanduk oleh Skrtel tapi berjaya ditolak keatas oleh penjaga gol Melbourne. Pada minit ke-59, Sterling membuat hantaran jauh yang disambut dengan kemas oleh Borini walaupun ditekan oleh seorang pemain lawan. Dia kemudiannya berjaya melepaskan rembatan voli kearah gol tapi penjaga gol menangkap dengan mudah. Selang seminit lepas tu giliran Jones pula diuji dengan rembatan deras dari pemain Melbourne. Dia berjaya menolak bola keluar.

Pada minit ke-61, Borini sekali lagi menunjukkan dia pandai mencari ruang dan posisi yang betul. Dia menerima bola rendah dari Enrique di sebelah kiri. Bola yang ditahan melambung sedikit, cukup untuk dia cuba buat sepakan gunting (bicycle kick) yang sedikit tersasar ke tepi. Minit ke-81, Downing bertukar hantaran dengan Suarez sebelum dia melepaskan rembatan namun sepakannya dihalang. Aspas cuba meleretkan bola ke arah gol tapi percubaannya juga dihalang. Minit-84, Alberto menghantar bola ke Aspas yang berjaya melepasi barisan pertahanan tapi dia gagal membuat cubaan kearah gol.

Minit ke-91, Suarez membuat hantaran cantik kelaluan Aspas. Rembatannya ke arah gol ditepis keluar oleh penjaga gol. Suarez menerima sepakan penjuru yang ditolak oleh Downing. Memperdayakan seorang pemain sebelum melepaskan sepakan tonjol ke arah gol yang mudah ditolak Aspas. Perlawanan berakhir Melbourne Victory 0-2 Liverpool.

Taktikal

Tekanan dari bahagian serangan – Liverpool masih lagi menggunakan strategi ni. Memberi tekanan kepada pemain pertahanan lawan untuk memaksa mereka membuat kesilapan dan seterusnya mencipta peluang untuk menghasilkan gol. Buat masa ni nampak ok. Tapi untuk perlawanan persahabatan yang semua pemain tak main perlawanan penuh, itu tak berapa susah. Kena tunggu perlawanan pertama dalam BPL nanti untuk tengok sejauh mana Liverpool praktikkan strategi ni. Bak kata Steven Gerrard, latihan pra musim kali ni sangat teruk tapi dia pasti mereka akan lebih fit musim ini.

Sterling dan hendo memberi tekanan kepada pertahanan lawan

Sterling dan hendo memberi tekanan kepada pertahanan lawan

Hantaran jauh – Nampak gayanya BR akan kekalkan aspek hantaran jauh dalam strateginya. Keputusan yang logik kalau difikirkan. Liverpool ada Steven Gerrard, pemain tahap legenda yang boleh buat hantaran tepat ke setiap inci padang dan sangat rugi kalau kebolehan tak digunakan. Secara asasnya, Liverpool menggunakan konsep hantaran pendek dan sentiasa bergerak memenuhi ruang untuk mengawal permainan dan menyimpan bola lebih lama. Taktik ini juga sesuai untuk keluar dari kawasan sendiri sekiranya ditekan pihak lawan. Tapi nampaknya BR ingin pelbagaikan cara permainan di bahagian serangan dan hantaran tepat Steven Gerrard adalah salah satu daripadanya.

Hantaran jauh Steven Gerrard kepada Sterling Minit ke-5

Hantaran jauh Steven Gerrard kepada Sterling Minit ke-5

Suarez

Apa yang merisaukan semua penyokong Liverpool ketika ini adalah reaksi Suarez ketika meraikan gol. Dia nampak tak berminat. Terpaksa. Kalau aku nak bersangka baik, mungkin dia masih belum cergas sepenuhnya. Mungkin penat travel tak habis lagi. Atau dia tertekan dengan semua berita tentang perpindahan dia. Aku mula-mula nak letak gambar dia dengan muka masam dia. Tapi last-last aku delete. Sedih bak ang bila fikir Suarez kemungkinan akan tinggalkan Liverpool. Dia antara penyerang terbaik dunia. DUNIA. Sebab tu walaupun dalam kutuk-kutuk tu ramai je yang nak Suarez kat kelab masing-masing. Mungkin dah sampai masa?

Betul la apa yang BR cakap pasal Suarez berhutang budi dengan kelab dan penyokong yang menyokong dia waktu macam-macam kejadian yang dia sendiri timbulkan. Berapa banyak perlawanan dia terlepas sebab digantung? Dia tak ingat ke kawan-kawan pakai baju Justice For Suarez tu? Sedangkan waktu tu Kenny dan Liverpool dihentam kerana buat kempen tu. Tapi bila aku fikir balik. Kejam sangat ke kalau kita nak Suarez kekal di Liverpool? Umur dia 26 nak masuk 27 kan? Ada la dalam 4-5 tahun lagi paling kurang untuk dia main. Mungkin dia nak gunakan masa ni untuk jadi pemain terbaik dunia. Main di kelab terbaik. Main dalam kejohanan besar. Mungkin terlalu besar harapan kita kalau nak pemain terbaik kekal dalam pasukan yang dah beberapa tahun tak main dalam kejohanan terbaik Eropah.

Apa yang aku harap sangat-sangat sekarang Liverpool buat keputusan yang bijak. Jangan biar kelab lain mainkan situasi ni untuk dapatkan Suarez dengan harga rendah. Kalau Cavani pun 55 juta, Suarez paling kurang kena sama dan sepatutnya lebih lagi dari tu. Dan tolong la FSG jangan benarkan Suarez dijual ke kelab lain di BPL. Sebak dada fikir dia main untuk Arsenal. Sama macam waktu Torres main untuk Chelsea. Dari segi bisnes mungkin menguntungkan. Tapi bisnes pun tak boleh nak justify penjualan pemain terbaik Liverpool ke kelab yang akan sama-sama berebut tempat 4 teratas musim depan. Aku harap Suarez paling kurang pun pergi kelab luar BPL sebagai tanda hormat kelab dan penyokong.

Dan aku harap FSG cari pemain yang boleh jadi pengganti Suarez…kalau ada….

YNWA.

2 thoughts on “Melbourne Victory 0-2 Liverpool. Perlawanan terakhir Suarez?

  1. Tang suarez tu …aku punya pendapat sebijik jugak macam ko….

    Ada orang mungkin ia ia nak Suarez stay mcm mana pon, kalau tgk umur aku rasa ni masanya dia nak henjut, sedangkan Liverpool baru nak warm up… ramai tak perasan kot umur dia dah 26 pasal cara dia main macam orang umur 23 tahun gitu…

    Boleh jadi dia tension, Tak ada offer dari luar. Real Madrid tengah kejar Bale, yang ada cuma dari Arsenal yang dah mula buat lawak masa letak harga…

    kalau aku jadi dia, aku pon Tension…

    kalau Suarez boleh gigit player pasal tension tak dapat bola. apa lah sangat kes tarik muka masam pasal tension tak dapat main ngan team lain he he….

    • Kan? Sampai masa dah kot untuk bukak buku baru. Tapi kena carik la pengganti yang hebat2. Untuk soften the blow. Dulu Torres blah at least Suarez masuk. Sejuk sikit hati.

      Harap2 Madrid la beli dia. Higuain dah ke Napoli. Kempunan Wenger. Harapnya dia kempunan lagi la nak Suarez lak. Harap madrid tak dapat beli Bale. Then diorang beli Suarez….

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s