Indonesia XI 0-2 Liverpool. Pemain Muda Harapan BR.


Muka Depan Laporan Perlawanan Indonesia 0-2 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Dah 2 perlawanan Liverpool harungi untuk sesi pra musim kali ni. Daripada 2 perlawanan, Liverpool dah jaringkan 6 gol dan masih belum bolos lagi. Tengok dari kaca tv memang gempak sambutan penyokong kat sana. Dengan bannernya, dengan flarenya, dengan perempua menangis dapat tandatangan Gerrardnya (aku rasa aku pun nangis gak kot kalau jumpa Gerrard depan2 macam tu..huhu). Cuma yang merosakkan mood tengok kat tv adalah pengulas bidan terjun yang mengulas perlawanan ni. Aku yakin depa bidan terjun sebab memang tak ada pengalaman mengulas langsung. Fakta pun kelaut. Maksudnya diorang tak ada persediaan. Dan dia sendiri mengaku yang tempat dia mengulas tu pun bukan dalam kotak pengulas atau bilik khas. Tapi di kawasan penonton. Ape kes? Nak mute tak syok lak. Baik lagi bagi pengulas Malaysia. Serius.

Video Sorotan Perlawanan

Separuh Masa Pertama

Barisan Pemain – Mignolet | Johnson | Toure | Agger | Enrique |Lucas | Gerrard |Downing | Alberto | Coutinho |Aspas

Separuh masa pertama agak perlahan permainan Liverpool. Pemain yang main pun bukan jenis yang laju. Kecuali Downing(yeke?). Pemain untuk separuh masa oertama ni lebih kepada kawal bola dan cari ruang untuk serangan. Waktu nilah kita boleh nampak Coutinho dan Alberto menyerlah. 2 pemain yang dipuji oleh Steven Gerrard sendiri. Siap panggil “magician” lagi. Kalau Gerrard pun dah cakap macam tu memang power la. Hanya Downing yang nampaknya ada sedikit kelebihan dari segi kelajuan tapi malangnya laju semata-mata tak berapa nak membantu la. Kalau laju dia tu digabungkan dengan otak geliga Coutinho dan Alberto kompem dasat.

Downing nampak mencacatkan permainan sikit sebab dia sorang je yang bukan jenis pemain BR suka kalau banding dengan Coutinho, Alberto dan Aspas. Downing lebih kepada pemain sayap konvensional yang digunakan untuk buat banyak hantaran ke tengah. BR pulak suka pemain macam Coutinho/Alberto yang boleh main pelbagai posisi kat atas tu. Sebab tu kalau tengok sorotan perlawanan yang pendek2 kat internet ni mungkin hanya akan ada gol Coutinho pada minit ke-9, percubaan Alberto yang terkena palang pada minit ke-29 dan percubaan lencong Aspas pada minit ke-41 yang ditanduk keluar oleh pemain pertahanan walaupun nampak macam dah kompem gol. Tapi tak adil lak kata Downing tak menyumbang. Dia menyumbang. Tapi tak cukup kreativiti dari dia. Dia ada je lorong bola dari kanan untuk Aspas. Aspas dengan bergayanya backheel bola tu masuk gol. Tapi ofsaid la…huhu. Dia jugak ada merembat macam biasa. Tapi kelangit. Pastu ada kucarkacirkan pertahanan waktu terima bola dari Enrique.

Coutinho dan Alberto paling banyak pegang bola rasanya separuh masa pertama ni. Kawalan kemas. Pandai lindung bola dari pihak lawan dan yang penting diorang banyak buat hantaran yang menembusi bahagian pertahanan. Untuk gol Coutinho tu, macam dia main satu dua dengan sendiri je aku tengok…huhu. Tapi serius. Aku rasa BR dah belajar dari kesilapan dia. Ada perlawanan yang akan jadi macam ni. Pertahanan sampai 7,8 orang. Memang kena ada kreativiti untuk tembus pertahanan diorang. Mungkin strategi ni berguna untuk pasukan macam Stoke tu. Tak kisah la nampak bosan. Asalkan berhasil kan?

Separuh Masa Kedua

Mignolet | Kelly | Skrtel | Wisdom | Robinson | Allen | Hendo | Ibe | Assaidi | Sterling | Borini

Sebenarnya diorang bukan ganti waktu separuh masa. Rasanya Allen dan Robinson je yang masuk waktu mula separuh masa kedua. Ganti gerrard dan Enrique. Yang selebihnya masuk pada minit ke-60 lebih kurang. Sebelum pertukaran besar-besaran minit ke-60 tu Liverpool ada peluang tambah gol melalui Aspas. Hasil kesilapan pemain Indonesia, Liverpool menyerang dan bola sampai ke Aspas yang dengan mudahnya melepasi penjaga gol. Tapi malangnya bola melantun macam nak gila sebab keadaan padang menyebabkan Aspas salah sepak dan bola melambung tinggi walaupun gol dah ternganga. Oh…sebelum peluang Aspas ni Johnson ada buat silap. Passing tak sampai. Nasib baik tak gol. Dia ni ada masa main tak fokus. Risau betul aku. Musim lepas banyak je rasanya dia cuai kan?

Lepas pertukaran, seperti yang aku jangka, Sterling dan Ibe paling menyerlah. Hendo sekali kalau kena aku pilih 3 pemain. Minit ke-72, Hantaran dari sebelah kanan hampir menghasilkan gol. Mula-mula Borini sepak tak kena lepas tu cubaan Sterling kena palang. Minit ke-80 Sterling hampir mengulangi golnya di Preston. Hantaran jauh Hendo sampai ke Sterling yang jauh melepasi pemain pertahanan Indonesia. Tapi cubaannya ke arah gol hanya menyentuh bahagian luar jaring gol. Tapi pada minit ke-87 Sterling berjaya jugak tambah gol peribadi dan gol Liverpool melalui serangan kilat klasik Liverpool dari sepakan penjuru lawan. Ibe bawak bola dari bawah meninggalkan beberapa pemain lawan sebelum menghantar ke Assaidi di tengah dan dia kemudiannya menolak ke tepi untuk Sterling.

Bagi aku Hendo kawal bahagian tengah dengan baik. Vision dia terbaik macam biasa. Hantaran-hantaran dia kemas. Antara yang perlu disebut selain 3 orang kat atas ni adalah Robinson dan Assaidi. Robinson cukup tenang waktu pegang bola walaupun sedang diasak. Dia cukup laju dan cukup kuat untuk jadi pesaing Enrique untuk posisi bek kiri. Assaidi pulak macam biasa. Penuh helah. Aku taktau apa nasib dia lepas ni. Kalau nak ikutkan, aku pilih dia sebelum Downing untuk main.

Kesmpulan

Dari pemerhatian aku, BR suruh pemain menyerangnya bertukar-tukar tempat. Separuh masa pertama boleh nampak Coutinho, Alberto dan Downing bertukar posisi. Coutinho dan Alberto lagi kerap bertukar posisi dari Downing (Mungkin sebab tak sesuai posisi lain?). Separuh masa kedua pulak Sterling, Ibe dan Assaidi bertukar-tukar posisi. Hasilnya, setiap pemain pertahanan pihak lawan perlu berdepan dengan semua pemain penyerang Liverpool. Mengurangkan pergerakan sama dari individu sama. Mengurangkan kemungkinan pergerakan dibaca pihak lawan.

Liverpool main dua permainan yang berbeza dalam perlawanan ni. Separuh masa pertama dengan kreatviti dan kawalan bola Coutinho dan Alberto. Separuh masa kedua menggunakan kelajuan Ibe dan Sterling. Mungkin lepas ni kita dapat tengok sistem hibrid dari dua sistem ni😉 Kalau ikutkan, aku nak empat orang pemain ni dalam kesebelasan utama. Tapi dengan persaingan dalam posisi serangan, kalau 4 orang ni dalam 18 orang waktu hari perlawanan pun dah cukup bagus dah😉

Setakat tu je dulu. Jumpa lagi dalam ulasan perlawanan menentang Melbourne Victory Rabu nanti😉

YNWA.

Senarai waktu siaran ulangan perlawanan ni

Siaran Ulangan Indonesia vs Liverpool

Siaran Ulangan Indonesia vs Liverpool

2 thoughts on “Indonesia XI 0-2 Liverpool. Pemain Muda Harapan BR.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s